Anda di halaman 1dari 4

cndca Pc11s

Tci. 1nvv )v,vnvn



BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama
negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu
keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

cndca Pu1au P1nan


Tvvv Tinvn +nv[ )cci )iv


BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandung
i gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang
menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam
Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat
kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India
dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu
warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran
yang terdapat di Pualu Pinang.



Bendera Kelantan
Kelantan Darul Naim

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan
Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.


LAMBANG NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Lambang Mahkota menandakan Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah lambang agama Islam.
Dua pucuk meriam membawa makna bahawa negeri ini sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya.
Dua ekor Kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che'
Siti)
Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke14) yang
kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap
dengan gambar binatang ini. Cogankata negeri ini ialah:
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN"




cndca Pcak
Tcv[ Ivv )iv:vvn

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Pe
rak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga
padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai
agama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


cndca Sc1ano
$cvno Ivv 1n.vn

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai
Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

LAMBANG NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah
Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya
adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan
zaman dahulu.





cndca Pahan
Tvnvn Ivv ^v[nv

BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.
Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang
bertaraI Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat,
adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah
negeri yang beraja dan berdaulat.

LAMBANG NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR


http://project2307.tripod.com/LAMANUTAMAMENGENALBENDERA.htm

Anda mungkin juga menyukai