Anda di halaman 1dari 10

1.

Pengenalan
Adalah penting meningkatkan motivasi untuk terlibat dalam aktiviti Iizikal. Seperti yang
terkandung dalam Standard Pendidikan Fizikal Nasional yang dibangunkan oleh
Persatuan Kebangsaan Sukan dan Pendidikan Jasmani` (NASPE). Secara khusus,
Standard 6 menyatakan bahawa orang yang berpendidikan berpendapat aktiviti Iizikal
untuk kesihatan, kenikmatan, cabaran, ekspresi diri dan interaksi sosial (NASPE, 2004).
Kita harus memahami Iaktor-Iaktor yang boleh mendorong kanak-kanak untuk
melibatkan diri dengan aktiviti Iizikal.

. atar Belakang Tajuk

besiti dalam kalangan kanak-kanak sekolah telah menarik perhatian di peringkat
antarabangsa. Jumlah kanak-kanak yang mempunyai berat yang berlebihan di usia 6-11
tahun adalah lebih daripada tiga kali ganda dalam tempoh masa tiga dekad terakhir (U.S
Department oI Health and Human Services, 2004). Mereka diramalkan akan menjadi
generasi yang pertama untuk hidup lebih pendek berbanding ibu bapa mereka (lshansky
et al., 2005).

Hal ini kerana, obesiti telah memberikan sumbangan yang signiIikan bagi penyakit
jantung, dan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser. Gordon-Larson, Adair, Nelson,
dan Popkin (2004) membuktikan bahawa peningkatan aktiviti pemuda Amerika yang
tidak aktiI diteruskan sehingga mereka dewasa. Tidak dinaIikan lagi, tidak aktiI adalah
penyumbang utama untuk gaya hidup yang tidak sihat.

erdasarkan kepada isu tersebut ingin mengkaji apakah Iaktor yang mempengaruhi tahap
kecekapan motor dan Iaktor-Iaktor yang mendorong kanak-kanak melibatkan diri aktiviti
dalam aktiviti Iizikal.

. Konsep Prinsip Standard Pendidikan 1asmani Kebangsaan
Terdapat 6 konsep yang terdapat dalam Standard Pendidikan Jasmani Kebangsaan iaitu;
Standard 1:
Menunjukkan kecekapan dalam kemahiran motor dan pola pergerakan perlu untuk
melakukan pelbagai aktiviti Iizikal.
Standard :
Menunjukkan pemahaman konsep gerakan, prinsip, strategi, dan taktik seperti digunakan
untuk pembelajaran dan prestasi aktiviti Iizikal.
Standard :
Sentiasa menyertai kegiatan Iizikal.
Standard 4:
Mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan Iizikal.
Standard 5:
ertanggung jawab dan menghormati diri sendiri dan orang lain dalam melakukan
aktiviti Iizikal.


Standard 6:
Aktiviti Iizikal perlu untuk kesihatan, kenikmatan, cabaran, ekspresi diri, dan interaksi
sosial.


4. nstrumen Ujian

4.1 1enis nstrumen Ujian
Soal selidik menggunakan kaedah temubual separa berstruktur dan temubual
susulan (lanjutan)

4. nstrumen Ujian
Dua instrumen telah digunakan dalam temubual separa berstruktur iaitu inventori
MPAM-R oleh Ryan, Frederick, Lepes, Rubio, & Sheldon, 1997 dan inventori
PCS oleh Williams, Freedman, & Deci, 1998. Inventori 'MPAM-R` yang
digunakan telah diubahsuai, daripada Frederick & Ryan, 1993.
'MPAM-R` mengandungi 30 soalan untuk menilai Iaktor-Iaktor yang mendorong
kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti Iizikal iaitu Iaktor kecergasan,
penampilan, keupayaan/cabaran, sosial dan keseronokan. Skala Likert 7 point
digunakan untuk mendapatkan jawapan secara lisan daripada responden (1 not
true at all; 7 very true) mengenai aktiviti Iizikal yang diceburi. Untuk
mempastikan responden memahami konsep skala likert yang digunakan, beberapa
soalan latihan yang berkaitan diberikan. Inventori 'Perceived Competence Scale`
(PCS oleh Williams, Freedman, & Deci, 1998) mengandungi 4 item terdiri
daripada 12 soalan yang mengukur tahap keupayaan motor responden
berdasarkan domain yang spesiIik. Inventori PCS mempunyai kesahan muka yang
dibina berdasarkan 'self-determination theory`. Untuk melihat ketekalan
Cronbach Alpha dikira bagi setiap item iaitu pekali kebolehpercayaan .89 ke

atas. (bola keranjang .89, balingan .90, raket .90). Tahap keupayaan motor
responden diukur berdasarkan keupayaan dalam permainan bola keranjang, tahap
kemahiran melakukan balingan dan 'racket activities`.

Temubual susulan (semi berstruktur) pula dijalankan ke atas 12 orang responden
yang terpilih (6 lelaki dan 6 perempuan) untuk mendapatkan pemahaman yang
lebih mendalam tentang keupayaan motor dan penglibatan dalam aktiviti Iizikal
yang diberikan oleh responden semasa temubual secara Iormal. Sebagai contoh
penyelidik cuba mendapatkan maklumat bagaimana responden mula terlibat
dengan sukan kegemaran dan siapakah individu yang bertanggung jawab
memperkenalkan sukan kegemaran responden dan aktiviti-aktiviti lain yang
diceburi oleh responden.

4. Kesahan dan Kebolehpercayaan nstrumen Ujian
Kebolehpercayaan soal selidik telah dikira menggunakan cronbach alpha`
dengan pekali kebolehpercayaan 0.71 (Kuat dan tekal). Nilai Cronbach Alpha
bagi setiap item juga diukur. (Iitness .85, enjoyment .71, competence .80,
appearance .80, social .74)

5. Prosedur Pengumpulan Data

Data dikumpulkan melalui temubual Iormal menggunakan 2 instrumen dan temubual
susulan semi berstruktur kepada responden yang terpilih. Temubul dicatat dan
dirakamkan untuk analisis data. Mula-mula responden ditemubual secara individu oleh

penyelidik di dalam pejabat. Temubual semi berstruktur dijalankan selama 20 hingga 30


minit.

Temubual ini mengandungi 16 soalan melibatkan enam Iaktor iaitu keseronokan,
penampilan, kemahiran, sosialisasi, kecergasan, dan tahap keupayaan motor. Soalan
terbuka telah digunakan bagi mendapatkan data. Soalan tambahan telah ditemubual pada
setiap kanak-kanak berpandukan maklum balas atau respon pada setiap pertanyaan
sebelumnya. erdasarkan kepada lima Iaktor dorongan, responden telah diminta untuk
menggambarkan sejauh mana setiap Iaktor tersebut mempengaruhi penyertaan responden
dalam aktiviti Iizikal.

erhubung dengan tahap keupayaan motor, responden diminta mengenalpasti tahap
penglibatan bagi aktiviti yang menyeronokkan. Selanjutnya, responden ditemubual
tentang tahap keupayaan motor, pengalaman, dan keseronokan dalam aktiviti bola
keranjang, balingan, dan aktiviti memukul seperti tenis, kayuhan, ping-pong, atau
badminton. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran dribbling dan hantaran dengan
menggunakan bola keranjang, balingan pada jarak yang ditetapkan dan memukul dengan
raket telah dipilih kerana mewakili kemahiran berdasarkan kemahiran motor pada
pelbagai tahap kesukaran. Kesemua temubual telah direkodkan dan kemudian ditranskrip
atau disalin semula secara verbal.
Selepas itusatu temubual susulan dilakukan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
pengaruh terhadap tahap keupayaan motor dan Iaktor-Iaktor yang mendorong responden
menyertai aktiviti Iizikal. Dua belas responden,(6 lelaki, 6 perempuan) yang dipilih

secara rawak telah terlibat dalam temubual susulan ini. Responden telah ditemubual
dengan soalan berkisar tentang jawapan yang diberi semasa temubual Iormal. Sebagai
contoh, responden menyatakan Iaktor keseronokan menyebabkan mereka menyertai
aktiviti Iizikal. Soalan lanjutan yang diajukan mengenai penglibatan mereka dalam sukan
yang khusus . dan siapa yang bertanggungjawab memperkenalkan mereka dengan sukan
tersebut serta sukan dan aktiviti lain yang mereka ceburi.. Semua temubual secara audio
ini dirakam dan kemudian akan ditranskripkan dan disalin kata demi kata.

6. Analisis Data
Statistik deskriptiI telah dikira pada kedua-dua MPAM-R dan PCS. Dalam
menganalisiskan MPAM-R, min dan sisihan piawai pada setiap lingkungan motivasi (
kecergasan, kompetensi, penampilan, keseronokan, dan sosialisasi) telah dikira kepada
responden lelaki dan perempuan serta kesemua sampel. erkenaan dengan PCS, min dan
sisihan piawai telah dikira untuk responden lelaki dan perempuan dan keseluruhan
sampel dalam hubungan kepada tahap keupayaan motor pada aktiviti balingan,
kemahiran dalam permainan bola keranjang dan 'racket activities`. Selain itu, skor
keseluruhan tahap keupayaan motor ditentukan dengan mendapatkan min dan sisihan
piawai terhadap tahap keupayaan motor bagi tiga kemahiran motor yang diukur.
Analisis data daripada temubual susulan dianalisis mengikut prosedur yang disarankan
oleh Miles dan Huberman (1994). Data pertama dianalisis dengan menggunakan
pendekatan induktiI di mana jawapan dari temubual Iormal dan temubual Iormal susulan
dianalisis dan dibandingkan. Seterusnya, kedua-dua set dari temubual telah dianalisis
secara deduktiI melalui 'self determination theory`. Tema awalnya telah dikembangkan

oleh responden dengan membandingkan jawapan terhadap pertanyaan individu dan


akhirnya dalam hubungan pada setiap teori yang dipilih. Sebagai contoh, tema awalnya
telah dibandingkan dengan lima motiI undian pada MPAM-R : (a) keseronokan (b)
penampilan (c) kemahiran pengambilalihan (d) sosialisasi, (e) kecergasan. Tema
tambahan telah diperkembangkan melalui proses perbandingan konstan ( Lincoln &
Guba, 1985).

. Dapatan Kajian
agi item kecekapan motor, bola keranjang, balingan, dan aktiviti yang menggunakan
raket, responden dilihat berasa cukup kompeten. (Min balingan5.91,SD1.49; Min
bolakeranjang 5.47, SD 1.68; Min raket 5.46, SD 1.76). Tahap kecekapan motor
kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan telah menunjukkan kecekapan motor yang
munasabah dalam bidang kepakaran masing-masing, walaupun terdapat perbezaan kecil
dalam sejauh mana kumpulan masing-masing menganggap diri mereka sebagai yang
kompeten.


Faktor-faktor yang mendorong kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti
Fizikal
Daripada lima Iaktor yang terkandung dalam MPAM-R (pengaruh sosial, keseronokan,
meningkatkan kompetensi, kecergasan, dan penampilan), dapatan kajian menunjukkan
bahawa keseronokan/hiburan adalah merupakan Iaktor utama yang menyebabkan
responden terlibat dalam sukan kegemaran. Hubungan antara penglibatan aktiviti Iizikal

dan keseronokan/hiburan pada nilai purata 6.28 (0.76). Secara khususnya, dapatan
daripada MPAM-R seperti ' Saya terlibat dengan sukan kegemaran saya adalah kerana
ianya menyeronokkan, atau 'Saya menyertai sukan kegemaran saya adalah kerana saya
suka melakukan aktiviti ini, sebanyak 82. Selain daripada Iaktor keseronokan/hiburan,
Iaktor meningkatkan tahap keupayaan motor merupakan Iaktor kedua penting
mempengaruhi responden terlibat dengan aktiviti Iizikal(M5.68, SD 1.19), diikuti
dengan kecergasan (M5.53 1.37) dan pengaruh sosial (M4, 44 1,47) Sebaliknya,
kenyataan seperti 'saya menyertai sukan kegemaran saya adalah kerana saya ingin
kelihatan lebih baik atau 'Saya bermain sukan kegemaran saya adalah kerana saya ingin
menjadi menarik pada pandangan orang lain yang mana masing-masing menunjukkan
penampilan sebagai motivasi untuk penglibatan dalam aktiviti (3,09 1,29). 43
responden memberi skor yang rendah tentang penampilan. Perbandingan antara jantina
lelaki dan perempuan juga mendapati lima Iaktor yang mendorong penglibatan kanak-
kanak dalam aktiviti Iizikal dalam urutan yang sama.



8. Sorotan iteratur
Deci dan Ryan (1985), menyatakan bahawa motivasi bervariasi sesuai dengan perubahan
dalam persepsi kompetensi. Secara khusus, motivasi intrinsik dipertingkatkan melalui
penilaian yang positiI dari kemampuan seseorang, tetapi menurun dengan peristiwa yang
mencabar seseorang dianggap kompetensi. Duda (1992), juga menunjukkan bahawa
seseorang menganggap diri mereka sebagai berjaya jika telah menunjukkan kompetensi

dan gagal jika tidak menunjukkan kompetensi. Seseorang cenderung merasa lebih
kompeten ketika mereka termotivasi secara mandiri, yang bermaksud bahawa mereka
bertindak keluar daripada pilihan dan kerana kepentingan perilaku peribadi. agi
motivasi intrinsik untuk mewujudkannya manusia harus mengalami tidak hanya
kompetensi, tetapi mereka juga harus melihat perilaku mereka sebagai penentuan diri
sendiri (Ryan & Deci, 2000; Williams & Deci, 1996).

Persepsi kompetensi bagi kanak-kanak sekitar umur 5 tahun dalam pelbagai domain
berbeza (Pike, 1984). Eccles, WigIield, Harold, dan lumenIeld (1993) mendapati
bahawa persepsi ini telah dibezakan dan dipaparkan dalam matematik, membaca, dan
sukan. Seterusnya , kanak-kanak dapat membezakan dengan jelas antara persepsi mereka
dan melakukan kompentensi pada kegiatan yang sama. Hasil penyelidikan menunjukkan
perbezaan tahap keyakinan diri berdasarkan jantina. Kanak-kanak lelaki merasa lebih
percaya pada diri dan mempunyai lebih nilai positiI dalam bidang sukan berbanding
kanak-kanak perempuan yang menunjukkan nilai kompetensi yang lebih positiI dalam
bidang matematik dan membaca. Welk (1999), dalam kajiannya melaporkan kompetensi
dikenalpasti sebagai penentu aktiviti Iizikal kanak-kanak.
. Rumusan
Proses pembelajaran kemahiran asas sangat perlu didedahkan dan dikuasai oleh semua
kanak-kanak sebelum mempelajari kemahiran yang lebih spesiIik. Tanpa kemahiran asas
yang kukuh, aktiviti kanak-kanak akan terhalang dalam mencapai kejayaan, konsep
NASPE Standard 1, menyatakan kecekapan dalam kemahiran motor dan pola pergerakan
perlu untuk melakukan pelbagai aktiviti Iizikal.(NASPE, 2004). Kanak-kanak perlu

digalakkan untuk mengikuti aktiviti yang dapat menunjukkan bakat mereka di samping
aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Hakikatnya kanak-kanak terhibur dan mendapat
Iaedah daripada penglibatan mereka dalam aktiviti bersukan yang dilaksanakan secara
berstruktur dan terancang. Namun begitu, kanak-kanak juga harus mengakui kepentingan
melakukan aktiviti Iizikal dengan rakan-rakan atau ahli keluarga di rumah secara tidak
Iormal.

Anda mungkin juga menyukai