Anda di halaman 1dari 3

BUKU CATATAN FARID BADRUL TEMA Tanggungjawab mendalami bidang keagamaan PERSOALAN Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak

Berusaha memperbaiki diri Perbezaan kehidupan di bandar dan luar bandar Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah

WATAK DAN PERWATAKAN a) Farid Berusia 13 tahun Anak tunggal kepada Badrul Affandi Pelajar di Sekolah Sri Petaling Sering kesunyian kerana ibu bapa setiasa sibuk Ingin bercuti di kampung

b) Badrul Affandi Ayah Farid Bekerja sebagai Pegawai Bank Tidak mementingkan hal agama Setiasa sibuk dengan kerjaya

c) Mama Ibu Farid Sibuk berpersatuan Tidak pentingkan agama

d) Hamzah Sepupu Farid Meminjamkan pakaian kepada Farid Taat kepada perintah agama Rajin menghadapi kelas agama

e) Pak cik Sani dan Mak cik Som

Ibu bapa Hamzah Taat kepada perintah agama Bertanggungjawab terhadap keluarga Tinggal di Kampung Buluh Perindu Baik hati kerana membeli baju melayu untuk Farid Bersikap perihatin dan mengambil berat

LATAR a) Latar masa Bermula pada hari Jumaat 13 November hingga Ahad 29 November Cuti penggal ketiga Waktu pagi, tengah hari, petang

b) Latar Tempat Di sekolah Di dalam bilik Di sawah Di surau Rumah dan sekolah Farid di luar kuala lumpur Kampung Buluh Perindu

c) Latar Masyarakat Masyarakat yang ingin membaiki diri Masyarakat kota yang setiasa sibuk Masyarakat yang mengabaikan perintah tuhan Masyarakat yuang mementingkam diri sendiri Masyarakat desa yang bertanggungjawab

PLOT a) Permulaan -Cuti sekolah hampir bermula, Farid masih belum mempunyai rancangan seperti kawan-kawannya pada cuti sekolah

b) Perkembangan

Farid berasa bosan tinggal bersendirian di rumah kerana ibu bapanya sibuk dengan tugas masing-masing. Dia telah meminta supaya ibu bapanya membenarkannya bercuti di kampung.

c) Permasalahan Farid berasa seronok tinggal di kampung. Farid berasa malu kerana dia tidak tahu selok belik agama dan sembahyang serta tidak membawa baju melayu dan songkok. Farid mengalami konflik diri apabila dia menjadi tontonan ramai.

d) Puncak Lama- kelamaan Farid berasa seronok dan ingin belajar kelas agama dengan ustaz Ramli

e) Peleraian Farid mengambil keputusan untuk menghabiskan masa cutinya di kampung dan belajar selok belok agama. Ibu bapanya terpaksa menuruti kehendak Farid.

GAYA BAHASA a) Penggunaan bahasa Inggeris : cowboy, jogging, porch, meeting b) Penggunaan bahasa Arab : rukuk, tahiyat, sujud c) Sinkof : ku, nak, tak d) Peribahasa : makan angin, kera sumbang e) Simile : kain tebal macam seluar cowboy f) Ayat pendek : Aku gembira sekali

NILAI / PENGAJARAN Kasih sayang Kita mestilah menyayangi ibu bapa dan keluarga Kegigihan Kita seharusnya gigih berusaha memperbaik diri Baik hati Kita mestilah sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan Tanggungjawab Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan Taat kepada agama Janganlah kita mengabaikan suruhan Allah.