Anda di halaman 1dari 13

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

kCNSL S k8Sk

kUkSUS SV 3104 (LNGAIIAN DAN LNGUkUSAN kUkIkULUM SV k8Sk)

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

KONSEP 5P DALAM KBSR



Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR.
Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta
menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni,
pemulihan dan juga pengayaan.

0.1 PENGGABUNGJALNAN KEMAHRAN
Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu
proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran
dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan
menyeluruh. a merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara
bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan
pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara
serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran
juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan
murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh
kelas.

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu


penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan
penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran
lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-
lain.
Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran
yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran
fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama
yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah
kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya
dengan kemahiran yang di fokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan
pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat
penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran
yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam
menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar
objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan
keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid
berbanding kemahiran sampingan.
Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan
kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh
menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan
kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran.

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan


kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan
kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke
dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat
penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian
Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan
kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata
pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam
kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar
untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan
dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-
kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan
soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran
ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan
perkembangan murid.
mplikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi
setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan
suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada
mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam
penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana
yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-
kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah
mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan


mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid
disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid
secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

0.2 PENYERAPAN PENGETAHUAN
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke
dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap
perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan
amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan
daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan
penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual.
Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana
proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya
kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu
mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini
maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya
bersifat sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut
berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid
menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui
penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata
pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi
lebih ceria, aktif serta progresif.

0.3 PENYERAPAN NLA MURN
Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini
melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang
berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui
proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan
secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara
semulajadi dan sendirinya.
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini
telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga
pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara
tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil.
Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua
guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung
pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan
ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang
sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah
di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah
pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk
menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi,
khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan
dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan


matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas.
Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran iaitu:
NLA CONTOH
Baik hati 1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan
Berdikari

1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung
kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi 1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra
Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang

1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

3. Cinta kepada Negara


4. Cinta kepada keamanan dan
keharmonian
Keadilan 1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan


1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi
Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran

1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan

1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun
Kerjasama

1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan

1. Sederhana dalam meningkatkan
kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan
dan tingkah laku
Kesyukuran

1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan
masyarakat
Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif

0.4 PEMULHAN
Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami
masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan


pembelajaran. a melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab
mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian
pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang
sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui
pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan
tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah
berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang
lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan
bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan
murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-
aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid
mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan
masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid
juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri
mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih
maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah
apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan
murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap
negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut
kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor
kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah
pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah
khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran


individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran
bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran
individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi
dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula
guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang
sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara
individu dari guru.
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-
langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti
membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan
masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan
menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan
yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses
pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan
bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan
sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan
susulan akan diambil ke atas murid.

0.5 PENGAYAAN
Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan
melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-
murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar
cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan
kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan
kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar
bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan
murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai
kemahiran asas.

Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan


pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid.
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk
mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta
dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga
masyarakat.
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid
menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping
menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah
perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat
membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari
bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta
meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai
kerja mereka sendiri.

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan
wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum
dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR
konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.





Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (PSV 3104)

SUMBER RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/5572516/KONSEP-5P-DALAM-KBSR
http://www.scribd.com/doc/5572616/KONSEP-5P-DALAM-PP
http://www.scribd.com/doc/nota4pf2216AAP_8sept
http://www.gurubashid.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai