Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Pengenalan

Pada zaman dahulu, arca dibina daripada tulang, gading, tanduk dan tanah liat. Dalam
budaya Melayu, tradisi membuat arca telah wujud dalam kalangan orang peribumi seperti
kaum Jah Hut (Pahang), Mahmeri (Selangor), suku Iban, Bidayuh dan beberapa kaum
lain. Mereka menghasilkan arca untuk tujuan sesuatu upacara adat dan kepercayaan
tertentu. Perkembangan arca estetik bermula di Malaysia pada tahun 1960-an. Tokoh arca
tempatan ialah Syed Ahmad Jamal, Abdul LatiII Mohidin, Anthony Lau dan ZulkiIli
YusuI.

2. Arca

Arca berasal daripada perkataan Yunani tua 'sculpere` yang bermaksud mengukir,
menebuk, memotong, melarik, dan sebagainya (Gaunt 1966:1). Arca merupakan bentuk
citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Arca
tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan cirri-ciri tiga dimensinya. Walaupun
arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka
bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Bentuk arca boleh bersiIat bebas, realistik ataupun abstrak. Bentuk binaannya boleh
dilihat dari semua arah. Lazimnya, arca menunjukkan permukaan yang berlainan dari
semua sudut. Bahan binaan arca boleh diperbuat daripada kayu, batu, logam, lilin,
bongkah ais, bahan terbuang dan sebagainya. Ciri-ciri binaan arca ialah bentuk, ruang,
jalinan dan saiz yang sesuai.Antara elemen prinsip rekaan yang digunakan ialah
imbangan, harmoni, kepelbagaian dan penegasan.



3. Jenis-jenis Arca

Terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu ,7., bentuk be71ungsi dan ,7., bentuk estetik,
A7., bentuk be71ungsi boleh digunakan di samping memaparkan ciri-ciri estetiknya. Ia
direka untuk tujuan tertentu seperti patung pemujaan, tugu kebangsaan, menara jam,
permainan kanak-kanak dan lain-lain. Hasil rekaan kraI tangan tradisional orang Melayu
boleh dikelaskan sebagai arca berIungsi.

A7., bentuk estetik, merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai Iungsi
tertentu, hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Namun begitu arca estetika ini
sukar untuk diIahami. Ia biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan
peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai.

4. Sejarah Arca

Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk
dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira
tahun 8000 S.M.. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani,
Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan
menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada masa itu, subjek dibina dalam bentuk
Iigura manusia dan haiwan disebabkan Iungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan
system kepercayaan dan keagamaan.

Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada
bahan tradisional seperti batu marmar, kayu gangsa, dan sebagainya kepada bahan
plastic, nilon, Iabric dan bahan buangan lain. Di samping teknik luakan, binaan dan
tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj dan sebagainya turut digunakan.
Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi, atau berlampu kesan penggabungan kuasa
elektrik dalam gubahan.


. Sejarah Arca di Malaysia

Seni arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang
membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis
pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, LatiI Mohidin, Syed Ahmad Jamal,
Lee Kian Seng dan lain-lain. Mad Anuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Chin Wan
Kee, Wong Pei Yu dan lain-lain merupakan generasi muda yang aktiI dalam kegiatan
mencipta karya-karya arca. Baharuddin Mohd. Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon,
adalah antara pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan
multimedia.

Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur
merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah karya di sini
merupakan hasil kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam,
Thailand, Singapura, dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan
Asean.

6. Bentuk Pembinaan Arca

JENIS ARCA BAHAN DAN ALAT TEKNIK
1. Arca
Asemblaj
Kayu, logam, batu, simen, bongkah-
bongkah, plaster oI Paris, atau bahan
kutipan yang mempunyai bentuk,
warna, dan jalinan yang menarik
serta alat untuk memotong dan
memateri.
Bahagian atau kompenan yang
berasingan dicantumkan menjadi satu
bentuk dan konsep yang menarik.
Teknik yang biasa digunakan ialah:
kimpalan, binaan cantuman dan gam.

2. Arca
Luakan
Blok kayu, plaster oI Paris, batu
marmar, batu granit, batu kapur dan
sebagainya. Alat yang digunakan
ialah pahat, penukul, gergaji,
pemukul, kapak, dan alat pengukir.
Bahagian yang berlebihan daripada blok
bahan diukir dan dibuangkan sehingga
pengarca berpuas hati dengan rupa,
ruang, jalinan, dan bentuk yang tinggal.
3. Arca
Binaan
Batu-bata, kepingan besi, dan
bongkah kayu. Dawai dan keluli
digunakan untuk membuat bahagian
dalam dengan bahagian luar lapisan
bahan lain seperti arca berkerangka.
Bahan utama seperti logam dicantum,
dikimpal dan dipateri secara sistematik
berkait dengan struktur jentera untuk
arca tanpa kerangka.
4. Arca
Acuan
Bahan cair yang boleh dikeraskan.
Contohnya, plastic, logam, simen,
tanah liat, plaster oI Paris, dan
sebagainya.
Bahan cecair dituangkan ke dalam
acuan yang dibentuk khas terlebih
dahulu. Ia dapat menghasilkan arca
dalam kuantiti yg besar.
. Arca
Mobail
Besi dawai, kepingan logam, kertas,
kadbod, tali temali dan sebarang
bahan yang ringan.
Bahagian arca dicantumkan pada sendi
untuk membolehkannya bergerak,
berputar atau berombak. Teknik yang
digunakan ialah kimpalan, gam, skru
dan ikatan.
6. Arca
Stabail
Simen, kepingan logam, plastic,
'spare-parts kenderaan, besi,
logam, papan dan sebagainya.
Bahan kutipan dicantumkan secara
kasar. Boleh bergerak tetapi tidak
mempunyai awangan. Teknik yang
digunakan ilah kimpalan, skru, ikatan,
acuan dan binaan.
7. Arca
Timbulan
Kepingan kayu, plaster oI Paris,
batu, plastic, kertas lumat, dan tanah
liat. Alat yang digunakan ialah
pahat, penukul, alat pengukir, dan
pengikis.
Bentuk tiga dimensi tersembul keluar
dari permukaan dua dimensi yang rata
atau dipahat ke dalam. Ianya adalah
hasil kombinasi cirri-ciri catan dan arca.
Teknik yang digunakan ialah acuan,
tampalan, asemblaj dan binaan.
8. Arca
Dinding
Papan, pelekat, cat, dan sebagainya.
Alat yang digunakan terdiri daripada
gergaji, penukul kayu dan
sebagainya.
Teknik gergaji, paku, lekat, tampal dan
cat secara sistematik untuk
menghasilkan kesan timbul dan
tenggelam, hasil penyatuan catan dan
arca.

7. Sumber Ilham

Anda mungkin juga menyukai