Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN ISRA MIRAAJ

,
Segala puji bagi

Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan yg mulia Nabi .Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat baginda sekalian Ya Allah Ya Tuhan kami, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yg tidak terhingga atas segala anugerahMu kpd kami. Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah kami semua sebagai hambaMu yg beriman, bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, sejahtera di dunia dan di akhirat.
Allahumma Ya Zalmanni Wala Yamunnu `Alaika Ya Zaljalaali Wal Ikram, Tuhan yang memiliki segala sifat kesempurnaan, Perbaiki dan peliharalah, hubungan di antara kami, mesrakan di antara hati-hati kami, dan rapatkan hubungan silaturrahim di antara kami. Sempena menyambut Ulang tahun memperingati peristiwa isra walmiraaj dan sambutan nisfu syaban pada pagi ini, Kami mohon pada mu Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangMu, Jadikanlah majlis ini sebagai satu majlis ilmu lagi bermanfaat. Sematkan di jiwa kami Ya Allah, semangat yang jitu dalam menuntut ilmu, istiqamah dalam melaksanakan apa yang kau perintah dan meninggalkan apa yang Kau larang, serta istiqamah mengejar cita-cita dan kejayaan, azam yang tinggi dalam kehidupan, ke arah menjadikan kami keseluruhannya sebagai bangsa dan negara cemerlang, gemilang dan terbilang. Negara yang memperoleh limpahan rahmat dan nikmat serta kasih sayang Mu sepanjang zaman. Ya Allah Ya Karim Ya Wadud, Tambahkanlah kecintaan kami kepadamu Ya Allah, cinta kepada Rasulmu Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan sunnahnya, mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab sucimu AlQuranul karim. Allahumma Antal Kabirul Mutaal Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi .cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan .serta menghayatinya

Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , insan yang suka melakukan kebajikan untuk kepentingan agamamu, begitu juga jadikanlah kami insan yang . apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya Muliakanlah kami Ya Allah, dan janganlah hinakan kami, Kurniakan kami kekayaan ilmu pengetahuan, dan hiasi diri kami dengan sifat lemah lembut, muliakan kami dengan ketaqwaan dan ketaatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa seluruh umat Islam muslimin muslimat dan muminin muminat, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya .oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami

Ya Allah Yang Maha Melindungi, kami mohon pada Mu, Jadikan pertemuan kami pada pagi ini, pertemuan yang engkau rahmati, dan jadikan perpisahannya selepas ini, perpisahan yang terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai