Anda di halaman 1dari 1

SEMANIS KATA SELEMBUT BICARA

Oleh: Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan







Bismillahirrahmanirrahim
Assalammulaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Pertama sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersua di majlis Anugerah
Kecemerlangan kali ke-11 yang diadakan pada tahun ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Kecemerlangan kali
ke-11 SMK Paris kerana telah berjaya menjayakan satu majlis yang telah menjadi agenda tahunan
bagi sekolah ini sebagai tanda meraikan dan menghargai pelajar yang mencapai kecemerlangan
dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum bagi sidang 2010.

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini merupakan satu platIorm untuk mengiktiraI para pelajar
yang telah menunjukkan tahap pencapaian yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah serta di peringkat yang lebih tinggi sepanjang tahun
2010. Anugerah yang diberikan ini adalah sebagai penghargaan atas segala usaha dan komitmen
yang diberikan untuk mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi selain sebagai
penyuntik semangat kepada pelajar untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan
kepada diri dan juga sekolah.

Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, pelajar perlu berusaha dengan lebih jitu untuk
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai aktiviti
dan program yang dijalankan oleh sekolah. Hal ini kerana, pelajar merupakan modal insan yang
akan menjadi nadi dan pemimpin masa hadapan untuk membangunkan masyarakat ke arah hidup
yang lebih sempurna dan mampu bersaing di peringkat global seterusnya mampu membariskan
Malaysia selari dengan negara-negara maju. Oleh itu, saya berseru dan mencabar kepada para
pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana usaha ini akan
menjadi tangga untuk mendaki sebuah kejayaan yang diimpikan.

Selain melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, pelajar juga perlu menunjukkan sikap dan
tingkah laku yang mulia serta menunjukkan kepatuhan kepada ajaran agama. Ini selaras dengan
FalsaIah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yakni pelajar yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, para pelajar SMK Paris khususnya perlu
membuktikan bahawa modal insan yang cemerlang itu lahir daripada pelajar SMK Paris itu
sendiri.

Akhir kata, saya menyeru agar semua warga SMK Paris bekerjasama dan memberikan komitmen
yang sepenuhnya bagi mengekalkan serta meningkatkan lagi tahap kecemerlangan yang telah
dicapai pada hari ini agar kejayaan pada masa hadapan akan dikecapi.

Sekian, terima kasih

Selamat Maju Jaya


...........
(JEFRI BIN ABDUL AHMAD)
Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan

Anda mungkin juga menyukai