Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN KEPADA NEGARA JEPUN

1.0 SEJARAH AWAL JEPUN

Secara ringkasnya sejarah awal atau Jepun adalah terbahagi kepada sepuluh zaman yang berbeza iaitu : 1. Era Paleleotik (35000 SM-14000 SM) 2. Era Jomon (14000 SM 300 SM) 3. Era Yayoi (300 SM 250 Masihi) 4. Era Kofun (250 538) 5. Era Nara (710 794) 6. Era Heian (794 1185) 7. Era Kamakura (1185 1338) 8. Era Muromachi (1336 1573) 9. Era Azuchi-Momoyama (1568 1603) 10. Era Edo (Tokugawa) (1603 1868) Pada seksyen 1.1 hingga 1.9, kita akan membincangkan dan melihat satu persatu deskripsi mengenai zaman-zaman yang telah dicatitkan di atas yang mana adalah sejarah awal Jepun. Kronologi akan dimulai dengan melihat kepada era Jomon dan seterusnya hingga ke era Edo (Tokugawa). Dalam topik-topik ini, perbincangan akan tertumpu kepada asas atau tapak kepada sesebuah era dan cirri-cirinya.

1.1 Era Jomon (14000 SM 300 SM) Sejarah awal tamadun Jepun dikenali sebagai zaman Jomon di mana istilah Jomon diambil sempena nama barang-barang yang dicipta dari sejenis tanah liat yang dipanggil Jomon. Pada masa ini, penduduk pribumi Jepun iaitu masyarakat Jomon belum mempunyai kemahiran dalam bidang bercucuk tanam. 1Mereka hidup dengan kegiatan memburu binatang terutamanya rusa dan babi hutan, mengutip hasil laut dan memungut hasil hutan. Oleh kerana mereka belum mempunyai pengetahuan dalam bidang pertanian, sesetengah tumbuhan dan pokok kekacang dijimatkan. Penduduk Jomon membina rumah di dalam tanah dan berdindingkan jerami. Kulit kayu dan kulit binatang pula digunakan sebagai pakaian. Pada masa ini, peralatan-peralatan untuk kegunaan harian diperbuat daripada batu dan seramik di mana ia menunjukkan sedikit ciri-ciri zaman neolitik. 2Masyarakat Jomon juga membuat ukiran-ukiran patung dan barang-barang tembikar daripada tanah liat. Barang-barang ini mempunyai ukiran yang unik dan menunjukkan masyarakat Jomon pada ketika itu telah mencapai tahap kesenian yang tinggi. Tiada jurang perbezaan di antara yang kaya dengan yang miskin dalam masyarakat Jomon.
3

Kepercayaan masyarakat Jomon ialah terhadap kuasa ghaib melalui penciptaan patung

Dewi dan tanah liat. Batu-batu besar pula dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir.

1.2 Era Yayoi (300 SM 250 Masihi)


Masyarakat Yayoi merupakan masyarakat pertanian pertama di kepulauan Jepun.
4

Nama Yayoi diambil sempena nama sejenis periuk belanga tembikar yang berasal dari

zaman tersebut. Pada ketika ini, kegiatan memburu binatang dan memungut hasil hutan masih diteruskan namun pengetahuan terhadap bidang pertanian telah meningkat. Sebagai contoh, padi telah ditanam di kawasan tanah lembap manakala penanaman barli dan gandum pula di kawasan tanah tinggi. Selain itu, terdapat penggunaan teknologi seperti tenggala untuk membajak dan sistem batas untuk penanaman padi.

1 2

Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 42 Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 38 3 Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 39 4 Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 45

Peningkatan pengeluaran bahan makanan menyumbang kepada amalan penyimpanan beras dan bahan pertanian yang lain. Perkara ini mewujudkan jurang di antara golongan yang kaya dengan yang miskin. 5Dengan ini, masyarakat Yayoi mula mempunyai kedudukan sosial dan politik serta kemunculan para pemimpin seperti di Yamato (Nara) dan Kyushu. Penggunaan bahan gangsa dan besi adalah semakin meluas terutama dalam upacara keagamaan dan sebagai peralatan pertanian. Perbezaan bahan gangsa yang disertakan dalam upacara pengebumian menunjukkan kepelbagaian sosial dalam masyarakat Yayoi.

1.3 Era Kofun (250 538) Istilah Kofun diambil sempena makam pemimpin politik yang besar dan mewah, di mana ia menunjukkan pembahagian masyarakat pertanian yang diwarisi dari zaman Yayoi. Kebanyakan makam ini dihiasi dengan ukiran tanah liat yang dikenali sebagai Haniwa. Keluarga di-raja Jepun mengaitkan keturunan mereka berasal dari keturunan maharajamaharaja Yamato di mana Jepun juga dinamakan sebagai Yamato pada masa itu. 6Menurut legenda, negara Jepun diasaskan pada tahun 660 SM oleh Maharaja Jimmu Temo. Pemimpin-pemimpin Yamato mendakwa Dewi Matahari Amaterasu sebagai nenek moyang mereka dan telah mengasaskan negara Jepun sejak ketika itu. Ia mula muncul pada kurun ke-6 apabila ketua sesebuah keluarga menjadi dominan. Maharaja Jimmu menjadikan Kashiwara sebagai ibu kota di Yamato. Maharaja Jepun pada ketika itu memerintah kawasan Yamato dan kawasan sekelilingnya iaitu Nara. Selain itu, mereka juga telah meluaskan pengaruh hingga ke selatan Korea. Jepun telah membuka hubungan langsung dengan Korea melalui penaklukannya dan telah membantu kepada penyaluran budaya Cina ke Jepun. 7Budaya Cina memberikan sumbangan yang besar kepada Jepun dari segi tulisan, seni, seni bina, pakaian, kesusasteraan dan agama iaitu agama Buddha. Tahun 552 M merupakan tahun di mana agama Buddha telah diperkenalkan kepada Jepun apabila Raja Pakche dari Korea menghantar sebuah patung Buddha dan beberapa buah buku mengenai doktrin agama Buddha kepada Kerajaan Imperial di Jepun. Agama Buddha pada awalnya mendapat tentangan yang kuat dari sebahagian menteri-menteri
5 6

Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 46 Mason, R.H.P dan Caiger J.G, 2004, A History of Japan, Revised Edition, m/s 2 7 Richard Sims, 1993, Modern Japan, m/s 6

namun kemudiannya diberikan kedudukan yang kuat dan menjadi popular di kalangan keluarga diraja dan pemimpin atasan Jepun. Namun begitu, agama Shinto tetap menjadi agama utama bagi Jepun.
8

Pada tahun 604 M, Putera Shotoku mula memasukkan prinsip Cina ke dalam

kehidupan Kerajaan Imperial Jepun malah beliau juga menghantar utusan ke negara China. Model kerajaan Cina juga di ambil tetapi diubahsuai agar bersesuaian dengan keperluan kerajaan Jepun. 9Pembaharuan Taika yang bermula pada tahun 646 M telah membawa perubahan yang merangkumi sistem politik dan pentadbiran. Secara teorinya, semua tanah adalah milik maharaja. Tanah yang luas telah dimansuhkan dan sesetengah tanah ladang telah dibahagikan kepada para petani. Kerajaan mula mengenakan sistem cukai. Walaubagaimanapun, untuk menggalakkan perkembangan aktiviti pertanian, rejim Yamato membenarkan pengecualian cukai terhadap tanah yang baru diusahakan. Keadaan ini telah merangsang pembukaan estet besar yang dikenali sebagai shoen. Shoen dimiliki oleh golongan keluarga yang lebih berkuasa, golongan bangsawan dan institusi keagamaan. Shoen diusahakan oleh ribuan petani dan para petani ini lebih bergantung kepada tuan tanah secara kekal. Pada tahun 702 M, Kod Taiho telah diperkenalkan dan telah mengubah struktur kerajaan. Pembaharuan Taika dan Kod Taiho memyebabkan struktur kerajaan Jepun menjadi lebih efektif dan sistematik. 50 tahun terakhir zaman Kofun juga dikenali sebagai zaman Asuka apabila Asuka menjadi ibu negara baru Yamato.

8 9

Japan, An Illustrated Encyclopedia, 1993, m/s 1806 Japan, An Illustrated Encyclopedia, 1993, m/s 1808.

1.4 Era Nara (710-794)


Zaman Nara bermula apabila ibu negara dipindahkan dari Asuka ke utara Nara. Zaman Nara dicirikan dengan pematangan sistem kerajaan Ritsuryo yang diinspirasikan dari China. Pengambilan budaya dan teknologi dari China juga masih aktif. Zaman Nara menunjukkan perkembangan agama Buddha di Jepun. Agama Buddha mendapat pengiktirafan kerajaan sebagai agama negara malah kuil-kuil juga didirikan di seluruh Jepun. Kuil Todai-ji yang dibina pada tahun 745 M menjadi struktur politik yang penting pada ketika itu.
10

Atas

perintah kerajaan Imperial, patung Buddha Daibutsu dibina di Kuil Todai-ji dan dilengkapkan pada tahun 752 M. Malah, Maharani Komyo juga mendermakan 600 objek berharga yang pernah digunakan oleh mendiang suaminya Maharaja Shomu dan bawahannya kepada Kuil Todai-ji pada tahun 756 M. Zaman Nara juga menyaksikan perkembangan seni yang dikenali sebagai budaya Tempyo. Hasil kesusasteraan juga berkembang, antara contoh ialah riwayat sejarah Jepun Kojiki yang dihasilkan pada tahun 712 M dan Nihon Shoki pada tahun 720 M. Selain itu, antologi puisi pertama Jepun juga dihasilkan pada tahun 759 M iaitu Manyoshu.

1.5 Era Heian (794-1185) Zaman Heian mula apabila ibu negara ditubuhkan di Heian yang dikenali sebagai Kyoto pada masa kini.
11

Selepas pemindahan ibu negara, keluarga Fujiwara adalah keluarga yang

paling berkuasa sehingga zaman Heian kadangkala juga dikenali sebagai zaman Fujiwara. Zaman ini juga merupakan zaman perkembangan budaya aristocrat asli. Pada masa ini, Jepun mula memiliki sistem tulisan sendiri iaitu Kana. Kana terbahagi kepada dua cabang iaitu Hiragana dan Katakana. Perkembangan sistem Kana telah memberi sumbangan kepada peningkatan sastera seperti puisi (waka), prosa, hikayat dan hasil kesusasteraan lain.
12

Antara hasil kesusasteraan yang terkenal pada ketika itu ialah The Tale

Of Genji karya Murasaki Shikibu.

10 11

Japan, An Illustrated Encyclopedia, 1993, m/s 1823 Richard Sims, Modern Japan, 1993, m/s 6 12 Richard Sims, Modern Japan, 1993, m/s 7

13

Pada tahun 940 M, keluarga Taika telah melakukan pemberontakan di wilayah Hitachi

dan ia merupakan pemberontakan besar pertama yang dilakukan oleh golongan pahlawan dalam menentang kerajaan. Keluarga Taika juga bersaing dengan keluarga Minamoto pada tahun 1156 M untuk mendapatkan kuasa politik apabila kuasa keluarga Fujiwara semakin lemah. Keluarga Taira telah mempengaruhi kerajaan Imperial pada tahun 1160 M dan seterusnya sebelum ditentang keluarga Minamoto pada tahun 1180 M seterusnya mencetuskan peperangan Taira-Minamoto. Keluarga Minamoto berjaya mengalahkan angkatan tentera Taira dalam tahun 1183 M dan memasuki Kyoto. Penguasaan keluarga Minamoto telah memulakan zaman Kamakura di Jepun.

1.6 Era Kamakura (1185 1333)


14

Era kamakura ini bermula pada tahun 1185 sehingga 1338. Era ini menunjukkan

peningkatan dalam hal-hal ekonomi, sosial, dan juga budaya masyarakat pada masa tersebut. Pada era ini, keluarga Minamoto mengambil alih kerajaan selepas mengalahkan puak-puak Tiara di dalam peperangan Gempei. Seterusnya, Minamoto Yakamura memperkenalkan Shogun dan membuat satu lagi kerajaan baharu yang dinamakan Kamakuru Bakufu. Minamoto Yakamura memilih timur Jepun sebagai pusat kerajaan mereka. Bakufu, ataupun erti kata lain, adalah bermaksud pejuang kerajaan, sangat mengambil berat tentang arahan-arahan yang diarahkan oleh Yorimoto dan juga orangorang suruhannya. Pada masa yang sama, Bakufu juga mengandaikan lebih kuasa terhadap hak pemilikan harta, bayaran cukai, urusan undang-undang yang mana ianya memberi kesan kepada seluruh masyakarat pada masa tersebut. Pada awal abad ke-13, ketiadaan barisan Shogun Minamoto telah menyebabkan pemangku raja, iaitu Hojo mendominasikan Bakufu. Hojo Tokimune telah mendapat kuasa untuk menyusun strategi-strategi pertahanan semasa negara mereka cuba untuk ditakluki oleh Mongul pada tahun 1274 dan 1281 yang mana pada tahun 1274 merupakan cubaan Mongul untuk menakluki Jepun buat pertama kalinya. Apabila gagal menakluki Jepun, Mongul sekali lagi cuba untuk menakluk Jepun pada tahun 1281 tetapi cubaan mereka turut gagal pada masa tersebut.

13

Richard Sims, Modern Japan, 1993, m/s 11

14

Richard Bowring & Peter Konicki ,1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, Halaman 60-61

1.6.1 Penaklukan Mongul


15

Setelah pihak mongul tidak Berjaya untuk menakluk Jepun, iaitu pada tahun 1274,

Mongul sekali lagi melancarkan serangan kepada Jepun pada tahun 1281. Pada masa tersebut, pihak Mongul telah datang dengan angka yang sangat besar, iaitu sebanyak 4 400 kapal dan juga seramai 140 000 orang askar telah dikerahkan. Akan tetapi, pihak Mongul hanya Berjaya menakluk persisiran pantai Jepun kerana pihak Jepun melancarkan serangan bertalu-talu kepada mereka. Di sebabkan masa yang tidak sesuai, pihak Mongul terpaksa mengaku kalah kepada pihak Jepun kerana ribut yang melanda telah banyak merosakkan kapal-kapal dan juga telah mengorbankan ramai askar-askar mereka. Setelah itu, pihak Mongul yang diketuai oleh Khubilai Khan sekali lagi merancang untuk menyerang Jepun tetapi gagal kerana beliau meninggal dunia pada tahun 1294. Bagi beberapa tahun yang berikutnya, pihak Jepun masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengatasi serangan-serang daripada pihak luar seperti Mongul.

1.7 Era Muromachi (Ashikaga)


16

Era Ashikaga ini juga dikenali sebagai Muromachi Bakufu. Pengasas bagi era ini ialah

Ashikaga Shogun. Ashikaga Shogun tidak mempunyai sebarang kuasa ketenteraan dan hanya bergantung kepada orang-orang suruhan serta gabenor pemerintah ketenteraan ataupun dikenali sebagai Shugo. Pada awalnya, Shugo terpaksa bersaing untuk meningkatkan kuasa-kuasa mereka, manakala Shogun yang lemah akan menarik diri daripada kepimpinan politik dan akan berpaling tadah kepada politik istana dan juga budaya. Perbalahan terhadap keberkesanan pemerintahan Shogunal ini mula dipertikai ketika peperangan Onin terjadi pada tahun 1467. Perbalahan di antara kedua-dua puak Shugo ini berlanjutan sehingga sepuluh tahun dan ianya telah banyak membazirkan Kyoto. Pada akhir kurun ke-15 sehinnga permulaan kurun ke-16, apa yang dikira sebelum ini tidaklah di kira sebagai sesuatu yang rasmi ataupun peningkatan kuasa Shogunate yang rasmi, tetapi dalam aspek kuasa yang sebenar ialah dalam hal-hal pengikut yang setia, tanah yang banyak, istana yang kukuh, keupayaan dalam segi taktik peperangan dan juga persediaan rapi menghadapi musuh. Di dalam keadaan ini, terdapat banyak Shugo dikalahkan oleh pejuang-pejuang tempatan di bawah mereka dan ini menyebabkan
15

Richard Bowring & Peter Konicki ,1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 60-61 Richard Bowring & Peter Konicki ,1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 61-63

16

terbentuknya kawasan-kawasan yang dikuasai oleh pejuang tersebut. Sebagai contohnya, pada awal kurun ke-16, terdapat sebanyak 250 buah kawasan jagaan di sekitar Jepun. Semasa isu-isu pembahagian kawasan kuasaan ini sedang membangun dengan cepat, banyak kuasa-kuasa politik sudah berpaling tadah kepada proses penyatuan Jepun yang dimulakan oleh Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi dan juga Tokugawa Ieyasu yang mana mereka ini telah berjaya dalam bidang ketenteraan di Sekigahara pada tahun 1600. Kesemua arus-arus perubahan politik pada era pertengahan Jepun ini telah banyak meninggalkan kesan. Sebagai contohnya, idea pejuang kerajaan yang dimasukkan di dalam makhamah tertinggi, Shogun sebagai ketua telah banyak digunapakai sehingga kurun yang ke-19. Bukan itu sahaja, peraturan-peraturan bagi pejuang ini diperkuatkan lagi dengan kod-kod yang sah dan juga sekutu-sekutu Shogun.

1.7.1 Kehidupan Sosial dan Ekonomi.


17

Pada masa tersebut, bukan sahaja puak-puak samurai yang muncul pada era

pertengahan ini, malah terdapat juga beberapa puak yang muncul. Antara puak-puak yang muncul ialah pedagang, artis (pengukir) dan juga beberapa petani kecil-kecilan. Penggunaan duit syiling pula, malah aktiviti di pasar adalah sangat kurang dipraktikkan. Sistem ekonomi yang sangat menonjol pada masa ini ialah dalam bentuk pertukaran barang ataupun perkhidmatan. Sebagai contohnya, penduduk akan membayar cukai dengan menggunakan beras sebagai bayarannya. Sistem ini tidaklah bertahan selama-lamanya, ia mula berubah pada kurun yang ke-13 yang mana satu perubahan ekonomi dan juga sosial berlaku apabila pemisahan hartanah Shoen. Semasa kurun ini juga, terdapat perubahan didalam aspek pertanian dan juga agrikultur yang mana ianya memyebabkan lebih banyak pasar-pasar yang ditubuhkan di Shoen. Ini termasuk di sekitar lorong pejalan kaki dan juga sekitar pintu-pintu kuil. Pasar tiga bulan sekali mula dijalankan dan juga terdapat beberapa pasar-pasar yang tetap telah muncul. Pekan-pekan yang terpencil pula akan dihubungkan oleh beberapa penjaja dan juga pedagang. Beberapa pasar yang berjaya pula akan menjadi pasar borong seperti pasar ikan yang terletak di Yodo. Hal-hal perdagangan dan juga hal pemasaran pula seterusnya diamalkan pada era Muromachi. Bukan itu sahaja, kedudukan Bakufu di Kyoto juga telah menyebabkan
17

Richard Bowring & Peter Konicki ,1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 61-63

pemulihan yang penting di ibu negeri tersebut yang telah menjadi pasar antarabangsa pada awal kurun yang ke-15.

1.7.2 Budaya Hidup


18

Pada era pertengahan ini, ianya telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara di

dalam aspek kepercayaan dan juga budaya hidup masyarakat pada era ini. Pada akhir kurun ke-12, terdapat beberapa penggerak yang ingin membawa masyarakat-masyarakat Jepun untuk menganut agama Budha. Walau bagaimanapun, pihak makhamah tidaklah kehilangan kuasa budayanya kerana pada era pertengahan ialah era pejuang, yang mana ianya melambangkan istana yang terletak di atas gunung khas untuk pejuang tersebut. Lukisan ataupun utusan yang dilukis di atas kertas masih lagi luas digunakan. Sebagai contoh, skrol Obusama Saburo ini melambangkan pemikiran pejuang pada masa tersebut. Bukan itu sahaja, semasa serangan Mongul juga, terdapat beberapa skrol yang menunjukkan gaya hidup pada masa tersebut, lakaran pejuang-pejuang dan juga pakaian mereka. Pada masa ini juga, memandangkan peperangan sering tercetus, ianya telah menyebabkan bidang pembuatan pedang, perisai badan, dan juga segala-gala peralatan yang bertujuan peperangan ini telah menunjukkan kemuncaknya. Seni-seni artistic juga telah membangun dengan cepat yang mana ada beberapa pejuang ini telah belajar untuk menulis puisi, seni pengukiran kayu, dan lain-lain lagi. Istana bagi pejuan-pejuang ini juga akan dihiasa dengan lukisan dinding untuk memahirkan diri dalam sekolah melukis Kano dan juga Tosa. Mereka (pejuang-pejuang) ini juga mula mempelajari ilmu-ilmu agama iaitu Budha daripada rahib-rahib tempatan.

18

Richard Bowring & Peter Konicki ,1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, m/s 61-63

1.8 Era Azuchi-Momoyama


19

Nobunaga ataupun dikenali sebagai Oda Nobunaga ialah orang yang pertama sekali

memulakan proses penyatuan Jepun. Walau bagaimanapun, ianya di lengkapkan oleh Toyotomi Hideyoshi pada tahun 1537-98. Toyotomi Hideyoshi merupakan seorang yang sangat bijak dalam hal-hal mengatur strategi peperangan yang mana ianya menyebabkan beliau Berjaya di dalam pengusaan Jepun terutama dalam hal-hal peperangan dan juga isuisu politik. Hideyoshi dan juga askar-askarnya telah Berjaya menawan Korea pada tahun 1592 yang mana ianya menyumbang pada kejayaan rancangan besar-besaran Hideyoshi dalam penubuhan Pan-Asiatic Kingdom yang berpusat d China. Akan tetapi, rancangan tersebut menerima tentangan yang hebat daripada pihak Korea. Rancangan ini juga diberhentikan apabila kematian Hideyoshi. Semasa pengusaan Hideyoshi, beliau telah berpaling tadah kepada mubaligh-mubaligh kristian. Pada tahun 1593, mubaligh Sepanyol telah memasuki Jepun apabila Pedro Bautista bersama-sama 3 rakannya datang ke Jepun sebagai Duta gabenor Sepanyol yang mana mereka ini telah mendapat hak untuk menetap di Jepun. Hal ini menyebabkan berlakunya penganiayaan besar-besaran diantara kedua-dua pihak tersebut yang mana ianya bukan sahaja membawa kepada aktivi-aktiviti mubaligh tersebut seperti membawa orang Jepun untuk memasukku agama mereka malah hal ini juga menyebabkan perhubungan diantara bangsa-bangsa katolik di Eropah. Walau bagaimanapun, penguasaan Hideyoshi dipertikaikan kerana beliau adalah orang yang biasa dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman tentang seni. Beliau juga telah mengarahkan untuk melakukan kajian pada kawasan negara tersebut bagi menghasilkan dasar yang boleh digunapakai bagi tujuan pencukaian tanah.

19

Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, Halaman 66-67

1.9 Era Edo (Tokugawa)


20

Pengasas bagi dinasti ini ini dimulakan oleh Tokugawa Ieyasu iaiatu pada tahun 1542

sehingga 1616. Pada era ini, kuasa dibahagikan dan juga dipertikaikan oleh, kuasa ketenteraan yang berlebihan, pergabungan petani, yayasan kepaderian. Menjelang akhir kurun yang ke-16, Tokugawa Ieyasu mula untuk mengubah kesemua unsure-unsur ini. Satu persatu yayasan kepaderian ini akan disuruh untuk tunduk kepada Tokugawa, tanah mereka akan dirampas, dan juga tentera-tentera mereka akan dimusnahkan. Selama proses ini berlaku, ianya telah menyebabkan peperang diantara ketua pahlawan dengan Tokugawa itu sendri. Peperangan tersebut dinamakan sebagai Sekigahara yang tercetus pada tahun 1600. Dalam hal ini, Tokugawa telah berjaya mengalahkan pihak lawan dengan hanya 70 000 orang berbanding dengan pihak lawannya yang mempunyai lebih banyak anggota. Dengan mengambil gelaran sebagai Sei-I Taishogun, ataupun panglima perang, Tokugawa mula membentuk satu kerajaan yang jauh lebih baik daripada apa yang Jepun ada sebelum ini. Pada kurun yang ke-16, kedudukan pada masa tersebut tidaklah begitu stabil, Tokugawa Ieyasu bersama-sama dengan keturunannya memberi Jepun darjah pemusatan yang tiada bandingannya. Semasa penguasaan Tokugawa, ianya dikenali sebagai Bakufu, rumah Tokugawa sendiri telah menjadi pusat bagi kebanyakkan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan seperti hal-hal mata wang, berat dan juga timbangan,halhal agama dan lain-lain lagi. Dengan penguasaan yang lebih teratur, kerajaan ini telah mendapat kawasannya yang sebanyak 47 daripada 68 wilayah-wilayah di Jepun masa tersebut. 1.9.1 Pengawalan Daimyo (Golongan Bangsawan) Daimyo ialah ketua kepada pahlawan pada masa tersebut. Pada masa ini, saki baki Jepun akan dijaga oleh Daimyo telah menyebabkan banyak kekacauan bagi jangka masa yang sangat panjang. Walau bagaimanapun, setiap Daimyo ini adalah tertakluk kepada undang-undang Tokugawa. Terdapat sebilangan kecil yang sanggup mengikut undangundang tersebut dan yang lain masih enggan untuk tunduk kepada Tokugawa. Buke Shohatto ialah undang-undang bagi rumah setiap pahlawan tersebut. Ianya digunapakai pada awal 1615 dan ianya banyak dikeluarkan dalam banyak versi. Di dalam dokumen tersebut, antara isi kandungannya ialah menghalang mereka untuk menggembangkan kawasan kekuasaan mereka yang sedia ada.

20

Richard Bowring & Peter Konicki , 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, Halaman 67-75

2.0 PROSES PEMODENAN JEPUN


Dalam seksyen ini, perkara-perkara utama yang akan dibincangkan adalah bagaimana transformasi Jepun bermula, dimanakah titik permulaannya proses pemodenan Jepun, dan juga faktor-faktor yang mendorong kepada transformasi negara Jepun itu sendiri. Dalam seksyen ini, perbincangan hanya akan ditumpuhkan kepada Kerajaan Meiji, yang mana telah memulakan proses pemodenan Jepun. Perbincangan akan merangkumi segala aspek perubahan yang dialami oleh Jepun ketika pemerintahan Meiji, bukan sahaja dari segi politik mahupun ekonomi, tetapi skop akan dibuka sehingga kepada perubahan tradisi dan cara hidup masyarakat Jepun. Era selepas Meiji tidak akan dibincangkan kerana perbincangan hanya menumpukan kepada proses pemodenan Jepun dan era selepas Meiji boleh dianggap telah melepasi tahap asas proses pemodenan.

2.1 TITIK PERMULAAN PEMODENAN Permulaan proses pemodenan Jepun adalah dimulai dengan pengambilalihan tampuk pemerintahan oleh Kerajaan Meiji daripada Tokugawa. Pengambilalihan tampuk pemerintahan oleh kerajaan Meiji membolehkan Jepun berevolusi kepada sebuah negara yang amat moden seperti Jepun yang kita kenali sekarang. Pada era ini, berbagai-bagai institusi barat diimplementasikan oleh kerajaan Meiji untuk membentuk Jepun menjadi sebuah negara yang maju dan setanding dengan negara barat.

2.1.1 FAKTOR KEJATUHAN TOKUGAWA


21

Kekuasaan Tokugawa terhadap Jepun bertahan selama lebih daripada dua abad

lamanya dan pada dekad-dekad akhir pemerintahannya, Tokugawa telah mengalami kemerosotan dari segi penguasaannya terhadap Jepun lalu memberi laluan kepada Era Pemulihan Meiji. Faktor-faktor kejatuhan Tokugawa adalah : I. Peranan Saudagar dan Perubahan Corak Sosial -Sistem ekonomi wang menggantikan sistem tukaran barang (barter)

21

Reischauer. Craig, 1989, Japan (Tradition and Transformation), m/s 130-131

II.

Menentang Dasar Pengasingan -Penentangan dasar pengasingan yang diamalkan oleh keshogunan Tokugawa kerana dasar ini merugikan golongan saudagar.

III.

Perasaan Kebangsaan/Fahaman Shintoisme -Perasaan hormat dan taat kepada maharaja timbul kembali melalui fahaman Shintoisme

IV.

Tekanan Ekonomi -Krisis ekonomi tidak dapat ditangani dengan baik oleh Keshogunan Tokugawa menyebabkan rakyat memberontak.

2.2 ERA PEMULIHAN/RESTORASI MEIJI Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun (16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud pemerintah yang menerima cahaya, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat Jepun Baru, banyak pencapaian yang penting seperti di bawah: 1. 2. 3. 4. Penghapusan sistem feudalisme Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut Komunikasi dan perhubungan Pendidikan
22

yang telah di kecapi sepanjang

zaman pemerintahan Meiji. Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian

22

James L. McClain, 2002, A Modern History of Japan, Bab 5

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Undang-undang Ekonomi Perindustrian Dasar kewangan dan fiskal Politik Media cetak Kebudayaan

Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam seksyen yang seterusnya. Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita dapat melihat keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak pemerintahan. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zaman pemerintahan Shogun Tokugawa.
23

Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman

Sengoku Jidai (zaman peperangan yang berlaku pada 1460 1573M). Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. Namun, ketika era pemerintahan beliau, amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di bawahnya pula di susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Di zaman itu, hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang. Kemudian di ikuti oleh Petani, Petukang dan akhir sekali golongan saudagar.
24

Di zaman ini juga, Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan Jepun

dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Namun, segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. Ketika itu juga, kewibawan para samurai jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan saudagar semakin meningkat. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di dalam status feudal Jepun ketika itu.
25

Di samping itu juga, kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander Matthew

Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada 1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka kepada orang asing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila terlalu
23 24 25

Richard Bowring & Peter Konicki, 1993, The Cambridge Encyclopedia of Japan, Halaman 66-67

Richard Storry, 1980, Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bab 4 Reischauer. Craig , 1989, Japan (Tradition and Transformation), m/s 118-119

ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginan-keinginan tertentu. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang asing.

2.2.2 Penghapusan Sistem Feudalisme


26

Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini

juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment).

2.2.3 Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12

26

James L. McClain, 2002, A Modern history of Japan, m/s 157-158

tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing.
27

Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan

Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo. Atas usaha ini, Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun. Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun. Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu.

2.2.4 Komunikasi dan Perhubungan Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun.

27

Reischauer. Craig, 1989, Japan (Tradition and Transformation), m/s 146-147

Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan.
28

Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872.

Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo danYokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu.

2.2.5 Pendidikan Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan pendidikan adalah kunci kecemerlangan. Walaupun begitu, mereka masih perlu membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun. Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun.
29

Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang

28 29

Reischauer. Craig, 1989, Japan (Tradition and Transformation), m/s 146-147 Reischauer. Craig, 1989, Japan (Tradition and Transformation), m/s 164-166

menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan. Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka dibayar gaji oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze. Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.

2.2.6 Undang undang Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjianperjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.

2.2.7 Ekonomi Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000.

Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870 1880. Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan di Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka.

2.2.8 Perindustrian Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilangkilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka. Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongangolongan kaya feudal Jepun. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru. Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain lain. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu.
30

30

Reischauer. Craig, 1989, Japan (Tradition and Transformation), m/s 154-155

2.2.9 Dasar Kewangan dan Fiskal Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai. Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasaskan konsep perbankan Amerika Syarikat. Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai. Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat. Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya. Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.

2.2.10 Politik Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku

peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck, seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada tahun 1870 dan di gelar Canselori Waja. Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. 31Di antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Namun, kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di ganti dengan sistem demokrasi.

2.2.11 Media Cetak Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.

2.2.12 Kebudayaan Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak pring piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di samping itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya

M. Rajendran, 1997, The History of South-East, South and East Asia, m/s 364, Oxford University Press,
31

Anda mungkin juga menyukai