Anda di halaman 1dari 15

Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera

Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu - Pengenalan

Tumpuan Bidang

Bahasa atau Sastera?

Apa itu Bahasa?

Apa kata sarjana?


Apa yang dapat anda fahami?

Apa itu SASTERA?

SASTERA dari sudut Bahasa

S ASTE RA-

Seni Bahasa Akaliah. Sensitiviti Tersurat dan Tersirat Estetika Realiti Alternatif / Pelepasan Minda

Hubungan Bahasa dan Sastera

Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)


Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik

Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu


Tradisional dan moden Prosa dan Puisi Aliran dan Pemikiran

Unit 1 Teori Seni Bahasa dan Aliran Makna


Klasissme

dan Retorik Romantisisme dan Seni Bahasa Realisme dan Seni Bahasa

Teori Retorik

Ahli retorik orang yang berketrampilan untuk meyakinkan orang ramai. Penekanan kepada aspek penggunaan dan pengindahan gaya. Tumpuan retorik kefasihan dan ketangkasan bicara. Persoalan moral dan kebijaksanaan kurang dipentingkan. Hal ini mendapat sanggahan daripada beberapa tokoh Socrates (hlm. 16)

Kaedah Dialektik - Socrates

Kaedah soal jawab Mengapa tidak ? (Why not?). Kebaikan itu adalah ilmu = menjurus kebenaran. Socrates menganggap ahli retorik tidak serius dalam mencari kebenaran. Mereka lebih bersifat membanggakan diri. Dua prinsip pengucapan seni Socrates

Mengemukakan definisi pendahuluan tajuk Membahagiakn pokok bicara kepada bahagian2.

Klasisisme dalam Kesusasteraan

Pengaruh teori klasik sangat besar. Aspek pengaruh : kategori gaya, kualiti gaya, istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian, prinsip ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori gaya atau stilistik. Kategori Gaya: Gaya tinggi, gaya pertengahan, Gaya mudah (hlm. 19). Kualiti Gaya: Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran (hlm. 19).

Aliran Klasisisme

Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai medium pendidikan. Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat kolektif dan milik bersama. Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa keburukan. Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat bersih dan suci.

Kebijaksanaan Pemilihan diksi yang berkesan

Prinsip Aliran Klasisisme

berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan makna-makna yang diungkapkan secara luaran dan dalaman. Kebenaran Karya yang dihasilkan sewajarnya mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan. Keanggunan merujuk kepada adab, tatasusila, dan kehalusan berbahasa. Kefasihan kebolehan pengarang mengadun dan memilih kata yang persis yang akhirnya makna dapat disampaikan dengan persis. Keadilan aktiviti atau tatacara sesuatu itu dibuat atau diperoleh.

Aliran Romantisme

Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan. Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan dengan penuh kesempurnaan. Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga mampu menitiskan air mata pembaca.

Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau sensori yang sentimental sifatnya. aliran ini menonjolkan perasaan dengan mengkesampingkan pemikiran rasional dan lain-lain pertimbangan. Sifat emosional yang terungkap menyebabkan karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek kebenaran.

Aliran Realisme

Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan keseluruhan kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada. Pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan secara teliti. Sesuatu itu diperlihatkan secara logik tanpa membawakan sesuatu yang berlebih-lebihan sehingga terkeluar daripada garis kerasionalan dan realitinya.

Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak dan perwatakan dalam sesebuah karya wujud secara alamiah. Dapat ditafsir secara zahir dengan mata hati tanpa diwarnai oleh sesuatu yang boleh mengaburi kebenaran dan sesahihan dalam dunia nyata.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai