Anda di halaman 1dari 3

MASALAH MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH1 1) KRITIKAN Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan

an kepada komunikasi. Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri sahaja. 2) MELEBAL MURID Guru yang melabel murid dengan pelbagai nama seperti si malas, kaki ponteng dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi. Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap. 3) MEMBERI ARAHAN Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi. 4) ANCAMAN Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagai amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi yang terbuka. 5) MEMEK MUKA Memek muka gruu yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya atau memberi jawapan. Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik. 6) KEKURANGAN PERHATIAN Guru yang sentiasa duduka dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadapa jwapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi.

20hb Oktober 2010, kuliah (rabu)

7) BAHASA Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku. 8) KELAJUAN Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru. Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya. 9) KEKURANGAN PERSEDIAAN Persediaan yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan. Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui. Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku. 10) AKTIVITI PEMBELAJARAN KURANG MENARIK

Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, murid-murid enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan yang lain. Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.

CARA CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH2 1) Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran. * Ini membolehkan setiap murid mendengar mudah serta jelas. Selepas itu, barulah murid-murid digalakkan untuk bertanya. 2) Elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat.
2

20hb Oktober 2010

* Cuba baiki jawapan yang dianggap kurnag sesuai. 3) Elakkan daripada melabel murid dengan kata-kata berbentuk negatif. * Melalui cara ini, murid akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujahhujah. 4) Galakkan perundingan. * Murid bertendensi untuk memberontak jika guru memberi arahan. * Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila muird-murid di ajak berunding. 5) Tunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba mnejawab atau menyoal. * Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang mneyertai perbincangan. 6) Berikan perhatian penuh ketika murid sedang menjawab atau menyoal. * Perhatian penuh guru akan mendorong murid untuk terus berinteraksi dengan guru. 7) Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan murid. * Ini akan memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. 8) Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa muridmurid. * Bagi murid-murid yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan.