Anda di halaman 1dari 69

Hari Tarikh Masa Tempat Nota Pembelajaran

: Jumaat : 16/07/10 : 5.00pm-7.00pm : Auditorium :

Olahraga dikenali juga sebagai kejohanan balapan dan pada masa kini. olahraga ini merangkumi larian, lompatan dan juga lontaran. olahraga berasal dari perkataan Greek athlos yang bermaksud bertanding. Acara track balapan terdiri daripada berbagai jenis kategori dan acara yang mana merangkumi: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. 100 m 200m 400m 800m 1500m 3000m [perempuan] 5000m [lelaki] 2000m lari berhalangan [lelaki bawah 15] 3000m lari berhalangan [perempuan bawah 18] 3000m jalan kaki [perempuan bawah 15] 5000m jalan kaki [lelaki bawah 15 dan perempuan bawah 18] 10000m jalan kaki [lelaki bawah 18] 100 m lari berpagar [lelaki bawah 15 dan perempuan bawah 18]

xiv. xv. xvi.

110 m lari berpagar [lelaki bawah 15 dan perempuan bawah 18] 200m lari berpagar [perempuan bawah 15 dan lelaki bawah 15] 400m lari berpagar [perempuan bawah 18 dan lelaki bawah 18]

Acara padang pula terdiri daripada : i. ii. iii. iv. v. vi. Lempar cakera Rejam lembing Lontar peluru Lompat tinggi Lompat jauh Lompat kijang

Daripada acara-acara berikut, terdapat 5 acara bercampur yang dikenali sebagai pentathlon: i. ii. iii. iv. v. 800m 100m lari berpagar Lompat jauh Lontar peluru Lompat tinggi

Heptathlon juga adalah acara bercampur namun terdapat 7 acara didalamnya: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 110 m lari berpagar 400m 1500m Lompat jauh Lompat tinggi Lontar peluru Rejam lembing.

Hari Tarikh Masa Tempat

: Jumaat : 23 Julai 2010 : 5.00 petang-7.00 petang : Auditorium

Nota Pembelajaran : Kepegawaian Olahraga Jenis- jenis pegawai : Pengarah pertandingan Juri rayuan Refri balapan dan padang Ketua hakim dan hakim Ketua penjaga masa dan penjaga masa Pegawai kejohanan ketua pelepas dan pelepas Penolong pelepasan Pengurus teknikal

Tugas-tugas pegawai : Pengarah pertandingan i. ii. Merancang keperluan kejohanan dari segi teknikal. Menasihati setiausaha dalam tugas-tugasnya.

Juri rayuan i. ii. iii. iv. tediri daripada pegawai berpretasi tinggi. lantikan dalam bentuk ganjil (3,5,7). Menyelesaikan bantahan mengikut peraturan dan member keputusan. Keputusan adalah muktamad.

Referi i. ii. Terdapat 3, iaitu referi padang, balapan dan bercampur. Memastikan semua peraturan diikuti dan membuat keputusan terhadap perkara atau masalah yang timbul. iii. semak semua keputusan akhir, tandatangan boring keputusan pertandingan dan keputusan yang mengatasi rekod sebelumnya.

Hakim i. ii. iii. Membantu menyelia petukaran baton dalam acara lari berganti-ganti. mencatatkan masa setiap pusingan larian peserta. member isyarat pusingan akhir.

Pengadil i. memastikan kedudukan dalam keadaan baik supaya mudah untuk memerhati tengan teliti pertandingan, sekiranya terdapat sebarang kesalahan hendaklah segera membuat laporan bertulis kepada referi. ii. jika terdapat kesalahan peraturan, bendera putih dan kuning hendaklah diangkat.

Penjaga masa i. ii. Berada sebaris dengan garisan penamat. Diberi satu jam randik dan boleh mengambil masa di satu kedudukan sahaja (satu peserta) iii. iv. v. Masa dikira tamat setelah torso melepasi garisan Penjaga masa tidak boleh berbincang antara satu sama lain. Masa hendaklah dibaca 1/10 saat lebih tinggi.

Pegawai kejohanan i. Bertanggungjawab memastikan kejohanan berjalan lancar.

ii.

Memastikan semua pegawai telah melapor diri untuk bertugas.

Pelepas i. ii. Mengawal peserta supaya dalam keadaan bersiap sedia. Bagi acara yang menggunakan blok permulaan, arahan kegarisan, sedia, mula.

Hari Tarikh Masa Tempat acara

; Jumaat : 30 Julai 2010 : 5.00 petang hingga 7.00 petang : Padang UPSI : Lompat tinggi

LOMPAT TINGGI

Acara lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang di pertandingkan dalam suka olahraga. Tujuan seseorang pelompat adalah untuk melompat setinggi yang mampu. Walaupun gaya melompat tidak penting, perkembangan semasa menunujukkan bahawa atlet yang menggunakan gaya lompatan Fosbury Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya lompatan yang lain. Sejarah lompat tinggi ini dapat dilihat dari perubahab gaya lompatan yang digunakan pada masa dahulu. Gaya yang mula-mula digunakan adalah gaya Gunting, dan diikuti dengan gaya Guling. Selepas itu diperkenalkan pula dengan gaya Pelana (straddle) dan seterusnya gaya yang begitu porpula sehingga hari ini ilaha gaya Fosbury Flop.

FASA LOMPAT TINGGI

Penujuan 1

Lonjakan 2

Layangan 3

Pendaratan 4

3 4

Gaya Lompatan Gunting

FASA GAYA GUNTING 1. Penujuan Pelompat berlari menuju ke palang secara larian bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7 9 langkah Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan alkan berlari dari sebeleh kiri dan memulakanlarian dengan menggunakan kaki kanan. 2. Lonjakan Pelonjak melonjak dengan kaki luar Semasa melonjak,, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. 3. Layangan Kaki yang bebas dihayun kuat ke atas selari dengan palang. Bahu berhampiran palang dikekalkan tinggidan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun keatas.

4. Pendaratan Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki

FASA FOSBURY FLOP 1. Penujuan Larian adalah laju dan beritma. Guna larian 5 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Larian yang mengikuti lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal, iaitu daya yang berkecenderungan untuk bergerak keluar daripada pusat putaran.

Pelompat melonjak dengan kaki yang berada di dalam cara melonjak sama seperti gaya gunting.

2. Lonjakan Pelompat melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki di luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakan atau condong sedikit ke belakang. Kaki yang bebas diangkat tinggi dengan lutut di bengkokan. Tangan yang dibengkokan dihayun ke atas. Lutut digerakan melintang badan untuk membantu pusingan badan.

3. Layangan Semasa berada di udara iaitu semasa berada di atas palang sambil melentikkan badan. Ke dua-dua belah tangan berada di sisi badan. Kedua-dua lutut di bengkokkan Selepas sahaja badan melepasi palang, ke dua belah kaki diluruskan dan digerakan ke atas sambil menggangkat kepala ke atas.

4. Mendarat Pendaratan dilakukan dengan bahagian belakang badan mendarat di tilam dahulu. Pelompat mendarat di atas tilam dengan bahagian belakang badan dengan keadaan kaki lurus ke atas

Posisi mendarat Fosbury Flop

Pekara-pekara penting Pelompat hendaklah membina kelajuan lari lurus untuk mendapatkan daya yang mencukupi bagi mengatasi rintangan daya graviti dan untuk mencapai halaju menegak. Oleh itu pelompat hendaklah menggunakan teknik larian yang melenkung. Posisi badan dan teknik melonjak adalah sangat penting untuk membina daya menegak. Cara melintasi palang lompatan yang betul ialah dengan menjatuhkan bahagian belakang kepala, disertai oleh pembebasan kaki dan daya untuk mengangkat penggang ke atas.

Hari Tarikh Masa Tempat Acara

: Jumaat : 6 Ogos 2010 : 5 petang hingga 7 petang : Padang UPSI : Lontar peluru

MIKRO TEACHING LONTAR PELURU

Ketika pertandingan Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa peserta mula baerdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran,. Peluru mesti menyentuh, atau rapat dengan leher atau ppi dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang bahu atau diangkat ke atas. Papan penahan Papan tersebut hendaklah berwarna putih supaya senang untuk dilihat Ia diperbuat daripada kayu dan berbentuk lengkong Papan ini diletakkan di bahagian tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan dibuat supaya terlatak dengan kukuh. Ukuran papan tersebut ialah 11.2cm hingga 30cm lebar, 1.15 1cm panjang dan 10cm 2mm tinggi daripada paras dalam bulatan.

Peluru Peluru yang digunakan adalah diperbuat daripada besi atau tembaga. Berbentuk sfera dan dalam keadaan licin dan rata. Memenuhi spesifikasi berikut :

Wanita Lelaki Peluru Remaja/Junior/ Remaja Senior 4.000 kg Maklumat pengeluar Beraneka jenis alat yang dikeluarkan untuk pertandingan Garis pusat minimum Garis pusat maksimum 95 mm 110 mm 100 mm 120 mm 105 mm 120 mm 110 mm 130 mm 4.005 kg 4.025 kg 5.005 kg 5.025 kg 6.005 kg 6.025 kg 7.265 kg 7.285 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg Junior Senior Lelaki Lelaki

Gaya Melontar Peluru 1. Melontar Dirian 2. Melungsur Selangkah 3. Parry OBrien

Fasa Lontaran Peluru 1. Pegangan peluru dan persediaan ( Preparation ) 2. Lungsuran ( Glide ) 3. Lontaran atau balingan ( Delivery ) 4. Pulihan ( Recovery )

Pegangan Peluru dan Persediaan

Cara pegangan peluru yang betul adalah dengan menggunakan lima jari. Ini adalah cara yang paling selamat berbanding dengan cara dahulu yang hanya menggunakan tiga jari sahaja. Peluru barada di tapak tangan iaitu berada di atas tapak jari dan di cengkam. Semasa mencengkam keadaan lima jari adalah terbuka sedikit dan mengikut keselesan pelontar. Peluru hendaklah berada di bawah pangkal leher. Siku mestilah diangkat 45 daripada posisi badan.

Lakuan Sedia

Pelontar berada dihadapan bulatan dalam keadaan berdiri bagi gaya lontaran berdiri Bagi lontaran lungsur selangkah pelontar berdiri membelakangkan bulatan tempat kawasan lontaran. Peluru yang digenggam berada di bawah pangkal leher Lengan tangan diangkat sehingga mendatar dan siku ke luar.

Lungsur

Dalam keadaan membelakangkan kawasan lontaran Dalam fasa ini bert badan berada di kaki kiri Kaki kanan bergerak ke bahagian hadapan tengah bulatan dengan mengilangkan kaki. Badan di bawa ke bawah atau dicondongkan ke bawah hanya dengan badan bergantung dan di seimbangkan pada kaki kanan dan kaki kiri di luruskan Bawa badan condong sedikit lagi ke bawah dan kaki kiri di bengkokkan.

Fasa Lontaran

Dalam fasa ini kaki kanan di rendahkan Kilaskan pinggang dan tolakkan dengan tangan kanan kehadapan menyilang badan. Badan diseimbangkan dengan posisi kaki yang perdiri pada tumit. Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki Tangan kanan mengikut arahlontaran, siku sentiasa berada di luar dan jauh dari badan

Fasa Pulihan

Kedudukan kaki depan dan belakang sama seperti semasa melontar gaya dirian. Kaki belakang di bawa kehadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang

Peraturan -peraturan 1. Peluru dilontar dengan menggunakan hanya satu tangan sahaja 2. Kedudukan tangan yang melontar tidak boleh rendah dari kedudukan tengan semasa memegang 3. Lontaran di buat di dalam kawasan lontaran 4. jika pelontar melontar untuk percubaan kedua sacara berturut-turut maka masa 2 minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut. 5. bendera kuning diangkat selepas 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat. 6. hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontaran. 7. pembatalan semasa melontar boleh berlaku apabila :

jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan luar bulatan semasa melontar jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan kawasan melontar selepas melontar

apabila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan. Pelontar melontar peluru atau melepaskan peluru dengan cara yang salah seperti : i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada kedudukan tangan sebelum lontaran ii. Peluru dibawa ke belakang bahu tangan yang melontar.

Apabila pelontar mengambil masa melebihi satu minit untuk melontar.

Cara mengukur jarak ( Peraturan 145 ) Jarak diukur hingga bahagian dalam bendul bulatan Pita mesti malalui pusat bulatan. Jarak direkod 0.01m terdekat di bawah jarak diukur. Ini bererti bahagian < 1 cm diabaikan

Hari Tarikh Masa Tempat Acara

: Jumaat : 20 Ogos 2010 : 5.00 7.00 petang : Padang UPSI : Melempar Cakera

Nota Pembelajaran : JENIS DAN BENTUK CAKERA Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis

cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi. Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

SPESIFIKASI CAKERA MENGIKUT UMUR

PERATURAN DAN TEKNIK MEMEGANG

Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh. KAWASAN LEMPARAN CAKERA Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakanakan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan. Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak

disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

Ansur Maju

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: Fasa persediaan

Fasa lari landas Fasa lemparan

Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang cakera mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Pandang kearah kawasan lemparan

2. Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang cakera Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke cakera sebelum memasuki fasa lemparan

3. Fasa lemparan Fasa lemparan memerlukan pemindahan kuasa kaki ke cakera untuk memberi kelajuan yang maksimum pada cakera. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang

Tolak cakera ke belakang dan ke hadapan untuk melempar cakera. Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa lemparan

4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Sebaik sahaja cakera dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki

Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Pendahuluan

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu. Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara

pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya. Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas

tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya.

Penutup

Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.

Tarikh Masa Tempat Acara

: 27 Ogos 2010 : 5.00 7.00 petang : Auditorium : Kuiz Kepelbagaian Pengurusan Pengelolaan Olahraga

Nota Pembelajaran : Rancangan dan Penganjuran Kejohanan Merentas Desa Jawatankuasa induk dalam kejohanan olahraga : o o o o o o Pertandingan Kepegawaian Teknikal Keputusan Hadiah & Sijil Minuman

Menerangkan mengenai tugas-tugas jawatankuasa. Tugas-tugas jawatankuasa induk : o Jawatankuasa Pertandingan Menyediakan jadual pertandingan. Menyediakan peraturan pertandingan. Menyediakan borang-borang masuk. Membuat budget. Memanggil mesyuarat pengurus pasukan dan mengekalkan maklumat penting. Mengutip yuran masuk daripada semua pasukan. Menerima borang masuk, memproses dan menjalankan

mesyuarat undian lorong. Menyediakan buku pertandingan. Memanggil mesyuarat pengurus pasukan dan membekalkan buku pertandingan. Memproses semua keputusan saringan/speruh akhir dan pilih atlet atau pasukan terbaik.

Jawatankuasa Kepegawaian Menentukan bilangan pegawai yang diperlukan. Membuat senarai nama pegawai dan tugasan dengan nasihat daripada pengerusi teknikal dan persatuan. Mengirim surat pengesahan dan surat pelantikan kepada pegawai. Memanggil mesyuarat pegawai teknikal sebelum kejohanan. Memberikan taklimat.

Jawatankuasa Teknikal Memastikan trek dan tempat balingan serta lompatan dalam keadaan yang baik. Menyediakan semua alatan dan memastikan bilangan yang cukup, ikut spesifikasi dan dalam keadaan yang baik. Menyediakan bilangan pembantu padang yang cukup. Mengagihkan tugas pembantu padang. Menyediakan semua barang pertandingan.

Jawatankuasa Keputusan Memproses semua keputusan. Mempamerkan pasukan. Menentukan atlet terbaik dan johan pasukan & membekalkan keputusan kepada semua

Jawatankuasa Hadiah dan Sijil Memastikan hadiah (pingat dan piala pusingan) serta sijil yang cukup. Menyediakan peralatan & muzik yang diperlukan untuk upacara penyampaian hadiah. (dulang, tape, cenderahati dan lain-lain). Menyediakan dan menjemput VIP untuk memberi hadiah. Memastikan upacara yang ada tidak mengganggu perjalanan kejohanan.

Jawatankuasa Minuman Membekalkan minuman kepada pegawai sepanjang hari. Menyediakan minuman kepada atlet dan VIP.

Program Pertandingan o o o o o o o o Jadual dibuat mengikut buku peraturan. Jangkaan masa mestilah setepat yang boleh. Program sementara disiapkan bersama dengan borang masuk

pertandingan. Program tetap biasanya akan dimaklumkan oleh mesyuarat pengurus pasukan. Memastikan acara yang sama tidak konflik. Memastikan acara padang tidak konflik gelanggangnnya. Merangcang program supaya acara padang akan tamat lebih kurang sama masanya dengan acara trek. Kiraan masa program bergantung kepada bilangan atlet yang ada.

Budget o o Pendapatan : yuran masuk Iklan (buku program) dibuat oleh penaja.

Anggaran Pembelanjaan o o o o o o o o o Sewa padang/stadium Elaun pegawai Pembelian (nombor, pin, dan lain-lain) Elaun pelepas dan blank Hadiah dan sijil Bayaran pembantu padang Buku pertandingan Alat tulis Minuman dan makanan

Tanggungjawab Setiausaha o o o o o Sebagai penyelaras Membuat budget Menguruskan segala hal surat menyurat kepada VIP Menentukan tarikh yang sesuai untuk panggilan mesyuarat pasukan Menyelaraskan semua perkara : Penerangan anggaran budget Edaran borang-borang Taklimat jawantankuasa

Dalam sesuatu kejohanan mahupun sesuatu majlis akan ada cabaran dan juga dugaan biarpun sebelum kejohanan berlaku mahupun semasa. Antaranya : o o Kewangan Pegawai o Bilangan pegawai Sikap pegawai Sikap pegawai

Infrastruktur

Penutup

Setiap kejohanan perlulah perancangan yang begitu teliti supaya dapat memastikan kelancaran program pada hari kejadian. Jadi pemilihan ahli-ahli jawatankuasa induk amatlah penting

dilakukan awal untuk memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.

Hari Tarikh Masa Tempat acara

: Jumaat : 1 Oktober 2010 : 5.00 petang- 7.00 petang : Padang UPSI : rejam lembing ( javelin throw )

Bahagian-bahagian Lembing : Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, batang dan pemegang tali. Batangnya adalah pejal atau berlekuk dan diperbuat daripada logam atau bahan jenis lain yang sesuai supaya ia menyerupai satu gabungan Pada bahagian batangnya pula hendaklah dipasang dengan kepala logam dibahagian hujungnya. Pemukaan batang lembing hendaklah sentiasa dalam keadaan rata dan tidak mengerutu, lekuk atau lubang Di bahagian kepala batangnya pula hendaklah diperbuat daripada logam sapenuhnya. Di bahagian pemegangnya pula mestilah melilit bahagian gravity lembingdan tidak boleh mempunyai garis pusat melebihi 8mm daripada garisan pusat bahagian batang lembing. Bahagian pemegang mestilah mempunyai ketebalan yang seragam.

Peraturan 186 Lembing mesti dipegang denga cara genggam Lembing hendaklah direjam melalui paras bahu Perejam tidak boleh membelakangkan tempat rejaman sehingga lembing direjam. Pembatalan rejaman lembing boleh berlaku apabila : Selepas merejam, perejam menyentuh kawasan luar landasan larian untuk lembing dan termasuk garisan. Rejaman di luar sektor atau terkena pada garisan sektor Perejam keluar melalui bahagian hadapan landasan lari selepas lembing jatuh dan terpacak pada tanah. Lembing tercacak bahagian belakang dahulu.

Lembing yang patah semasa rejaman dilakukan atau lembing berada di udara, rejaman adalah sah.

Memakai sarung tangan atau lapik tangan adalah tidak dibenarkan

Teknik memegang lembing Untuk acara rejam lembing terdapat tiga cara untuk memegang lembing : 1. Gaya Amerika : Lembing dipegang diantara ibu jari dengan jari telunjuk. 2. Gaya Finish : Lembing dipegang di antara ibu jari dengan jari tengah 3. Gaya U : Lembing dipegang di antar jari telunjuk dengan jari tengah

Fasa Merejam Lembing Dalam acara lembing terdapat empat fasa yang penting yang boleh membantu atlit merejam dengan baik dan betul. Antara fasa-fasa tersebut ialah : Fasa pegangan lembing dan lakuan sedia ( Approach ) Penujuan ( 5 Stride Rhythm ) Rejaman ( Delivery ) Pulihan ( Recovery )

Fasa Pegangan Lembing dan Lakuan Sedia Pegangan Lembing Semasa merejam lembing, lembing dipegang dengan salah satu daripada tiga cara yang diperkenalkan. Bahagian lembing memanjang mengikut tapak tangan. Adalah sangat penting kedudukan tangan menghadap ke atas dan sentiasa berada di kedudukan bawah lembing.

Genggaman tangan pada lembing hendaklah selesa dan berada dalam keadaan biasa. Ini adalah untuk mengelakan atlit daripada mengalami kecederaan di bahagian siku.

Lakuan Sedia Perejam hendaklah berdiri tegak dan kedudukan lembing yang di pegang hendaklah berada di kedudukan paras bahu dan berada di sisi kepala. Hujung lembing mestilah menghadap kea rah kawasan rejaman dan ia hampir mendatar.

Fasa Penujuan Dalam fasa ini ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : Fasa larian permulaan Fasa penarikkan Fasa lentikan Fasa ini melibatkan bilangan langkah yang berbeza mengikut keperluan individu; antara 8 langkah perejam yang di tahap permulaan dan hingga 16-18 langkah untuk perejam yang sudah mahir. Bilangan langkah untuk penujuan pula ialah boleh dikira dari titik rejam iaitu 2 meter dari garis mula dan membelakangkan kawasan rejaman. Selain daripada titik rejam, perejam perlu menetapkan titik semak untuk menentukan titik mula fasa transisi bagi fasa penujuan ini. Fasa transisi biasanya melibatkan 5-6 langkah.

Lembing biasanya mula ditarik semasa dua langlah yang pertama. Langkah yang setrusnya adalah untuk persilangan kaki sebelum membuat rejaman. Selepas penarikan, lembing seharusnya berada dalam keadaan sebaris dengan arah rejaman, tangan yang mengenggam lembing berada pada paras bahu dan mata lembing berada paras dengan kepala.

Pada langkah terakhir badan dilentik kebelakang. Pinggul perejam sentiasa menghadap kea rah rejaman mula dengan fasa transisi.

Rejaman Rejaman bermula apabila kaki kiri dalam kedudukan merejam, selepas langkah terakhir fasa transisi. Berat badan berada di kaki hadapan Bahu kanan mendahului siku yang diangkat tinggi rapat kepada telinga sebelum bahagian lengan diluruskan. Secara serentak tangan kiri dibengkokkan dan ditarik dengan pantas ke sisi dan belakang badan.

Pulihan Fasa ini bermula selepas sahaja lembing dilepaskan atau direjam. Kaki kanan digerakkan ke hadapan dengan tapak selari dengan lengkungan bulatan. Pinggul perejam direndahkan.

Hari Tarikh Masa Tempat Acara: LARI PECUT 100M

: Jumaat : 8 Oktober 2010 : 5.00 petang hingga 7.00 petang : Padang UPSI

BLOK PERMULAAN (STARTING BLOCK) A. Prinsip-prinsip dalam lari pecut Larian pecut mempunyai prinsip asas yang merangkumi permulaan, larian sebenar termasuk larian di selekoh, membuat pecutan dan menamatkan larian. Semua ini harus diketahui oleh setiap pelari pecut bagi memastikan lariannya berjaya. B. Fasa Permulaan Dalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan aspek terpenting yang harus

diberikan perhatian. Ianya terbukti menerusi acara 100 meter dan 200 meter. Manakala dalam acara 400 meter, aspek permulaan tidaklah diberikan tumpuan yang mendalam. Dalam kebanyakkan kejohanan olahraga terbesar dunia, pelari pecut memberikan perhatian penting dalam aspek permulaan ini. Permulaan juga menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-tidaknya, dengan melakukan permulaan yang baik, akan memberikan kesan psikologi kepada pelari itu dibandingkan dengan pelari lain. Ada beberapa teknik yang biasanya dilakukan untuk melakukan permulaan dalam larian pecut. Pemilihan cara yang sesuai bergantung kepada kemahuan ,keselesaan serta keberkesanannya mengikut pandangan pelari itu sendiri. Dalam kedudukan untuk permulaan, pelari mendapati penggunaan blok permulaan dapat memberi sokongan serta menjadikan

permulaan lebih pantas dan berkesan.Semasa permulaan, pergerakan tangan yang pantas

adalah perlu dan dalam keadaan sedia, pelari tidak seharusnya berada di dalam suasana tertekan. Pelari perlu berada dalam keadaan selesa serta dapat menumpukan sepenuh

perhatian terhadap lariannya.

Teknik-teknik permulaan Gaya dekam Terdapat tiga permulaan gaya dekam yang digunakan oleh pelumba lari pecut, iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Ketiga-tiga permulaan gaya dekam amat popular serta menjadi pilihan pelari pecut masa kini termasuk pelari yang terkenal di dunia. Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah sama, hanya perbezaannya ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di garisan permulaan. Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba, sama ada tinggi atau rendah, masa bertindakbalas , kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabungkan semua faktor tersebut. Dengan ertikata lain kordinasi semua langkah dan prinsip-prinsip akan menghasilkan kesan yang maksima. Gaya peluru Dalam perlumbaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletakkan pada jarak lebih kurang 28cm ke garisan belakang. Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan yang selesa sebelum melonjak. Oleh itu, gaya dekam jenis ini tidak digalakkan kepada mereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati permulaan jenis ini mempunyai kelebihan.

KEDUDUKAN PERMULAAN GAYA PELURU Gaya peluru (jarak blok ialah 27.5 cm). Jenis ini tidak digalakkan kepada mereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati permulaan jenis ini mempunyai kelebihan

Gaya panjang Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletakkan kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada hampir dengan garis permulaan. Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa. Terutamanya bagi mereka yang baru mengambil bahagian, tetapi dari segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberikan lonjakan yang baik. Oleh itu gaya panjang jarang digunakan.

KEDUDUKAN PERMULAAN GAYA PANJANG Gaya panjang ( jarak blok ialah 52 65 cm ). Mudah dan selesa. Gaya panjang tidaklah begitu memberikan lonjakan yang baik. Oleh itu gaya panjang jarang digunakan.

Gaya sederhana Gaya sederhana dalam permulaan lari pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya panjang dan sering digunakan oleh kebanyakkan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman. Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan. Dengan demikian, kedudukan pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberikan lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas.

KEDUDUKAN PERMULAAN GAYA SEDERHANA Gaya sederhana ( jarak blok ialah 40 cm ). Gabungan gaya peluru dan gaya panjang dan sering digunakan oleh kebanyakkan pelari pecut.

C. Fasa-fasa dalam permulaan 1. Kedudukan ke garisan Setelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian dan mereka juga sudah bersedia untuk memulakan perlumbaan , pegawai pelepas akan memberi arahan ke garisan agar semua pelumba berada di garisan permulaan. a. Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60cm dari garisan permulaan, manakala kaki belakang, pada jarak 40cm dari kaki hadapan. Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang. b. Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar.Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan. c. Pelumba meletakkan kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut. Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau luas bahu. d. Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu meter kehadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan. e. Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan diri kedudukan kaki serta tangan dengan blok permulaan terutama dari segi mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.

Gambarajah

- Keadaan ke garisan 2. Kedudukan sedia

Setelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpa menggerakkan mana-mana bahagian anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi arahan sedia pula. Panduan dalam kedudukan sedia ini adalah seperti berikut: a. Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah daripada aras tanah. Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu dan bahu pula haruslah lebih tinggi daripada kedudukan kepala. b. Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua belah kaki menekan dengan kuat pada blok permulaan c. Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan ke garisan.

Gambarajah ; menunjukkan fasa sedia 3. Kedudukan berlepas Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan permulaan bermula. Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia. a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru kehadapan tanpa perlu menegakkan badan serta-merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.

b. Tangan dihayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan diri dari blok permulaan. Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 45 darjah bersudut daripada aras balapan, iaitu dari kepala ke kaki. c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga dari blok permulaan tetapi dalam kelajuan memecut.

Gambarajah menunjukkan fasa berlepas 4. Fasa menderas Pergelangan kaki dan lutut yang membawa dipanjangkan apabila pusat graviti bergerak ke hadapan kaki yang menyokong, menolak pinggang kehadapan. Pada masa yang sama kaki yang satu lagi yang dipanggil kaki bebas, bergerak ke hadapan dan ke atas meningkatkan lagi ke force-couple. Pemanjangan yang maksima oleh kaki pembawaan bergerak dengan tinggi dengan peha kaki bebas. Kaki pembawaan meninggalkan tanah dengan dipanjangkan sepenuhnya pada bahagian pergelangan kaki, kaki dan seterusnya ke hujung kaki. Tangan akan mengimbangkan semula kaki dan bergerak ke arahnya, iaitu tangan berada pada sebelah yang sama apabila kaki bebas berbalik semula dan tangan yang satu lagi kehadapan. Titik maksima aksi mereka bergerak bersama dengan bahagian akhir menderas supaya apabila siku berada di bahagian yang terjauh sekali ke belakang, kaki yang sebelah lagi akan berada pada tahap yang paling tinggi.

Kedua-dua tangan dihayun hampir merintangi bahagian dada dengan siku berada pada sudut lebih kurang 90 darjah dan tangan dibuka. Kadar intensiti pergerakan tangan dan kaki adalah selari dengan kederasan berlari, lebih kurang dicondongkan ke hadapan badan bergerak tanpa dibongkokkan ke hadapan atau ke belakang.

Gambarajah menunjukkan fasa menderas 5. Fasa Pemulihan Apabila fasa menderas tamat, pertemuan antara tanah diputuskan dan pusat graviti terbentuk dalam bentuk parabola. Fasa ini akan mengurangkan kepantasan. Kaki yang menderas diangkat ke belakang, apabila kaki yang satu lagi membuka ke hadapan dan memulakan penolakan yang aktif apabila ia mencecah tanah. Manakala, kaki belakang mengulangi beberapa kali, tangan akan dihayunkan ke arah yang berlawanan. Keseluruhan pusingan ini boleh dianggap dalam bentuk biasa semasa berada di atas udara atau fasa pemulihan. 6. Fasa menyokong Ini maksudnya apabila kaki mencecah tanah, di mana penurunan pusat graviti berlaku. Bahagian tapak kaki menyentuh tanah dahulu dan keseluruhan kaki dijatuhkan dalam bentuk spring sehingga ia disokong di atas tanah ( bergantung kepada kederasan berlari). Pada masa yang sama lutut dibengkokkan sedikit untuk menyediakan kaki untuk menderas, sementara lutut yang sebelah lagi, apabila ia bergerak ke hadapan, masih dibengkokkan sehingga ia melepasi kaki yang menyokong ( sekarang berada di bawah pusat graviti ), dan terus bersama dengan pinggang, bergerak ke hadapan semasa peringkat dalam keadaan rehat di mana kaki yang menyokong bertukar menjadi kaki yang menderas.

Aksi tangan bergerak dengan lebih cepat, selepas berehat buat seketika, di mana kedua-dua tangan bergerak di sisi badan. Kepala sentiasa diarahkan ke hadapan. Dengan mata dipandang ke bawah beberapa meter ke hadapan sepanjang lorong.

Fasa Penamat 1.Sebaliknya terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan. 2.Menggunakan kaedah lari terus ke garisan penamat 3.Lakuan seperti menundukkan kepala, memusingkan sebelah bahu ke garisan penamat akan menjejaskan kederasan larian kerana pelari akan memberi perhatian untuk melakukan lakuan ini, seterusnya mengabaikan tumpuan terhadap kelajuan berlari tanpa disedari.

D. Permulaan di selekoh Untuk acara 200 meter lari pecut, permulaannya adalah di bahagian selekoh balapan. Begitu juga dengan acara 400 meter, maka permulaan untuk acara ini hendaklah disesuaikan dengan sedikit perubahan bagi membolehkan pelumba melakukan permulaan dengan baik dan berkesan. Perkara pertama yang harus diingat tentang permulaan di selekoh ini ialah peserta akan memulakan perlumbaan pada garisan permulaan yang berlainan. Garisan permulaan bagi

peserta yang berada di dalam lorong paling dalam dengan balapan adalah lebih terkebelakang dibandingkan dengan pelumba dari lorong lain. Ini bermakna pada permulaan perlumbaan, peserta yang berada dalam lorong dalam dapat melihat peserta yang berada di lorong luar daripadanya. Bagaimanapun garisan penamat adalah sama untuk semua peserta. Cara melakukan permulaan untuk acara 200 meter juga adalah sama dengan permulaan untuk acara 400 meter. Pelumba menggunakan gaya dekam dengan dibantu oleh blok permulaan. Kedudukan blok permulaan ini hendaklah bersudut tegak dengan garisan permulaan dan bukan diletakkan mengikut garisan lorong. Semasa melakukan pelepasan adalah sama dengan acara 100 meter. Bagaimanapun peserta hendaklah merancang dengan baik teknik larian sebaik sahaja acara dimulakan. Semasa berlari di selekoh, peserta dinasihatkan supaya berlari sedekat mungkin dengan garisan lorongnya. Ini bermakna peserta terpaksa berlari paling hampir dengan garisan lorong luar.

Gambarajah menunjukkan kedudukan blok di selekoh

Hari Tarikh Masa Tempat Nota Pembelajaran

: Sabtu : 16 Oktober 2010 : 5.00 petang hingga 7 petang : Padang UPSI : Lompat jauh dan lompat kijang

PENGAJARAN TEKNIK LOMPATAN Kaedah rataian dan bentuk adalah salah satu cara yang di gunakan dalam mengajar atlit dalam acara lompatan. Penumpuan haruslah di berikan dalam beberapa elemen yang penting seperti : Kaki yang melompat selepas fasa larian Pergerakan semasa fasa layangan Pendaratan

Butiran yang harus dititikberatkan : Semakin dekat dengan papan lonjakan larian hendaklah semakin laju Kaki yang aktif atau kaki yang dominan adalah kaki yang digunakan untuk melonjak Kaki lurus semasa melonjak dan lonjak dengan kaki sepenuhnya

Pekara yang harus dielakkan : Memperlahankan larian semasa mendekati papan lonjakkan Berendahkan badan semasa melonjak. Melonjak dengan menggunakan tumit Berdiri semasa mendarat

GAYA LOMPAT JAUH Pada amya terdapat tiga gaya dalam lomapt jauh seperti: 1. Gaya Layar 2. Gaya Gantung 3. Gaya Tendang Kayuh

Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburi diri dalam sukan lompat jauh. Gaya gantung pula digunakan oleh novis dan juga atlit yang juga pakar. Manakala gaya tendang kayuh adalah gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Gaya Lompatan Layar

Gaya Lompatan Tendang Kayuh

Gaya Lompatan Gantung

FASA LOMPAT JAUH Dalam acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut : 1. Fasa penujuan 2. Fasa lompatan 3. Fasa penerbangan / layangan 4. Fasa pendaratan

FASA PENUJUAN Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Mula berdiri dengan kaki sebaris atau kaki depan belakang. Pekara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkagh ke papan lojak berbez, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 untuk pelompat wanita dan 23 langkah untuk pelompat lelaki yang sudah pakar Penentuan titik permulaan (check mark) Pelompat bermula dari papan lonjak, Kira 11-15 langkah membelakangkan kawasan pasir dan letakan tanda. Ulang larian dari tanda permulaan ke papan lonjak untuk memastikan ketepatan kaki melonjak dipapan semasa melonjak. Jika perlu diubah, tanda permulaan ditambah atau dikurangkan. Ulang larian ke papan lonjak sehingga mendapat ketepatan untuk melonjak.

FASA LONJAKAN Setibanya dipapan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan di rendahkan sedikit untuk mendapat keanjalan dari papan lonjak. Pandang hadapan iaitu kawasan pasir tempat mendarat. Kaki yang memijak papan lonjak hendaklah dalam keadaan rata dan melonjak pada bahagian tapak kaki hadapan . Kemudian badan dinaikan dalam keadan tegak dengan mengangkat dada ke atas.

FASA LAYANGAN Terdapat 3 jenis teknik layangan : 1. Teknik layar 2. Teknik gantung 3. Teknik tendang kayuh

FASA MENDARAT Apabila badan mula jatuh tangan dan kaki dirapatkan Mendarat dengan dua belah kaki dan sebaik-baiknya badan jatuh ke pasir atau mencangkung. Elakkan daripada berdiri dalam keadaan berdiri semasa mendarat. Pergerakan yang sesuai semasa mendarat adalah sangat penting semasa mendarat kerana mampu menghasilkan jarak dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak.

Teknik pendaratan Jack-knifing Teknik pendaratan yang dikenali sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan dan mampu mendapatkan pendaratan yang stabil dan baik. Teknik dilakukan dengan membentuk hayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui teknik ini rintangan yang terdapat pada bahagian badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

LATIHAN ANSUR MAJU 1. Latihan Lonjakan. a. Latihan melonjak boleh melibatkan beberapa variasi lompatan. b. Tujuan latihan lonjakan adalah untuk membiasakan diri pelompat untuk melompat dengan baik. c. Pekera yang penting dan dititikberatkan semasa latihan ini adalah lompat dengan tinggi bagi tujuan kekuatan kaki yang melonjak. d. Biasanya kaki yang melonjak iaitu lutut akan diangkat tinggi dan paras. e. Kita boleh mempelbagaikan kaedah latihan ini seperti : Lonjak melepasi kotak dengan larian 3 langkah Lonjak melepasi palang Larian 3 atau 5 langkah dan melonjak di atas papan lombol ( papan lombol yang rendah sebagai menggantikan papan lonjak )

2. Latihan layangan a. Fasa latihan ini adalah untuk membiasakan pelompat dengan gaya layangan yang akan membantu jarak lompatan. b. Terdapat tiga jenis gaya layangan iaitu : Gaya layar Gaya gantung Gaya tendang kayuh

c. Latihan fasa layangan ini juga membantu pelompat mendapat hayunan tangan yang betul serta posisi badan yang lentik dan latihan yang boleh dilakukan adalah seperti : Lonjak dan menanduk objek yang digantung. Lonjakan di atas papan lombol dengan gaya layangan sekali.

3. Latihan mendarat a. Fasa latihan mendarat adalah sangat penting. Pelompat tidak digalakan mendarat dengan keadaan berdiri kerana akan mengundang kecederaan. b. Membantu pelompat untuk mendarat dalam keadaan kaki lurus dan condong ke belakang atau mencangkung. c. Latihan yang boleh dilakukan adalah : Lompat dikawasan mendarat denagn menggunakan kaki lonjakan dominan.

4. Mengukur larian landas a. Pelompat akan membelakangkan kawasan mendarat dan dengan kaki yang bukan kaki lonjakan ( hujung kaki sama baris dengan papan lonjak ) b. Pelompat akan mula melangkah dengan langkahan pertama menggunakan kaki lonjakan dan mengira sebanyak 7 langkahdan menandakan titik tersebut. c. Selepas iti pelompat menghadapkawasan lonjakan dan mula melonjak dengan langkahan kaki pertama dalah kaki lonjakan. d. Ulang langkah diatas dengan menggunakan 9, 11 dan 13 langkah. 5. Selain daripada kaedah latihan ansur maju tersebut terdapat pelbagai lagi variasi latihan ansur maju bagi acara lompat jauh ini. Ansur maju yang dilakukan adalah untuk melatih kekutan kaki lonjakan dan teknik lonjak yang betul. Kotak atau peti lombolboleh digunakan seperti dalam rajah dibawah :

KAWASAN LOMPAT JAUH

1m

Lorong lari landas

Pasir

2.75 m 3.00 m

40 45 m 9 meter

20 cm Papan lonjak

20 cm Plastisin

PERATURAN LOMPAT JAUH (185) 1. Dalam pertandingan yang melibatkan 9 orang peserta hanya 3 kali percubaan dibenarkan dahulu. Selepas itu 8 peserta yang membuat lompatan terbaik akan dipilih untuk membuat 3 lompatan bagi pusingan seterusnya. 2. Jika peserta kurang daripada 8 orang, hanya 6 kali percubaan yang diberikan. 3. Pembatalan lompatan hanya akan berlaku sekiranya :

Kaki yang melonjak melebihai atau melepasi kawasan papan melonjak. Membuat larian ( tidak melonjak ) selepas kaki melonjak dipapan lonjakan. Mendarat atau menyentuh kawasan di antara kawasan mendarat ( pasir ) dengan papan lonjakan.

Selepas mendarat, pelompat berjalan keluar melalui bahgian terdekat dari titik mendarat.

4. Lompatan tidak dikira batal sekiranya : Peserta berlari di luar kawasan larian landas. Peserta memijak dan melonjak di kawasan sebelum papan lonjak.

CARA MENGUKUR JARAK LOMPATAN 1. Ukuran jarak dibuat pada kesan mendarat teedekat atau paling hamper dengan kawasan papan lonjakan iaitu yang dibuat tidak kira dari mana-mana bahagian badan, kaki, atau tangan. 2. Ukuran hendaklah serenjang dengan garis lonjakan. 3. Merekod kepada meter terdekat iaitu 0,01 m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang dari 1 meter diabaikan.

LOMPAT KIJANG PENGENALAN Pengenalan acara lompat kijang mengikut catatan sejarah, tidak terdapat pada Sukan Olimpik kuno, ketika manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat, seperti acara olahraga. Dalam Sukan Olimpik Kuno, acara ini tidak dipertandingkan. Ini bermakna, acara lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada acara lompat jauh.

Asal- usul lompat kijang adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.

Teknik lompatan lompat kijah berlaku perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan. Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.

Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara Sukan SEA turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan

wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut. PERALATAN DAN KELENGKAPAN Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga ,lompat kijang mempunyai peralatan dan kawasan lompatan khusus yang menjadikan acara acara padang yang lain .Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur untuk menyediakan semua kelenngkapan ini sebelum pertandingan bermula. i. Lorong larian

-lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang.Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja.Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat. ii. Papan melonjak

-papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupaun kecil dari segi saiz.

-papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan. iii. Kawasan pendaratan

-Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratn selepas melakukan lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap peserta .

-Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan inin diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan.

-Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendartan pesrta sebelumnya . iv. Pitapengukur -Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan

menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur .Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa ,pita pengukur secara manual digantikan denyang lebih mudah ,pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuat tidak tepat.

v.

BenderaIsyarat -Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang,tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan.Bendarat berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.

TEKNIK LOMPATAN Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan. Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita. Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut. PENGENALAN LOMPAT KIJANG Adalah dipercayai bahawa lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.Kali pertama lompat kijang dipertunjukkan ialah dengan pelompat melakukan dua kali lompatan , tetapi

menggunakan sebelah kaki yang sama sebelum membuat lompatan yang menyerupai lompat jauh.Ini bermakna lompat kijang adalah gabungan lompat jauh dan gaya kijang.Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1986 di Athens dan dimenangi oleh James Connolly dari Greek.

Dibandingkan dengan lompat jauh ,lompat kijang tidak terdapat pada zaman kuno ketika manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat.Dalam Sukan Olimpik Kuno yang memasukkan lompat jauh,tidak terdapat acara lompat kijang dipertandingkan.Ini bermakna bahawa lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada lompat jauh.Malah pada sukan masa silam tidak terdapat langsung menyatakan tentang acara ini.

Pada peringkat awal ,lompat kijang dikenali sebagai hop, step and jump , kemudian ditukarkan kepada triple jump.Acara ini mula diterima sebagai sukan berdasarkan kepada kemasukannya dalam Sukan Olimpik pertama itu, hingga mendapat sambutan.Dari Ireland, lompat kijang diperkenalkan ke Scotland dan terus ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.Sepeti dalam lompat jauh yang dijalankan daripada kedudukan henti,permulaan yang sama digunakan untuk lompat kijang.Malah dalam Sukan Olimpik pertama ,kedua dan ketiga acara lompat kijang dijalankan daripada kedudukan henti.Seperti kebanyakan sukan yang muncul ketika itu,sambutan yang diterima oleh rakyat Amerika Syarikat terhadap acara lompat kijang amat menggalakkan. Perubahan pada teknik lompatan dilakukan dari masa ke semasa bagi memudahkan peserta yang mengambil bahagian.Daripada melakukan dua kali lonjakan (hop) , kemudiannya diubah kepada satu lonjakan diikuti satu langkahan sebelum membuat lompatan .Kini lompat kijang terus menggunakan teknik yang diperkenalkan pada tahun 1940-an itu dan terus kekal hingga kini. Sumbangan utama dan terpenting ke arah pengembangan dan penggalakkan acara lompat kijang diakui bermula tahun 1930-an oleh orang Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua oleh serang rakyat Brazil ,Alhemar Ferreira da Silva,serta seorang berbangsa Soviet yang tidak diketahui namanya.Mereka inilah yang dipercayai bersama-sama bertanggungjawab mengembang serta mempopularkan acar lompat kijang ke merata dunia. Kini lompat kijang merupakan satu lagi acara olahraga kategori acara padang yang tergolong dalam bahagian lompatan.Untuk sekian lama, acara ini dikhususkan kepada golongan lelaki sahaja, tetapi beberapa tahun kebelakangan acara ini sudah disertai oleh kaum wanita.Sukan

SEA yang diadakan di Cheangmai, telah memasukkan acara lompat kijang sebagai acara yang disenaraikan.Sebagai acara yang disertai oleh kedua-dua lelaki dan wanita ,maka teknik, kaedah dan prinsip tentang acara ini boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Sebagai acara dalam sukan olahraga ,lompat kijang dijalankan mengikut aturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh IAAF .Ini bermakna semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mematuhi undangundang 1. Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

2. Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya. 1. Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian ,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menetukan peserta kelapan terbaik,tiga lompatan tambahan diberikan .Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang.Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa bataldikira pemenang. 4. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira batal.

5. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal.

6. Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong

lompat

kijang

untuk

membuat

lompatan

percubaan

atau

latihan.

7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titk sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.

8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.

9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan. 10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan oleh pegawai pertandingan. 11. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang ,kecuali kasut atau spikes.

Anda mungkin juga menyukai