Anda di halaman 1dari 2

Jawapan Soalan 1 :

Guru

Siapakah nama kamu? Kamu berasal dari mana? Bagaimanakah perasaan kamu belajar di sini?

Norji

Nama saya Norji. Saya berasal dari Kampung Pinang. Saya berasa seronok dan gembira belajar di sini.

Guru Norji

Kenapakah kamu berasa seronok belajar di sini? Saya berasa seronok dan gembira belajar di sini kerana dapat menambah ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Contohnya guru-guru lepasan ijazah dari luar negara.

Guru

Apakah pendapat kamu apabila cikgu menggunakan papan pintar dalam pengajaran?

Norji

Saya baru tahu itu ialah papan pintar. Dengan adanya penggunaan papan pintar saya rasa lebih bersemangat untuk belajar.

Guru

Oo Kalau begitu, kamu rasa tidak bersemangat untuk belajar sekiranya tidak ada papan pintar?

Norji

Tidak juga. Sekiranya cikgu menggunakan papan pintar dalam pengajarannya, ia dapat menambahkan semangat saya untuk belajar. Namun demikian, setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangannya.

Guru Norji

Apakah kekurangannya? Masa penggunaan papan pintar adalah terlalu pantas. Sekiranya cikgu menggunakan papan pintar dalam pengajaran maka saya tidak sempat untuk manyalin nota daripadanya.

Guru Norji

Oh Kalau begitu, adakah ia memerlukan masa yang lebih lama? Ya, tetapi masalahnya banyak masa akan terbuang di situ sahaja.