Anda di halaman 1dari 1

Cintaku Kerana cintaku kepada-Mu Ya Rabbi kupanjatkan doa mohon hatiku tidak terpaling dari beriktikad; Kaulah tuhan

yang satu Rasulullah itu persuruh-Mu jalan lurus perlu kulalui berpandu syariat-Mu. Kerana cintaku kepadamu ayahbonda kukirimkan doa moga kamu dirahmati Ilahi hadir nanti dengan hati bersih suci tergolong dalam golongan diredai ditakdirkan ke Firdausi. Kerana cintaku kepadamu sayang kuserahkan jiwa tanpa walang moga kasihku takkan hilang kekal bersemi sepanjang zaman mendamaikan hatimu jadi tenang mengusir duka lara yang bertandang. Kerana cintaku kepadamu aimran:azahara kukorbankan masa melayan apa jua moga kasih abah membahagia kamu berdua meniti ke alam dewasa. Kerana cintaku pada diri kumengabdi kepada Ilahi menumpang kasih kepada isteri mencurah bakti kepada zuriat sendiri moga nanti tiada sesalan menghantui sepanjang usia berbaki. Kerana cintaku kepada bangsa kupilih jadi warga bina jiwa mendidik anak bangsa jadi warga berguna berpegang pada agama untuk negara dan bangsa. ~CNM, 17/6/11, 18.45 pm~