Anda di halaman 1dari 8

SULIT 1103/1

Bahasa Melayu 1103/1 2 jam 15 min

PEJABAT PELAJARAN BANGSAR & PUDU 143, JALAN HANG JEBAT 50150 KUALA LUMPUR

PROGRAM AMBANG SPM 2011


_______________________________________________________

BAHASA MELAYU KERTAS 1 Dua jam lima belas minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:

Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya kesesakan jalan raya di negara ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KESESAKAN JALAN RAYA


Bila Kalau tahu agaknya begini, nak tahu baik sampai Kalau lebih begini, lebih baik aku naik aku naik rumah LRT. LRT. ni? Penin g! Penin g!!! Tunggu apa lagi ni!!!

Apa hal ni? Harihari kalau macam ni, stres dibuatnya

Pertumbuhan industri automobil yang pesat

Pengangkuta n awam yang kurang efisien

Keadaan jalan raya

Berlakunya kemalanga n jalan raya pada waktu puncak

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

BAHAGIAN B [100 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Isu ponteng sekolah begitu membimbangkan pelbagai pihak. Huraikan cara-cara anda mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala ini.

2. Budaya membaca perlu disemai dalam jiwa anak-anak. Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca ini.

3. Hampir setiap hari terdapat rungutan orang ramai tentang mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Huraikan masalah yang sering dihadapi oleh orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

4. Penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Bola Sepak Piala Dunia meningkatkan persefahaman dalam kalangan penduduk dunia. Bincangkan kepentingan persefahaman antarabangsa terhadap kehidupan masyarakat dunia.

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

5. Anda telah menonton sebuah drama yang menarik di televisyen. Tulis ulasan drama tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Cadangan jawapan karangan Bahagian B (SET 1)


1) Pendahuluan senario isu murid ponteng sekolah di negara ini Isi : Cara-cara mengelakkan diri Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum Memenuhi masa lapang dengan melakukan hobi yang sesuai Melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan Meningkatkan jati diri melibatkan diri dalam kursus-kursus bina insan/ peningkatan personaliti dll

Penutup : Kerjasama semua pihak diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

2)

Pendahuluan Membaca Jambatan Ilmu. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Isi : Peranan ibu bapa

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan minat membaca kepada anak-anak. Anak borek, bapa rintik. Tidak seperti ketam menyuruh anak berjalan betul. Ibu bapa menyediakan kemudahan membaca di rumah. Menyediakan bilik atau sudut membaca di rumah. Menyediakan bahan-bahan bacaan di bilik bacaan keluarga seperti surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Memberikan hadiah buku kepada anak-anakpada hari-hari tertentu seperti hadiah hari jadi, hadiah kecemerlangan dan sebagainya. Menjadikan buku sebagai buah tangan apabila pulang melancong, membeli belah dan sebagainya. Membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku untuk melihat dan membeli buku. Menyediakan peruntukan bulanan untuk membeli buku. Membawa anak-anak ke perpustakaan untuk membaca buku. Ibu bapa menggunakan masa lapang untuk membincangkan kandungan buku yang mereka baca. Menggalakkan anak-anak membaca bukan sahaja buku pelajaran, tetapi juga buku pengetahuan yang lain.

Penutup Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menggalakkan anak-anak membaca. Ibu bapa perlu menjadi contoh, memberikan galakan dan perangsang untuk mewujudkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

3)

Pendahuluan Pengangkutan awam daripada sekecil beca hingga teksi, bas, kereta api di darat, sampan, bot, kapal di air dan kapal terbang di udara sentiasa diperlukan oleh orang ramai untuk pergi ke pelbagai destinasi. Setiap jenis pengangkutan awam tersebut berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna dan sentiasa membuat penambah baik bagi memberikan kepuasan kepada mereka. Namun, rungutan dan rasa tidak puas hati masih kedengaran berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan.

Isi : masalah yang sering dihadapi oleh orang ramai

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

Isu kenaikan tambang pengankutan awam. Pemilik teksi menaikkan harga tambang, terutama apabila ada kenaikan harga minyak atau kenaikan harga barang-barang. Pemandu enggan menggunakan meter. Pengangkutan awam tidak mencukupi pada waktu puncak atau pada hari perayaan. Wujud kereta sapu dan ulat tiket yang mengambil kesempatan dan menyebabkan sungutan orang ramai. Pengangkutan awam tidak menepati waktu. Terutama pengangkutan di Bandar. Kadangkala, tempat duduk tidak mencukupi. Masalah ini menimbulkan rungutan orang ramai yang mahu ke tempat kerja pada waktu yang tetap. Pengangkutan awam tidak menepati piawaian keselamatan. Sebagai contoh, pemandu bas ekspres mempunyai rekod buruk di Jabatan Pengangkutan Awam. Pemandu memandu terlalu laju sehingga menyebabkan kemalangan.

Penutup Pengangkutan awam diperlukan oleh orang ramai. Bukan semua orang mampu memiliki kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja atau ke tempat lain. Pihak pengusaha sewajarnya sentiasa berusaha untuk membaiki perkhidmatan di samping menepati prosedur atau peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

4) Pendahuluan Sukan Olimpik dan Bola Sepak Piala Dunia berjaya mengumpulkan berjutajuta masyarakat dari seluruh pelosok dunia untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung- terdiri daripada pelbagai bangsaduduk bersama-sama untuk menyokong pasukan atau atlet kegemaran.

Isi : kepentingan persefahaman antarabangsa 1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

Mengelakkan perasaan prejudis dan prasangkan-sekali gus melahirkan masyarakat yang harmono dan sejahtera-perasaan prejudis dan prasangka sesama masyarakat dunia dapat menimbulkan ketegangan sekiranya berlaku dan dibiarkan berlarutan. Meningkatkan kerjasama ekonomi-semua pihak dapat berganding bahu untu meneroka peluang ekonomi yang lebih menguntungkan-untuk kesejahteraan bersama Mengelakkan peperangan berlaku-peperangan tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak-ibarat pepatah menang jadi abu, menag jadi arang-mengorbankan nyawa mangsa yang tidak berdosa. Konflik dapat diselesaikan secara perundingan dan perbincangan-para pemimpin dunia mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang wujud-berusaha untuk mencapai kesepakatan dan persefahaman. Menjadi planet dunia sebagai tempat tinggal yang selamat untuk semuaaman, makmur dan selamat daripada sebarang ancaman pihak luar.

Penutup Persefahaman antarabangsa sangat penting untuk kesejahteraan dunia-membolehkan masyarakat dunia hidup dalam perpaduan dan harmoni.

5)

Pendahuluan : Latar belakang drama judul drama/ tema/ dll Sinopsis drama

Isi (Keistimewaan Drama) Dari segi tema & persoalan Dari segi watak/ pemilihan pelakon Kekuatan dialog/ teknik penceritaan Nilai & pengajaran

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 1103/1

Penutup : Pandangan peribadi terhadap keseluruhan drama spt memberi kesedaran/ keinsafan/ pengucapan yang berkesan.

1103/1 Hak Cipta PPWBP KL 2011 Lihat Sebelah SULIT

Anda mungkin juga menyukai