Anda di halaman 1dari 9

1.

0ISU DAN MASALAH


1.1Isu-isu semasa yang dapat diperolehi dari bacaan dan penyelidikan
1. BERNAS telah diswastakan dan tidak dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya.
BERNAS telah ditubuhkan dalam tahun 1994 berikutan dengan
pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Penubuhan
BERNAS adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan
pemasaran beras dalam negeri. Sehubungan dengan ini, pengenalan sistem
pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan
tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks
beras telah meningkatkan lagi pengendalian lepas tuai padi.

2. Menyediakan stok simpanan beras negara bagi menampung kekurangan bekalan
bahan makanan. (Krisis beras)
Apabila kawasan tanaman padi berkurangan maka bekalan padi juga
berkurangan sama ada dihasilkan melalui tanaman dua atau tiga kali semusim.
Apabila harga melambung tinggi dan bekalan tidak mencukupi, tetapi
kawasan tanaman padi tidak mencukupi untuk menampung bekalan makanan
negara.

3. Monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dipecahkan agar wujud
persaingan dalam pengedaran beras.
Syarikat asing yang menguasai kira-kira 30 peratus saham dalam Bernas
(Wang Tak Co Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong).
isebabkan oleh desakan kerajaan saham-saham BERNAS telah dibeli oleh
Tradewinds (M) Berhad (TWM). TWM telah memiliki 72.3 ekuiti dalam
BERNAS, dengan penyempurnaan pembelian saham-saham BERNAS dari
Wang Tak Co Limited, Budaya Generasi (M) Sdn Bhd dan tawaran umum
mandatori kepada semua pemegang-pemegang saham yang lain.

4. Para petani tidak berpuas hati berkaitan harga padi yang tidak seragam antara
negeri-negeri.
Hal ini berlaku di negeri seperti Kedah dan Perlis di kawasan Kerian atau
Tanjong Karang.

1.2Masalah-masalah terkini yang dapat dikenal pasti dari bacaan dan penyelidikan
1. esakan kerajaan
Kerajaan mengkaji cadangan mengambil alih semula dan merombak
keseluruhan sistem pengurusan dan pentadbiran BERNAS bagi meningkatkan
keberkesanan Iungsinya terhadap industri padi dan beras negara.
Langkah kerajaan untuk mengambil alih BERNAS kerana dasar kerajaan yang
menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga utama negara yang dikawal
oleh kerajaan menerusi syarikat milik kerajaan (GLC).
Terdapat pihak yang beranggapan peranan BERNAS selama ini
membebankan kerajaan, rakyat dan peladang kerana ia lebih mementingkan
keuntungan tanpa memikirkan kesannya kepada kepentingan negara.
Kerajaan akan meneliti kembali perjanjian dengan BERNAS berikutan tindak-
tanduk syarikat pengimport beras negara tersebut yang kini dilihat tidak
memahami taIsiran sebenar rizab simpanan beras. Seperti yang termaktub
dalam Perjanjian Penswastaan iaitu memastikan kestabilan industri yang
terdiri daripada petani hingga ke pengguna, BERNAS berhadapan dengan isu
yang rumit dalam mengimbangi keperluan pihak-pihak berkepentingan yang
mempunyai tuntutan yang amat berbeza.

2. Krisis harga makanan global
Krisis harga makanan boleh memberi kesan terhadap ekonomi negara
untuk jangka masa panjang. Harga beras di seluruh negara naik mendadak
antara 10 peratus hingga 20 peratus dipercayai berpunca daripada
peningkatan harga beras global.
Memandangkan BERNAS tidak mempunyai kebebasan untuk menaikkan
sebarang harga walaupun dalam keadaan harga tempatan yang tidak menentu,
pelaksanaan strategi harga yang eIektiI adalah penting untuk memastikan
keupayaan pasaran dan keuntungan
Kerajaan akan menambah subsidi beras tempatan sekiranya harga bahan
makanan itu terus meningkat di pasaran dunia dan bagi menentukan harga
beras kekal pada paras kawalan. Strategi subsidi itu dapat mengelak
kegiatan menyimpan beras oleh pihak-pihak yang ingin mengambil
kesempatan daripada kenaikan harga beras import dengan mengurangkan
bekalannya di pasaran.
3. Penyeludupan beras
Strategi subsidi dapat mengelak kegiatan penyeludupan atau menyimpan
beras oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan daripada
kenaikan harga.
Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh BERNAS untuk mencegah
pembelian berlebihan dan kegiatan menyimpan beras harga kawalan di
kalangan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Sesetengah pemain industri mengambil kesempatan menaikkan harga di atas
permintaan yang tinggi. Kegiatan penyeludupan keluar pula memburukkan
lagi keadaan kerana Malaysia adalah negara deIisit dalam pengeluaran beras













2.0PROFIL INDUSTRI
Pada tahun 2009 perdagangan beras antarabangsa telah kembali kepada keadaan
yang normal dengan harga yang lebih terkawal, setelah dunia melalui krisis beras yang
membimbangkan pada tahun 2008 yang tercetus hasil daripada gabungan beberapa
Iaktor. BERNAS melangkah ke tahun ini dengan penuh hati-hati berikutan kelembapan
pertumbuhan ekonomi dunia dan keadaan pasaran tempatan yang tidak menentu. Tahun
2009 BERNAS telah berjaya mencatatkan rekod perolehan sebanyak RM3.25 bilion
dengan keuntungan bersih sebanyak RM179.5 juta.
BERNAS telah mencapai prestasi yang memberangsangkan untuk tahun
kewangan 2009. Keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan oleh Kumpulan ialah
sebanyak RM238.3 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM94.3 juta untuk
tahun 2008. Keuntungan bersih Kumpulan adalah sebanyak RM179.5 juta berbanding
kerugian bersih sebanyak RM57.5 juta pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan
ini merupakan rekod keuntungan tertinggi pernah dicatatkan oleh Kumpulan pasca
penswastaan.
Mengenai lebihan tunai, inisiatiI berinovatiI yang membawa keuntungan berserta
pengurusan kredit yang cekap telah memastikan pengaliran masuk wang tunai operasi
yang berterusan untuk BERNAS menguruskan kesemua bidang operasinya serta
membayar semula Iasiliti kewangan sedia ada. Kos kewangan bersih di peringkat
Kumpulan bertambah kepada RM24.1 juta dalam tahun 2009 berbanding RM23.1 juta
dalam tahun 2008 pada skala terma saiz operasi yang bertambah dan pembayaran semula
Iasiliti-Iasiliti sedia ada yang digunakan.

Analisa Persaingan Model Lima Kuasa Porter
1. Halangan kemasukan ke industri
Setiap tahun BERNAS akan sentiasa memperbaharui setiap strategi bagi
mamastikan syarikat dapat bertahan sebagai pemain industri utama dan
membekalkan beras untuk keperluan pengguna negara ini selaras dengan
kehendak kerajaan. Oleh kerana skala ekonomi yang besar menyukarkan pihak
lain untuk bersaing dalam industri yang sama.
Halangan kemasukan ke industri berlaku kerana BERNAS masih lagi
dipantau oleh pihak kerajaan walaupun BERNAS merupakan syarikat swasta.
BERNAS juga diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menguruskan subsidi yang
di peruntukkan kerajaan kepada petani secara adil dan saksama.

2. Persaingan di antara syarikat
Justeru, untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar beras
utama negara, BERNAS telah melakukan pengubahsuaian produk dan
mengeluarkan beberapa produk mengikut citarasa pengguna yang terkini. Selain
itu, persaingan beras import yang lebih berkualiti menyebabkan BERNAS terus
melakukan kajian untuk meningkatkan kualiti beras.

3. Ancaman penggantian produk
Produk ganti ini adalah salah satu Iaktor yang boleh menjadi punca kepada
kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Penggantian produk berlaku
ekoran kesibukan dan kekangan masa yang dihadapi, pengguna lebih menggemari
produk makanan segera kerana ia mudah dan menjimatkan masa kerana
kebanyakkan penduduk masa kini sentiasa mengejar masa. Selain itu, pengguna
menggantikan beras dengan makanan ruji lain seperti gandum malah pengguna
lebih berminat untuk memilih beras import dari luar negara.
Justeru, pembabitan BERNAS dalam pasaran runcit (SAVE MORE)
merupakan satu langkah yang wajar berasaskan kepakaran dan pengalamannya
dalam mendapatkan sumber beras yang berkualiti tinggi. Oleh kerana kesemua
produk beras yang dijual oleh Save More diproses dan dibungkus sendiri oleh
BERNAS, maka SAVE MORE mampu menawarkan beras yang tinggi kualitinya
pada harga yang berpatutan pada setiap masa untuk menarik minat pengguna
menggunakan beras tempatan.

4. Kuasa rundingan pembeli
Pengguna merupakan sebagai individu atau kumpulan dalam Iaktor yang
penting dalam peningkatan jualan di dalam sesebuah syarikat. Mereka juga
merupakan kumpulan yang paling berkuasa dalam dunia perniagaan kerana tanpa
mereka tidak akan wujud sesebuah perniagaan tersebut. Kebanyakkan pada masa
kini pengguna mempunyai kuasa pembelian yang tinggi ekoran pelbagai produk
yang ditawarkan oleh pihak pesaing produk tersebut. Pihak pengeluar harus bijak
memilih produk yang dapat memberikan keuntungan semaksima mungkin.


Oleh itu, para pembeli mempunyai banyak pilihan untuk memilih setiap
produk yang ditawarkan oleh BERNAS. Tanpa pembeli, BERNAS tidak akan
dapat meneruskan operasi pengeluaran serta memperoleh keuntungan setiap
tahun.

5. Kuasa rundingan pembekal
Pembekal adalah sama pentingnya dengan kewujudan pengguna dalam
sesuatu perkembangan industri. Ini kerana pembekal akan membekalkan sumber
bahan mentah yang diperlukan oleh syarikat. Peranan pembekal penting kerana
pembekal akan memberikan bekalan bahan mentah yang diperlukan oleh syarikat
sahaja. Ini kerana kekurangan dan pembaziran akan merugikan pembekal dan
syarikat.
Semasa berlaku peningkatan harga makanan dunia, BERNAS berupaya
untuk menaikkan kualiti beras dengan menggunakan teknologi serta kajian dan
penyelidikan yang telah dilakukan. Malah, BERNAS juga berkeupayaan untuk
menentukan harga padi terhadap pesawah-pesawah. Maka, syarikat akan
menggunakan sumber-sumber bahan mentah dengan kadar optimum.

Anda mungkin juga menyukai