Anda di halaman 1dari 5

1.

0Pengenalan
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai
untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar
mencapai objektiI pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan
sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat
menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika
komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu
menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan
pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik
pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang
perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan
input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad graIik dan unit
pemprosesan pusat (CPU).
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan
pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna
membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih
mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta
beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat.
Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi
yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer
dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh
orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana
dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk
generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan
teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang
dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi
dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat
kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan
Malaysia telah mengambil inisiatiI untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi
dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi
utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad
pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan
perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global
berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC,
2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah
memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransIormasikan
pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi
maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. TransIormasi ini telah mengubah
anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan
pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan
pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan
organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara
sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam
pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh
mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan
pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek
tersendiri.
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan.
Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan
besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan
pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam
proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat
untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas
serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek
kehidupan.
2.0Sejarah Internet

Internet atau Internasional Network oI Networks` merupakan sebuah rangkaian gergaji
komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer
berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50
ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih
daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Negara kita telah
meletakkan ICT dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001-2010)
sebagai media utama untuk membina pengetahuan baru dan meransang berkembangan
ekonomi berasaskan pengetahuan.
Internet ini telah dimulakan di Amerika Syarikat dalam tahun 1969 melalui satu rangkaian
yang dikenali sebagai ARPANET (Advance Research Projects Agency Network). Tujuan
ARPANET ini dibangunkan adalah supaya penyelidik dan ahli sains dapat saling bertukar
maklumat ketenteraan dengan mudah. Pada tahun 1972, ARPANET menggunakan Network
Control Protocol (NCP) untuk memindahkan data yang memberi laluan untuk pengguna
berkomunikasi dalam rangkaian yang sama. Pada tahun tersebut juga e-mel telah
diperkenalkan supaya setiap individu dalam berhubung melalui maya tanpa sempadan. Pada
tahun 1979, kumpulan diskusi UseNet ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1982, NCP telah
ditukar kepada TCP atau IP (Transmission Control Protocol). Protokol ini telah
diperkembangkan oleh satu kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Vinton CerI dan Bob
Khan. Protokol ini telah membolehkan pelbagai rangkaian komputer berhubung dan
berinteraksi antara satu sama lain. Pada tahun 1982 juga, istilah internet telah digunakan
secara rasmi (Net Timeline, 2000).
Pada tahun 1989, National Science Foundation (NSF) telah menubuhkan 5 pusat wilayah
superkomputer` yang boleh dikongsi bagi tujuan penyelidikan akademik. Ini merupakan
permulaan kepada World Wide Web (WWW). Pada tahun 1991, Ghoper dan WAIS (Wide
Area InIormation Service) telah diperkenalkan dan seterusnya pada tahun 1993 Mosaic
diperkenalkan. Ia merupakan pengimbas web yang kemudian diambil alih oleh Netscape
Navigator. Pada tahun 1994, NSF mempunyai 5000 pusat wilayah dan merangkumi pelbagai
agensi, kampus universiti dan perniagaan.
Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa naIas
baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan
kedua-dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam
bidang pendidikan. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini penggunaan teknologi World
Wide Web atau internet menjadi begitu dominan dalam kehidupan manusia. Penggunaan
teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di
peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi
internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin mendapa


Jadual 2 : Statistik kunjungan laman web oleh pengunjung secara global pada tahun 2006.
Statistik di atas menunjukkan kepesatan teknologi internet (merujuk pada kombinasi teknologi
komputer dan komunikasi) banyak membantu dalam proses P&P. Pembelajaran secara terus
menerusi internet mampu menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak
berstruktur menyerupai keadaan dalam kehidupan sebenar.

2.1 Internet di Malaysia
Kewujudan internet d negara ini bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom)
diwujudkan pada tahun 1987. Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun 1985
telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana projek
RangKom terbesar menjadi projek 'Joint Advanced Research Integrated Network atau dikenali
sebagai rangkaian bersepadu 'JARING pada taun 1991. Projek ini mempromosikan pertukaran
maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaian internet dengan kos yang tidak
membebankan.
Negara kita memasuki era internet apabila JARING menjadi Internet Service Provider (ISP)
yang pertama, diikuti oleh TMNet sebagai ISP kedua pada tahun 1996, MAXIS, ISP ketiga dan
Time Telekom dan ISP keempat pada tahun 1999. Dianggarkan pada bulan November tahun
1999 terdapat hampir 630,000 orang pelanggan internet di Malaysia dan meningkat ke 1,157,384
orang pada tahun 2000 (Malaysia, 2001). Internet terus berkembang di negara ini bukan sahaja
daripada peningkatan capaian oleh orang ramai, malah dari segi teknologi dalam pendidikan juga
mengaplikasikan teknologi ini.
Pada tahun 2007, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Verizon Business hari ini memeterai
Memorandum PerseIahaman (MOU) bagi meninjau kemampuan menubuhkan Hab Internet
Protokol (IP) Malaysia. MOU ini menyokong agenda kebangsaan Malaysia bagi membolehkan
syarikat-syarikat Malaysia memanIaatkan kemampuan komunikasi IP termaju. Melalui
perjanjian ini membolehkan Malaysia sebagai hab Internet rantau Asia-PasiIik, untuk syarikat-
syarikat dalam negara mendapat manIaat daripada perkhidmatan IP tempatan. Dengan
penubuhan hab tersebut bersama Verizon Business, syarikat-syarikat milikan asing dan tempatan
yang berada di Malaysia berpeluang menggunakan teknologi rangkaian IP termaju serta
membuat persediaan untuk perkhidmatan komunikasi masa depan. Ini adalah kerana Rangkaian
IP Verizon Business adalah salah satu rangkaian IP terbesar dan paling disegani dalam industri
dan salah satu daripada syarikat rangkaian Tahap-1 yang paling tersohor di dunia. Ini terdiri
daripada 3 angka utama Sistem Autonomous (AS), iaitu AS701 untuk rangkaian IP Amerika
Utara, AS702 untuk rangkaian IP Eropah, Timur Tengah dan AIrika (EMEA) dan AS703 untuk
rangkaian IP Asia PasiIik (APAC).
Perkongsian ini akan menghasilkan penjimatan kos yang signiIikan bagi TM dan Pembekal
Khidmat Internet (ISP) lain kerana pertanyaan dan lalu-lintas Internet hanya terbatas dalam
negeri. Selain itu, pengguna Internet mampu mengakses tapak web antarabangsa dengan lebih
cepat. Di samping itu, permuaIakatan ini akan membuka ruang baru dalam perkongsian laluan
Internet ke Malaysia oleh para pembekal ISP Tahap-1 seperti dari Korea, Jepun, China dan India
, sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab IP utama di rantau ini dengan
kemampuan setanding negara-negara yang telah terlebih dahulu menempa nama di rantau ini.
Kepesatan penggunaan internet yang berkadaran dengan komputer telah meningkat dari setiap
tahun di seluruh dunia seperti Jadual 3 di bawah:

Anda mungkin juga menyukai