Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri Tamadun Islam

Di antara ciri-ciri tamadun Islam, ialah:


7

#abbani
%amadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber
matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran menjadi sumber
dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia. %anggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan
khalifah Allah di muka bumi.

eseimbangan dan kesederhanaan

eseimbangan bermaksud seimbang di antara dua keadaan yang bertentangan. Umpamanya,


seimbang antara kerohanian dan kebendaan, antara tanggungjawab ibadah terhadap Allah dan
urusan kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat.

Universal

%amadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu bahkan ia milik
seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan tamadun Islam berpegang
kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan. Berbeza
dengan tamadun lain seperti tamadun Cina, tamadun India, tamadun mesophotamia, dan
tamadun Parsi.

Ideal dan realistik

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat
dicapai. Iaitu dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran
Allah. #ealistik dari segi mengambil kira hubungan dengan alam sejagat atas dasar bahawa alam
merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah

%etap dan anjal

Iaitu tetap atau tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari
sudut cara dan teknik perlaksanaannya dengan memberi kebebasan dari sudut merealisasikan
tamadun dengan mengambil kira matlamat yang hendak dicapai.

enyeluruh

%amadun Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang, aqidah,
akhlak, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan
makhluk lain serta hubungan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai