Anda di halaman 1dari 15

NAMA TAJUK

: AZIZAN B. MD. USOP : ESEI ILMIAH

NO. MATRIK : D046920

ESEI ILMIAH Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tulis esei mengikut soalan berikut. a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Menjawab persoalan dalam esei ilmiah Bahagian (a), eloklah dimulai dengan mendefinasihan beberapa pekataan yang menjsdi persoalan pokok. Antaranya perkataan guru. Guru bermaksud orang mengajar, mengasuhdaan mendidik sekumpulan pelajar dengan ilmu pengetahuan. Pengetahuan pula bermaksud ilmu yang diketahui ataupun kebijakan dan kepandaian seseorang. Profesionalisme keguruan pula bolehlah dirangkumkan maknanya sebagai sifat dan kemampuan ilmu seseorang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Melewati Topik satu yang menjadi focus esei ilmiah ini, sememangnya diketahui tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh para guru dahulu daan sekarang jauh berbeza. Pada dasarnya tanggungjawab asas menyampaikan ilmu masih tidak berubah, namun tanggungjawab guru kini lebih besar. Hal ini berlaku sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan Negara kita Malaysia standing dengan Negara maju maju lain dalam usahan menghasilkan modal insan cemerlang. Menjawab persoalan bagaimana pengalaman selepas meneliti isi kandungan unit 1 ini terhadap profesionalisme keguruan, sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia yang lahir selepas Negara mencapai kemerdekaan, sesungguhnya rasa syukur tidak dapat dinafikan. Perkembangan dunia pendidikan dewasa ini amat maju jauh berbeza berbanding dahulu. PENDIDIKAN SEBELUM ZAMAN PENJAJAHAN.

Pada zaman sebelum kedatangan penjajahan lagi, kita lihat pada masa itu pendidikan bersifat tradisional. Pembelajaran berlaku di rumah dan ilmu yang disampaikan pula hanya meliputi pengetahuan dan kemahiran untuk meneruskan kelangsungan aktiviti keluarga bagi menjalani kehidupan. Selain itu, pada zaman itu asas agama dititik beratkan disamaping asas sifat budi bahasa ketimuran. Keadaan ini berlaku kerana pada masa itu Negara kita atau lebih tepat lagi Tanah Melayu belum mengecapi kemajuan. Guru pada masa itu merupakan ibu bapa sendiri dalam melatih anak-anak masing-masing mempelajari sesuatu seperti asas bercucuk tanam atau menjadi nelayan. Golongan ilmuan agama pula bertindak sebagai guru untuk menyampaikan ilmu agama berupa hokum hakam agama. Sudah tentu pada masa itu, tiada institusi yang melatih guru-guru. Namun sesuatu yang amat dibanggakan pada masa itu, ibu bapa amat menghormati guru. Mereka diberi sepenuh kepercayaan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anakanak mereka. Asas sikap menghormati guru ini menyebabkan murid-murid pada masa itu amat patuh pada guru sehingga mudah bagi guru membentuk sikap dan perilaku anak-didik masing-masing. Guru pada masa itu tidak terikat dengan mana-mana peraturan ataupun kurikulum sekolah. Ini berikutan tiadanya badan daripada pihak pemerintah yang bertanggungjawab sebagai pemikir untuk memajukan bidang pendidikan dan seterusnya memastikan rakyaat celik huruf manakala guru pula terlatih.Semuanya adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan murid berdasarkan pemerhatian guru. Tiada agenda kerajaan yang perlu dilaksanakan kerana pada masa itu sistem pemerintahan masih longgar. Guru pada zaman sebelum penjajahan merupakan cerdik pandai dalam bidang keagamaan. Kebanyakannya belajar agama di Timur Tengah. Apabila pulang, mereka berasa bertanggungjawab memberi ilmu dalam bidang keagamaan kepada masyarakat di kawasan penempatan mereka. Ulama Islam tersebut akan membuka sekolah-sekolah pondok bagi memudahkan pembelajaran. Guru bertugas menyampai ilmu pada zaman itu berteraskan keikhlasa. Keikhlasan guru itu sendiri tanpa mengharapkan ganjaran daripada ibu bapa apatah lagi daripada pemerintah. Keikhlasan ibu bapa memberikan imbuhan. Adakalanya dek kemiskinan, ibu bapa memberikan imbuhan berupa tenaga kerja kepada guru

yang mengajar anak-anak mereka. Keikhlasan murid pula ialah sangat patuh pada ajaran guru dan amat menghormati guru yang dikira amat berjasa menyampaikan ilmu kepada mereka. Guru atau ustaz ini akan mendidik berdasarkan kitab-kitab agama. Anak-anak murid pula cukup jika dapat menguasai hal amalan harian dalam agama bagi meneruskan kelangsungan hidup. Aspek fardhu ain. Fardhu kifayah, hukum agama dan cara hidup Islam diberi penekanan. Sesungguhnya kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dan pendidikan di Tanah Melayu.

PENDIDIKAN PADA ZAMAN PENJAJAHAN. Sebagaimana kita maklum, negara kita telah dijajah oleh kuasa barat iaitu dimulai dengan Portugis, Belanda dan seterusnya Inggeris dan semasa Perang Dunia Ke-2 pula, negara kita telah dijajah oelh Jepun. Sewaktu dalam genggaman penjajah, pendidikan kepada rakyat jelata tidak dititik beratkan. Penjajah tidak berminat memberi pendidikan kepada masyarakat. Apa yang dipentingkan oleh penjajah pada masa itu hanyalah kekayaan ekonomi Tanah Melayu yang telah dijarah dan dikaut untuk dibawa pulang ke negara mereka. Masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu mula berkembang apabila imigran Cina dan India mula bertumpu masuk ke Tanah Melayu utnuk mencari sumber pendapatan. Masyarakat Cina tertumpu di lombong dan di pekan kecil untuk menjalankan perniagaan, orang India pula tertumpu di estet manakala orang Melayu kekal di kampung-kampung menjalankan pertanian tradisional. Aspek pendidikan dalam kelompok kaum-kaum yang disebut di atas tidak diberikan keutamaan. Orang Cina dan India masih berkiblatkan negara asal masing-masing dan menganggap Tanah Melayu hanyalah merupakan persinggahan mencari sumber ekonomi. Sesungguhnya, penjajah sememangnya tidak mahu ujudnya penyatuan penduduk kerana mereka menjalankan dasar pecah dan perintah. Dengan dasar ini mudahlah bagi mereka menjalankan pemerintahan. Pendidikan bagi masyarakat Melayu pada masa itu masih bersifat tradisional.

Setelah

lama

memerintah

Tanah

Melayu,

Orang

Inggeris

telah

memperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menjalankan pendidikan mengikut etnik di mana menggunakan bahasa penghantar, kurikulum, buku dan guru dari suku kaum masing-masing. Hala tuju bidang pendidikan pada masa itu sangat kabur. Tidak seperti sekarang di mana sekolah mesti mengikut kurikulum standard yang telah ditetapkan, pada zaman penjajah itu, sekolah Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Pendidikan di sekolah adalah untuk memberi pendidikan asas membaca dan menulis. Apabila sambutan kurang menggalakkan, kelas al-Quran turut dperkenalkan. Guru-guru pada masa itu belum juga terlatih. Kebanyakan mereka merupakan pelajar pintar di sekolah itu sendiri. Penjajah menyediakaan persekolahan pada masa itu bukan bertujuan memajukan masyarakat dan menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka. Penjajah sendiri sebenarnya belum bersedia menyediakan generasi yang akan mengambil alih pemerintahan negara. Jika ada pelajar yang pandai, mereka hanya ditawarkan dengan jawatan-jawatan rendah di dalam pemerintahan penjajah. Antara sekolah vernakular Melayu yang telah di buka ialah Sekolah Melayu di Bayan Lepas dan Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Masyarakat elit atau golongan bangsawan walau bagaimanapun mendapat pendidikan lebih formal. Mereka mendapat pendidikan lebih sistematik di sekolah dibuka khas oleh mereka oleh penjajajah seperti Penang Free Schooldan kemudiannya dihantar hingga keluar negara mendalami ilmu. Orang Cina dan India pula belajar di sekolah vernakular masing-masing. Bahasa penghantar merupakan bahasa ibunda masing-masing dengan kurikulum masih merujuk negara asal masing-masing. Guru-guru pula dibawa terus dari negara asal dan pendidikan dijalankan mengikut lembaga tadbir sekolah itu sendiri dimana guru-guru dan buku-buku panduan isi pelajaran di bawa dari negara asal mereka. Oleh sebab itu, tiada iatilah jati diri dan kecintaan kepada Tanah Melayu diterapkan. Guru-guru sekolah vernakular Cina dan Tamil mendidik dengan menerapkan ketaatan kepada negara asal mereka. Nilai-nilai murni diterapkan oleh guru-guru pada masa itu.

Walaupun sistem pendidikan pada masa itu kelihatan agak berkembang, namun dalam bidang keguruan masih tiada perkembangan. Tiada instituisi pendidikan guru dibuka bagi mendidikn generasi muda menjadi guru yang terlatih untuk membimbing anak didik. Oleh sebab tadanya hala tuju pendidikan yang jitu, maka profesionalisma keguruan kurang dititik beratkan. Walaupun ada semangat untuk maju dalam pelajaran, namun tidaklah seperti sekarang. Guru tidak berlumba-lumba menjadikan anak murid mereka cemerlang kerana arah tuju selepas pembelajaran di sekolah boleh dikatakan tiada. Tiada isntituisi pendidikan yang mahu dituju. Kerajaan pula tidak menjalankan dasar modal insan seperti sekarang di mana para pelajar mahu di ketengahkan ke peringkat antarabangsa. Murid yang cemerlang, jika bolehpun hanya menjadi guru atau menjalankan bidang perkeranian di pejabat kerajaan. Namun tidak dapat dinafikan ada juga usaha untuk memperbaik sistem pendidikan di Tanah Melayu. Maka terbentuklan beberapa jawatankuasa bagi mengkaji pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu sehingga terhasilnya Laporan Barnes, Laporan Fenn Wu dan Ordinan Pelajaran 1952. Namun penghasilan laporan-laporan itu kabur dan gagal memberi arah tuju dalam membangunkan pendidikan di Tanah Melayu. PENDIDIKAN ZAMAN KEMERDEKAAN Selepas merdeka, para cendekiawan Tanah Melayu mula memikirkan aspek kemajuan yang perlu digerakkan di Tanah Melayu. Antara cerdik pandai itu termasuklah Tun Abdul Razak, Tun Abdul Rahman Talib dan Tun Hussein Onn. Jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan dibentuk bagi menubuhkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara. Lantaran Tanah Melayu baru merdeka, sistem pendidikan menjadi teras bagi pemupukan perpaduan negara. Hal ini penting kerana perpaduan amat penting kepada negara yang berbilang kaum. Lantaran itu, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa penghantar dan satu kurikulum dibentuk dalam sistem pelajaran. Ini penting demi menanam rasa cintakan negara dalam kalangan rakyat negera yang baru merdeka. Selain itu, sebagai negara baru merdeka, pendidikan amat penting bagi membangunkan negara. Pendidikan percuma diberi bagi membenteras buta huruf.

Generasi baru diberi pelajaran agar menjadi generasi berilmu yang akan mentadbir negara pada masa depan dan memenuhi keperluan tenaga kerja yang mahir. Pada tahun 1961, Jawatankuasa Kabinet dibentuk bagi mengkaji semula keberkesanan sistem pendidikan. Berdasarkan laporan jawatankuasa ini, pindaan telah dibuatke atas dasar pendidikan seperti penekanan penguasaan 3M, pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia. Dalam memperkatakan sistem pelajaran yang semakin bertambah baik selepas merdeka, maka tidak dapat tidak peranan guru juga memainkan peranan penting. The Malay High School di Singapura 1878, Maktan Perguruan Sultan Idris 1922 dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1935 merupakan pusat latihan terawal yang melahirkan para pendidik. Mereka dilatih unuk menjadi guru bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Seterusnya selepas itu banyak lagi istituisi pendidikan guru ditubuhkan bagi memberi latihan kepada guru-guru di Malaysia. Antaranya Maktab Perguruan Raja Melewar, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Maktab Perguruan Kota Bharu dan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Semakin ramai guru terlatih berjaya dikeluarkan bagi mendidik para pelajar di sekolah. Mereka ini mengambil alih peranan guru yang dimainkan oleh alim ulamak danguru-guru yang dibawa dari China dan India. Penghasilan guru-guru terlatih sesungguhnya dapat menjayakan agenda negara yang berhasrat memajukan negara. Guru-guru terlatih ini akan menjalankan kurikulum yang telah dibentuk seperti Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selain itu, guru-guru ini bertanggungjawab membentuk generasi baru mengikut acuan Malaysia bersesuaian sekali dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek. Anak-didik selain diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran, turut juga dibimbing dari segi keperibadian dan akhlak terpuji bagi menjamin kelangsungan hidup dalam masyarakat harmoni. Di samping itu ilmu agama turut tidak dilupakan. Sejajar dengan tugas mereka, maka para guru turut menerima imbuhan yang semakin baik berbanding dengan guru-guru terdahulu. Selain gaji kebajikan para guru turut diberi keutamaan. Peluang kenaikan pangkat dan menyambung pelajaran

diberi agar guru dapat terus menambah pengetahuan bagi meningkatkan profesionalisma mereka.

PENDIDIKAN ZAMAN MELINIUM Sejajar dengan hasrat melahirkan potensi diri yang menyeluruh dan bersepadu, pelbagai usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terus dijalankan. Ini bersandarkan cabaran dalam semua bidang bersifat sejagat. Dengan odea kurikulum yang mantap dan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kita percaya negara mampu bersaing di persada antarabangsa. Pembangunan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi memerlukan negara yetus menggerakkan usaha agar negara tidak ketinggalan. Sebagai langkah proaktif, kerajaan perlu memajukan sistem pendidikan. Pelbagai pembaharuan dan kemajuan dilakukan. Antaranya mengalirkan kemahiran ICT kepada para pelajar. Sekolah-sekolah telah digerakkan untuk mengejar kemajuan ICT Lantara itu telah diujudkan Sekolah Bestari. Pembelajaran di sekolah ini amat menekankan penggunaan ICT. Pembelajaran cara lama iaitu kapur dan papan tulis telah dianggap ketinggalan zaman. Sejajar dengan itu, Guru-guru telah diberi kursus dan pendedahan dalam bidang ICT terlebih dahulu. Para guru dari semasa ke semasa berusaha memajukan diri demi memastikan diri mereka tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di samping memastikan pengajaran mereka berkesan. Seterusnya dalam melalui dunia globalisasi ini, pihak kerajaan begitu menitik beratkan kecemerlangan sekolah. Justeru diujudkan Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah-sekolah cemerlang ini sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan agar menjadi penanda aras kecemerlangan sekolah-sekolah lain di Malaysia. Selain itu, golongan guru pula sentiasa digalakkan untuk menyambung pelajaran keperingkat lebih tinggi. Lantaran itu, beberapa peluang pendidikan sentiasa tersedia untuk guru melanjutkan pelajaran dibawah seliaan Bahagian Pendidikan Guru. Baru-baru ini dalam Pembentangan Belanjawan 2012, beberapa insentif diberi kepada guru yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Beberapa kategori guru turut diujudkan dewasa ini. Guru-guru turut berusaha meningkatkan pencapaian dalam profesion mereka. Antaranya mereka boleh menjadi Guru Wibawa dan Guru Pakar. Selain itu, imbuhan untuk para guru juga semakin menarik. Selain mata gaji yang semakin tinggi, imbuhan lain tidak dilupakan seperti Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Keraian. Dengan demikian, semakin ramai golongan muda yang tertarik menjadi guru. Namun apa yang penting, adalah diharapkan dalam zaman serba maju dan globalisasi ini, bukan imbuhan yang dikejar. Tetapi guru sendiri perlu meningkatkan tahap progesionalisma keguruan mereka dengan menghasilkan pemgajaran dan pembelajaran berkesan kepada pelajar mereka. Pelajar umpama kain putih, ditangan gurulah sebahagian corak diri pelajar itu dibentuk. Justeru, tingkatkan jati diri dalam bidang keguruan.

b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit 1 Dalam Unit 1 ini banyak memperkatakan perkembangan era pendidikan dari zaman sebelum kedatangan penjajah, semasa di bawah cengkaman penjajah, zaman kemerdekaan dan zaman melinium. Sesungguhnya cabaran setiap zaman ini berbeza. Jika memperkatakan cabaran zaman sebelum kedatangan penjajah, Tanah Melayu pada masa itu sangat jauh ketinggalan kebelakang lantaran jauh daripada pembangunan dan kemajuan. Sistem pendidikan pada masa itu bersifat tradisional. Tiada gesaan daripada mana-mana sekali pun dalam memajukan pendidikan. Pendidikan bersifat tradisional ini berjaya melahirkan masyarakat yang hanya berusaha untuk meneruskan kelangsungan kehidupan tradisi. Mungkin cabaran guru pada masa itu tidak sehebat sekarang kerana sasaran murid tidak tinggi dan guru mudah menjalankan tanggungjawab mengajar dan mendidik walaupun hanya menggunakan papan batu kerana muridnya amat patuh kepada guru. Seterusnya pada zaman penjajahan bermula Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Cabaran pendidikan zaman ini memang mencabar. Masyarat mengalami kekangan mendapatkan pendidikan lantaran sikap tidak bertanggungjawab penjajah yang hanya memikirkan keuntungan pihak mereka. Justeru masyarakat terus dibiar ketinggalan kerana kebimbangan kemajuan pendidikan akan melahirkan rakyat yang bersifat patriotik sehingga boleh mencetuskan gerakan pembebasan. Waalaupun ada usa mengembangkan pendidikan melalui sekolah vernakular, namun matlamat pendidikan diberi bukan bertujuan memajukan rakyat tetapi memenuhi keperluan rakyat agar tidak buta huruf. Seterusnya zaman awal kemerdekaan dilalui. Lantaran mempunyai

negarawan yang sentiasa memikirkan kemajuan negara, kerajaan dari awal zaman kemerdekaan lagi sentiasa memperbaiki sistem pendidikan kerana sedar melalui pendidikan sahaja dapat memacu negara mencapai pembangunan dan kemajuan.

Dari semasa ke semasa sistem pendidikan diperbaharui. Bermuda dengan KLSR kemudiannya diteruskan dengan KBSR dan seterusnya KSSR masa kini, pendidikan terus dimajukan. Dalam menempuhi zaman melinium ini, cabaran dalam bidang pendidikan semakin hebat. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani merupakan cabaran sebenar dalam bidand pendidikan. Cabaran yang utama ialah melahirkan insan yang cemerlang dari segi

intelek. Golongan intelek bermaksud golongan cerdik pandai. Sesungguhnya zaman ini keintelektualan sangat dititik beratkan. Ibu bapa mahukan anak-anak mereka terpelajar dengan menguasai apa sahaja pengetahuan. Lanjutan itu, bidang keguruan turut berkembang. Guru perlu berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dalam bidang pendidikan agar anak murid mereka tidak ketinggalan. Selain itu, ketaksuban dalam bidang akademik dewasa ini bukan hanya membabitkan dalam negara tetapi juga ke peringkat antarabangsa. Lantaran ingin seiring dengan negara lain, negara mengambil langkah memajukan sains dan teknologi serta pengetahuan ICT dalam dunia pendidikan. Dengan kecanggihan yang ada maka guru menghadapi cabaraan memenuhkan ilmu di dada sebelum masuk ke kelas menyampaikan ilmu. Selain itu, sewaktu di dalam kelas, guru perlu memahirkan diri dalam dunia ICT. Pembelajaran yang canggih menggunakan ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu di alam siber. Jika guru masih ditakok lama dengan mengalami truma ICT, maka guru tersebut akan ketinggalan dan menghadapi masalah menyampaikan dan memperoleh ilmu. Para intelek yang terhasil lantaran kemajuan pendidikan merupakan individu yang akan cabaran globalisasi. Siapakah yang akan mencorakkan intelek ini. Tentulah dari awal lagi para guru. Para intelek ini akan menjadi warganegara yang akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan cendekiawan dari negara lain dalam merancang kemajuan negara di samping menangkis cabaran mendatang.

Selain melahirkan generasi yang intelek, guru juga menghadapi cabaran melahirkan warganegara yang seimbang rohani dan emosi. Rohani dan emosi bermaksud perasaan dan kejiwaan. Selain menyampaikan ilmu pengetahuan bagi melahirkan generasi intelek, guru juga memainkan peranan besar dalam mengasuh hati dan perasaan para pelajarnya. Dalam dunia serba mencabar ini semua pihak memainkan peranan penting mendidik generasi muda terbimbing rohani dan emosinya. Selain ibu bapa di rumah, guru turut memainkan peranan di sekolah. Sepanjang menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan pelajaran yang diajar, guru turut menyelitkan pendidikan kerohanian. Umpamanya memberi pesanan agar para pelajar mendekati Tuhan Yang Maha Pengasih dan Pemurah agar ilmu yang dipelajari menjadi berkat dan hati dan perasaan akan menjadi tenang. Lantaran itu, dalam sistem pendidikan terkini, kerajaan amat menitik beratkan pendidikan kerohanian. Umpamanya sejak bangku sekolah rendah lagi, murid dididik mentaati suruhan agama seperti mununaikan sembahyang dan berpuasa. Ada program khas seperti Kem Bestari Solat dijalankan seawal murid yahun 1. Dengan didikan dan asuhan berterusan diberi oleh para guru agama, para pelajar kini semakin terdidik kerohaniannya. Selain sesi persekolahan waktu pagi, pada waktu petang pula diadakan kelas Fardhu Ain. Pembelajaran menintik beratkan agama seperti Pendidikan al-Quran, Tauhid dan Fekah sudah tentu menambah pengetahuan pelajar dalam hukum hakam agama. Perkara ini dipandang berat kerajaan lantaran pelbagai gejala sosial yang melanda golongan muda kini. Kecenderungan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti berzina banyak berlaku ketika ini. Keadaan ini pasti lanjutan daripada kekosongan jiwa dan kurangnya didikan ilmu agama. Mereka umpama tidak kenal dosa dan pahala, tidak tahu membuat pertimbangan baik dan buruk. Justeru cabaran membentuk generasi yang kaut jiwanya tertanggung bersama antara ibu bapa dan guru. Insyaallah jika rahaninya kuat dengan keimanan dan sentiasa berpegang pada ajaran agama, pasti warganegara yang akan terhasil daripada sistem pendidikan ini akan menjadi lebih seimbang dan mampu menjadi modal insan kebanggaan negara. Kehidupan mereka akan lebih tenang dan mapu menangkis anasir tidak sihat dengan mudah.

Selain kecerdasan intelek (IQ) kecergasan emosi (EQ) juga mampu meninggalkan kesan kepada pelajar. Menurut Daniel Goleman, kecergasan emosi termasuklah kesedaran kendiri, disiplin kendiri, mempunyai kemahiran intra dan interpersonal dan dapat memahami perasaan orang lain dan diri sendiri. Individu yang seimbang emosi akan cuba menjadikan sesuatu situasi itu sentiasa harmoni. Peranan guru pasti berat untuk melahirkan pelajar yang lengkap dan sempurna semuanya. Para guru bertanggungjawab memberi nasihat dan menunjukkan kesai baik dan buruk mempunyai emosi seimband. Pelajar akan dibimbing pemikiran iaitu dengan melatih pelajar berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan. Contoh nyata perlu ditunjukkan kesan buruk sikap terlalu beremosi agar menjadi pengajaran kepada mereka. Guru perlu mendidik pelajarnya yang masih mentah dalam membuat pertimbangan agar sentiasa berfikiran rasional dan sebelum mengambil sesuatu keputusan pertimbangan waras perlu dibuat. Perkara ini perlu didikan berterusan dan bermula awal seperti kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya. Justeru ibu bapa diharap dapat memberikan kerjasama jitu menyokong usaha Kementerian Pelajaran dengan berprasangka baik terhadap guru-guru demi memastikan anakanak mereka terasuh dalam semua aspek. Umpamanya kegagalan mengawal perasaan marah, akan mengujudkan suasana tegang seperti pergaduhan. Guru perlu mengambil tindakan tegas yang bukan bersikap menghukum tetapi lebih berupa pengajaran agar perkara yang tidak baik itu tidak akan berulang. Pemupukan emosi seimbang perlu dilatih sejak kecil agar individu itu tidak terus hanyut dengan emosi yang tidak stabil di mana pada masa depan mereka juga akan menerima akibat buruk. Namun dalam menangani kes berkaitan emosi ini, guru kini menghadapi

cabaran sungguh hebat. Kurangnya kepercayaan ibu bapa kepada guru menjadi antara permasalahan utama. Ada ibu bapa mempertikaikan tindak tanduk yang guru ambil untuk menghadapi situasi seperti masalah disiplin. Kita tahu, masalah disiplin terjadi kerana sikap tidak matang pelajar. Ada ibu bapa menyalahkan guru mengambil tindakan berupa hukuman. Sesungguhnya mereka tidak mempercayai sesuatu tindakan bertujuan mendidik.

Lantaran itu, guru dewasa ini terkekang dalam membentuk rohani dan emosi para pelajar di mana didikan kerohanian dan emosi ini sebenarnya membantu pembentukan keperibadian tinggi dan akhlak terpuji. Sehubungan itu, peranan Guru Kaunselor memainkan peranan penting melalui aktiviti-aktiviti kaunseling yang dijalankan. Ceramah-ceramah motivasi diri dan kerohanian dianjurkan bagi menyedarkan para pelajar dari semasa ke semasa. Selain seimbang intelek, rohani dan emosi, jasmani atau fizikal tubuh badan juga amat penting. Tubuh badan yang sihat dapat menjamin generasi muda yang produktif. Menurut Falls (1980), kecergasan fizikal bermaksud: "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Dewasa ini, ada dalam penajaran di sekolah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Peranan guru mata pelajaran ini adalah menekankan pentingnya penjagaan kesihatan bagi meastikan kehidupan lebih sempurna. Kajian di dunia menunjukkan semakin ramai yang menghadapi masalah obesiti. Permasalahan ini ujud lantaran ketidak seimbangan dalam pengambilan makanan dan aktiviti senaman yang dijalankan. Kanak-kanak sekarang lebih banyak menghabiskan masa di depan televisyen dan komputer daripada bermain di luar rumah. Hal ini menyebabkan mereka kurang aktif. Lantaran itu, kerajaan menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyedarkan pelajar tentang kepentingan bersenam dan bersukan. Antaranya Program Satu Murid Satu Sukan, aktiviti kokurikulum di sekolah dan aktiviti Bulan Kecergasan. Peranan guru terus dituntun menjalankan semua aktiviti itu. Lanjutan itu, beban tugas guru semakin bertambah. Ini merupakan antara cabaran guru dewasa ini. Seterusnya guru sedar perkembangan pelajarnya perlu berlaku secara bersepadu dengan berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan. Guru sedar penekanan

hanya kepada sesuatu unsur umpamanya intelek sahaja akan menjadikan pelajar mereka tidak seimbang. Jika ini berlaku hasrat kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang tidak akan tercapai. Selain itu, pendidikan juga merupakan mekanisme pembangunan negara. Jika sistem pendidikan tidak dijalankan dengan baik, maka pemerintah akan menghadapi masalah dalam pembentukan rakyat yang harmonis. Jika ini berlaku, maka pasti akan menjejaslkan pembangunan dan kemajuan negara. Pendidikan berperanan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti dan menjadi modal insan cemerlang yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara maju lain. Di tangan guru berperanan besar mendidik dan menyampai ilmu pengetahuan dan membimbing keperibadian mulia diserahkan. Warganegara perlu dididik menghayati Prinsip Ruku Negara bagi melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri utuh dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Dengan pendidikanlah rakyat dapat memperbaiki kehidupan. Daripada ilmu pengetahuan, taraf hidup dapat ditingkatkan. Tidak kira di kota atau di desa, ilmu pengetahuan perlu dicurahkan. Hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang hidup antara bandar dan desa akan tercapai melalui ilmu pengetahuan. Lagi sekali guru memainkan peranan. Walaupun menghadapi kesulitan hidup kerana mengajar di desa terpencil, guru tetap bersemangat. Hasilnya kini jurang kehidupan dari segi taraf hidup dapat dikurangkan. Kadar buta huruf semakin berkurang dan kehidupan semakin baik. Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan peranan guru amat besar dan mencabar. Sesungguhnya cabaran guru dahulu dan kini dalam menyampaikan ilmu masih sama namun dewasa ini cabaran itu semakin besar. Insyaallah semua guru dewasa ini sanggup berkorban demi meningkatkan tahap profesionalisma keguruan.

RUJUKAN Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka(2007).Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka