Anda di halaman 1dari 3

NOTE UNTUK ANDA.

a) Biasanya pihak bank menyemak 3 sistem utama untuk mengetahui kedudukan kewangan
seseorang dan sama ada individu yang memohon pinjaman atau menjadi penjamin tersebut
disenarai hitamkan atau tidak iaitu FIS (Financial Inquiry System), CTOS ( Credit Tip Off
Service ) dan CCRIS ( Central Credit Reference Information System ). Melalui sistem ini jugalah
anda boleh mengetahui sama ada nama anda telah disenarai hitamkan atau tidak. Lazimnya,
sistem-sistem semakan inilah yang diguna pakai apabila anda ingin memohon apa sahaja bentuk
pinjaman atau pembiayaan.
b) Biasanya apabila telah disenarai hitamkan memang sukar untuk membuat apa-apa pinjaman di
masa hadapan selagi hutang yang menyebabkan nama anda disenarai hitamkan tidak dijelaskan
sepenuhnya.
c) Walaupun sebagai penjamin tetapi oleh sebab pinjaman yang dijamin anda tidak dijelaskan
mengikut masanya maka nama anda juga akan turut disenarai hitamkan selagi hutang tersebut
masih ada tunggakan. Walau bagaimanapun, pihak bank akan cuba mendapatkan bayaran
daripada peminjam terlebih dahulu. Jika peminjam tidak dapat dihubungi barulah pihak bank
akan cuba mendapatkan bayaran balik dari anda. Sungguh pun demikian anda tidak diisytiharkan
muIlis jika jumlah hutang tidak melebihi RM 30k. Sesetengah bank membolehkan penjamin
withdraw` atau mengeluarkan nama sebagai penjamin dengan syarat penjamin
membayar separuh dari jumlah hutang sedia ada. Namun semuanya bergantung kepada budi
bicara pihak bank tersebut.
d) Setiap bank mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri dalam memberi pinjaman. ProIil
pelanggan seperti bekerja di syarikat swasta atau badan berkanun atau pun jabatan kerajaan amat
diambil kira. Selain itu jumlah komitmen sedia ada dan nama disenarai hitamkan atau tidak juga
menjadi kriteria utama. Walaupun dengan pendapatan RM7k sebulan, jumlah pinjaman tidak
semestinya boleh dapat sehingga RM 100k.
e) Masalah kelewatan bayaran bulanan tidak menyebabkan nama anda disenarai hitamkan tetapi
hanya dilabel sebagai bad paymaster. Walau tidak disenarai hitam namun apabila seseorang
telah dilabel sebagai bad paymaster memang sukar untuk membuat apa-apa pinjaman. Terjadi
juga kes, kenderaan anda telahpun dijual kepada pihak lain tanpa membuat pindahmilik, Namun
anda dikira masih menanggung hutang tersebut dan kenderaan tersebut menjadi tanggungan anda
lagi. Anda masih dikira berhutang dengan bank kerana menurut bank bayaran anda kepada bank
tidak dijelaskan sepenuhnya.
Sebagai penjamin kita sebenarnya mempunyai hak-hak seperti berikut: -
1. Mendapat salinan surat jaminan atau kontrak jaminan dan sebarang dokumen lain
yang berkaitan dengan pinjaman yang dijamin.
2. Mendapat khidmat nasihat daripada peguam sebelum menandatangani kontrak
jaminan.
3. Mendapat maklumat baki tertunggak akaun peminjam daripada pihak Bank tersebut.
. eminta peminjam membuat pembayaran bagi melepaskan liabiliti anda sebagai
penjamin.
5. Mendapat bayaran ganti daripada peminjam bagi sebarang pembayaran yang telah
dibuat oleh anda kepada pihak Bank.
6. Anda boleh mendakwa peminjam tersebut untuk amaun yang telah anda bayar kepada
pihak Bank.

Penyelesaian :
1. Sebagai Penjamin kepada Peminjam, Penjamin kebiasaannya dikehendaki untuk
menyelesaikan bayaran tertunggak pihak Peminjam. Sekiranya, Penjamin tidak
membayaran jumlah baki pinjaman berkenaan maka Penjamin akan turut dimasukkan ke
dalam senarai 'Blacklist ( sekiranya jumlah hutang melebihi 30 K).

2. i. Pihak Penjamin boleh berurusan dengan pihak bank untuk mendapatkan jalan
penyelesaian sekiranya jumlah bayaran bulanan melebihi dari kemampuan pihak
Penjamin ( sama ada memohon untuk membayar separuh daripada hutang Peminjam).
Namun, semuanya bergantung kepada budi bicara pihak bank.
ii. Anda juga boleh meminta pihak bank untuk mendesak Peminjam membayar balik
pinjaman berkenaan (persetujuan atas kuasa pihak bank).

3. Sekiranya pihak bank bersetuju (perenggan i) atau pihak Penjamin mampu untuk
membayar baki hutang, Penjamin bolehlah mendapatkan khidmat Peguam atau bertindak
sendiri untuk mendakwa pihak Peminjam bagi mendapatkan amaun yang telah dibayar
kepada pihak bank daripada pihak Peminjam.

. Sebelum melakukan sebarang tindakan diatas, sila dapatkan maklum melalui bank
berkaitan mengenai Peminjam (jumlah baki tunggakan pinjaman, dapatkan salinan
kontrak perjanjian sebagai penjamin, rekod jumlah bayaran yang telah dibayar dan
berkaitan kenderaan berkenaan sama ada telah dijual oleh pihak bank ataupun masih
dalam simpanan pihak bank). Sekiranya kenderaan telah dijual ke pihak lain, tanggungan
hutang masih perlu dijelaskan. Tetapi, sekiranya kenderaan masih dalam simpanan bank,
mohon pindahmilik untuk dapatkan kenderaan tersebut dengan syarat anda ingin
menyelesaikan kesemua baki pinjaman yang telah dibuat oleh peminjam sebelum ini.

5. Perlu anda tahu bahawa anda kemungkinan akan mengalami kesukaran untuk
membuat pinjaman sama ada di bank yang sama atau berasingan kerana nama anda
pernah dimasukkan dalam rekod 'Blacklist. Namun demikian, sekiranya rekod
kewangan anda sentiasa berada dalam keadaan stabil selepas beberapa tahun ( bergantung
kepada pihak bank) selesai membayar tunggakan pinjaman berkenaan maka ada
mempunyai peluang yang cerah untuk membuat pinjaman bank.

6. Anda juga perlu tahu bahawa anda tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-
undang sama ada ke atas Peminjam atau pihak bank kerana anda telah mempersetujui
untuk menandatangani perjanjian sebagai penjamin tanpa sebarang paksaan atau tanpa
pengetahuan anda sebagai Penjamin dan masih dalam keadaan waras ketika perjanjian
berlaku. Dalam erti kata lain, Peminjam atau pihak bank tidak bersalah. Akan tetapi, anda
boleh mendakwa Peminjam untuk mendapatkan bayaran balik jumlah yang telah anda
bayar kepada pihak.