Anda di halaman 1dari 4

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Memahami konsep asas hubungan etnik Menghuraikan fenomena hubungan etnik pada peringkat tempatan dan global berdasarkan konsep asas tersebut. Mengetahuai di Malaysia kepentingan memahami hubungan etnik

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Khairul Khuzaimah Bt Abdul Rahim Fakulti Kejuruteraan 1

PENGENALAN
Di Malaysia, masalah perkauman menjadi isu yang penting. Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001 membukti kepentingan memahami hubungan etnik di Malaysia Kefahaman asas mengenai hubungan etnik penting bagi mengelakkan ketidak fahaman dan kesefakatan.
3

MASYARAKAT
Secara umum masyarakat adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu kawasan yang khas dan merasai kewujudan mereka sebagai satu entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain. Institusi kompleks Institusi merupakan praktis yang mantap untuk mengawal pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan. Institusi juga merupakan satu set kepercayaan yang dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial (cth: perkahwinan, kurikulum pendidikan, ritual keagamaan, kerajaan dll) Institusi dalam masyarakat adalah saling berkaitan dan bergantung antara satu sama lain. (cth ; institusi pendidikan bergantung kepada institusi kerajaan dan 4 kerajaan bergantung kepada institusi ekonomi cukai,prestasi kewangan)

TAHAP-TAHAP MASYARAKAT
Organisasi global dan antarabangsa

TAHAP-TAHAP DALAM MASYARAKAT


Masyarakat terdiri dari pelbagai tahap: Famili
Sekumpulan orang dalam bilangan yang kecil, berhubung rapat bertanggungjawab antara satu sama lain dan menganggap diri sebagai ahli keluarga

Komuniti
Negara bangsa Negara bangsa
Unit sosial yang lebih besar. Mengandungi campuran lebih banyak famili dimana ahli saling bersemuka dan berkenalan dalam kehidupan seharian. Menjelang era perindustrian, proses perindustrian dan perbandaran telah membawa masuk ramai orang yang tidak mengenali antara satu sama lain. Bentuk komuniti baharu ini terbentuk dibandar-bandar.

Komuniti

Komuniti

Negara Bangsa
Unit sosial yang lebih besar yang muncul sejak abab ke-19 dan 20.Institusi nasional turut wujud bersama-sama pembangunan negara bangsa ialah sistem pentadbiran kerajaan, institusi pendidikan nasional, institusi ekonomi, perkhidmatan perubatan, pertahanan dsbnya

Famili

Famili

Globalisasi Integrasi antara masyarakat nasional dikenali sebagai globalisasi. Apabila sesebuah masyarakat berkembang, unit sosial turut menjadi semakin besar. Komuniti menjadi sebahagian daripada masyarakat 6 nasional dan masyarakat nasional pula menjadi masyarakat global.

MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCIETY)


J.S Furnivall (1948) Konsep ini adalah merujuk kepada masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem politik Ciri-ciri - asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah terdiri dari campuran berbagai-bagai kelompok manusia. - dari segi politik, masyarakat majmuk timbul akibat dari dominasi penjajah. - ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama (commom social will). Ciri ini merupakan satu set nilai yang dipersetujui oleh anggota masyarakat sebagai satu cara untuk mengawal dan 7 memandu tingkah laku sosial mereka

KEBUDAYAAN
Sebagai keseluruhan cara hidup yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Ia boleh dipelajari dan dikongsi oleh ahli masyrakat. Namaun, konsep kebudayaan adalah rumit
Empat penggunaan konsep budaya

Kebudayaan sebagai satu badan kolektif tentang seni dan kerja intelektual

Kebudayaan dilihat sebagai Satu pemikiran

Kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia

Kebudayaan dikaitkan dengan tamaddun

JENIS-JENIS BUDAYA
Kebudayaan Tinggi (high culture)
Merujuk kepada ciptaan kebudayaan yang mempunyai status yang tinggi lukisan Leornardo da Vici dll

ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIK


Etnik atau etnisiti
Berasal dari perkataan Yunani ethnos istilah yang digunakan merujuk kepada kepada bukan orang Yunani atau pun orang lain yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dab cara hiduop yang sama. Pada abad ke-19, dalam bahasa Eropah, perkataan etnik etnikal etnisiti pula dilihat sebagai RAS yang mengasingkan istilah yang mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut. Satu konsep penting yang berkaitan dengan konsep ras ialah rasisme (racism) yang pada individu ialah kepercayaan bahawa ras tertentu berstatus lebih unggul (superior), manakala ada yang berstatus lebih rendah (inferior).
9

Kebudayaan Rakyat
Merujuk kepada kebudyaan orang biasa masyarakat lagu dan cerita tradisional pra perindustrian

Kebudayaan Popular (popular culture)


Merangkumi produk kebudayaan yang dinikmati oleh bilangan orang ramai rancangan tv, muzik pop dan filem dll

Subkebudayaan (subculture) Merujuk kumpulan manusia yang berkongsi nilai atau norma yang sama,
minat, masalah dan perlakuan

Nilai menentukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang Norma peraturan kelakuan yang mengawal cara seseorang bertindak

Pada tahap institusi, melibatkan dasar dan pelaksanaan yang 10 bersifat diskriminasi yang akhirnya membawa kesan ketidaksamaan dari ras manusia yang berlainan

IDENTITI ETNIK (ETHNIC IDENTITY)


Merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biologikal walaupun ramai orang melihatnya sebagai sesuatu yang tetap dan tidak berubah.Konsep ini lebih merujuk kepada keahlian dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang didefinasikan mengikut ras, sejarah, pengalaman, agama dan bahasa yang dikongsi berasama.

MINORITI
Merujuk kepada kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras, biologikal dsbnya. Louis Wirth mendefinasikan sebagai kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaan yang diasingkan daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan dilihat sebagai objek untuk didiskriminasi secara kolektif. Kinloch (1974), kumpulan minoriti boleh dibahagikan mengikut ciri berikut ; a) Fizikal, iaitu ras, jantina dan umur b) Kebudayaan, iaitu agama dan aenisiti c) Ekonomi, iaitu kelas sosail d) Tingkahlaku, iaitu devians Kesemua kumpulan ini mengalami penindasan 12 dan diskriminasi dalam masyarakat

11

PRASANGKA DAN DISKRIMINASI


Prasangka (prejudice) Merupakan sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesutu kumpulan manusia atau ras lain atau sikap yang dibentuk berdasar generalisasi yang tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri atau kualiti tertentu Diskriminasi (discrimination) Merujuk kepada aksi atau kelakuan yang merupakan satu proses apabila ahli kumpulan atau ketegori dalam masyarakat dinafikan untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat 13 sosial yang lain

INTEGRASI
Wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Intergrasi mungkin melibatkan akulturaasi iaitu satu proses berlaku perubahan dan pinjam meminjam unsur kebudayaan kesan perhubungan dua kumpulan manusia yang berlainan. Manakala asimilasi pula merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial (Selatan Thailand) Integrasi juga melibatkan amalgamasi iaitu merujuk kepada proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya 14 mewujudkan satu bangsa yang baharu.

INTEGRASI SOSIAL
Merupakan proses menyastupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan harapan kebanyakkan masyarakat, khasnya bagi masyarakat yang berbilang kaum.

PLURALISME KEBUDAYAAN
Boleh diwakili dengan formula A+B+C =A+B+C, iaitu a,b dan c mewakili kumpulan etnik yang berlainan yang mengekalkan identiti masing-masing. Ia dilihat sebagai tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kaum

15

16

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK


- Menjadi isu yang serius sejak perang dunia kedua - Mencermin keadaan sosial masyarakat dan ikatan sosial masyarakat darjah pluralisme sosial & kebudayaan, punca konflik dan yang penting sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial - Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi negara - Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial - Memahami isu prasangka dan diskriminasi - Mengambarkan peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat - Memahami kesan perindustrian 17 - Mempengaruhi dasar sosial dan dasar perancangan sosial sesebuah negara.

PEMAHAMAM HUBUNGAN ETNIK

Sifat struktur Sosial,keadaan dan ikatan sosial masyarakat

Perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi

Isu prasangka dan diskriminasi

Kesan perindustrian

Pluralisma sosial dan kebudayaan serta Punca konflik

Darjah dan sumber Ketegangan sosial

Faktor personaliti dalam menentukan Tingkah laku masyarakat

Dasar sosial dan perancangan sosial


18

ISLAM HADHARI
Gabungan dua perkataan bahasa Arab, iaitu Islam dan Hadhari (sifat). Perkataan hadhari berasal daripada istilah hadhrarun-hadharatun (hidup di bandar) yang membawa maksud membangun, maju atau bertamadun , iaitu berlawanan dengan perkataan badawah (pedalaman atau kemunduran) Dari kata dasar di atas, perkataan hadharah atau hadhari boleh ditakrifkan sebagai hasil; tindak balas manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia untuk memperbaiki kualiti hidup didunia dengan mencapai keseimbangan antara rohani dengan kebendaan mengikut keperluan dan peredaran semasa. 19

KESIMPULAN
Perbincangan tentang konsep asas seperti masyarakat, masyarakat majmuk dan pluraliti baharu dan kebudayaan memberi gambaran mengenai latar belakang ruang individu sosial dan bagaimana individu bertingkah laku dalam masyarakat. Juga peri pentingnya hubungan etnik dalam memahami perkara seperti struktur sosial, darjah dan sumber ketengan sosial, isu prasangka dan diskriminasi, faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat, kesan perindustrian, peranan dan pembentukan dasar dan perancangan sosial 20 dalam sesebuah negara