Anda di halaman 1dari 4

PERMAINAN TRADISIONAL

Nama Permainan : Ketingting atau Teng-teng


Jumlah Pemain : 2 4 orang
Keperluan Permainan:
1. Gelanggang Permainan permukaan yang rata
a. Permukaan bersimen
b. Atas tanah
2. Petak permainan - 9 petak permainan
a. Permukaan bersimen - lukis guna kapur
b. Atas tanah - gores guna kayu
Gundu
Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan
yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi
atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk
mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang











1angga
Lambur
Lambur
kelek
Serambl
Serambl
LoLeng
1engah
Cara Bermain

O Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain
yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong
adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

O Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam
petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain
telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara
mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak
yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain
mengambil giliran pula.

O Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang
baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama,
maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak
kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak
garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

O Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak
kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak
kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat
ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu
hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke
garisan penamat.

O Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di
dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira
mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan


Membina Rumah

O Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih
dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam
setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah
melepasi petak ketujuh tanpa melompat ke dalamnya dan terus ke petak lima.

O Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain
dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah
disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia
dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah gilirannya sampai
kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan
permulaan.

O Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua
petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak
gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena
gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak
dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan
berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa
memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.








enis Pergerakan

1. Lokomotor

Pergerakan Lokomotor : Ketinting sebelah kaki.


Kesedaran:

a) Tubuh
- Pemain perlu membuat imbangn badan sebelah kaki.

b) Ruang
- Pemain mesti main dalam ruang petak yang disediakan.

c) Arah
- Pemain memijak (bergerak) mengikut urutan petak.

d) Daya
- Pemain memerlukan daya lonjakan dari satu petak ke petak yang lain.

e) Aras
- Ketika melompat aras tubuh badan rendah.