Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur ke Hadrart lahi kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya


menyiapkan tugasan kerja kursus Pentaksiran dan Pengurusan matapelajaran
Pendidikan Moral. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan saya ditugaskan
menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian dan set soalan disamping membantu membuat
analisis soalan sebenar disekolah.

Dengan terhasilnya tugasan ini pelbagai ilmu dapat saya terokai secara tak
langsung menambahkan pengetahuan saya di bidang pembinaan JSU. Pada mulanya
agak sukar untuk saya menghasilkan soalan yang benar-benar sesuai. Namun berkat
usaha dan kesabaran yang ada maka terhasillah set soalan yang mungkin tidak
memuaskan hati kawan sekumpulan tetapi itulah kemampuan saya. Bagi menyiapkan
analisis soalan saya berusaha mendapat kertas soalan dari tempat saya bertugas.
Semasa menyiapkan tugasan kumpulan walaupun ada yang tidak sependapat namun
perbincangan dengan bimbingan pensyarahan masalah dapat diselesaikan.

Bermacam-macan dugaan perlu saya lalui sepanjang saya menghasilkan kerja
kursus ini kerana kekangan waktu sebagai seorang ibu, isteri dan guru serta seorang
pelajar separuh masa di nstitut Pendidikan Guru Malaysia yang terpaksa
membahagikan masa untuk enam orang cahaya mata, suami dan pelajar separuh masa
di samping bertugas di sekolah terpaksa saya harungi untuk mengubah kehidupan.

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan sejawat yang banyak
memberi bimbingan dan sokongan moral kepada saya bagi meneruskan perjuangan
dalam PGSR.