Anda di halaman 1dari 39

PIAGAM HAK ASASI BARAT DAN ISLAM

Kelahiran The Universal Declaration of Human Rights`



Sebagai satu instrumen, PBB yang baru ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 telah meluluskan satu
perisytiharan hak asasi manusia yang dinamakan The Universal Declaration oI Human Rights`
atau ringkasnya UDHR.

UDHR telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB dengan Resolusi A/RES/217 pada 10
Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris, Perancis. UDHR mengandungi 30 artikel yang
menggariskan pandangan PBB (baca: pihak yang menang Perang Dunia Kedua) sebagai hak-hak
manusia sejagat.

Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Eleanor Roosevelt yang menjadi anggota suruhanjaya
mendraIkan perisytiharan itu menegaskan bahawa UDHR bukan semata-mata satu perjanjian.
Bahkan pada masa hadapan, ia akan menjadi satu Magna Carta` di peringkat antarabangsa.

Eleanor Roosevelt kemudian dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB
yang pertama.

Kedudukan Negara Umat Islam

Semasa UDHR diluluskan oleh PBB, sebahagian besar negara umat Islam masih dibelenggu
penjajahan kuasa-kuasa Barat. Dengan itu, walaupun selepas merdeka, tidak banyak negara-
negara itu yang meratiIikasi UDHR.

Curiga dan masih bersengketa dengan kuasa-kuasa Barat adalah salah satu daripada sebab
kenapa UDHR tidak diterima oleh mereka. Selain itu, rekod buruk hak asasi negara-negara umat
Islam terhadap rakyat sendiri, samada yang sudah merdeka mahupun yang masih dijajah menjadi
sebab utama kenapa UDHR tidak diterima oleh mereka.

Negara dalam kategori ini termasuklah Malaya yang ketika itu sedang menguatkuasakan undang-
undang penahanan tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat 1948.

Kemunculan UDHR seakan-akan diterima sepi oleh negara-negara umat Islam yang pada
keseluruhannya dikuasai samada oleh golongan sekular-nasionalis, golongan pewaris kuasa
kolonial, rejim diktator mahupun dinasti monarki mutlak. Pemerintah-pemerintah ini pada
umumnya berselindung di sebalik Islam dengan mengatakan UDHR tidak selaras atau
bertentangan dengan Islam.


Maklum Balas Terhadap Piagam Hak Asasi Manusia

Usaha secara intelektual, sistematik dan lantang sebagai maklum balas terhadap UDHR hanya
dilakukan di kalangan pemikir daripada gerakan Islam di India-Pakistan.

Ulama dan pemikir-pemikir dari dunia Arab agak tidak ke hadapan dalam menangani isu hak
asasi manusia dalam konteks sistem, struktur dan proses politik moden; demokrasi,
perlembagaan dan negara-bangsa (nation-state). Jika ada pun, ketika itu pemikir dan ahli-ahli
akademik di dunia Arab masih bercakap tentang hak dan tanggungjawab dari perspektiI sempit
bidang-bidang Iiqh yang sudah pun lama tidak berkembang.

Jika ada pun juga, persoalan hak asasi moden di dunia Arab sekali lagi dirintis oleh gerakan
Islam, khasnya oleh Ikhwan Muslimin. Namun, persoalan hak asasi yang diperjuangkan seperti
apa yang digariskan oleh Hasan Al-Banna dan kemudiannya oleh Abdul Qadir Awdah dan
Sayyid Qutb, dari segi IalsaIah dan konsepnya masih belum menyentuh persoalan hak-hak asasi
dalam konteks sistem, struktur dan proses politik sebuah negara-bangsa.

Walau bagaimanapun, asas-asas pemikiran Hasan Al-Banna, Abdul Qadir Awdah dan Sayyid
Qutb tentang sistem politik, perundangan dan hak-hak manusia yang mesti dipertahankan demi
menegakkan keadilan telah menjadi asas bagi perkembangan pemikiran tentang persoalan hak
asasi manusia yang lebih menyeluruh pada tempoh berikutnya.

Hanya pemikir dan ulama dari India-Pakistan sahaja pada masa itu yang agak ke hadapan dalam
membicarakan persoalan hak asasi manusia dalam konteks negara-bangsa yang
berperlembagaan. Perintis paling terkemuka yang mengupas persoalan hak asasi manusia adalah
pemimpin gerakan dan parti politik Islam, Jamaati Islami iaitu Sayyid Abul A`la Al-Mawdudi.

Dalam ucapan-ucapannya di Radio Pakistan, Al-Mawdudi mengupas perbezaan di antara
IalsaIah dan konsep hak asasi manusia yang ditaja oleh PBB berdasarkan UDHR berbanding
Islam.

Pemikiran Al-Mawdudi

Sayyid Abul A`la Al-Mawdudi telah menggariskan prinsip-prinsip hak asasi yang terkandung
dalam Al-Quran, As-Sunnah dan amalan khulaIa` rasyidun dalam satu risalah kecil yang
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan disebarkan ke dunia Barat bertajuk Human Rights in
Islam` yang menjadi rujukan utama dalam persoalan hak asasi manusia dari pandangan Islam.

Politik perlembagaan, sistem kehakiman dan kesesuaian atau tidak demokrasi dengan Islam
menjadikan perbahasan dan penyelidikan tentang hak asasi manusia bertumbuh subur di
kalangan ulama dan ahli-ahli akademik dalam negara baru Pakistan.

Langkah pemerintah untuk menahan rakyat tanpa bicara yang hendak diterapkan dalam
perlembagaan Pakistan sekitar tahun 1960-an juga menjadikan wacana dan debat tentang hak
asasi manusia semakin rancak di Pakistan.

Pelarian Politik Gerakan Islam di Barat

Seiring dengan perkembangan di India dan Pakistan, pada tahun 1970-an, para pelarian politik
dari negara-negara Arab yang diburu oleh rejim-rejim kejam khususnya Mesir, Jordan, Iraq dan
Syria telah bergiat aktiI mengasaskan pertubuhan-pertubuhan Islam di Eropah dan Amerika
Utara. Berinteraksi dengan sistem, struktur dan proses demokrasi-liberal telah memaksa mereka
meneliti persoalan hak asasi manusia yang diamalkan di Barat.

Natijah daripada itu, melalui pertubuhan-pertubuhan Islam di Eropah dan Amerika Utara,
beberapa wacana dan dialog tentang UDHR dan hak asasi manusia menurut perspektiI Islam
telah diadakan secara meluas.

Kezaliman Shah Iran

Pada masa yang sama, kemuncak penindasan dan kekejaman Shah Iran sepanjang tahun 1970-an
telah mencetuskan kebangkitan yang lebih meluas dalam rangkaian ulama dan ahli-ahli
akademik seluruh Iran. Persoalan utama yang ditimbulkan adalah tentang pencabulan hak asasi
manusia yang dilakukan oleh Shah terhadap rakyat Iran.

Di pusat-pusat pengajian Islam di Qum dan Mashhad, golongan ayatullah dan hujjatul Islam
menumpukan pengajian mereka secara perbandingan terhadap isu-isu hak asasi manusia
terutamanya instrumen PBB yang dinamakan UDHR.

Kemuncak kezaliman Shah Iran juga menyaksikan solidariti di kalangan gerakan dan pertubuhan
Islam, terutamanya di Eropah untuk menyokong revolusi di Iran. Tanpa mempedulikan isu Sunni
atau Syi`ah, solidariti ini wujud bukan sekadar retorik tetapi secara tulen bertujuan untuk
menegakkan hak dan kebenaran.

Ruhullah Khomeini dan Revolusi di Iran

Kejayaan Revolusi Islam Iran yang diterajui oleh Ayatullah Ruhullah Khomeini pada tahun 1979
menumbangkan Reza Shah Pahlavi membuka ruang yang lebih luas dalam penyelidikan dan
wacana hak asasi manusia moden.

Halatuju yang ditempuh oleh Ayatullah Khomeini dalam melaksanakan struktur politik Republik
Iran menurut sistem demokrasi berperlembagaan dalam rangka sebuah negara-bangsa turut
menyuburkan lagi perjuangan dalam persoalan hak asasi manusia.

Seruan Ayatullah Khomeini agar jurang di antara Sunni dan Syi`ah diketepikan dalam
mendepani golongan mustakbirin, khasnya Amerika Syarikat telah disambut baik oleh gerakan
dan pertubuhan Islam khasnya di dunia Barat. Persoalan penentangan terhadap imperialisme
menjadi agenda utama. Berdasarkan kesungguhan untuk menentang imperialisme ini juga telah
membolehkan semua golongan termasuk Sunni dan Syi`ah berusaha mewujudkan kerjasama.

Kelahiran Universal Islamic Declaration of Human Rights`

Dalam satu persidangan yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan yang disertai oleh
ulama, Iuqaha`, pakar undang-undang, ahli-ahli akademik, wakil-wakil gerakan Islam dan
pertubuhan Islam, bernaung di atas nama Islamic Council oI Europe, satu perisytiharan hak asasi
manusia berdasarkan Islam telah diluluskan.
Perisytiharan ini dinamakan Universal Islamic Declaration oI Human Rights` atau UIDHR.
Perisytiharan ini diluluskan pada 19 September 1981 bersamaan dengan 21 Zulkaedah 1401.
Perisytiharan ini juga merupakan dokumen solidariti kedua yang dikeluarkan oleh Islamic
Council oI Europe selepas dokumen pertama, iaitu Universal Islamic Declaration` diumumkan
dalam Persidangan Antarabangsa Rasulullah s.a.w. dan Risalahnya` sempena menyambut
ketibaan Abad ke-15 Hijrah pada 12 hingga 15 April 1980 di London.
Apa yang penting, kedua-dua dokumen ini bertujuan untuk mewujudkan solidariti dunia Islam di
tengah-tengah popularnya Revolusi Islam Iran sebagai maklum balas kepada UDHR yang
diperalatkan oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Amerika Syarikat bagi mempersoalkan rekod dan
amalan hak asasi negara-negara lain terutamanya dunia Islam.
Teras kepada UIDHR adalah prinsip-prinsip hak asasi manusia yang digariskan oleh Al-
Mawdudi dalam risalahnya Human Rights in Islam`. Mengukuhkan ide Al-Mawdudi adalah
penulisan beberapa ayatullah dari Iran. Pendeknya, semasa diluluskan, UIDHR merupakan satu
dokumen yang mewakili kedua-dua pandangan Sunni dan Syi`ah dalam persoalan hak asasi
manusia.
IC dan UIDHR
UIDHR adalah maklum balas dan jawapan dunia Islam terhadap UDHR. Dengan sokongan
Republik Islam Iran yang merupakan satu-satunya negara yang menyokong padu perisytiharan
tersebut, usaha-usaha untuk memasyhurkan UIDHR semakin bertambah meluas.
Iran yang pada masa itu menjadi Pengerusi OIC amat menyokong usaha-usaha untuk mencabar
UDHR. Sebagai pengerusi OIC, pada tahu 1981 Iran telah mendesak agar UDHR disemak
semula. Bahkan, Iran menegaskan bahawa UDHR adalah satu interpretasi sekular terhadap
undang-undang Judeo-Christian yang tidak boleh diguna pakai oleh mana-mana negara umat
Islam.
Dalam kenyataannya ketika mempersoalkan UDHR, Iran menyatakan bahawa ia tidak
memperakui sebarang autoriti atau kuasa selain daripada Allah Azzawajalla dan baginya tidak
ada panduan perundangan selain daripada syariat Islam.
Cairo Declaration oI Human Rights in Islam` atau CDHRI yang diluluskan pada tahun 1990
adalah bersumber daripada versi UIDHR yang asal daripada Islamic Council oI Europe yang
diluluskan pada 1981. CDHRI dan UIDHR mempunyai peruntukan-peruntukan yang sama
dengan tajuk dan nombor sahaja yang berbeza.
The International Bill of Human Rights
Teras dan asas bagi konsep hak asasi manusia dalam konteks kontemporari adalah kepercayaan
perihal keperibadian manusia dimartabatkan sebagai sesuatu sakral.
Kesakralan ini dianggap sebagai sarwajagat dan mutlak di kedua-dua peringkat idealisme dan
konseptual. Asas ini melahirkan piagam-piagam antarabangsa yang terdiri daripada UDHR
(1948), International Covenant on Civil and Political Rights` (ICCPR - 1976) dan International
Covenant on Economic, Social, and Cultural Rights` (ICESC - 1976).
Ketiga-tiga dokumen ini dinamakan sebagai The International Bill oI Human Rights`
menggariskan apa yang dikatakan sebagai human dignity yang mana ia mesti dihormati
sepenuhnya.

Bahagian Ii:

ASAS DAN PERKEMBANGAN HAK ASASI BARAT DAN ISLAM

Magna Carta dan Konsep Hak Asasi Barat

Samuel P. Huntington menyebut 'The essence oI the West is the Magna Carta dengan maksud
bahawa intipati tamadun Barat adalah satu perjanjian yang telah dimaktubkan pada tahun 1215 di
antara raja dengan pembesar-pembesar di England. Perjanjian ini dibuat demi mengelakkan
perang saudara kerana kuasa raja yang melampau terhadap pembesar dan golongan bangwasan.

Magna Carta bermakna perjanjian besar. Ia mengandungi 63 artikel yang menyentuh hak
kebebasan dan hak tidak dipenjara atau dihukum selain daripada berlandaskan undang-undang.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi PBB yang pertama,
Eleanor Roosevelt telah menegaskan UDHR sebagai 'a Magna Carta Ior all mankind.

Penegasan tersebut memberi gambaran bahawa seperti juga Magna Carta, apa yang terkandung
dalam UDHR 1948 adalah prinsip-prinsip yang menjamin hak asasi setiap manusia seluruh
dunia.

UDHR, Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika

Berkembang daripada Magna Carta, prinsip-prinsip hak asasi manusia moden yang terkandung
dalam UDHR 1948 sebenarnya adalah bersumber daripada Revolusi Perancis dan Revolusi
Amerika.

La Declaration des droits de l'Homme et du citoyen` atau Perisytiharan Hak Manusia dan
Warganegara` telah diluluskan di Parlimen Perancis pada 26 Ogos 1789, iaitu hanya selepas
enam minggu raja digulingkan. Piagam yang didraIkan oleh LaIayette itu mengandungi 17
artikel menegaskan hak-hak yang terkandung di dalamnya bukan hanya untuk rakyat Perancis,
tetapi untuk semua manusia di seluruh dunia.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam piagam tersebut merupakan prinsip-prinsip kontrak sosial
Rousseau dan pemisahan kuasa yang diperjuangkan oleh Montesquieu. Berbekalkan semangat
revolusi di Perancis, prinsip-prinsip ini dimuatkan dalam United States Bill oI Rights` yang
diluluskan pada tahun 1789.

Kedua-dua Bill oI Rights` Amerika dan Perancis diluluskan pada masa yang sama, iaitu pada
tahun 1789. Kedua-dua dokumen inilah yang menjadi asas kepada UDHR 1948.

Apakah Hak Asasi Barat Benar-benar Universal?

Persoalannya, apakah prinsip dan instrumen hak asasi manusia tajaan Barat itu benar-benar
universal? Jika masyarakat Eropah di kalangan kaum Serb sendiri menolak tribunal yang
diwujudkan oleh PBB di atas nama hak asasi manusia, sudah pasti banyak yang boleh
dipertikaikan tentang prinsip dan instrumen ini.

Dari segi evolusinya, Magna Carta diwujudkan untuk mengekang kuasa raja. Pedang sudah
terhunus dan darah sudah sedia mengalir. Magna Carta tidak lebih daripada satu perjanjian untuk
membataskan kuasa mutlak raja terhadap pembesar dan golongan bangsawan. Pada masa yang
sama, golongan bangsawan terus beraja dan menindas rakyat bawahan. Keseluruhan 63 artikel
dalam Magna Carta bertujuan untuk mempertahankan kuasa golongan yang sudah berkuasa!

Bagaimana pula dengan Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika? Bukankah kedua-dua revolusi
ini untuk rakyat?

Tidak! Revolusi-revolusi ini adalah untuk golongan yang berkuasa. Bezanya hanyalah siapa yang
paling berkuasa?

Jika benar-benar Revolusi Perancis adalah satu revolusi rakyat seperti yang digariskan oleh
Barnave, Mirabeau, LaIayette, Danton dan Robespierre, bagaimana pemerintahan diktator ala
maharaja boleh bertapak semula di Perancis dari 1804 hingga 1814 di bawah Napoleon
Bounarparte?

Demikian juga jika benar-benar Revolusi Amerika adalah revolusi yang menjunjung prinsip-
prinsip hak asasi manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Bill oI Rights, bagaimana
mungkin berlakunya American Civil War pada 1861-1865? Peperangan di antara negeri-negeri
utara dan selatan itu telah tercetus kerana wujudnya penindasan dan kezaliman sosial, ekonomi,
politik dan juga pencabulan hak asasi. Siapakah yang mahu dominan dan berkuasa?

Paradigma Golongan yang Menang Perang

UDHR 1948 yang bersumber daripada Magna Carta dan Bill oI Rights Amerika dan Perancis
diwujudkan oleh kuasa-kuasa Barat dengan paradigma yang sama. Paradigma golongan yang
menang perang. Dengan kemenangan tersebut, mereka merangka bagaimana pula untuk terus
berkuasa terhadap musuh, lawan dan negara-negara yang lemah dan masih dijajah.

Prinsip-prinsip hak asasi yang melalui proses evolusi pengukuhan hegemoni kuasa seumpama ini
memang patut dipertikaikan.


Apakah Prinsip-prinsip Hak Asasi Islam?

Prinsip-prinsip hak asasi manusia menurut Islam tidak pernah melalui evolusi sejarah seumpama
ini. Prinsip dan instrumen hak asasi manusia menurut Islam tidak diwujudkan atas dasar
mendominasi kuasa terhadap mana-mana pihak. Ia juga tidak diwujudkan selepas menang
perang.

Prinsip-prinsip hak asasi manusia, keadilan serta penentangan terhadap kezaliman telah wujud di
dalam Al-Quran di peringkat Mekah lama sebelum Rasulullah s.a.w. dan para sahabat diizinkan
mengangkat senjata di Madinah.

Prinsip dan instrumen hak asasi manusia dalam Islam adalah berpandukan konsep ummah,
musyawarah dan basyariyyah. Dalam Islam, ummah tidak terbatas hanya kepada penganut Islam.
Ia adalah satu konsep dan tuntutan yang universal. Demikian juga musyawarah adalah proses dan
instrumen penting untuk mengukuhkan taaruI dan taawun sesama manusia dalam konteks yang
universal.

Sekaligus, karamatul insan yang ditegakkan oleh Al-Quran menempatkan basyariyyah atau
kemanusiaan di tempat yang paling mulia, tanpa batasan kaum, agama, ideologi dan
kepercayaan. Prinsipnya berpandukan agar jangan ada sesiapa yang menindas serta menyekat
kebenaran dan keadilan daripada dinikmati oleh insan lain.

Prinsip-prinsip dan proses pembangunan hak asasi manusia seperti inilah yang ditegakkan dalam
SahiIah Al-Madinah, maqasid syariah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga Khutbah
Al-Wida`.

Bahagian III:

SE1ARAH PER1UANGAN HAK ASASI DALAM MASYARAKAT BARAT

Asas-asas hak asasi manusia, kebebasan dan masyarakat sivil yang terkandung dalam Universal
Declaration oI Human Rights pada hari ini bersumber daripada ide ahli-ahli IalsaIah Barat kurun
ke-17, 18 dan 19 seperti John Locke, Baruch Spinoza, Montesquieu, Voltaire, Rousseau,
Emmanuel Kant, Jeremy Bentham dan John Smith Mill serta anaknya, John Stuart Mill.

1ohn Locke

John Locke lahir pada tahun 1632. Beliau adalah seorang ilmuan, doktor, ahli ekonomi, aktivis
politik, ideolog bagi gerakan revolusi menentang monarki Inggeris dan juga dianggap sebagai
salah seorang ahli IalsaIah paling terkemuka pada hujung abad ke-17 dan awal abad ke-18 di
Eropah.

Locke hidup semasa dan menjadi teman baik kepada ahli-ahli sains terkemuka Inggeris seperti
David Boyle dan Isaac Newton. Pemikiran sains turut mendominasi pandangan Locke tentang
hak, moral, politik dan IalsaIah.

Bagi Locke, setiap individu hendaklah menggunakan akal Iikirannya bagi mencari kebenaran.
Kebenaran tidak boleh didapati hanya dengan menerimanya secara bulat-bulat daripada
pemerintah ataupun daripada kepercayaan tahayul. Menurut Locke, agama adalah satu tahayul!

Bagi Locke juga, pemerintahan sivil yang sah adalah sebuah sistem yang ditegakkan di atas
persetujuan eksplisit daripada rakyat. Rakyat jelata yang terlibat dalam perjanjian ini bersetuju
untuk memindahkan hak mereka kepada kerajaan bagi menguatkuasakan undang-undang dan
mengadili pertikaian di kalangan rakyat.

Melalui sistem pemerintahan sivil seperti ini jugalah diwujudkan sistem kehakiman dan
mahkamah yang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang diserahkan kepadanya.

Bagi Locke, tunjang pemerintahan sivil adalah kuasa majoriti. Hak inilah yang membezakan
antara tanggungjawab rakyat kepada kerajaan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Bahkan perbezaan inilah yang membolehkan rakyat menentang kerajaan tanpa perlu
menimbulkan sebarang anarki. Melalui kuasa majoriti ini jugalah sebenarnya rakyat lebih
bertanggungjawab kepada masyarakat daripada kepada kerajaan.

Montesquieu

Charles-Louis de Secondat, Baron de La Brede et de Montesquieu, lahir pada tahun 1689 di La
Brede, Bordeaux. Beliau adalah daripada golongan bangsawan Perancis.

Ahli-ahli IalsaIah Eropah mengatakan bahawa Montesquieu telah menemui hukum alam
intelektual sebagaimana Newton telah menemui hukum alam Iizikal!

Dalam karyanya itu, Montesquieu menyatakan bahawa agama hanya memainkan peranan yang
kecil dalam pembangunan hukum sosial. Menurut Montesquieu, Tuhan mencipta alam tabii dan
hukum-hukum yang berkaitan dengannya, selepas itu Tuhan tidak lagi memainkan peranan
utama untuk menghuraikan hukum-hukum tadi.

Montesquieu beranggapan bahawa sesuatu agama adalah sesuai dengan persekitaran dan sesuatu
bentuk kerajaan tertentu. Bagi beliau, agama Kristian Protestan sesuai untuk kerajaan berbentuk
republik. Agama Kristian Katolik pula sesuai untuk pemerintahan monarki. Manakala Islam,
menurut beliau sesuai untuk sistem pemerintahan despotik dan diktator!

Montesquieu menganggap ia sebagai satu kesilapan untuk mengasaskan undang-undang sivil di
atas prinsip-prinsip agama. Menurut beliau, agama bertujuan untuk membangunkan individu
yang sempurna, sedangkan undang-undang sivil bertujuan untuk mencapai kebajikan sosial. Oleh
itu, kerana dua tujuan yang berbeza inilah undang-undang sivil dan undang-undang agama perlu
berbeza dan dibezakan.

Bagi Montesquieu, agama tidak boleh sama sekali dijadikan prinsip pertama dan utama dalam
menggubal undang-undang sivil. Montesquieu juga memperjuangkan agar undang-undang sivil
tidak diguna pakai bagi menguatkuasakan norma-norma agama.

Baruch Spinoza

Benedict (Baruch) de Spinoza lahir dari keluarga Yahudi di Portugal pada tahun 1632.
Keluarganya berhijrah ke Amsterdam kerana ketika itu negara Belanda lebih toleran terhadap
kebebasan agama dan intelek berbanding dengan negara-negara di Semenanjung Iberia.

Baruch Spinoza menegaskan bahawa ukuran benar atau salah dan jahat atau baik tidak wujud
bagi Tuhan. Alam nyata serta seluruh manusia adalah maniIestasi daripada siIat-siIat ketuhanan.
Oleh itu tindakan manusia yang terhasil daripada Iikiran manusia adalah semuanya baik dan
benar!

Spinoza adalah antara ahli IalsaIah pasca-Cartesian yang paling terkemuka pada abad ke-17.
Spinoza memainkan peranan besar dalam semua bidang IalsaIah liberal termasuk dalam
persoalan hak tabii rakyat, demokrasi, kerajaan sivil, kebebasan berIikir dan bersuara,
rasionalisme, relativisme serta pentaIsiran konsepsi ketuhanan yang digabungkan dengan hukum
alam tabii.
Spinoza adalah ahli IalsaIah era itu yang mengutarakan bahawa akal dan rasional adalah bukti
hakiki manusia memiliki hak terhadap jiwa, kebebasan dan harta benda.

Menurut Spinoza, hak-hak ini tidak diserahkan kepada mana-mana pihak oleh rakyat walaupun
telah berlakunya kontrak sosial di antara rakyat dengan sesebuah kerajaan sivil.

Bahkan bagi Spinoza, kegagalan kerajaan sivil mempertahankan hak-hak tabii ini membolehkan
rakyat bangkit melancarkan revolusi terhadap kerajaan.

Spinoza menegaskan bahawa adalah tidak wajar menaIikan hak kebebasan bersuara terhadap apa
yang hendak disuarakan oleh seseorang. Bahkan, setiap manusia berhak berIikir apa sahaja yang
ia suka dan berhak berkata apa saja yang ia Iikirkan.

Sebagai seorang Iree-thinker, Spinoza mempertahankan bahawa kebebasan berIikir tidak
menggugat keselamatan sesebuah masyarakat. Sebaliknya kebebasan seperti ini mampu
menjamin keselamatannya. Kebebasan berIikir yang dimaksudkan oleh Spinoza adalah hak
kebebasan untuk memIalsaIahkan dasar-dasar kehidupan manusia.
Spinoza turut menghujahkan bahawa demokrasi adalah sebaik-baik bentuk pemerintahan
kerajaan sivil.
Spinoza berusaha membuktikan bahawa bentuk kerajaan sivil dapat dipertingkatkan berdasarkan
tabiat semula jadi manusia bersandarkan Iikiran rasional.
'oltaire

Dengan itu Franois-Marie Arouet (1694-1778), dengan nama pena yang terus kekal sebagai
namanya, Voltaire, adalah seorang humanis era pencerahan Perancis. Beliau adalah yang
menyeru rakyat untuk terus meminggirkan agama demi mendapatkan apa yang dikatakannya
sebagai kebebasan berIikir dan kebebasan bersuara.

Voltaire juga menyeru agar rakyat meninggalkan kepercayaan terhadap doktrin dan dogma
agama. Voltaire menganggap agama adalah ciptaan pihak berkuasa yang diwujudkan bagi
menindas rakyat jelata. Penguasaan ini bertujuan untuk menyekat kebebasan berIikir dan
kebebasan bersuara rakyat awam. Voltaire mendakwa bahawa kitab-kitab agama adalah hasil
pemalsuan penganut-penganutnya.

Menurut Voltaire, seni pemerintahan tidak lebih hanyalah sebagai satu cara mengambil sebanyak
mungkin harta daripada satu golongan rakyat untuk diserahkan kepada satu golongan yang lain!.

Untuk itu, Voltaire dianggap sebagai pejuang menentang tirani dan bigotri agama. Katanya,
kebebasan berIikir adalah jiwa bagi kehidupan. Hak kebebasan ini tidak boleh disekat oleh
mana-mana dogma agama. Agama yang benar adalah agama yang hanya mengajarkan moraliti
dan bukan dogma.

Bagi Voltaire, dogma agama adalah peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama bagi
menjadikannya sebagai rantai yang membelenggu rakyat. Dogma yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa agama akan membataskan kebebasan berIikir rakyat awam.

Semasa berada dalam buangan di England, Voltaire amat terpengaruh dengan pemikiran Isaac
Newton dan tulisan-tulisan Shakespeare. Buku pertama Voltaire adalah Elements de la
philosophie de Newton. Buku ini menghuraikan IalsaIah dan idea-idea Newton tentang agama
dan alam.
Seperti Newton yang menolak doktrin gereja berkenaan tritunggal, Voltaire juga menegaskan
bahawa doktrin tritunggal dan inkarnasi sebagai tidak masuk akal.
Voltaire juga mengatakan Jesus tidak pernah wujud dalam sejarah.

Dalam tulisannya yang bertajuk Le Fanatisme, ou Mahomet le Prophete, Voltaire telah
menggambarkan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang sentiasa mempunyai rancangan jahat dan
gilakan kuasa. Tujuan sebenar tulisan tersebut adalah untuk mensatirakan Pope Benedict XIV.

Voltaire juga menegaskan bahawa agama Kristian adalah secara pastinya satu agama yang paling
tidak masuk akal, paling aneh dan paling berdarah yang pernah menjangkiti dunia ini.

Rousseau

Jean-Jacques Rousseau lahir pada tahun 1712 di Geneva, Switzerland. Sebagai seorang ahli
IalsaIah, beliau mempunyai pengaruh yang amat besar dalam pembangunan pemikiran politik,
sastera, pendidikan, kebebasan individu dan hak asasi manusia bagi tamadun Barat.
Namun, masalah terbesar yang dihadapi oleh Rousseau adalah walaupun individu memiliki
kebebasan, di mana-mana sahaja ia berada ia tetap berdepan dengan pelbagai sekatan dan
batasan. Dalam bukunya The Social Contract, Rousseau menegaskan "Man is born Iree but
everywhere is in chains."
Untuk itu, bagi Rousseau pelbagai ketidakadilan dan penindasan yang berlaku adalah akibat
daripada amalan politik dan pengaruh pemikiran yang terlalu menekan dan menindas rakyat
awam.
Konsep paling utama dalam pemikiran Rousseau adalah kebebasan. Beliau mendedahkan
pelbagai mekanisme yang digunakan pemerintah demi memaksa rakyat awam mengorbankan
kebebasan mereka.
Rousseau meletakkan asas pemikirannya di atas logik dan nilai-nilai moral. Baginya, nilai-nilai
agama adalah tidak logik dan tidak rasional. Rousseau juga adalah seorang ahli teori politik
paling terkemu bagi zamannya.

Teras pemikiran politiknya terdapat dalam bukunya Du contrat social atau The Social Contract
diperkukuhkan dengan Discours sur l`origine de l`inegalite atau Discourse on Inequality, serta
tulisannya bagi penggubalan perlembagaan Corsica dan Poland.
Paksi pemikiran Rousseau adalah andaiannya bahawa setiap individu pada asal dan tabiinya
adalah baik. Tetapi apabila berada dalam masyarakat, ia menjadi tidak baik.
Pada tabiinya setiap individu hanya perlu melihat ke dalam dirinya sendiri bagi mewujudkan
nilai-nilai dan kebahagianya. Walau bagaimanapun setelah individu tersebut berada di dalam
sebuah masyarakat, ia terpaksa tunduk kepada pendapat dan kuasa pihak-pihak lain.
Rousseau menegaskan bahawa hak-hak individu yang berlandaskan autonomi individu dan
kebebasan tidak datang bergolek begitu sahaja. Sebaliknya, hak-hak dan kebebasan ini adalah
satu kontrak sosial yang mesti diperjuangkan.

Emmanuel Kant

Emmanuel Kant menekankan tentang keunggulan akal Iikiran manusia. Baginya, akal Iikiran
manusia mampu menentukan segala-galanya. Walaupun tidak menolak agama, Kant menegaskan
amalan agama hendaklah dibataskan sejauh mana logik akal manusia boleh menerimanya.

1eremy Bentham

Jeremy Bentham menegaskan bahawa semua undang-undang mestilah dinilai berpandukan
kepada satu-satunya prinsip etika, iaitu utilitarianism atau nilai kegunaannya.

Sesuatu undang-undang itu dikira baik atau buruk bergantung kepada sejauh mana ia
meningkatkan rasa keseronokan orang ramai. Semua manusia berusaha untuk memaksimumkan
keseronokan atau maximum Ielicitas, iaitu "greatest happiness Ior the greatest number".

1ohn Stuart Mill

John Stuart Mill turut menganjurkan prinsip utilitarianism yang dipelopori oleh Bentham. Prinsip
greatest happiness Ior the greatest number diluaskan lagi oleh Mill dengan memperjuangkan
hak individu dan kebebasan yang lebih bagi kaum wanita. Bagi Mill, kebebasan individu tidak
boleh dikekang oleh mana-mana kuasa. Mill memperjuangan prinsip-prinsip Liberalism dalam
maniIestasi politik pemerintahan dan amalan demokrasi.


BAHAGIAN I':

SE1ARAH PER1UANGAN HAK ASASI DALAM MASYARAKAT ISLAM

Perjuangan Mempertahankan Kebebasan Bersuara

Asas dan teras kebebasan bersuara dalam Islam adalah berpaksikan kepada tindakan untuk
menentang pemerintah yang zalim dan rakus!

Inilah prinsip utama hak asasi manusia dalam Islam.

Dasar pertama Islam dalam ketatanegaraan dan kontrak sosial bernegara adalah musyawarah.
Asas kepada musyawarah adalah kepimpinan sebagai amanah dan kepengikutan sebagai ibadah
dalam taah.

Pemerintah wajib bermusyawarah dengan rakyat dan rakyat wajib bermuhasabah terhadap
pemerintah. Amanah pemerintah terbatal bila pemerintah membelakangkan musyawarah. Sebaik
saja pemerintah membelakangkan musyawarah dengan rakyat, maka menjadi hak rakyat yang
tidak boleh dipertikai untuk memecat pemerintah.

Dasar hak asasi manusia yang digariskan oleh syariat Islam menetapkan pemerintah tidak
menguasai rakyat, tetapi keputusan dan tindakan pemerintah tunduk kepada suara rakyat
berpandukan prinsip-prinsip musyawarah.

Hubungan di antara pemerintah dengan rakyat tidak dipaksikan di atas kekuasaan tetapi
sebaliknya di atas kebebasan bersuara yang diberikan terhadap rakyat.

Musyawarah adalah ekspresi kebebasan bersuara rakyat yang diperuntukkan oleh syariat Islam
dalam menegur, menasihat, memberi pandangan serta memecat pemerintah.

Inilah yang diperjuangkan oleh ulama` salaI. Nama-nama agung seperti Imam Abu HaniIah,
Imam Malik, Imam SyaIi`i dan Imam Ahmad bin Hanbal bukan sekadar nama-nama yang
dikaitkan dengan Iiqh dan mazhab tetapi juga dengan perjuangan untuk mempertahankan hak
asasi manusia.

Imam Abu Hanifah

Imam Abu HaniIah (696-767) berpendirian bahawa khaliIah-khaliIah yang menaiki tahta
kekuasaan di kalangan Bani Umayyah berbuat demikian dengan membelakangkan musyawarah.
Mereka naik tahta tanpa restu dan baiah bebas daripada rakyat. Mereka menegakkan sistem
dinasti secara tidak sah dan kemudian bertindak menghapuskan sistem khilaIah.

Imam Abu HaniIah dipaksa menarik balik Iatwanya oleh kerajaan Banu Umayyah. Beliau
enggan dan terus bertahan dengan pandangannya. Akibatnya beliau diheret ke penjara dan
diseksa semahu-mahunya oleh pemerintah yang zalim.

Kitab Iiqh yang dikarang oleh Imam Abu HaniIah dinamakannya sebagai Fiqh Al-Akbar. Fiqh
Al-Akbar dimulakan dengan persoalan aqidah dan persoalan rububiyyah dan uluhiyyah Allah.
Dasar hukum Islam dalam ketatanegaraan adalah tentang mendaulatkan mulkiyyah Allah.
Ubudiyyah adalah teras utama kepada seluruh persoalan Iiqh menurut Imam Abu HaniIah.

Termaktub dalam persoalan ubudiyyah adalah tuntutan melaksanakan musyawarah dalam
pemerintahan dan kenegaraan. Fiqh ad-daulah dalam Islam adalah berpandukan kepada aqidah
dan syariah. Bagi Imam Abu HaniIah, tuntutan menjayakan musyawarah merupakan tuntutan
aqidah dan syariah.

Imam Malik

Imam Malik (711-795) meneruskan tradisi Imam Abu HaniIah membangunkan masyarakat sivil
bebas daripada cengkaman kuasa pemerintah zalim.

Asas masyarakat sivil yang dibina oleh Imam Malik adalah dinamika sosial kota Madinah.
Masyarakat Madinah masih kukuh mengekalkan warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah
s.a.w, para sahabah, tabiin dan tabi tabiin.

Imam Malik meneruskan perjalanan masyarakat sivil yang ditunjangi oleh prinsip kebenaran dan
kesahihan. Di tengah-tengah masyarakat yang cuba dikuasai oleh kuasa tirani, Imam Malik
bersama anak-anak muridnya memasyarakatkan apa yang telah didukung selama tiga generasi di
kalangan sahabah, tabiin dan tabi tabi`in.

Semua panduan daripada Rasulullah s.a.w, athar sahabah dan qaul ulamak yang telah diamalkan
dan dihayati itu dikumpulkan. Imam Malik mengumpulkan 10,000 hadith dan athar yang sudah
sedia diketahui dan diterima oleh seluruh penduduk Madinah. Penerimaan terhadap hadith dan
athar ini adalah bertunjangkan prinsip masyarakat sivil. Tiada sebarang campur tangan kuasa
pemerintah. Daripada 10,000 hadith dan athar ini Imam Malik terus menyaringnya menjadi
2,000.

2,000 buah hadith, athar dan qaul mathur inilah yang dibukukan oleh Imam Malik dalam kitab
yang dinamakannya sebagai Al-Muwatta. Al-Muwatta bererti jalan yang telah ditempuhi berkali-
kali. Siapa yang menempuh jalan ini berkali-kali? Para sahabah! Kenapa pentingnya para
sahabah? Kerana merekalah generasi yang melihat sendiri jalan-jalan ini ditempuhi oleh
Rasulullah s.a.w.

Dalam Al-Muwatta, Imam Malik menyusun hadith dan athar menurut tajuk-tajuk dan bab-bab.
Sesiapa sahaja yang memahami dan mengamalkannya sudah pasti ia akan menunaikan hak dan
tanggungjawabnya, keluarganya, masyarakat dan agamanya.

Meniti liku-liku Al-Muwatta bererti tidak siapa pun akan mencabul hak mana-mana pihak dalam
masyarakat. Sebaliknya, masyarakat menjadi sejahtera dengan mengamalkan hadith dan athar
yang terkandung dalam Al-Muwatta kerana ia akan sentiasa menunaikan hak-hak semua pihak
yang berhak terhadap hak-hak tersebut.

Itulah prinsip hak asasi manusia yang digariskan oleh Al-Muwatta. Ia bukan semata-mata kitab
Iiqh yang diIahami dalam pengertian yang sempit. Al-Muwatta adalah panduan pembangunan
sebuah masyarakat sivil yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan bertindak di tengah-
tengah kezaliman pemerintah yang cuba membolot kuasa.

Imam Shafie

Imam ShaIie (767-822) mencapai kematangan ilmunya pada tahap pengukuhan kerajaan Bani
Abbasiyyah serta perkembangan pesat masyarakat sivil yang telah diasaskan oleh Imam Abu
HaniIah dan Imam Malik.

Perkembangan rancak masyarakat sivil di atas dasar kebebasan bersuara, memberi pandangan
dan membangunkan wacana-wacana ilmu mencapai tahap yang amat tinggi apabila Imam SyaIie
mencetuskan asas-asas ilmu baru, iaitu ilmu mengkritik hadith. Munculnya ilmu ini menjadi
mercu kebebasan berIikir dan kebebasan bersuara di kalangan ulama dan Iuqaha ketika itu.

Menurut Imam SyaIie, sunnah yang sahih adalah satu perkhabaran yang diriwayatkan oleh
seorang periwayat yang diketahui keteguhan imannya, berterus terang ketika mencapaikan
ucapan, tepat dan jitu tentang kandungan periwayatannya serta amat berhati-hati tentang amanah
Allah.

Setiap riwayat mesti bersumber daripada sumber yang sahih, bermula daripada Rasulullah s.a.w
diikuti dengan perawi tanpa sanad yang terputus.

Imam SyaIie juga menegaskan bahawa sesuatu riwayat adalah ditolak jika ia bertentangan
dengan roh Al-Quran, dengan amalan dan kebiasaan Rasulullah s.a.w dan juga bercanggah
dengan kemaslahatan umum Islam. Ianya mesti mengutamakan pencapaian manIaat yang lebih
besar serta menghindarkan mudarat kepada ummah.

Perkembangan ilmu mengkritik hadith yang diasaskan oleh Imam SyaIie tidak mungkin berlaku
tanpa wujudkan iklim dan persekitaran yang membolehkan wacana ilmu terbuka yang
memberikan hak kebebasan bersuara yang luas. Asas ilmu inilah yang kemudiannya muncul
sebagai Ilmu Jarh wat-Ta`dil dalam bidang Ulumul Hadith.

Tidak dipertikaikan oleh ulama dan Iuqaha sebelum dan semasa dengan Imam SyaIie bahawa
Al-Quran adalah sumber yang mutlak dan hakiki. Tiada suatu yang boleh membatalkan mana-
mana bahagian Al-Quran.

Namun Imam SyaIie telah menegaskan, hanya Al-Quran sahaja yang boleh membatalkan
bahagian Al-Quran yang lain. Dari prinsip inilah Imam SyaIie mencetuskan satu lagi ilmu baru
yang bernama An-Nasikh wal-Mansukh.

Berdasarkan ilmu inilah, Imam SyaIie menegaskan demikian juga bahawa sunnah Rasulullah
s.a.w hanya boleh dibatalkan dengan satu sunnah yang lain.

Tercetusnya ilmu An-Nasikh wal-Mansukh menjadi kemuncak bagi pemikiran kreatiI dan
kebebasan bersuara yang diterokai oleh Imam SyaIie. Kebebasan ini memberi ruang bagi
seseorang untuk menilai dan meneliti serta mengeluarkan pendapat terhadap Kalam Allah
sendiri! Ini adalah kemuncak kebebasan yang cukup tinggi!

Namun apakah asasnya? Bolehkah seseorang itu mengeluarkan pendapat terhadap Al-Quran
semata-mata di atas dasar kebebasannya untuk bersuara? Atau apakah ia boleh mengkritik
sunnah Rasulullah s.a.w kerana haknya untuk mengeluarkan pendapat?

Di sinilah, sekali lagi menampakkan siIat genius Imam SyaIie. Dalam bukunya yang berjodol
Ar-Risalah, beliau menggariskan satu ilmu yang amat sistematik. Ar-Risalah meletakkan asas
dan panduan kebebasan berIikir, bersuara dan mengeluarkan pendapat. Asas-asas ilmu dalam Ar-
Risalah inilah yang kemudiannya berkembang sebagai ilmu Usul Al-Fiqh.

Imam SyaIie menegaskan bahawa kebebasan bersuara mestilah bersandarkan kepada pertama;
Al-Quran, kedua; As-Sunnah, ketiga; Al-Ijma dan keempat; Al-Qiyas. Sandarannya hendaklah
menurut urutan seperti yang ditegaskan.

Dari perspektiI hak asasi manusia, Imam SyaIie telah mengasaskan prinsip bahawa seseorang itu
bebas bersuara selagi mana ianya berpandukan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijma dan Al-
Qiyas!.

Dari perspektiI Ar-Risalah Imam SyaIie pula, ijtihad adalah kemuncak kebebasan bersuara!


Imam Ahmad

Kebebasan bersuara dan pembangunan masyarakat sivil yang dirintis oleh Imam Abu HaniIah,
Imam Malik dan Imam SyaIie serta pengikut-pengikut mereka sampai ke kemuncaknya pada
pemerintahan KhaliIah Al-Ma`mun.

Pada masa pemerintahannya, Al-Ma`mun tidak lagi membenarkan para ulama dan Iuqaha
mengembangkan pemahaman Islam seperti yang telah dibangunkan oleh imam-imam ini.

Al-Ma`mun mahukan satu doktrin rasmi dan seragam tentang Islam bagi seluruh negara.
Ketika Al-Ma`mun menguatkuasakan dasarnya, zaman ini dipanggil oleh ulamak sebagai
sebagai Al-Mihnah. Ia berlangsung selama 16 tahun.
Pada masa itu khaliIah-khaliIah Bani Abbasiyyah memaksa umat Islam menerima interpretasi
Islam yang bersumber daripada IalsaIah Yunani sebagai interpretasi rasmi negara. Semua ajaran
dan interpretasi terhadap syariat Islam yang telah dibangunkan oleh imam-imam besar telah
diharamkan daripada disebarkan di masjid-masjid.
Pemikiran ini dipelopori oleh golongan Muktazilah. Mereka bergantung kepada bahan-bahan
IalsaIah Yunani yang baru diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Berdasarkan IalsaIah Yunani
ini mereka menginterpretasikan Al-Quran dengan menggunakan prinsip-prinsip logik serta
pembuktian secara rasional.
Umat Islam yang telah bergerak maju dengan dinamisme masyarakat sivil menolak ajaran
Muktazilah. Golongan Muktazilah ini tidak lebih hanya sekumpulan intelek yang tidak
mempunyai pengikut dari masyarakat akar umbi.
Namun apabila Al-Ma`mun menjadikan doktrin Muktazilah sebagai pegangan rasmi negara dan
melancarkan Al-Mihnah terhadap penentang pegangan negara, ajaran Muktazilah berjaya
bertapak serta menyekat pembangunan masyarakat sivil.
Paling ke hadapan menentang kekangan terhadap kebebasan bersuara serta paksaan doktrin
agama negara ke atas rakyat ini adalah Imam Ahmad bin Hanbal (780-855).
Selepas Al-Ma`mun, KhaliIah Al-Mu`tasim pula telah memanggil untuk memaksa Imam Ahmad
memperakui doktrin Muktazilah secara terbuka di khalayak ramai. Al-Mu`tasim mahu Imam
Ahmad mengakui bahawa Al-Quran adalah makluk ciptaan Allah dan bukan kalam-Nya.

Imam Ahmad bertahan dengan menegaskan bahawa berdasarkan pegangan Ahlus-Sunnah, Al-
Quran adalah kalam Allah yang tidak dicipta yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia
melalui lisan Nabi-Nya, Muhammad s.a.w.
Kerana menentang kehendak Al-Mu`tasim, Imam Ahmad telah dipenjarakan. Selama mana
beliau merengkok dalam penjara, Al-Mu`tasim masih mahu Imam Ahmad tunduk kepada
kehendaknya.
Setiap kali Imam Ahmad dibawa keluar dengan dirantai untuk dihadapkan ke Al-Mu`tasim,
setiap kali itulah Al-Mu`tasim memaksa beliau memperakui doktrin Muktazilah. Tetapi Imam
Ahmad tetap teguh mempertahankan pandangannya dan enggan tunduk kepada paksaan Al-
Mu`tasim. Setiap kali beliau enggan menerima arahan Al-Mu`tasim maka setiap kalilah beliau
disebat dengan cemeti.
Imam Ahmad mempertahankan pendirian yang diyakininya itu. Beliau juga mempertahankan
hak kebebasannya untuk bersuara dengan suara selain daripada apa yang dikehendaki oleh kuasa
politik negara.
Apa yang lebih penting lagi adalah Imam Ahmad sanggup menanggung penderitaan demi
mempertahankan hak rakyat awam untuk mempertahankan kebebasan mendukung kepercayaan
masing-masing di atas hujah yang lebih yakin.
Imam Ahmad juga mempertahankan hak rakyat untuk bebas berpendirian dan bersuara demi
mempertahankan kebenaran.
Beliau mengumpulkan hadith-hadith yang diajarkannya menurut periwayatan atau sanadnya.
Dengan kaedah inilah beliau mengembangkan ilmu hadith dan pengajaran tentang sunnah
Rasululah s.a.w menurut apa yang diriwayatkan oleh para sahabah seorang demi seorang.
Musnad Imam Ahmad mengandungi lebih dari 28,000 buah hadith. Dikatakan semasa hayatnya
Imam Ahmad menghaIal 1,000,000 hadith dan athar.
Berlainan dengan Imam Malik yang menyusun Al-Muwatta` menurut tajuk dan bab, Imam
Ahmad bin Hanbal menyusun hadith menurut sanad.
Sistem Imam Malik kemudiannya dipanggil sistem musannaI atau jamaknya musannaIat.
Sedangkan, sistem yang digunapakai oleh Imam Ahmad adalah sistem musnad atau jamaknya
masanid.
Jika sistem musannaIat mempertahankan hak kebebasan bersuara di atas pegangan dan
permuaIakatan amalan sebuah masyarakat sivil menurut panduan-panduan yang sahih daripada
Rasulullah s.a.w, maka sistem masanid pula memartabatkan hak kebebasan bersuara di atas
autoriti individu untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan dengan syarat ianya melalui
susur galur saluran yang sahih dan thiqah.

BAHAGIAN ':

SUMBER DAN DASAR HAK ASASI DALAM ISLAM

Hak Asasi Barat dan Islam: Perbezaan Matlamat

Asas-asas hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan masyarakat sivil tajaan Barat jelas
bersumber daripada pemikiran ahli-ahli IalsaIah dan pemikir seperti Locke, Spinoza,
Montesquieu, Voltaire dan Rousseau. Asas-asas pemikiran mereka seterusnya dikembangkan
oleh Emanuel Kant, Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.

Hak asasi manusia tajaan Barat adalah bermatlamatkan kepada usaha untuk membebaskan
manusia daripada sebarang kekangan dan ikatan. Matlamat ini dikhususkan kepada penolakan
agama dan peranan Tuhan dalam mengatur kehidupan sosial dan bernegara.

Hak asasi manusia tajaan Barat adalah berpaksikan kepada individu.

Ini amat berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh pengasas-pengasas hak asasi manusia
dalam Islam seperti Imam Abu HaniIah, Imam Malik, Imam SyaIie dan Imam Ahmad bin
Hanbal. Teras perjuangan mereka adalah untuk menempatkan hak-hak Allah dalam kehidupan
sosial, bermasyarakat dan bernegara seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam Islam, penyempurnaan hak-hak Allah akan menjamin kesejahteraan hak-hak seluruh
manusia dan setiap makhluk ciptaan-Nya. Dasar hak asasi manusia dalam Islam adalah
bertunjangkan kepada penegakkan hak-hak kolektiI melalui penyempurnaan tanggungjawab
individu. MotiI individu dalam menjalankan tangggungjawab pula adalah didorong oleh perasan
taat, pasrah dan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w.

Proses Pembinaan Dasar Hak Asasi Manusia dalam Islam

Dasar-dasar hak asasi manusia dalam Islam berkembang melalui empat proses utama.

Pertama; penjelaskan maqasid Al-Quran dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran, keadilan,
kesaksamaan dan seruan kepada maaruI serta pencegahan terhadap munkar. Proses ini
dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w selama tiga belas tahun di Makkah.

Kedua; pemeteraian perjanjian dan permuaIakatan bagi melindungi hak-hak bersama dalam
kehidupan kolektiI di bawah satu sistem pemerintahan bernegara. Perjanjian dan permuaIakatan
ini dimuatkan dalam apa yang dikenali sebagai SahiIah Al-Madinah. SahiIah yang merupakan
piagam hak asasi manusia pertama di dunia ini dimeterai sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhijrah
ke Madinah.

Ketiga; penghuraian maqasid syariah dalam pembinaan sistem masyarakat bernegara yang wujud
di dalamnya kedaulatan dan keluhuran undang-undang. Tahap ini melalui proses sepuluh tahun
di Madinah. Maqasid syariah yang bersumberkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah ini juga
merupakan satu kerangka prinsip-prinsip hak asasi manusia pertama di dunia.

Keempat, perisytiharan hak-hak, amanat dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w semasa haji terakhir baginda s.a.w. Perisytiharan yang dikenali sebagai Khutbah Al-Wida`
ini juga merupakan perisytiharan hak asasi sejagat pertama di dunia.

Sumber Hak Asasi Manusia dalam Islam

Melalui perkembangan ini bolehlah dikatakan bahawa hak asasi manusia dalam Islam adalah
bersumberkan kepada tiga perkara. Pertama; Piagam Hak Asasi Manusia pertama di dunia iaitu
SahiIah Al-Madinah. Kedua; Perisytiharan Hak Asasi Sejagat pertama di dunia iaitu Khutbah Al-
Wida`. Ketiga; Prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia pertama di dunia iaitu Maqasid Syariah
daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Ketiga-tiga sumber hak asasi manusia ini adalah berpaksikan kepada penjagaan hak-hak kolektiI
demi menjaga hak-hak individu.

Maqasid syariah menggariskan bahawa segala yang bertujuan untuk melindungi hak individu
adalah bersandarkan kepada motiI dan objektiI bagi melindungi kepentingan kolektiI.

Demikian juga, penyempurnaan hak-hak kolektiI melalui pelaksanaan tanggungjawab setiap
individu akan mencapai objektiI perlindungan hak-hak individu dan kolektiI yang hakiki.

Prinsip hak asasi manusia dalam Islam tidak bersiIat individualistik. Sebaliknya prinsip hak asasi
manusia tajaan Barat terlalu individual-centric.

Sahifah Al-Madinah

Ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, penduduk Madinah mencecah seramai 10,000
orang. Separuh daripada bilangan tersebut terdiri di kalangan 10 kabilah Yahudi yang bernaung
di bawah Banu Khuraizah, Banu Nadir dan Banu Qainuqa. Sebelum kedatangan Islam, kabilah-
kabilah ini secara berasingan adalah sekutu-sekutu kepada kabilah-kabilah Arab di kalangan Aus
dan Khazraj.

Dengan penyebaran Islam di Yathrib melalui perlantikan 12 nuqaba selepas Baiatul Aqabah
Kedua dan seterusnya penghijrahan golongan Muhajirin, bilangan penduduk Islam di Madinah
semakin bertambah. Namun, pada masa Rasulullah s.a.w sendiri tiba ke Madinah, bilangan orang
Islam ketika itu hanya terdiri dari beberapa ratus orang sahaja.

Walaupun bilangan penduduk Islam adalah minoriti, disebabkan pemimpin-pemimpin utama
kaum Aus dan Khazraj di kalangan penduduk asal Madinah telah menerima kepimpinan
Rasulullah s.a.w, maka baginda diterima baik secara keseluruhannya oleh masyarakat Madinah.

Penerimaan baik yang diberikan oleh penduduk Madinah terhadapnya telah dibalas dengan siIat
yang mulia dan terpuji oleh Rasulullah s.a.w. Baginda membalas dengan bersikap lunak dan
mesra dengan mereka. Rasulullah s.a.w bertemu, berbincang, berunding dan mendapatkan suara
daripada mereka.

Hasil perundingan Rasulullah s.a.w dengan pemimpin-pemimpin di kalangan Ansar dan
Muhajirin serta pemimpin-pemimpin Yahudi di Madinah telah dimaktubkan dalam satu
perjanjian yang dinamakan Kitab atau SahiIah.

Himpunan catatan perjanjian ini kemudiannya terkenal sebagai SahiIah Al-Madinah. Ia
merupakan sebuah kanun tingkah-laku atau perlembagaan mengenai hak dan kewajiban
pemerintah dan orang yang diperintah.

Perjanjian ini pada dasarnya menggariskan perjanjian berhubung orang-orang Islam di kalangan
Ansar dan Muhajrin dan juga perjanjian di antara orang-orang Islam dengan kaum-kaum Yahudi
serta kaum-kaum Arab yang belum menganut Islam.

Dalam bahasa undang-undang pada hari ini bolehlah dikatakan bahawa SahiIah Al-Madinah
mengandungi 47 seksyen. 23 seksyen menyentuh hubungan antara orang-orang Islam di
kalangan Muhajirin dan Ansar. Manakala 24 seksyen lagi berhubung dengan hak dan kewajipan
orang-orang Yahudi.

SahiIah Al-Madinah menyentuh pelbagai perkara seperti hak dan kewajipan pemerintah dan
orang yang diperintah, perundangan, pentadbiran keadilan, penyusunan pertahanan, kedudukan
ketua negara, layanan terhadap orang-orang bukan Islam, jaminan kemasyarakatan dan juga
deIinisi ummah dalam konteks pentadbiran sebuah sistem yang berdaulat.

SahiIah Al-Madinah bukanlah satu perjanjian yang diwujudkan di atas dasar agama. Sebaliknya
ia diwujudkan bagi mendukung beberapa prinsip universal yang didukung dan sanggup
dipertahankan oleh sesiapa saja tanpa mengira anutan agama dan kepercayaannnya. Apa yang
menunjangi SahiIah Al-Madinah adalah maqasid syariah.


Khutbah Al-Wada`

Bahagian awal Khutbah Al-Wida` Rasulullah s.a.w menegaskan:

"Wahai manusia sekalian! perhatikanlah kata-kataku ini! Aku tidak tahu, kalau-kalau sesudah
tahun ini, dalam keadaan seperti ini, tidak lagi aku akan bertemu dengan kamu sekalian.

"Wahai manusia! Bahwasanya darah kamu dan harta-benda kamu sekalian adalah suci buat
kamu, seperti hari ini dan bulan ini yang suci sampai datang masanya kamu sekalian menghadap
Tuhan. Dan pasti kamu akan menghadap Tuhan; pada waktu itu kamu diminta
pertanggungjawaban atas segala perbuatanmu.

Ya Allah, aku sudah menyampaikan!

"Barangsiapa telah diserahi amanat, tunaikanlah amanat itu kepada yang berhak menerimanya.

"Bahwa semua riba sudah tidak berlaku. Tetapi kamu berhak menerima kembali modalmu.
Janganlah kamu berbuat aniaya terhadap orang lain, dan jangan pula kamu teraniaya. Allah telah
menentukan bahwa tidak boleh lagi ada riba dan bahwa riba 'Abbas b. 'Abd'l-Muttalib semua
sudah tidak berlaku.

"Bahwa semua tuntutan darah selama masa jahiliah tidak berlaku lagi, dan bahwa tuntutan darah
pertama yang kuhapuskan ialah darah Ibn Rabi'a bin'l Harith b. 'Abd'l-Muttalib!.

Pertama; konteks dan suasana keseluruhan khutbah ini disampaikan adalah bersiIat kolektiI.
Khutbah ini disampaikan pada masa Rasulullah s.a.w bersama-sama ratusan ribu muslimin dan
muslimat sedang mengerjakan ibadat kolektiI terbesar dalam syariat Islam, iaitu ibadat haji.

Dalam konteks dan suasana umat Islam merasakan mereka benar-benar berganding bahu sebagai
satu ummah inilah Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbahnya. Mesej yang menekankan perihal
pentingnya apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w itu mesti dipikul secara kolektiI oleh setiap
anggota ummah memang jelas bagi setiap mereka yang hadir.

Kedua; ungkapan "Wahai manusia sekalian! bukanlah satu ungkapan yang dibuat secara
kebetulan sahaja. Ungkapan ini dipilih dengan sengaja bagi memahamkan mereka yang hadir
bahawa perisytiharan yang bakal dilakukan oleh baginda itu adalah satu perisytiharan yang
bersiIat sarwajagat. Perisytiharan ini adalah untuk kepentingan kolektiI. Ianya mesti disampai
dan disebarkan ke seluruh pelusuk muka bumi.

Ketiga; ungkapan ..perhatikanlah kata-kataku ini! Aku tidak tahu, kalau-kalau sesudah tahun
ini, dalam keadaan seperti ini, tidak lagi aku akan bertemu dengan kamu sekalian. juga dipilih
dengan sengaja oleh Rasulullah s.a.w. Ini bertujuan agar mereka yang mendengar akan
memahami dan menghayatinya secara peribadi sebagai tugas individu yang mesti dilaksanakan
demi kepentingan dan manIaat kolektiI.

Keempat; hak paling utama dipelihara oleh setiap individu adalah keselamatan, keamanaan,
kedamaian dan kesejahteraan diri, nyawa dan kesihatan yang diungkapkan dalam perkataan
Bahwasanya darah kamu. Tuntutan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa wujudnya kontrak
sosial secara kolektiI.

Kelima; selepas keselamatan diri dan nyawa, hak yang mesti dilindungi adalah "harta-benda
kamu sekalian adalah suci buat kamu. Ungkapan kamu sekalian dan suci buat kamu sudah
cukup menjelaskan tentang hak dan tanggungjawab yang bersiIat kolektiI dalam tuntutan ini.

Keenam; Penyempurnaan tuntutan kolektiI adalah bermotiIkan kepada kesedaran serta
tanggungjwab individu. Perhatikan ungkapan Dan pasti kamu akan menghadap Tuhan; pada
waktu itu kamu diminta pertanggungjawaban atas segala perbuatanmu.

Ketujuh; tindakan Rasulullah s.a.w menggugurkan tuntutan bapa saudaranya, Abbas terhadap
saki baki riba serta hak diyat zaman jahiliyyah terhadap Ibn Rabi'a turut menggambarkan
kesediaan seseorang individu untuk melepaskan hak yang tidak sah demi menjaga kepentingan
kolektiI adalah satu tuntutan hak asasi manusia yang wajib dalam Islam.

Beberapa prinsip yang selaras dengan maqasid syariah telah digariskan secara jelas dalam
konteks hak asasi manusia dalam Khutbah Al-Wida` di atas.
Maqasid Syariah
Sumber utama syariat Islam adalah daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Allah menurunkan
syariah adalah bagi membolehkan manusia mencapai kemaslahatan dan menghindari
kemudaratan. Prinsip ini dinyatakan sebagai jalbul masalih wa dar`ul maIasid. Prinsip inilah
yang mendasari maqasid iaitu maksud atau tujuan syariat Islam.
Dengan itu, aturan-aturan hukum yang Allah tentukan hanyalah demi kesejahteraan dan
kemaslahatan manusia itu sendiri.
Maslahah ini terbahagi kepada tiga bagian penting, iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsinat.
Maqasid bagi maslahah tahsinat adalah sesuatu yang sebaiknya ada bagi memperelokkan
kehidupan manusia selaras dengan akhlak yang baik atau dengan adat yang makruI.
Jika sesuatu maslahah tahsinat itu tidak ada, ianya sendiri tidak menimbulkan kerosakan atau
kesulitan dalam kehidupan manusia. Ketiadaannya hanya dilihat sebagai tidak pantas pada
ukuran tatacara dan kesopanan hidup.
Maqasid bagi masahah hajiyyat pula adalah sesuatu yang seboleh-bolehnya dilaksanakna bagi
melapangkan lagi ruang kebaikan serta menghindari kesulitan.
Jika sesuatu maslahah hajiyyat itu tidak ada, maka ia tidak akan menimbulkan kerusakan atau
kematian hanya saja akan mengakibatkan masyaqah dan kesempitan.
Maqasid bagi maslahat daruriyyat adalah sesuatu yang mesti ada demi mempertahankan
kemaslahatan agama dan dunia. Apabila hal ini tidak ada, maka ia akan menimbulkan kerosakan
bahkan hilangnya hidup dan kehidupan itu sendiri.
Termasuk maslahat atau maqasid daruriyyat ini ada lima perkara, iaitu; agama (al-din), jiwa (al-
naIs), keturunan (an-nasl), harta (al-mal) dan akal (al-aql). Lima perkara ini juga disebut sebagai
al-kulliyyat al-khamsah.
Dalam konteks hak asasi manusia, maqasid syariah adalah bagi melindungi dan mempetahankan
agama, jiwa, keturunan, akal dan harta seperti di atas.
Urutan kelima daruriyyat ini bersiIat ijtihadi dan bukan naqli.
Cara untuk menjaga yang lima tadi dicapai melalui dua kaedah, pertama di segi adanya (min
nahiyyati al-wujud) iaitu dengan cara manjaga dan memelihara hal-hal yang dapat
melanggengkan keberadaannya.
Kedua; di segi tidak ada (min nahiyyati al-adam) iaitu dengan cara mencegah hal-hal yang
menyebabkan ketiadaannya.
Ada ulama yang berpendapat bahawa orang yang pertama membahas maqasid syariah adalah
Ibrahim An-Nakha`i (waIat 96H), iaitu seorang tabiin yang merupakan guru kepada Hammad bin
Sulaiman. Hammad pula adalah guru yang paling utama kepada Imam Abu HaniIah.
Setelah Ibrahim An-Nakha`i muncul pula Imam Al-Ghazali, Izzuddin Abdussalam, Najmuddin
at-ThuIi dan yang paling lengkap Imam Asy-Syathibi.
Urutan al-kulliyyat al-khamsah menurut Imam Al-Ghazali adalah; ad-din, an-naIs, al-aql, an-nasl
dan al-mal. Urutan ini merupakan urutan yang menggambarkan awlawiyyat dalam melaksakanan
al-kulliyyat al-khamsah. Urutan yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali ini juga urutan
awlawiyyat yang didukung oleh banyak ulama.
Oleh itu dari kelima daruriyyat di atas adalah masing-masing harus berjalan sesuai dengan
urutannya. Menjaga al-din harus lebih didahulukan daripada menjaga yang lainnya; menjaga al-
naIs harus lebih didahulukan dari pada al-aql dan nasl begitu seterusnya.
Akan tetapi kalau untuk kepentingan berjihad dan kepentingan agama Allah, menjadi boleh
karena sebagaimana telah disinggung diatas bahwa menjaga agama harus didahulukan dari pada
menjaga jiwa.

BAHAGIAN 'I:

PERSAMAAN DAN PERCANGGAHAN ANTARA UDHR DAN UIDHR/CDHRI

Pertembungan Dasar

Meneliti asas dan dasar hak asasi Barat yang bersumber daripada pemikiran John Locke,
Spinoza, Montesquieu, Voltaire, Rousseau, Kant, Bentham dan John Stuart Mill yang kemudian
mencetuskan Bill oI Rights Amerika dan Perancis dengan SahiIah Al-Madinah, Khutabah Al-
Wida` dan tuntutan serta maqasid syariah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, nyata wujud
pertembungan di antara hak asasi Barat dan Islam d segi asas dan IalsaIah.

Kesna daripada itu, konsep hak asasi yang bertunjangkan menjaga kepentingan individu
berbanding penekanan hak asasi Islam di segi kepentingan kolektiI, jelas mewujudkan konIlik
yang menonjol di segi matlamat dan objektiI yang hendak dicapai.

Perbezaan matlamat dan objektiI yang hendak dicapai dalam perjuangan menegakkan hak asasi
antara Barat dan Islam juga membawa pengertian yang amat berbeza dan bertentangan walaupun
ungkapan yang digunakan seakan-akan sama. Untuk itu jelas wujud percanggahan deIinisi dan
istilah bila diukur menurut neraka, matlamat dan objektiI yang hendak dicapai.

Perbezaan maksud sebenar terhadap deIinisi dan istilah inilah yang menjadikan kedua-kedua
UHDR dan UIDHR mempunyai premis yang berbeza bagi tidak memungkinkan taIsiran yang
sama terhadap maksud intipatinya masing-masing.
Kritik terhadap Islam Berdasarkan UDHR
Persoalan yang kerap ditimbulkan oleh pengkritik adalah 'Is Islam compatible with human
rights?. Ada pihak yang secara langsung menegaskan Islam tidak mendukung prinsip dan
konsep hak asasi manusia dengan mengukurnya berpandukan UDHR. Perinciannya antara lain
adalah sebagai berikut :
1. Artikel 1, 2, 3 dan 4 :
Wanita dianggap rendah di segi persaksiannya di mahkamah. Persaksian seorang wanita
dianggap hanya satu perdua daripada persaksian seorang lelaki. Wanita dihadkan pergerakannya
dan tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan Islam.
Orang bukan Islam mempunyai status yang rendah dalam Islam. Di Arab Saudi mereka tidak
boleh membina rumah-rumah ibadat mereka, mengamalkan agama mereka, memiliki Bible dan
tidak boleh menjadi saksi dalam kes yang melibatkan orang Islam.
Seorang atheist tidak mempunyai hak untuk hidup. Mereka mesti dibunuh.
Perhambaan diperakui dalam Al-Quran. Orang Islam boleh menyetubuhi mana-mana hamba
perempuan mereka (Surah 4:3) dan memiliki harta mereka (Surah 4: 28)
Artikel 5 :
Islam membenarkan hukuman-hukuman yang kejam seperti potong tangan dan kaki, rejam
dengan batu, sebat dan salib.
Artikel 7, 8, 9, 10, 11 :
Membunuh balas dibenarkan (qisas). Prosedur kehakiman tidak adil, orang bukan Islam tidak
boleh menjadi saksi pendakwa kepada orang bukan Islam dan juga taraI persaksian wanita hanya
setengah daripada lelaki.
Artikel 16 :
Wanita tidak memiliki hak yang sama, mereka tidak bebas berkahwin dengan siapa yang
mereka suka.
Hak dalam undang-undang Islam perceraian tidak sama antara lelaki dan wanita.
Artikel 18 :
Seseorang yang beragama Islam tidak berhak untuk menukar agamanya.
Islam boleh menerima orang lain menganut agamanya tetapi tidak sebaliknya.
Artikel 19 :
Masyarakat Bahai, Ahmadi dan Syiah ditekan di Iran, Pakistan dan Saudi Arabia
Hukuman bunuh dikenakan terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad.
Sebahagian kritik di atas seperti persaksian wanita, hak perceraian wanita, persaksian orang
bukan Islam, hukum qisas dan hukum perhambaan dalam Islam adalah tidak benar. Berdasarkan
keputusan Iiqh dan pandangan ulama terkini beberapa kritikan di atas termasuk hak menukar
agama juga sudah dianggap sebagai ketinggalan zaman !
Persamaan antara UDHR dengan UIDHR

Selain itu, di segi dasarnya terdapat beberapa persamaan antara Universal Declaration oI Human
Rights PBB dengan Universal Islamic Declaration oI Human Rights.

Di segi premis dan matlamat memang terdapat percanggahan yang nyata di antara UDHR dan
UIDHR. Ini kerana UIDHR berteraskan kepada matlamat rabbani secara kolektiI sedangkan
UDHR berdasarkan kepada kepentingan bersama di atas landasan kepuasan individu. UDHR
pula tidak menyentuh tentang tuntutan dan kepentingan kehidupan akhirat.

Kajian pakar-pakar undang-undang dan hak-hak asasi Islam menyatakan terdapat beberapa
persamaan antara UDHR dan UIDHR. Persamaan-persamaan ini melibatkan beberapa prinsip di
segi kebebasan, penahanan tanpa bicara dan kebebasan bersuara dapat digariskan seperti berikut
:

PERKARA UIDHR UDHR

Hak terhadap kebebasan Art 11 (A) Art 4
Hak bebas daripada eksploitasi Art 11 (A) -
Hak kebebasan bergerak dan mendapat perlindungan politik Art 12 (A) Art 13, Art 14
Hak untuk tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah Art 19 (E) Art 11
Hak kebebasan bersuara Art 22 (A) Art 18, Art 19
Hak jaminan berpegang kepada sesuatu agama dan kepercayaan Terperinci dalam banyak Art
Art 18
Hak mengeluarkan pandangan berkenaan kepercayaan dan agama Terperinci dalam banyak
Art Art 19
Hak berhimpun secara aman dan berpersatuan Art 23 Art 23

Percanggahan antara UDHR dengan UIDHR
Article 1 .
Berdasarkan Iiqh as-siyasah dan Iiqh ad-dawlah, Islam mempunyai pandangan yang berbeza
di segi hak orang Islam dan hak orang bukan Islam dalam sebuah negara Islam.
Article 2 .
Islam mempunyai undang-undangnya yang tersendiri tentang irtidad atau murtad.
Islam membataskan pewarisan harta melalui undang-undang Iaraid di kalangan keluarga yang
muslim dan yang bukan muslim.
Islam menggariskan hak-hak berpandukan kepada tanggungjawab sebagai suami, isteri, waris
lelaki atau waris perempuan.
Article 16(1) .
Islam menggariskan panduan perkahwinan di segi aqidah dan keyakinan beragama.
Islam hanya menghalalkan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
Islam hanya menghalalkan perkahwinan yang tidak terhalang dengan kehalalan hubungan
kekeluargaan seperti yang digariskan secara spesiIik dalam Al-Quran.
Article 18 .
Islam memiliki panduan dan bimbingan kehidupan beragama bagi penganut-penganutnya.
Islam mmepunyai undang-undangnya yang tersendiri tentang irtidad atau murtad.
Article 19 .
Kebebasan dalam Islam adalah berdasarkan prinsip hisbah dan amar ma`ruI nahi munkar
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Islam ada peraturan halal dan haram berkenaan ghibah (mengumpat), mencaci, menIitnah dan
mengadu domba.
Article 25 (2) :
Islam menggariskan secara spesiIik deIinisi ibu dan keibuan serta hubungannya dengan anak
dan zuriat anak yang dilahirkannya.
Islam ada peraturan tentang anak luar nikah di segi hukum mahram dan perwarisan.
Sebahagian besar daripada perkara di atas adalah berdasarkan hukum Iiqh, oleh itu pintu ijtihad
masih terbuka. Sebagai contoh, ulama di Amerika Utara telah mengeluarkan Iatwa bahawa
perkahwinan pasangan yang sudah beranak pinak tidak terbatal apabila isteri memeluk Islam dan
suami kekal dalam agama asalnya.

BAHAGIAN 'II:

KESIMPULAN

Ideologi, Penjajahan dan Sistem Birokrasi Barat

FalsaIah yang dibawa oleh John Locke, Spinoza, Montesquieu, Voltaire, Rousseau, Kant,
Bentham dan John Stuart Mill melahirkan ideologi dan politik liberal.

Daripada perkembangan ideologi Liberalism maka terpancarlah prinsip-prinsip ekonomi terbuka
yang melahirkan Capitalism. Dalam sistem pentadbiran birokrasi negara-negara Eropah pada
kurun ke-19, Capitalism telah berkembang dengan pesat. Bahkan struktur birokrasi pihak
penjajah yang berhierarki telah mempercepatkan pengembangan sistem ekonomi Capitalism ke
seluruh dunia menjelang Perang Dunia Pertama.

Pada masa yang sama, struktur birokrasi pemerintahan Barat pasca keruntuhan sistem monarki di
hampir seluruh negara Eropah pada masa itu telah memungkinkan wujudnya sistem politik
berdasarkan demokrasi liberal.

UDHR adalah Kemuncak Pencapaian Ideologi Liberal

UDHR yang muncul pada tahun 1948 adalah penjelmaan daripada evolusi sejarah dan
perkembangan tamadun Barat, khasnya dalam bidang IalsaIah, pemikiran dan amalan politik
pemerintahan serta penolakan agama yang berjalan selama 300 tahun.

UHDR bukan setakat satu dokumen yang menggariskan persetujuan negara-negara yang
berpayung di bawah PBB untuk membela dan mempertahankan hak asasi manusia, tetapi UDHR
adalah sekali gus satu perakuan terhadap dominasi ideologi Liberalism, sistem ekonomi
Capitalism dan maniIestasi politik demokrasi liberal.

Pada hakikatnya, UHDR adalah satu perakuan agar seluruh negara di dunia bersetuju
menggunapakai dan mempertahankan ideologi Liberalism dengan melaksanakan sistem ekonomi
Capitalism dan sistem pemerintahan demokrasi liberal yang didukung oleh negara-negara kuasa
besar dunia selepas Perang Dunia Kedua.

Sikap Gerakan Islam

Tidak hairan kenapa dunia Islam menegaskan bahawa UDHR adalah satu interpretasi sekular
terhadap undang-undang Judeo-Christian yang tidak boleh digunapakai oleh mana-mana negara
umat Islam.

UDHR juga adalah satu dokumen yang berteraskan kepada antropologi individualistic
humanism. Asas-asas keIahaman individualistic humanism sekular menyatakan bahawa: "I live
by my own rules. No one tells me what to do. I reIuse to Iit into society. I am my own man."

Untuk itu, dalam masyarakat Barat hak dan kebebasan adalah nilai-nilai yang diukur dan
diinterpretasi menurut kehendak dan citarasa setiap individu. Pokoknya, apa yang dihasilkan
adalah keseronokan bagi setiap individu.

Seseorang individu itu tidak berhak untuk mendeIinisikan keseronokan seorang individu yang
lain, apatah lagi membataskan atau menyekatnya. Namun, sekiranya keseronokan itu boleh
dipersetujui, mana-mana individu boleh bergabung untuk berkongsinya bersama-sama.

Berdasarkan evolusi tamadun Barat selama 300 tahun dan dukungan mereka terhadap
antropologi individualistic humanism inilah yang menjadikan UDHR sebagai satu dokumen yang
berpaksikan kepada interpretasi liberal terhadap tujuan dan matlamat kehidupan manusia.

Oleh kerana UHDR berpaksikan kepada keIahaman liberal terhadap manusia dan interpretasi
sejarah manusia, maka ia percaya bahawa akal Iikiran manusia adalah asas bagi segala
penggubalan undang-undang yang mampu menganjurkan kehidupan seluruh manusia.

Untuk itu masyarakat dan institusi-institusi di dalamnya semuanya wujud dengan tujuan bagi
mencapai matlamat semua individu dalam masyarakat tersebut berdasarkan prinsip utilitarianism
dan "greatest happiness Ior the greatest number".

Melalui saluran politik liberal, UDHR membuat andaian bahawa kontrak sosial diwujudkan bagi
membolehkan anggota masyarakat memilih wakil-wakil mereka dengan tujuan untuk menggubal
peraturan dan undang-undang bagi menganjurkan kehidupan mereka ke arah mencapai
keseronokan.

Politik liberal dan kontrak sosial ini digerakkan atas kepercayaan bahawa setiap individu yang
memilih dan dipilih mengetahui sepenuhnya apa yang terbaik untuk mereka dan masyarakat
mereka. Dengan itu politik liberal memperkasakan kedaulatan undang-undang ciptaan manusia
dan seterusnya mendukung sepenuhnya amalan demokrasi liberal.

Kedaulatan undang-undang ciptaan manusia yang diperkukuhkan dengan amalan demokrasi
liberal ini menjana dan melindungi budaya liberal dalam masyarakat. Budaya dalam konteks
kehidupan liberal memberi tumpuan terhadap hak-hak individu di segi keinginan hati nurani dan
gaya hidup individu.

Keinginan-keinginan ini dalam konteks gaya hidup liberal memberi tumpuan kepada kebebasan
seks, kebebasan untuk tidak beragama, kebebasan kognitiI serta perlindungan daripada mana-
mana pihak, khasnya pemerintah daripada masuk campur dalam urusan peribadi mana-mana
individu!

Dengan interpretasi hak dan kebebasan individu seperti inilah UDHR menggariskan pengertian
human dignity! Kepercayaan Barat terhadap human dignity ini sebenarnya adalah gabungan
daripada apa yang dikemukakan oleh pemikir-pemikir khasnya Locke, Montesquieu, Spinoza,
Voltaire, Rousseau, Kant, Jeremy Bentham dan Stuart Mill yang berperanan meminggirkan
agama daripada kehidupan masyarakat Barat.

Satu-satunya ciri terpenting bagi tamadun Barat adalah kepercayaan dan dokongan mereka
terhadap human dignity. Malang sekali, keseluruhan pengertian rasmi yang digunapakai oleh
sistem perundangan Barat tentang human dignity ini adalah hak kebebasan tanpa batasan yang
telah menolak unsur-unsur agama dalam kehidupan manusia.

Itulah sebabnya, apabila kita bercakap tentang hak asasi dan kebebasan menurut neraca UDHR,
sebenarnya kita tidak bercakap di atas premis dan pengertian yang sama.

Konsep human dignity dari perspektiI UDHR adalah jauh berbeza dengan konsep maruah insan
dari perspektiI Islam!


leh:Saari Sungib
Diolah semula pada:19 Mei 2007

Anda mungkin juga menyukai