Seorang motivator terkenal yang kini sedang menempa nama di Malaysia, saudara Pahrol Mohd Juoi pernah menulis di dalam blognya bahawa- Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 1560 kali pesan taqwa dalam hidupnya (sekiranya dia tidak pernah meninggalkan solat Jumaat bermula daripada umurnya 15 tahun). Dan di dalam Al Quran, perkataan yang berkaitan taqwa Allah sebutkan sebanyak 272. Bayangkan jika ada seorang pemimpin negara mengulang-ulang satu perkara sama ada dalam bentuk gagasan, wawasan, peringatan atau amaran, tentulah perkara itu sangat penting kepada rakyatnya. Maka lebih-lebih lagi bila Allah swt Pemerintah sekalian alam, telah menegaskan berkali-kali tentang kepentingan taqwa. Sudah tentu akan beruntunglah mereka yang mengambil berat tentang pesan itu dan rugilah mereka yang mengabaikannya. Pesanan Taqwa Di dalam ayat ke 102, Surah Ali-Imran Allah swt menyeru kepada hamba-hambanya yang beriman untuk bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa, sebagaimana firmannya: !!., _.] `.., 1. < _> ..!1. _. | .. .l`.. _ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. [Ali Imran: 102]
Taqwa merupakan sebaik-baik pakaian Kitab suci Al-Quran menyebut di dalam surah Al-Araf ayat yang ke-26 yang berbunyi: _.,., :, . !.l. _>,l. !.!,l _`, >.,. !: '_!,l _1`.l ,l: ,> .l: _. .,, < `l-l `., __ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian untuk perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah, mudah-mudahan mereka selalu beringat. Taqwa merupakan penyelesaian terbaik bagi masalah kehidupan mahupun rezeki Kitab suci Al-Quran di dalam beberapa surah menyebut berkenaan penyelesaian kepada problem ini. Antaranya di sebutkan di dalam surah At-Talaq ayat ke2-3 yang berbunyi: _. _`., < _-> .`] l>>: _ `, _. ,> ..> _. _., _ls < .,`.> | < _l., .:. . _-> < _>l ,`_: . _ ..Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka- sanka, dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan baginya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tipa sesuatu. [At-Talaq : 2-3]
Mesej yang sama di sebut oleh Al-Quran di dalam surah Al-Lail ayat ke5-7: !.! _. _Ls _.. _ _.. _.`.>'!, _ .:.`.. _.`ll _ Adapun orang yang memberikan (apa yang ada padanya ke jalan kebaikan) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka kelak Kami menyediakan baginya jalan yang mudah. [Al-Lail : 5-7] Begitu juga dengan firman Allah di dalam surah Al-Araf ayat yang ke 96: l _> _1l `.., 1. !.`>.l ,ls ., _. ,!..l _ _>.l ,. ,...>! !., .! ,.>, __ Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, namun seandainya mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka nescaya Kami siksa disebabkan perbuatan mereka itu. [Al-Araf: 96]
Gambar: Buah anggur yang lebat dan ranum
Taqwa diletakan sebagai penanda aras kemuliaan manusia Hakikat kehidupan di dunia hari menggambarkan terdapat banyak penanda aras untuk menentukan ketinggian martabat ataupun kemuliaan seseorang. Contohnya, tidak jarang manusia yang mengatakan bahawa, mulia dan berjayanya seseorang itu kerana memiliki harta yang bertimbun walau tingkat pendidikannya tidak seberapa. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa orang yang tinggi darjatnya itu adalah orang yang memiliki bergulung- gulung ijazah meskipun akhlaknya, pergaulannya mahupun pakaiannya tak patut untuk diteladani. Kalau hendak dihitung ada bermacam-macam lagi penanda aras yang wujud tatkala bumi mengharungi zaman kemodenan ini. Nah, sekarang apakah penanda aras kemuliaan yang sebenar yang dikira sah disisi Pencipta kita, yang turut mencipta bumi dan sekalian makhluk yang ada. Sudah tentu Taqwa adalah jawapannya. Sesuai dengan firman Allah swt di dalam surah Al-Hujurat ayat yang ke-13: !!., '_!.l !.| _>..1l> _. : _.. >..l-> !,`-: _!, !-.l | _>. ..s < >.1. | < ,ls ,,> _ Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Hujurat:13] Ada sebuah hadis Nabi saw yang menceritakan kebaikan orang-orang mumin. Mafhum hadis adalah sebagai berikut: Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda; Amat mengherankan sekali keadaan orang mumin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi untuk sesiapapun melainkan hanya untuk orang mumin itu belaka, yakni apabila ia mendapat kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran-yakni yang merupakan bencana-iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya. [HR Muslim, Kitab Riadusalihin No. 27]
Sheikh Prof. Dr AbduRazzaq Mohsin al-Badr, penceramah tetap di Masjid Nabawi, Madinah- Seketika menjelaskan hadis ini beliau menerangkan kisah pertanyaan antara Imam Ibnu Taimiyyah dengan muridnya Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Muridnya itu bertanya siapakah yang lebih mulia antara kedua-dua orang ini yaitu orang kaya yang bersyukur atau orang melarat yang sabar? Bagi menjawab persoalan tersebut, Imam Ibnu Taimiyyah memberitahu bahawa orang yang paling mulia di antara kedua-dua mereka itu adalah orang paling bertaqwa. Sekiranya kedua-duanya memiliki tingkat darjat ketaqwaan yang sama, maka kedua-dua mereka sama-sama punya aras kemuliaan disisi Tuhan yang Maha Berkuasa. Kenapa perlu kepada Taqwa? Di dalam surah Al-Ala, surah yang ke 87 ayat yang pertama yang berbunyi: _,. `. ,, _ls Bertasbihlah atas nama Tuhanmu Yang Maha tinggi. [Al-Ala :1] Di dalam ayat ini Allah swt telah berpesan kepada hamba-hambanya dengan perintah atau suruhan supaya bertasbih kepadaNya. Dan beratus-ratus lagi perintah, suruhan serta anjuran yang dikemukan oleh Tuhan yang Maha Agung di dalam Kitab suciNya. Justeru, timbul persoalan di sini mengapa kita perlu bertaqwa, beriman, solat, puasa, bertasbih dan sebagainya kepada Allah swt Tuhan yang Maha Esa. Kenapa ya? Walaupun di kalangan penganut agama Islam sendiri hari ini yang hampir saban waktu disuapkan dan dihidangkan dengan perkataan taqwa ini pun masih ramai juga yang menimbulkan persoalan kenapa perlunya iman mahupun Taqwa? Prof. Dr Hamka, di dalam Tafsir Al-Azhar, juzuk ke-30, jilid ke-9 sampai seketika menafsirkan ayat yang pertama surah Al-Ala seperti di atas menjelaskan bahawa- Mengapa kita perlu mengucapkan kesucian atau tasbih kepada Tuhan kita? Ayat yang kedua daripada surah yang sama, memberi jawapan kepada persoalan tersebut yaitu: _.] _l> _. _ Kerana Dialah yang menciptakan, lalu membentuk dengan seimbang. [Al-Ala :2]
Kata Hamka lagi, Khalaqa: berarti telah menciptakan daripada tidak ada kepada ada. Dan yang sanggup berbuat demikian hanyalah Allah swt sahaja. Setinggi-tinggi kekuatan kita makhluk ini hanyalah sehingga Ja'ala, yaitu menukar dari barang yang telah ada kepada bentuk lain. Misalnya kayu di hutan kita jadikan kursi, buat alas kursi kita ambil rotan yang tumbuh di hutan. Namun bahan asli adalah dari Allah sebagai ciptaanNya. Maka segala perbuatan manusia di dalam alam ini tidaklah ada cipta, yang ada hanyalah mempergunakan bahan yang telah ada buat merobah bentuk. Dan merobah bentuk itu pun sangat terbatas sekali. Kita tidak sanggup merobah bentuk darah jadi mani, mani jadi manusia!
Sebab itu di samping Khalaqa, Tuhan Allah pun Ja'ala.
Di dalam ayat-ayat yang lain Tuhan juga turut menyampaikan mesej yang sama kenapa manusia perlu ibadah dan Taqwa kepadaNya, umpamanya di dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 21:
!!., '_!.l .,s `>`, _.] >1l> _.] _. >l, >l-l 1`.. _ Wahai sekalian manusia! Sembahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang- orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [Al- Baqaroh:21] Juga pesan Allah supaya kita bertaqwa kerana Dialah yang menciptakan kita daripada satu (Adam) sebagaimana yang tersebut di dalam surah An-Nisa ayat yang pertama: !!., '_!.l 1. `>`, _.] _>1l> _. _. :.> _l> !.. !> , !,.. l> ,. ,!. 1. < _.] l,!.. ., l> | < l >,l. !,, Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [An-Nisa: 1]
Manakala di dalam beberapa ayat Al-Quran yang lain Allah swt semacam menimbulkan satu bentuk kehairanan terhadap mereka yang ingkar, derhaka atau berlaku dusta terhadap perintah atau suruhanNya. Ini dapat diperhatikan melalui surah Al-Infitar ayat yang ke 6 hingga ke 8: !!., _... !. s ,,, ,l _ _.] ,1l> ,.. ,l.- _ _ _ :. !. ,!: ., _ Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah? -Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan keadaannya) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) seimbang; dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun tubuhmu. Mesej yang sama terdapat di dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke-28: , _`>. <!, .. !.. .,>! . >.,.`, . >,,> . ,l| _`->. __ Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala apa yang kamu kerjakan). [Al-Baqarah :28]
Cinta & Taqwa di dalam kehidupan Kitab suci Al-Quran di dalam surah Ali-Imran surah yang ketiga bermula dari ayat ke 14 hingga ayat 17 menyebut tentang perkara ini: _,` _!.ll `> ,:l _. ,!..l _,.,l ,L..1l :L.1.l _. >.] .l _,>l ...l .-. ,>l .l: _... :,>l !,..l < .:..s _`.`> ,!:.l _ Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita- wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga). [Ali-Imran : 14] _ _>`.,. ,>, _. l: _.l 1. ..s `, ..> _>. _. !.> `.. _..> !, _ :L. '_. _. < < ,., :!,-l!, _ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya; [Ali-Imran : 15] _.] l1, !.`, !..| !.., s! !.l !.,.: !. ,.s !.l _ (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";[Ali-Imran : 16]
_..l _,...l _,...1l _,1..l _-.`..l !>`.!, _ (dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. [Ali-Imran : 17]
Kehidupan dunia Berkenaan dengan kehidupan di dunia ini, Allah swt menerusi Kitab suciNya Al-Quran menjelaskan di dalam surah Al-Hadid, surah ke 57 ayat ke 20 sebagaimana berikut: .ls !.. :,>l !,..l '-l > ., >!. >., ".l>. _ _. ..l _:. ,s >s !>l ..!,. . _, .. `.`. . `>, !..L`> _ :> ',.s .,.: :-. _. < . !. :,>l !,..] | _... `-l _ Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta benda dan anak pinak; seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. [Al-Hadid: 20]