Anda di halaman 1dari 3

Pernyataan Masalah

Di sekolah kita sebenarnya mengalami kekurangan guru beropsyen Bahasa Inggeris. Selama ini
guru beropsyen lain seperti opsyen Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup membantu mengajar
mata pelajaran Bahasa Inggeris (NUTP, Oktober 2009).
Sehubungan itu, dalam pelaksanaan MBMMBI, kementerian memerlukan 13,000 guru tambahan
untuk ditempatkan di seluruh negara dan mulai tahun 2010, pengambilan 1,000 guru bahasa
Inggeris akan dibuat (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 21 Oktober 2009).
Justeru, berdasarkan transIormasi kurikulum dan strategi pelaksanaan dasar MBI, pengkaji ingin
memahami guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa Inggeris yang terlibat dalam program ini.
Berdasarkan literatur, antara dua aspek kebahasaan, aspek kecekapan berbahasa merupakan
aspek yang akan memperlihatkan dengan lebih jelas perbezaan di antara penutur jati dan bukan
penutur jati. Pengetahuan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan kecekapan berbahasa
dikuasai oleh para penutur jati menerusi tatacara pemerolehan, iaitu dikuasai secara tak Iormal
dalam persekitaran keluarga, dan ia lebih merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan
agama dan tata susila atau akhlak. Bagi orang Melayu pula, aspek kecekapan berbahasa Inggeris
harus mereka kuasai menerusi pembelajaran Iormal (ZulkiIli Hamid, 2011).
Di samping itu, P&P pengetahuan nahu harus diseimbangkan dengan aspek kecekapan
berbahasa. Kedua-dua komponen pengetahuan akan menentukan sama ada seseorang pengguna
bahasa akan menjadi pengguna yang cemerlang atau tidak. Ketakseimbangan dalam pengetahuan
bahasa akan menjadikan seseorang pengguna bahasa itu pengguna yang pincang (RubenIeld et.
al. 2006; Gumperz 1974).
Dengan kata lain, semasa berbahasa, aspek kejelasan dalam pengutaraan output bahasa, dan
aspek kebolehterimaan para pendengar merupakan dua aspek yang sama penting. Noam
Chomsky (1985) seorang sarjana linguistik yang amat memberatkan aspek nahu turut mengakui
bahawa nahu tidak dapat berIungsi secara bersendirian untuk membolehkan seseorang pengguna
bahasa menghasilkan output bahasa yang gramatis, benar dan boleh diterima oleh pendengar
sasaran. Dalam mengakui hakikat ini, Chomsky (1985) menegaskan, 'Pandangan yang berkaitan
dengan kebolehterimaan tidak seharusnya disamakan dengan kegramatisan. Kebolehterimaan
ialah konsep yang berkaitan dengan kajian pelakuan, manakala kegramatisan pula ialah kajian
yang berkaitan keupayaan. Dapat kita Iahami di sini bahawa pengetahuan nahu dan kecekapan
berbahasa ialah dua komponen pengetahuan bahasa yang saling melengkapi, iaitu bagi
membolehkan seseorang pengguna bahasa menghasilkan output bahasa yang gramatis dan pada
masa yang sama dapat diterima secara baik oleh pendengar sasaran.
Berdasarkan kajian Abdul Wahab Mohd Arshad et al. (2011), Program English Teaching
Assistant (ETA) iaitu satu Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris dilaksanakan di Negeri
Terengganu bermula pada tahun 2006 dengan matlamat bagi membantu meningkatkan
keIahaman, kemahiran dan penggunaaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar sekolah
menengah di negeri ini melalui kaedah pelaksanaan kaedah P&P alternatiI dengan membawa
graduan-graduan di bawah Program Biasiswa Fullbright dari Amerika Syarikat untuk menerajui
program ini yang telah berkembang di negara-negara lain sejak tahun 1946. Hasilnya memberi
impak secara menyeluruh bukan sahaja kepada guru dan pelajar, sebaliknya kepada semua warga
sekolah serta komuniti sekitarnya.
Menurut Brown dan McIntyre (1993) bahawa telah banyak berlaku kegagalan dalam inovasi
kurikulum pada masa yang lepas, salah satunya mungkin kerana inovasi tidak mengambil kira
bagaimana guru mentaksir apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darfah dan kegagalan
untuk menentukan di manakah guru seharusnya bermula.
Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji pandangan guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa
Inggeris tentang program Penutur Jati dengan melihat aspek penerimaan dan kesediaan guru
terhadap program tersebut.

-ektif Kaian
ObjektiI kajian adalah untuk mengetahui;
1) Pandangan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati
2) Penerimaan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati
3) Kesediaan guru Bahasa Inggeris membimbing murid-murid menguasai literasi asas

Persoalan Kaian
Bagi mencapai tujuan dan objektiI kajian, beberapa persoalan diIormulasikan seperti berikut;
1) Apakah pandangan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati ?
2) Bagaimanakah penerimaan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati ?
3) Sejauh manakah kesediaan guru Bahasa Inggeris membimbing murid-murid menguasai
literasi asas ?