Anda di halaman 1dari 28

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn

17
CABARAN-CABARAN DALAM MENGAPLIKASI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

PengenaIan

Pada amnya, Falsafah Pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. anya adalah bersifat eklektisisme
iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif.
1
Pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Negara yang bermula selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran diwartakan pada tahun 1979.
2
Laporan ini menegaskan nahawa
sistem pendidikan Negara hendaklah memberi penekanan kepada perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan
kepada kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan.
3
Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur
dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. ni dapat dilihat pada
arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan
masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi yang menghantui
pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak

1
Choong Lean keow (2008) lolsofob Joo leoJlJlkoo Jl Moloyslo uotok ltoqtom letqotooo leoJlJlkoo keoJob
leoqojloo 4 1oboo Selangor kumpulan 8udlman Sdn 8hd
2
Moloyslo klto pooJooo Joo tojokoo ootok pepetlksooo om ketojooo (2008) eLallng !aya lnLernaLlonal
Law 8ook Servlces 330
3
lblJ
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


18
terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya
tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya
suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses
kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa
depan pelajar.

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru
memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru perlu memahami,
memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
4
Golongan pendidik
adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan
hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab
mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan
spektrumnya yang seimbang dan benar. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia
paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan
peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah
daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen ,
daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif
kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
5




4
kemenLerlan endldlkan Malaysla (2006) ob 8 memottobotkoo ptofessloo keqotooo elan lnduk
embangunan endldlkan 20062010" 8eLrleved on 22/11/2011 from
bttp//wwwmoeqovmy/oplooJ/qoletl_owom_mooool/plpp2010/moe_plpp_08pJf
3
endldlkan 8erLaraf uunla anLara sumbangan dan cabaran dalam menempuh abad ke21" 8eLrleved
on 13/11/2011 from bttp//sotjooottlpoJcom/totof1btml


kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


19
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang bagi sistem
pendidikan negara, masih lagi dalam proses penambaikan. ni dilakukan dengan membuat
beberapa perubahan dari segi strategi dan perlaksanaannya. Penilaian keseluruhan mengenai
pencapaian ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ianya masih dalam proses
penambahbaikan dan membuat perekayasan semula mengikut arus perkembangan semasa.
Dalam usaha untuk mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), beberapa cabaran telah dikenalpasti. ni termasuk:
1. Meningkatkan professionalisme perguruan
2. su dan cabaran perpaduan kaum
3. Transformasi kurikulum; dan
4. Memperbaiki kualiti peperiksaan.

Meningkatkan ProfesionaIisme Perguruan



Kualiti guru amat penting kerana berdasarkan elemen FPK iaitu pendidikan suatu usaha yang
berterusan dan ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. mplikasi daripada
elemen tersebut peningkatan terhadap ilmu dan kemahiran adalah perlu bagi proses
pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan. Maka, adalah penting bagi para
guru meningkatkan kualiti, ilmu dan kemahiran diri bagi melahirkan insan yang mempunyai ilmu
dan kemahiran yang diperolehi di sekolah dan boleh digunakan oleh mereka bagi sepanjang
hayat. Dengan itu, bakat, potensi dan kebolehan diri juga dapat dipupuk, diperkembangkan dan
dipertingkatkan.

Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profession keguruan
termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama
pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam proses
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


20
pembelajaran dan pengajaran, agen prubahan dan sumber insprirasi kepada pelajar.
6
Guru
harus kreatif dan innovatif untuk menjadikan sistem penyampaian menjadi efektif, menarik dan
menyeronokan.

Adalah amat mustahak bagi golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-
cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan
pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat. Budaya mengajar
yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas
pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang
mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di
Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh
dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun
perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara
ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan
bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan CT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah
sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan

6
kemenLerlan endldlkan Malaysla (2006) Memottobotkoo ptofessloo keqotooo elan lnduk
embangunan endldlkan 20062010" 8eLrleved on 22/11/2011 from
bttp//wwwmoeqovmy/oplooJ/qoletl_owom_mooool/plpp2010/moe_plpp_08pJf

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


21
internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru
mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih
ini. lmu CT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri
dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan
penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara
global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan
pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian
sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan
menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu
serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. su-isu
semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna
kepada bangsa dan negara. Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat
keputusan,menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar
bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus,
perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa
dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif,
dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan
generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat
futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


22
dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di
bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong
dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan
negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain,
profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada
krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan
kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya
konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang
besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung
kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen
perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa
memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas
yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan
diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning),
belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain adalah sepert melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi
pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti
mestilah memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk
mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan
professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif
bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi
mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


23
Dalam usaha untuk menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia,
pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam profession perguruan dibuat dengan teliti.
7

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang melanjutkan pelajaran pada
peringkat sarjann dan kedoktoran juga tidakl mendapat pengiktirafan yang setimpal
terutamanya yang berkhidmat diperingkat pengurusan. Malah kepakaran mekera tidak diiktiraf
berbanding dengan guru cemerlang dan guru pakar yang mengajar di sekolah.

Pelbagai langkat telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memartabatkan lagi profession
keguruan di Malaysia bagi mencapai aspirasi negara dalam industri pendidikan sesuai dengan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Antaranya ialah meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru
dan kebajikan guru dari masa kesemasa. Matlamatnya adalah untuk menjadikan profession
keguruan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Bagi mencapai matlamat dan dasar
tersebut, fokus memartabatkan profession keguruan adalah:
8

O Menambah baik sistem pemilihan calon guru
O Memantapkan latihan perguruan
O Memantapkan kerjaya guru
O Menambah baik persekitaran dan kebajikan guru
O Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai misi FPK, kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru yang bermatlamat untuk
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung
jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada

7
kemenLerlan endldlkan Malaysla (2006) Membloo Neqoto booqso elan lnduk embangunan
endldlkan 20062010 8eLrleved on 22/11/2011 from
bttp//wwwmoeqovmy/oplooJ/qoletl_owom_mooool/plpp2010/moe_plpp_04pJf
8
kemenLerlan endldlkan Malaysla (2006) Memottobotkoo ptofessloo keqotooo elan lnduk
embangunan endldlkan 20062010" 8eLrleved on 22/11/2011 from
bttp//wwwmoeqovmy/oplooJ/qoletl_owom_mooool/plpp2010/moe_plpp_08pJf
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


24
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Elemen berpekerti
mulia yang terkandung dalam FPG perlulah dihayati dan diamalkan oleh para guru. Sahsiah
guru yang baik seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya adalah
perlu bagi menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid dan masyarakat. anya
berkaitan juga dengan cabang falsafah aksiologi dan juga elemen FPK iaitu ingin melahirkan
rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Hasrat kerajaan adalah menginginkan rakyat yang
mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
sebagai prinsip hidup.


Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

Penyata razak 1956 menyatakan bahawa tujuan Dasar Pelajaran ialah bermaksud untuk
menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai b ahasa
pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
9
Kaedah yang disyorkan oleh Penyata
Razak 1956 bagi menyatukan semua kaum di negara ini ialah melalui sistem pelajaran atau
pendidikan. Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan tiga tiga bidang
utama bagi mencapai matlamat pendidikan. a merangkumi aspek-aspek keperluan individu,
negara dan ekonomi iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan
kemakmuran negara.
10
Selepas merdeka pada tahun 1957, Malaysia merupakan Negara baru
dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan Negara supaya selari dengan
matlamat perpaduan nasioanl.
11
Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama

9
Moloyslo klto pooJooo Joo tojokoo ootok pepetlksooo om ketojooo (2008) eLallng !aya lnLernaLlonal
Law 8ook Servlces 347
10
lblJ ms 330
11
Mlor khalrol azrln bln Mlor !amaluddln (2011) SlsLem endldlkan ul Malaysla dasar cabaran dan
pelaksanaan ke arah perpaduan naslonal" 5oslobomoolko 4 (1) 36 8eLrleved on 24/11/2011 from
bttp//wwwsoslobomoolkojpsskcom/sb_flles/llle/4mlotosmmel2011pJf
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


23
yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas Negara
mencapai kemerdekaan.


Perpaduan merupakan aspek yang amat penting dalam pembangunan negara.
Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan yang erat antara pelbagai
kaum di malaysia. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi keutamaan kepada usaha-
usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Usaha-usaha
perpaduan di sekolah boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
12


Salah satu faktor tertubiunhnya FPK adalah untuk perpaduan kaum. Penyertaan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di
sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan
penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke PTA
mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan
supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan
pada semua peringkat pendidikan.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah
polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung
kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan
permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing
sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan
hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan


12
kemenLerlan endldlkan Malaysla (2006) Membloo Neqoto booqso elan lnduk embangunan
endldlkan 20062010 8eLrleved on 22/11/2011 from
bttp//wwwmoeqovmy/oplooJ/qoletl_owom_mooool/plpp2010/moe_plpp_04pJf

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


26
kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang
berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.
Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.
Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku
sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.
Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh
yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat
ini, langkah- langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan
kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk
memperkasakan sekolah.

Pelan nduk Pembangunan Pendidikan (PPP) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007 melalui Kementerian
Pendidikan merupakan langkah yang diambil untuk mengwujudkan perpaduan nasional melalui
pendidikan. a bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat
malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan dan
dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara. Beberapa strategik digariskan dalam
pelaksanaan PPP yang mampu untuk membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang
berperanan sebagai alat perpaduan. ni termasuk:
i. Membina negara bangsa
ii. Membangunankan modal insan
iii. Memperkasakan sekolah kebangsaan
iv. Merapatkan jurang pendidikan
v. Memartabatkan professioan perguruan; dan
vi. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


27
Pelan induk PPP juga tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah dan kaum
tetapi untuk semua aliran sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Pengwujudan Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster mampu untuk
mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang,
memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang
bersifat toleransi dan persefahaman yang tinggi bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu dan menggalakkan interaksi maksimum antara warga sekolah.


Transformasi KurikuIum

Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi
mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan
seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan
kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan
mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum
seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform. Semua sekolah yang terdapat dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut.
Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di
sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas
menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan
penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa
apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-
muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan.
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


28
Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana
pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang terlibat dalam membuat keputusan,
merancang, menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baru. Perkongsian'equal'
(equal partnership) sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu
suara yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagi melaksanakan sebarang program
kurikulum. Keputusan satu hala mahupun sesi latihan yang berbentuk'one-off' tidak mungkin
dapat mewujudkan'ownership' ke atas program dan teknologi yang disampaikan. Justeru
adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah mewujudkan ownership di kalangan guru,
pelajar dan ibu bapa ke atas proses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatan kualiti yang berterusan.

Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati dan mendapat manfaat
daripada suatu transformasi apabila pandangan mereka dihargai. Begitu juga, apabila suatu
program yang dirancang itu bersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya,
maka ownership akan terhasil. Jadi adalah menjadi cabaran kepada pihak pentadbir untuk
mewujudkan ownership yang dimaksudkan agar satu sistem kepercayaan dan tabiat yang
menggalakkan pekerja-pekerja berfikir dan bertindak sebagai owners atau pemilik dan
melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen, keahlian bersama dan perkongsian
bersama.

Pemimpin pendidikan juga berhadapan dengan cabaran yang berkaitan dengan jurang
antara dasar dan realiti pelaksanaan; kekangan sumber manusia dan prasarana; dan sikap
serta komitmen pihak pengurusan, guru dan komuniti. Sebagai contoh, selaras dengan
perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau nformation and Communication
Technology (CT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru.
KPM telah melaksanakan pelbagai projek CT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti
utama penyediaan infrastruktur CT.
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


29
Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan CT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah seperti;
i. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar
bandar
ii. Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh
iii. Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di
sekolah yang kurang berkesan
iv. Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah
v. Bilangan guru terlatih dalam CT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi
cabaran kepada pemimpin pendidikan untuk memastikan sekolah mendapat
kemudahan yang dimaksudkan menjelang usaha menjadikan setiap murid dan
guru celik CT.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang
berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan
peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi
mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah
kurang beruntung (disadvantaged school).
13
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun
pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum
dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. ni menyebabkan timbulnya beberapa isu yang
dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak
menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai
kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu,

13
kemenLerlan endldlkan Malaysla (2006) Membloo Neqoto ooqso elan lnduk embangunan
endldlkan 20062010" 8eLrleved on 22/11/2011 from
bttp//wwwmoeqovmy/oplooJ/qoletl_owom_mooool/plpp2010/moe_plpp_04pJf

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


30
kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga
masih berkurangan.

Sesuai dengan peredaran zaman, kebanyakan para pelajar memerlukan guru yang
cekap iaitu kebolehan guru mengajar dengan berkesan kerana guru tersebut tahu kandungan
pelajaran, menggunakan kaedah mengajar yang sesuai, dapat mengawal ketenteraman kelas,
dan lain-lain kualiti yang dapat dinilai oleh pelajar secara efektif. Apabila guru dapat memenuhi
aspek-aspek tersebut, tentunya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, dalam sidang akhbar pada 24 Februari 2010 menyatakan, Kementerian
Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.Untuk
itu, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada
pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi oleh guru. a bertujuan untuk menerapkan budaya
berfikir yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, yang mana ia
melibatkan proses pembelajaran yang lebih mementingkan interaksi di antara murid, guru dan
rakan sekelas yang diharapkan dapat membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif.

Selain itu, layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya
sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza.
Sebagai contoh, pelaksanaan Tawaran Baru (New Deals) atau juga dikenali sebagai Bai'ah
yang dilaksanakan oleh KPM sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara atau
NKRA (National Key Result Areas) dalam usaha meningkatkan keberkesanan sektor awam.
Pelaksanaannya sangat mengharapkantranformasi dalam pengurusan pendidikan, khususnya
di peringkat sekolah bagi memastikan bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum selaras
dengan matlamat yang diharapkan oleh KPM. Masalahnya, pencapaian atau kedudukan
(ranking) setiap sekolah di negara ini ditentukan menggunakan standard atau piawaian yang
sama, iaitu berdasarkan keputusan peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS)
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


31
berdasarkan markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia). Persoalannya,
mampukah sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman yang serba kekurangan bersaing
dengan sekolah bandar atau sekolah elit yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan
pencapaian bidang kurikulum yang berbeza? Apa yang pasti kekurangan prasarana,
kekurangan sumber pengajaran dan kekurangan kakitangan di sekolah- sekolah luar bandar
sudah pasti menyumbang kepada penguranganmarkah SKPM tersebut. Oleh demikian adalah
menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan di sekolah terbabit dalam berusaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan tersebut seterusnya mampu melaksanakan sesuatu
transformasi secara optimum.

Memperbaiki KuaIiti Sistem Peperiksaan



Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi
memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk
bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek
perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak
memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah
perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan
menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai,
ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya. Konsep
peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan
mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping
memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan
penghargaan diri.
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


32
Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya
cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. ni akan
mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti
datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,
penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.


kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


33
KesimpuIan

Perkembangan pendidikan di malaysia senttiasa berubah-ubah mengikut perkembangan
semasa dan ianya telah terbukti mengalami banyak perubahan terutama sejak zaman
penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan dunia adari segi aspek
ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem
pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan
kepada keilmuan yang tinggi, asas, nilai dan moral yang berdasarkan kepada kepercayaan
kepada Tuhan, semangat patriotik dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia
dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baru. Sesuai dengan arus globalisasi yang memerlukan
setiap rakyat bersaing untuk mencapai 'competetive advantage' sewajarnya membuka mata
para pendidik bahawa pendidikan kita perlu kepada beberapa anjakan transformasi dari sudut
pensejajaran dengan falsafah pendidikan negara, kurikulum yang mantap dan bersepadu, guru
yang berkualiti, berwibawa dan berautoriti, pengurusan kependidikan cemerlang, sekolah dan
murid berwatak serta menumbuhkan iklim harmonis dalam proses penyediaan generasi masa
depan. Peranan guru yang berkualiti dan professional amat penting dalam membentuk modal
insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan
kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenarnya. Betapa jatuh bangun sesebuah
tamadun terletak pada kekuatan akar bangsanya. Manakala kekuatan akar bangsanya pula
dilihat pada kehebatan pemimpinnya. Dan kehebatan para pemimpinnya tergalas di bahu para
gurunya. Memang guru penjana transformasi pendidikan negara.

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn




34
Rujukan

1. Choong Lean Keow (2008). ,ls,1,h d,n Pendidik,n di M,l,si, Untuk Progr,2
Perguru,n Pendidik,n Rend,h Peng,i,n 4 T,hun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Me2,rt,-,tk,n pro1ession keguru,n.
"Pelan nduk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Retrieved on 22/11/2011 from
http://www.2oe.gov.2/uplo,d/g,leri_,w,2_2,nu,l/pipp2010/2oe_pipp_08.pd1

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Me2-in, Neg,r, -,ngs,. "Pelan
nduk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Retrieved on 22/11/2011 from
http://www.2oe.gov.2/uplo,d/g,leri_,w,2_2,nu,l/pipp2010/2oe_pipp_04.pd1

4. M,l,si, Kit,: p,ndu,n d,n ruuk,n untuk peperiks,,n ,2 ker,,,n. (2008).
Petaling Jaya: nternational Law Book Services.

5. Mer,nc,ng Tr,ns1or2,si Kurikulu2 Sekol,h Sec,r, Kre,ti1 d,n Kritis: Isu,
M,s,l,h d,n C,-,r,n. Rettieved on 24/11/2011 from
http://www.scri-d.co2/doc/31105688/Isu-M,s,l,h-d,n-C,-,r,n-d,l,2-Mer,nc,ng-
Tr,ns1or2,si-Kurikulu2

6. Mior khairol azrin bin mior jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia:
dasar, cabaran dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika. 4 (1): 34-
48. Retreived on 24/11/2011 from http://www.sosiohu2,nik,-
pssk.co2/sh_1iles/ile/4.2ior.us2.2ei.2011.pd1

7. Mohd Koharuddin bin Mohd Balwi dan Zainudin bin Hassan. (2003). Pendidik,n
Ket,2,dun,n d,n C,-,r,n Pe2-in,,n B,ngs, M,l,si, : Se,uh2,n,k,h I, 2,2pu
Me2upuk Nil,i-Nil,i J,ti diri, Pers,2,,n, Toler,nsi, Perse1,h,2,n d,n Ke,,,n di
K,l,ng,n Pel,,r Universiti: S,tu Per-inc,ng,n. Retrieved on 21/11/2011 from
eprints.ut2.2/2340/1/Koh,ruddin.doc



kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


33
8. Mohd Redhuan Tee Abdullah. (2010). "Cabaran ntegrasi Antara Kaum di
Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurn,l H,dh,ri. 3: 61-84.
Retrieved on 24/11/2011 from http://www.uk2.2/h,dh,ri/2,k,l,h/v2n12010/2,k,l,h-
v2n1-n4.pd1

9. Mumamad bin Muda. C,-,r,n d,n H,r,p,n D,l,2 Pendidik,n Mengh,d,pi Al,1
B,ru. Retrieved on 22/11/2011 from
http://www.ip-l.edu.2/B2/penelidik,n/1998/98_Muhd.pd1

10. Pendidik,n Bert,r,1 Duni,: Ant,r, Su2-,ng,n d,n C,-,r,n Mene2puh A-,d
ke-21. Retrieved on 22/11/2011 from http://s,r,n,.tripod.co2/t,r,11.ht2l

11. Salema Ahmad. (Ogos, 2006)."Amalan Nilai Murini Dikalangan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah."
Thesis. Retrieved on 22/11/2011 from
http://eprints.us2.2/8856/1/AMALAN_NILAI_MURNI_DI_KALANGAN_GURU_BIMBIN
GAN_DAN_KAUNSELING_DALAM_PERKHIDMATAN_BIMBINGAN_DAN_KAUNSELI
NG_SEKOLAH_MENENGAH.pd1














kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


36


NAMA FAKULTIMU (BAGI BOLD)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (BAGI BOLD)

jazah Sarjana Muda.?
(KOD JAZAHMU)

TAJUK SUBJEK-assignment ni bawah subjek apa
(KOD SUBJEK)

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP PERKEMBANGAN
PROFESSIONALISME KEGURUAN

DSEDAKAN OLEH:
KASNAWANDANA KANAK
(NO ID PELAJAR MU)-BAGI BOLD

DSEDAKAN UNTUK:
(NAMA PENSYARAHMU)-BAGI BOLD




Disember 2012 (N BULAN ASSGNMENT D HANTAR)

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP PERKEMBANGAN
PROFESSIONALISME KEGURUAN
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


37






Disediakan Oleh:
Kasnawandiana Kanak
(No Id mu)









Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.? (Nama ijazahmu)
Nama fakuItimu
Universiti Pendidikan SuItan Idris
Kampus Kota KinabaIu

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


38

ISI KANDUNGAN


Penghargaan...............................................i

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP PERKEMBANGAN
PROFESSIONALISME KEGURUAN
Pengenalan.........................................1-2
Difinasi .............................................3-4
Perubahan Sikap Pendidik dan Professionalnya..........................5-8
Perubahan Terhadap Kurikulum................................8-12
mplikasi Terhadap nstitusi Pendidikan............................12-13
Kesimpulan...................................14
Rujukan ..................................15-16


CABARAN-CABARAN DALAM MENGAPLIKASI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pengenalan................................17-19
Meningkatkan Profesionalisme Perguruan.................................................................19-24
su dan Cabaran Perpaduan Kaum ...........................................................................24-27
Transformasi Kurikulum..............................................................................................27-31
kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


39
Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan...................................................................31-32
Kesimpulan......................................................................................................................33
Rujukan......................................................................................................................34-35




















kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


40
REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN
Unit Tajuk
Unit 10 Akta Pendidikan 1996


1. Ringkasan Isi Kandungan Unit 10

Akta Pendidikan diwujudkan hasil daripada kesinambungan Penyata Razak 1956 dan
Ordinan Pelajaran 1957. a diwujudkan bagi memastikan pembangunan pendidikan
Negara adalah terancang disamping bagi mengekalkan perpaduan dan membasmi
kemiskinan rakyat. Walaupun akta ini juga memberi beberapa sedikit kelebihan bagi
masyarakat bukan melayu, demi menjaga hak dan kepentingan orang melayu di
Malaysia, Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) diutamakan. Dalam Akta Pendidikan,
semua peringkat dan jenis pendidikan dilindungi yang meliputi Pendidikan Prasekolah,
Pendidikan, Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Khas . Semua peraturan-
peraturan yang terkandung dalam Akta Pendidikan adalah dibawah peruntukan kuasa
Menteri Pelajaran. Mereka berhak meminda atau membatalkan apa sahaja peraturan-
peraturan yang termaktub dalam akta ini.






kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


41

. PiIih 5 konsep yang terdapat daIam unit 9 dan berikan penjeIasannya
Konsep PenjeIasan


1.


Pendidikan Prasekolah



2.


Pendidikan Rendah



3.


Peruntukan Kuasa Menteri
Pelajaran
Merupakan peruntukan yang dikelola oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menggubal
dasar-dasar dan peraturan yang terkandung di
dalam Akta Pendidikan.


4.


Akta Pendidikan

Merupakan satu peraturan yang digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memantapkan
lagi sistem pendidikan Negara. a bertujuan bagi
memastikan sector pendidikan Negara dilindungi.

5.

Bahasa Kebangsaan

Merupakan Bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda bagi
masyarakat di Malaysia. Bagi menjamin hak dan
keistemewaan orang melayu, bahasa kebangsaan
digunakan sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah. Jika bahasa pengantar si sesuatu institusi
adalah selain bahasa kebangsaan, maka bahasa
kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata
pelajaran wajib di sntitusi pendidikan itu.


3. Pandangan/komentar anda tentang kandungan unit 9 daIam konteks
professionaIism keguruan.






kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


42




REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN
Unit Tajuk
Unit 9 Etika Keguruan dan Peraturan Pendidikan di Malaysia


1. Ringkasan Isi Kandungan Unit 9

Etika Keguruan yang digubal pada tahun 1970-an merupakan satu set atau tingkah laku
atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan Negara dan
rakan sejawat serta profession. Beberapa peraturan-peraturan yang terkandung dalam
Kod Etika Profession Keguruan Malaysia yang mesti dipatuhi oleh setiap guru. Kod ini
merupakan etika kerja di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Terdapat
enam prinsip yang perlu dipatuhi iaitu niat yang betul; perlakuan yang baik; berdisiplin
dan beradab; penggerak kea rah kebaikan; memperkota apa yang dikatakan; dan
menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi. Bagi membentuk
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan
melalui sistem pendidikan, KPM juga mewujudkan Tatasusila Profession Keguruan
Malaysia sebagai garis panduan kepada guru-guru. Akauntabiliti Keguruan juga
dilaksanakan oleh KPT bagi memantapkan lagi kualiti profession keguruan di Malaysia.
ia bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh setiap guru.
Dengan erti kata lain, semua hal-hal yang berkaitan dengan keprofesionalsme
keguruan. Terdapat lima kategori dalam akauntabiliti keguruan iaitu akauntabiliti guru
terhadap pelajar; akauntabiliti guru terhadap sekolah; akauntabiliti guru terhadap
masyarakat dan Negara; akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan; dan
akauntabiliti guru terhadap diri sendiri. Seperti juga penjawat awam yang lain, setiap
guru harus mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib 1993-Pindaan 2002).


kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


43





. PiIih 5 konsep yang terdapat daIam unit 9 dan berikan penjeIasannya
Konsep PenjeIasan


1.


Etika Profession Keguruan

Merupakan satu set tingkah laku atau satu set
tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,
masyarakat, Negara dan rakan sejawat serta
profession yang wajib dipatuhi oleh setiap guru yang
berkhidmat.



2.


Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia

Merupakan garis panduan untuk meningkatkan
tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan drngan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturanm
peradaban, peranan, nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.



3.


Kod Etika Profesion
Keguruan

Merupakakan satu garis panduan yang digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang wajib dipatuhi
oleh setiap guru bagi melahirkan guru yang berkualiti
bagi mencapai misi falsafah Pendidikan
Kebangsaan.



4.


Tatasusila Profesion
Keguruan

Merupakan panduan bagi membolehkan guru-guru
menyempurnakan profesion guru ke taraf kesusilaan
yang setinggi-tingginya. a mengandungi empat
elemen iaitu tanggungjawab terhadap murid;
tanggungjawab terhadap ibubapa; tanggungjawab
terhadap masyarakat dan Negara; dan
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan.

kI 3012 LkkLM8ANGAN LNDIDIkAN DI MALASIA DASAk DAN IALSAIAn


44

5.

Akauntabiliti Keguruan

Merupakan tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seorang guru yang merangkumi
pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan
Negara, dan profession keguruan amnya.


3. Pandangan/komentar anda tentang kandungan unit 9 daIam konteks
professionaIism keguruan.
Etika Keguruan amat penting bagi profesion guru dalam menjalankan tugas. a
memberi garis panduan, prosedur dan arahan yang telah disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai