Anda di halaman 1dari 4

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat

Mei 15, 2007 mindabahasa


Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari
segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi
teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal
teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran
kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian. Pada era dotcom` ini, banyak negara di dunia yang berlumba-
lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini
Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha
membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media
Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur
City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada
rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positiI atau negatiI. Kesan-kesan MSC dapat
dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi
media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan
adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat
telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan
pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah
bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara
hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini
menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, 'Jika anda sakit dan tidak dapat
menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut
memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk
meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi
multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan eIektiI dan
eIisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-
niaga` atau e-commerce,` cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-
niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan
sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-
mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini
www.sesuatu.com.my` bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan
perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah
dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang
mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui
emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positiI dari
aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak
membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan
cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya
emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan
negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di
pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah,
kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan
multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (MicrosoIt Corporation), insan
terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam
membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat
pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa
pembangunan multi media membolehkan Malaysia 'berdiri sama tinggi, dan duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan
antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau
yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan
dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh
diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan
pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam
kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah
jauh lebih murah daripada panggilan teleIon dan jauh lebih pantas daripada
penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik
dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat perseIahaman
dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai
kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi
negatiInya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatiI. Malah
di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih
ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow
Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-
burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku.
Inilah aspek negatiI internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan
generasi muda. Gambar dan bahan pornograIi yang lain mengisi kebanyakan daripada
ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan
sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga
mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka
itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak
dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini
turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari
ini terdedah kepada ancaman negatiI ini. Kewujudan kaIe siber di merata-rata tempat
memburukkan lagi keadaan. KaIe-kaIe ini merupakan pusat perkembangan dan
perkongsian maklumat negatiI di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah
aktiviti-aktiviti negatiI yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan
vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk
boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman
dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk
bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan
kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu
sensitiI tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan
huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan
yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan
rakyat kita. Oleh itu, kesan negatiI multi media yang boleh mengheret rakyat ke
kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa
yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara
kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang
keruh.
Sekian, terima kasih.