Anda di halaman 1dari 1

Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius.

Saban hari kita dikejutkan dengan


berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan
di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di
dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan
diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah. Sikap
golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut,
lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya
tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu
membuang bayi tanpa belas kasihan.
Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam
pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja
dan kurang didikan agama juga merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga
mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka
mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai
contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi
tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang
keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.
Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan
nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung
masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban
yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka
yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga
tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.
Bahagian A (ii): Pemahaman
1. Berikan maksud menjaga tatasusila dalam petikan? [2 markah]
2. Apakah tindakan yang patut dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi? [4
markah]
3. Pelajar sekolah juga antara remaja yang terlibat dalam kes membuang bayi. Pada
pendapat anda mengapakan keadaan ini berlaku? [4 markah]