Anda di halaman 1dari 2

PEMESINAN EDM

EDM bermakna Electrican Discharge Machine atau pun pemesinan discharge elektrik. Ia merupakan satu proses peleburan atau pembuangan zarah-zarah logam dengan tembakan bunga api dari sebatang elektrod khas. Keseluruhan proses ini dijalankan di dalam elektrolisis, di mana elektrolisis ini adalah cecair yang bukan konduktor iaitu seperti petrolium distillate dengan bahan campuran atau pun air suling dan voltan yang digunakan adalah kecil (dari 1 hingga 45 v) manakala arus yang dialir adalah tinggi iaitu di antara 5 hingga 60 Amp atau melebihi. Pada masa sekarang ia digunakan secara meluas terutama pada industri berat, kilang pencetak logam dan plastik acuan.

PRINSIP ASAS PEMESINAN EDM


Dalam proses ini dua konduktor (iaitu elektrod dan bahan kerja) yang hampir bertemu antara satu sama lain melalui media pengalir iaitu bendalir dielektrik. Maka itu ia menghasilkan satu litar arus elekytik yang lengkap. Arus ini mengalir secara berdenyut, iaitu di antara 250 Hz hingga 500000Hz kali dalam satu saat. Pada masa itu pengaliran elektrik berlaku antara elektrod dan bahan kerja. Ini akan menghasilkan bunga api di mana tekanan dan suhu (3000 C) yang tinggi akan berlaku disebabkan itu bahan verja dapat dileburkan atau diionkan. Kelegaan diantara bahan kerja dengan elektrod ialah lebih kurang 2 hingga 5 mikrometer dengan tenaga elektrik yang kecil. Ini hanya untuk memesin kemasan permukaan sahaja tetapi bagi kelegaa 10 mikrometer dengan tenaga elektrik yang besar adalah untuk memesin permukaan yang kasar iaitu membuang atau memesin dengan kuantiti yang banyak. Bagi aliran elektron biasanya bahan verja adalah bercas positif dan elektrod adalah bercas negatif dalam sesuatu litar elektrik. Ia juga boleh diterbalikkan semasa proses memesin. Disebabkan aliran elektron mengalir dari punca negatif ke positif maka itu punca positif akan diionkan iaitu benda kerja dapat dibuangkan. Dalam proses ini dielektrik memainkan peranan yang penting iaitu bendalir tersebut berfungsi sebagai penyejukan bahagian yang di mesin dan mengeluarkan serpihan yang terhasil di antara elektrod dan bahan kerja. Dielektrik adalah sejenis bendalir yang bukan konduktor dan biasa digunakan ialah seperti air suling, petroleum, distillate dengan bahan campuran. Hasil daripada proses peleburan sisa-sisa yang terhasil itu adalah serpihan kecil yang berwarna hitam.

ALATAN KELENGKAPAN
Mesin EDM adalah sebuah mesin kisar tegak dengan sebuah tangki jhasuntuk mengisi bahan elektrolit yang bersegiempat tepat dipasang diatas meja mesin. Meja mesin dapat bergerak disepanjang Paksi x dan Paksi y dengan menggunakan pelaras meja mesin sama adasecara manual atau berautomatik. Alatan kelengkapan yang biasa terdapat pada mesin EDM adalah seperti unit bekalan elektrik , unit hidraulik, spindal, meja mesin, sistem penapis dan tangki simpanan.

FUNGSI KOMPONEN PENTING


Unit bekalan elektrik Ia membekalkan arus elektrik kepada mesin EDM untuk menjalankan kerja melebur bahan kerja. Boleh dibekalkan secara denyut atau terus. Terdapat beberapa isyarat butang untuk mengawal pergerakan mesin EDM. Pengawalan ini adalah seperti frekuensi, ampere, voltan bagi keupayaan mesin dan berdenyut masa. Unit hidraulik spindal Ia mempunyai sebuah spindal yang dipasang secara tegak dan mengawal elektrod pada kedudukan yang betul dan dan menjaga kelegaan di antara elektrod dan bahan kerja. Alatan yang lain yang bolah dipasang pada unit tersebut ialah seperti collet, vee clompo dan pengapit/pemegang elektrod. Meja mesin Benda kerja akan diletakkan pada meja yang dapat bergerak disepanjang Paksi x dan Paksi y dan ini dapat dikawal dengan kaedah manual atau secara berautomatik. Tangki elektrolisis Ia dipasang diatas meja mesin dan biasanya ia boleh menanggung 150 hingga 400 liter cecair elektrolit dimana elektrod dan bahan kerja akan dicelupkan atau dimasukkan dalam cecair semasa proses memesin berlaku. Sistem penapis dan tangki simpanan Dalam sistem penapis ia digunakan untuk menapiskan segala kekotoran atau serpihan sisa-sisa hasil peleburan benda kerja pada bendalir elektrolit yang telah dibersihkan akan ditapis untuk kegunaan seterusnya.