Anda di halaman 1dari 2

|ULASAN| Kondom Bukan Ajaran Islam

Salam,

1- Telah tersebar satu perkara yang menjadi barah dalam masyarakat, tanpa disedari ramai orang,
iaitu berleluasanya penjualan dan penggunaan kondom dalam masyarakat.

2- Hampir di setiap kedai ada menjual kondom, yang akan disarungkan ke kepala zakar (penis),
untuk tujuan melakukan hubungan seks.

3- Ramai pekedai, tanpa mereka sedari, telah bersalah menjual kondom kepada mereka yang tidak
layak seperti remaja, atau orang bujang, atau pasangan zina, atau pasangan homoseks.

4- Bahkan, suami isteri yang halal bersetubuh juga ditegah menggunakan kondom sesuka hati, apatah
lagi untuk seks bebas atau seks luar tabi`i.

5- Muslim meriwayatkan hadis yang cukup indah dalam bab ini:
.'- ~ -= -' _- -' ~-= .' ~ : " '~ '~ " '' : .='
'+-~ --- _- ~' -~ .~= -- '+-~ --- ~`' .='
-~ .~= -- . .' " : '~ '- -= ` . ~-' - '~- . "
Disebutkan tentang pancut luar di sisi Nabi, maka dia berkata: Dan kenapa dengan kamu? Mereka
berkata: Seorang lelaki, dia mempunya seorang isteri yang menyusukan, maka dia menyetubuhinya
dan dia tidak suka dia hamil kerananya. Dan seorang lelaki, dia mempunya seorang hamba, maka
dia menyetubuhinya, dan dia tidak suka dia hamil kerananya. Dia berkata: Maka tidak boleh ke atas
kamu untuk melakukan hal itu. Maka sesungguhnya ia adalah al-qadr (ketentuan) |Muslim/ 1438|

6- Wahai orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, Nabi menyebut bahawa kehamilan
adalah taqdir, maka manusia ditegah untuk mencabut zakar ketika persetubuhan untuk
memancutkan mani di luar rahim, maka mengapakah manusia ingkar dengan ketentuan Allah?

7- Wahai orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, kondom bukanlah untuk digunakan
oleh orang yang percaya kepada taqdir Tuhan, yang takut isterinya terhamil setelah disetubuhi.

8- Wahai orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, kondom bukanlah untuk dijual secara
terbuka kepada remaja, atau orang bujang, atau pasangan zina, atau pasangan homoseks.

9- Wahai peniaga yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, berhentilah menjual kondom yang
menjadi alat zina dan maksiat.

10- Nabi berkata:
---~-' ---' _~ -~`' ~-' ='' -'~+~'
Peniaga yang dipercaya, yang amanah, adalah bersama para Nabi, dan para siddiqin, dan para
syuhada` |At-Tirmizi/ 1209, dan dia berkata: Hasan, kami tidak mengetahunya melainkan dengan
jalan ini|

11- Tidakkah menjual kondom secara berleluasa menggalakkan maksiat dan kemunkaran? Tidakkah
ia melanggar kepercayaan umat dan amanah agama?

12- Tidakkah Kata Allah ini cukup sebagai ingatan?:
' ' - ` _ -
Dan janganlah kamu dekati zina |Al-Isra`: 32|

13- Tidakkah Kata Allah ini cukup untuk membuatkan para peniaga sedar tanggungjawab mereka
mencegah zina dan maksiat?:
' ' - ~ - ~ ' ' + - ' - ' ' - - - ~ --
Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kamu dan keluarga-keluarga kamu daripada api
neraka |At-Tahrim: 6|

14- Tidakkah para penjual kondom mengkhianati agama, dan mengkhianati ayat Allah di atas?
Tidakkah mereka menggalakkan zina dan maksiat?

15- Wahai orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, kondom itu hanya milik anda
jika anda mendapat nasihat daripada doktor pakar yang salih sahaja.


WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd ShariIIuddin
09/10/2011 19:36H
http://ad-diyari.com/

Anda mungkin juga menyukai