Anda di halaman 1dari 1

Pemulihan

Melalui pemerhatian saya semasa melaksanakan PBS tersebut juga saya telah dapat memehatikan aspek bentuk pemulihan yang dilaksanakan oleh guru bagi membantu pelajar yang lemah. Secara keseluruhannya, guru telah berjaya mewujudkan persekitaran yang mesra dan harmoni kepada murid yang memerlukan pemulihan dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid. Hal ini penting untuk meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran asas 3M mereka. Guru tersebut telah memberikan peluang kepada semua murid untuk menjawab soalan yang telah diajukan. Semua murid dilayan secara sama rata dan guru tidak mengamalkan kepimpinan autikratik tetapi sebaliknya mengamalkan konsep kepimpinan demokrasi. Hal ini juga mendorong murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun guru juga akan memberikan yang lebih sedikit kepada murid yang lemah. Mereka akan diletakkan di bahagian hadapan kelas supaya mereka dapat diperhatikan dan menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan guru. Bukan itu sahaja saya juga melihat guru tegas dan bernada serius dalam memberikan arahan. Hal tersebut boleh dilihat melalui nada dan intonasi suara guru yang keras dan mimik muka guru yang seriua. Perlakuan non-verbal ataupun bahaha isyarakat badan tersebut mampu membantu guru memastikan keberkesanan dalam membuat teguran atau tindakan disiplin. Sikap guru yang sentiasa mengawasi bilik darjah juga mematuhi prinsip model ini. Melalui hal tersebut, maka segala tingkah laku murid dapat diperhatikan sepanjang masa. Saya amat bersetuju dengan cara tersebut kerana melalui pemerhatian berpanjangan guru daoat mengambil tindakan serta merta sewaktu sesuatu kelakuan yang tidak diingini berlaku. Contohnya, apabila terdapat seorang murid yang mengganggu rakannya yang sedang membaca buku, maka guru hendaklah menegur perbuatan tersebut secara serta merta. Hal ini mampu menyumbang dalam mengurangkan masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Akhir sekali mengenai

Anda mungkin juga menyukai