Anda di halaman 1dari 3

Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL 10)

Tahun 2010 telah genap usia PMRAM yang ke-80 tahun. 80 tahun PMRAM menaungi anak-anak melayu di perlembahan nil ini. KEKAL disambut dengan meriahnya pada ogos 2010. KEKAL 10 telah dirasmikan oleh Encik Saiful Anuar selaku Kuasa Usaha Sementara Kedutaan pada ketika itu. Peristiwa yang begitu hebat ini menjadikan peristiwa No.1 PMRAM 2010.

Habib Ali Al-Jufri Di Majlis Penutup Kutub Sittah 2010


Kehadiran Maulana Al-Fadhil Syeikh Habib Ali Al-Jufri telah mengejutkan ahli PMRAM pada Majlis tersebut. ulama tersohor timur tengah itu menerima undangan PMRAM sebagai perasmi penutup Kutub Sittah bagi tahun 2010. Majlis yang begitu menerujakan ahli-ahli PMRAM ini menjadikan peristiwa ke-2 paling bersejarah sepanjang 2010.

Pengarah JPMK Menandatangani Surat AC Medik Mesir


Isu Prof.Jamil selaku Pengarah JPMK pada ketika itu telah mengeluarkan surat rasmi berkepala surat Kedutaan Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap penubuhan AC Medik Mesir di Tanta. Selain dari kesalahan format surat jabatan kerajaan, surat tersebut bercanggah dengan pendirian KPT bahawa KPT tidak mengiktiraf mana-mana agensi perubatan yang bertapak di Mesir. Peristiwa ini ditempatkan no.3.

Mahasiswa MAQAZ Tidak Dapat Menduduki Imtihan


Mahasiswa MAQAZ Shoubra yang bersungguh mengulangkaji pelajaran, hadir ke muhadharah bersama sheikh dan akhirnya gagal untuk memasuki peperiksaan disebabkan kelewatan pendaftaran nama-nama pelajar oleh yang diuruskan oleh JPMK. Isu yang hangat ini berakhir dengan cepat apabila isu ini dimainkan di media. Peristiwa no.4

Keputusan Imtihan Qabul Yang Mengejutkan


Pada pertengahan Oktober, PMRAM telah mengeluar statistik keputusan Imtihan Qabul yang djadualkan khusus kepada pelajarpelajar baru bagi pengambilan kemasukan ke Universiti Al-Azhar. Tahun 2010 adalah tahun pertama Imtihan Qabul dijalankan. 350 pelajar gagal dalam peperiksaan tersebut. Kedudukan yang ke-5 dalam peristiwa PRMAM 2010

Konvensyen PMRAM 2010


Pada november 2010. PMRAM dengan kebersamaan BKAN dan DPM telah bersama-sama menjayakan resolusi Konvensyen PMRAM dalam cetusan 3 Resolusi : 1-Menyelaraskan silibus Kursus Pengurusan Islam (KPI) di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 2- Konvensyen DPM kali ke-4 pada tahun 2011 3- Menjayakan draf tindakan bersama secara bersistematik. Semangat kesatuan disegenap peringkat ini melambangkan kebersamaan bersama PMRAM. Peristiwa ini tempat ke-6.

SPR PMRAM Isytihar Pilihanraya Bagi Pemilihan BP 2010


Sejak belasan tahun PMRAM tidak menghadapi pilihanraya bagi pemilihan BP PMRAM. Akhir pilihanraya pernah dibuat ialah awal 1990-an. Tahun 2010 PMRAM menukil sejarah apabila SPR PMRAM menerima lebihan 3 kerusi. Hari yang bersejarah tersebut mendapat perhatian oleh pelbagai pihak di Perlembahan Nil ini. Peristiwa ke-7 sejarah PMRAM tahun 2010.

Pelancaran Skuad Hisbah Bermotor


Disember: Buat pertama kalinya dalam sejarah PMRAM mempunyai Skuad Hisbah Bermotor dalam memastikan agenda amar makruf nahi munkar itu berjalan dengan baik di bumi anbia ini. Skuad ini diketuai oleh Sdr.Jamal Najmuddin selaku Ketua Unit Operasi Hisbah Pusat. Peristiwa yang mendapat perhatian ramai ini menduduki tangga ke-8 antara peristiwa PMRAM yang paling bersejarah tahun 2010.

Al-Wadi Mengharumkan Nama PMRAM


Kumpulan nasyid PMRAM Al-Wadi telah mempersembahkan nyanyian mereka dihadapan tokoh-tokoh kenamaan Al-Azhar pada Majlis sambutan Maal Hijrah 1432 H yang dianjurkan oleh The World Association For AlAzhar Graduates (WAAG). Hubungan yang baik antara WAAG dan PMRAM jelas menunjukkan jalinan yang kukuh di antara 2 institusi yang terbesar ini. Sejarah yang terukir ini menjadikan peristiwa no.9 paling popular.

Bola Sepak Piala Presiden Ke Futsal Piala Presiden


MAC 2010 : Rebutan Piala berprestij di Mesir, Piala Presiden yang telah diadakan di Stadium tertutup Nadi Riadhi. Saban tahun piala ini dijulang di padang bola sepak. Kali ini, PMRAM mencipta sejarah apabila Futsal Piala Presiden menggantikan Bola sepak piala presiden. Tangga Ke-10 peristiwa terhebat PMRAM sepanjang 2010.10

Anda mungkin juga menyukai