Anda di halaman 1dari 7

2.

Adakah relevan seni silat wajib diajar kepada semua pelajar sekolah bagi membentuk
disiplin dan rohani bagi membendung masalah disiplin yang berlaku sekarang?
Bincangkan.
PENDAHULUAN
Pada zaman yang serba yang canggih ini, seni pertahanan tidak lagi menjadi suatu
kegemaran bagi masyarakat pada dewasa ini terutamanya seni Silat. Ini kerana mereka
berpendapat bahawa seni Silat ini tidak lagi relevan bagi mereka. Namun perlu diingatkan
bahawa seni Silat ini bukan sahaja mengajar tentang seni mempertahankan diri tetapi turut
terselit unsur nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati orang lebih tua daripada kita dan
keagamaan. Oleh sebab itulah sering terjadinya pelbagai masalah disiplin disekolah seperti buli,
ponteng sekolah dan pergaulan bebas sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini
kerana, para pelajar tidak lagi menjadikan agama dan adat-adat resam sebagai masyarakat yang
bertamadun dan sering bertuhankan hawa naIsu. Bagi mereka hiburan adalah nombor satu dan
keagamaan tidak lagi menjadi petunjuk. Inilah berlaku pada zaman sekarang. Oleh hal yang
demikian, salah satu cara bagi mengekang masalah disiplin pelajar pada masa kini adalah dengan
merelevakan seni silat dalam diri pelajar agar dapat membentuk sahsiah dan rohani ke arah hidup
yang lebih baik dan sejahtera.
LANGKAH-LANGKAH
Memandangkan masalah disiplin seperti kes buli dan peras ugut yang semakin
meningkat saban tahun, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab atau persatuan yang
bertujuan untuk pertahanan diri, contohnya seperti silat dan taekwando. Persatuan yang
ditubuhkan ini mampu membantu pelajar mempelajari teknik-teknik untuk mempertahankan diri
daripada serangan musuh. Secara langsung membolehkan seseorang pelajar itu menjadi lebih
berani dan yakin untuk berdepan dengan musuh. Pelbagai teknik-teknik yang akan didedahkan
kepada pelajar, misalnya seperti gaya melawan musuh, teknik menggunakan senjata, teknik
mengelak serangan musuh dan sebagainya. Disamping itu, dengan mempelajari silat juga
mempunyai tujuan penting lain seperti mendidik pelajar patuh kepada arahan, berdisiplin serta
menghormati orang lain. Secara tidak langsung, pelajar akan menjadi lebih berdisiplin, sentiasa
menghormati orang lain, tidak menyusahkan hidup orang lain dengan melakukan kesalahan dan
juga tidak melanggar peraturan-peraturan yang ada di sekolah.
Selain itu, dari aspek manIaat, masa mereka akan dihabiskan dengan aktiviti yang
berIaedah di samping mereka dapat memperolehi manIaat daripada ilmu persilatan yang
dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Misalnya teknik-teknik persilatan yang diajar oleh
guru silat di sekolah akan membolehkan mereka mengetahui serta mendalami ilmu yang baru
yang secara jelasya tidak dapat mereka perolehi di luar atau melalui aktiviti mereka yang tidak
bermoral. Apabila pelajar menyertai program dan aktiviti kokurikulum seperti silat, mereka tiada
masa untuk melakukan perkara-perkara negatiI yang menyunbang kepada keruntuhan sosial
masyarakat. Hal ini juga bukan sahaja dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan
remaja malahan akan turut memberikan sedikit ilmu kepada pelajar yang boleh mereka
aplikasikan sekiranya diperlukan. Di samping itu, ilmu persilatan yang diberikan kepada pelajar
melalui penubuhan uniIorm silat ini juga dapat mengekalkan warisan tradisional masyarakat
dahulu dan sekiranya pendekatan ini di ambil oleh seorang guru silat, bukan gejala sosial sahaja
dapat dihapuskan malah harta peninggalan yang tidak bernilai sejak bergenarasi khusus bagi
orang Melayu ini dapat diteruskan.
Disamping itu, silat mempunyai beberapa amalan yang harus diamalkan. Pantang larang
yang dimaksudkan adalah merangkumi pantang larang luaran atau Iizikal dan juga pantang
larang dalaman ataupun kebatinan seperti kerohanian. Pantang larang ini sememangnya cukup
sukar dijaga dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam mengamalkannya. Oleh itu,
secara langsung tahap kesabaran ini akan dapat membentuk dan menyemai sedikit demi sedikit
disiplin di dalam diri individu dan dapat menghindarkan pelajar daripada melakukan perkara
negatiI. Tahap disiplin yang dimiliki adalah bergerak seiring dengan tahap kesabaran dan
nyatalah dalam usaha untuk menjaga kepentingan ilmu persilatan yang diamalkan, jiwa naluri
insan akan juga turut dilatih dengan aspek-aspek disiplin dan sekaligus insan yang berdisiplin
akan dapat dibentuk. Maka, hasrat kita untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin rohani dan
Iizikal akan dapat direalisasikan.
Dari aspek kekeluargaan pula, silat dapat membina insan yang taat kepada ibu bapa dan
perintah tuhan serta berdisiplin di kalangan pelajar sekolah. Di dalam ilmu persilatan, imej atau
keterampilan pesilat adalah dititikberatkan. Ini adalah bertujuan bagi melahirkan insan yang
kelihatan bersih, kemas dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi dari sudut pandangan luar.
Penampilan pula akan mencerminkan keperibadian seseorang itu. Dalam erti kata lain, siIat
luaran seseorang itu adalah salah satu petunjuk kepada siIat dalaman seseorang individu. Imej
baik yang dipaparkan akan dapat membantu setiap individu itu agar sentiasa berdisiplin bagi
menjaga nama baik dirinya serta nama baik keluarga dan juga seni persilatan yang diikutinya
seterusnya dipandang baik oleh masyarakat. Hasilnya, penerimaan orang ramai terhadap seni
silat akan terus meningkat.
Akan tetapi, terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka
mempelajari ilmu persilatan ini. Fahaman sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-
anak mereka menyertai dan mepelajari seni mempertahankan diri kerana bimbang anak-anak
mereka terlibat dalam aktiviti atau gejala buli haruslah dikikis sama sekali kerana seni
mempertahankan diri sangat bermanIaat kepada anak-anak mereka sebagai satu benteng
mempertahankan diri dari diserang.Ibu bapa harus Iaham bahawa setiap seni mempertahankan
diri bukan sahaja mengajar bagaimana untuk mempertahankan diri dari serangan dan membalas
serangan, tetapi elemen seperti tatasusila, adab sopan, moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada
diterapkan oleh guru yang mengajar agar pelatih bukan sahaja mahir dalam seni
mempertahankan diri bahkan mereka juga tahu membezakan yang mana baik dan yang mana
buruk dan memanIaatkan apa yang mereka pelajari. Hal ini memerlukan pengamatan oleh semua
ibu bapa untuk terus menyokong pengenalan silat kepada anak anak mereka di sekolah.
Sementara itu, ramai yang tidak mengetahui bahawa silat boleh juga dianggap sebagai
salah satu senaman. Jika disebut akan senaman, pastinya sudah ramai yang mengetahui akan
kebaikannya kepada tubuh manusia. Silat menjadi satu elimen yang menyihatkan badan dan
pelajar dapat menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan kehidupan yang selalu bersenam
apabila sentiasa berlatih dan mempraktikkan teknik-teknik yang telah dipelajari. Melalui
gerakan-gerakan yang dipelajari dalam seni mempertahankan diri, otot-otot yang ada pada tubuh
badan pelajar menjadi kuat dan ini menjadikan pelajar seorang cergas dan cerdas dalam
pembelajaran. Hasilnya, Iaedahnya akan dapat dirasai oleh pelajar jika memiliki seimbang dari
segi rohani dan jasmaninya.
Kemahiran melakukan sesuatu tindakan yang pantas dan cekap juga dapat dipelajari
dalam seni silat ini. Contohnya ketika menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas
diri mereka. Melalui pemahaman dan mempelajari seni mempertahankan diri, secara tidak
langsung ia meningkatkan kepekaan dan lebih berwaspada pada persekitaran di sekeliling
mereka. Bagi golongan wanita pula, mereka sering kali menjadi mangsa bagi penjenayah.
Dengan mempelajari seni mempertahankan diri, ia mampu meningkatkan daya ketahanan Iizikal
mahupun mental disamping meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang
mencemaskan dan membahayakan keselamatan diri. Apabila terjadi sesuatu kejadian yang tidak
diingini, mereka yang dilengkapi seni mempertahankan diri mampu berIikir dengan tenang dan
menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana. Dan apa yang paling penting adalah bagaimana
untuk mempertahankan diri jika berada dalam situasi berkenaan dan cara untuk keluar dari
keadaan tersebut boleh dicapai dengan mempelajari silat.
Dari segi pengamatan terhadap agama, para pelajar dapat terus mempelajarinya kerana
penghayatan agama juga diterapkan dalam ilmu persilatan. Hal ini dapat dilihat semasa pesilat
turun untuk memulakan latihan dan juga selepas selesai menjalani latihan. Dalam silat Serimau
Hitam contohnya, sebelum dan selepas memulakan latihan, para pesilat terlebih dahulu
dikehendaki untuk melakukan tawaI iaitu dengan berselawat ke atas Rasullullah dan membaca
ayat suci Al-Quran. Perkara ini menegaskan silat amat mementingkan aspek atau nilai-nilai
keagamaan dan ini sekaligus dapat membentuk diri setiap pesilat untuk mendekati agama atau
dalam erti kata yang lain ialah mentaati Allah. Apabila pelajar merasakan kekuatan agama itu
ada pada mereka, mereka tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama
bahkan mereka pula yang akan menegah sesuatu perkara mungkar daripada berlaku. Maka
hasrat untuk melahirkan pelajar yang berjaya dari segi emosi dan Iizikal akan berjaya yang akan
memberi keuntungan kepada agama, bangsa, dan negara. Kita juga telah sedia maklum bahawa
antara salah satu pegangan ilmu persilatan ialah ilmu persilatan itu tidak boleh diajar untuk
menjadi terlalu berani sehingga seseorang itu hilang hormat kepada ibu bapa, ahli keluarga, guru
dan lain-lain. Dengan itu, pelajar yang mempelajari silat tidak mudah untuk membuli dan
memeras ugut orang lain kerana mereka akan mengetahui baik atau buruk Iaedahnya. Fokus
kepada matlamat ini secara jelas telah menerangkan yang ilmu persilatan akan sentiasa menjaga
hubungan dengan ibu bapa sehinggakan ilmu itu tidak akan diwarisi sekiranya pesilat
mempunyai matlamat yang negatiI. Dalam aspek untuk menjaga hubungan pelajar dengan ahli
keluarga, terutamanya mentaati ibu bapa, ilmu persilatan juga mampu memainkan peranan yang
sewajarnya. Dalam mengikuti ilmu persilatan, pelajar akan dilatih untuk tidak menderhaka
kepada guru silat. Penerapan sikap ini sememangnya dapat memainkan manIaat kepada diri
pesilat di mana sikap taat ini akan kekal disematkan di dalam sanubari. Oleh itu, pelajar tidak
akan cuba ponteng kelas atau sekolah kerana mereka akan menganggap apabila mereka ponteng
kelas, mereka telah menipu diri sendiri dan kedua-dua ibu bapa mereka yang seterusnya
menyebabkan mereka akan merasa hilang ketaatan dan hormat kepada ibu bapa mereka. Sikap
yang telah disematkan ini akan terbawa-bawa atau akan menjadi kebiasaan dan seterusnya akan
menjadi amalan sehingga ke rumah.
Selain memberi Iokus kepada silat, Kempen kesedaran amat penting dilakukan kepada
pelajar untuk menangani isu-isu seperti buli, ponteng dan peras ugut dalam kalangan pelajar
kerana mereka ini masih lagi di peringkat pembelajaran dan masih belum terlambat untuk
mentarbiahkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini. Kempen
kesedaran tentang kepentingan mempelajari pertahanan diri boleh dilaksanakan terhadap pelajar
untuk membolehkan mereka mempertahankan diri kelak daripada ancaman musuh.Mereka harus
mempunyai keyakinan untuk melawan musuh supaya musuh tidak berani menindas mereka
lagi.Oleh sebab itu, kempen untuk menarik minat pelajar terhadap ilmu persilatan amat perlu
bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak mempunyai sebarang kemahiran mengenai ilmu
mempertahankan diri menceburi bidang ilmu persilatan ini.Hal ini penting untuk menjamin
keselamatan diri mereka pada masa akan datang kerana malang tidak berbau.Bagi pelajar yang
suka ponteng pula, guru perlu menyarankan mereka mengikuti kempen kesedaran mengenai
keburukan kegiatan ponteng. Kempen ini penting untuk membolehkan pelajar menyedari
kesilapan mereka dan cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai kejayaan
dalam hidup.Tambahan lagi, pelajar- pelajar lain juga boleh mengikuti kempen tersebut untuk
menyedarkan mereka tentang kesan ponteng supaya mereka tidak terlibat dalam kegiatan buruk
tersebut. Hal ini perlu untuk mengelakkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya
dapat membanggakan ibu bapa dan guru dengan pencapaian mereka yang cemerlang dalam
peperiksaan. Antara sebab pelajar suka ponteng adalah seperti pengaruh persekitaran, rakan
sebaya, budaya lepak dan kerana keseronokan hidup di alaI yang serba moden telah menjadikan
pelajar malas untuk belajar sedangkan semua kemudahan telah tersedia. Dengan adanya ilmu
persilatan dalam diri seseorang, maka masalah tersebut akan pasti terhapus kerana penerapan
tentang ilmu keduniaan dalam silat turut ditekankan.
Selain itu, sesi kaunseling haruslah sentiasa diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah
supaya kita dapat membimbing mereka ke arah yang betul dan seorang yang mempunyai sahsiah
tinggi serta berketerampilan yang akhirnya dapat menjauhkan diri mereka daripada kegiatan
yang tidak bermoral seterusnya mengurangkan masalah seperti ponteng,peras ugut dan buli
dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, apabila adanya seseorang yang sentiasa
mendekati pelajar, mereka biasanya mendengar nasihat orang yang rapat dengan mereka. Oleh
itu, program mentor-mentee di sekolah amat berguna kepada pelajar itu sendiri dan kepada
sekolah. Dengan itu, segala gerak geri pelajar dapat diperhatikan oleh guru yang menjadi mentor
kepada pelajar mereka. Perjumpaan-perjumpaan yang diadakan dalam program ini biasanya
mentor akan memberikan nasihat kepada pelajar mereka. Perjumpaan-perjumpaan yang
dilakukan juga untuk mengeratkan silaturrahim dan mencari kepastianserta mengenalpasti sebab
mereka melakukan kegiatan yang tida bermoral tersebut kerana kebanyakan mereka mempunyai
sebab yang tersendiri.Oleh sebab itu, sesi kaunseling atau motivasi perlu dilaksanakan untuk
membantu guru cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat dan seterusnya cuba menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelajar.Pendekatan ini lebih berkesan dalam menangani masalah
tersebut kerana pelajar lebih mudah untuk meluahkan tentang isi hati yang telah dipendam oleh
mereka kerana kadangkala terdapat ibu bapa yang terlalu sibuk untuk meluangkan masa dengan
anak-anak.Hal ini menyebabkan mereka memerlukan seseorang bagi dijadikan tempat untuk
berkongsi masalah selain ibu bapa mereka.Justeru, guru perlu memanIaatkan hal ini untuk
membolehkan mereka membantu pelajar mereka yang mengalami masalah peribadi sehingga
menyebabkan mereka terjebak dengan masalah seperti buli, peras ugut dan ponteng.Tambahan
lagi, sesi kaunseling atau motivasi ini juga dapat memberikan semangat baru untuk pelajar
berubah dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran
mereka.






KESIMPULAN
Kesimpulannya, dunia yang maju pada hari ini telah memberi pelbagai kesan khususnya
kepada para pelajar sekolah. Oleh itu, pengenalan silat mampu Pelajar yang berdisiplin tinggi
dapat menjaminketenteraman dalam kelas dan mewujudakan suasana harmoni di sekolah. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Sebarang masalah
yang wujud semasa mengawal kelas hendaklah diselesaikan dengan cara mengenal pasti punca
masalah di sampingmengenali latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan
yang diambil akan memberi pengajaran kepada pelajar. Justeru itu, pengenalan silat kepada
pelajar sekolah haruslah disokong oleh semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai