Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN PERISIAN DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

OLEH

BAYREI ASRIN
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak.
31 Januari 2008

PENGENALAN

Pada peringkat awal kanak-kanak, pengalaman mereka mampu mempengaruhi pembelajaran


serta perkembangan mereka dan proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu,
penyediaan pengalaman awal kanak-kanak adalah penting dan mereka memerlukan
pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat
memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Selain itu, kita juga perlu mempertimbangkan
kemampuan, keupayaan, kebolehan serta kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan
mereka. Berhubung dengan perkara ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2003), bahagian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia menyarankan bahawa salah satu daripada
pendekatan yang harus digunakan di Prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
pendekatan penggunaan ICT atau pun TMK (Teknologi maklumat dan komunikasi) dan
termasuklah pengintegrasian komputer dalam prasekolah.

ICT dalam Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk membantu dalam pencarian maklumat dan
ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecekapan dalam proses dan keberkesanan P&P. Dalam
kurikulum prasekolah kebangsaan juga telah dinyatakan bahawa penggunaan komputer adalah
untuk memperolehi maklumat, berinteraksi dengan rakan sebaya dan memperkayakan
pengalaman pembelajaran. Kementerian Pelajaran juga telah berusaha untuk menjayakan
rancangan ini dengan membekalkan kelas prasekolah dengan sistem komputer dan perisian untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar prasekolah (Lim Keat Heng, 2007).

PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sama seperti pengenalan sistem baru dalam kurikulum pembelajaran di sekolah sama ada
sekolah rendah atau pun sekolah menengah, Penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidkan
Awal kanak-kanak juga, pada mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik.
Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di negara barat, para ahli pendidik di situ
juga bimbang bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-
kanak. Namun begitu, penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya
agak perlahan. Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak
kira di mana juga. Guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk mencari
bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di sekolah. Terdapat
banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada guru-guru prasekolah.

Penggunaan bahan ICT agak terkenal di Negara-negara barat dan kebiasaannya aktiviti seperti
nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian
yang sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya, Radio Disney Music Mix Studio dimana mereka
boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagai alat muzik menggunakan
perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School
Bus:whale and dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah. Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan
pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka
dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic
Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains untuk kanak-
kanak (Doris Bergen,2001).
KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan
bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistem
yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI namun
kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di
prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk
mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak
ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting
dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat
membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi
maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat
membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar ain dari luar negara melalui
perkhidmatan internet. Selain itu, mereka juga dpat membuat projek kelas menggunakan
komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun
berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain
itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Selain itu, ICT juga dapat
meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat
meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran
melalui “peer group” yang lebih bersifat global. Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar
mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa
sesi pembelajaran.

ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan
kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya
adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan
pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti
yang lebih mencabar minda. Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang
menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa
depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi
peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan
mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu dapat memberi
peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan
murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Walaupun terdapat
pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan
komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar
walaupun lemah dan melatih mereka kearah pembelajaran individu. Selain itu juga, dengan
adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta
mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

ISU YANG DIKEMUKAKAN


• Keburukan Internet Kepada Kanak-Kanak
Berdasarkan kajian dan contoh dari negara maju, internet amat membantu pelajar tidak mengira
peringkat umur namun masih terdapat kebimbangan dikalangan para pendidik dan ibu bapa
dimana penggunaan internet hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak jika
tidak dikawal. Penggunaan internet tanpa kawalan hanya akan mendatangkan kesan buruk tanpa
batas dan termasuklah berborak tanpa tujuan. Penggunaan ICT yang tidak dirancang hanya akan
mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT
yang lebih produktif dan berkesan dan seterusnya menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan
ICT serta mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar sesuatu bidang
ilmu.

Pada masa kini, pelbagai kaedah telah dibuat bagi mengelakkan masalah yang disebabkan dari
internet namun perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat
masih berlaku. Pihak yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak juga
terdedah kepada gejala negatif internet seperti pornografi dan sebagainya (Berita Harian, March
1999).
• Keburukan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Ahli-ahli pendidik di Negara barat merasakan perkara yang sama di mana mereka bimbang sejak
komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di sana bahawa penggunaannya boleh
mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Salah satu suara kritik yang lantang
datang dari satu organisasi di Amerika yang memanggil diri mereka, the Alliance for Childhood.
Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh the Alliance, bertajuk, Fool’s Gold: A critical look at
computers in Childhood (Cordes & Miller, 1999) melaporkan kebimbangan seperti risiko
kesihatan, menjejaskan kreativiti melalui aktiviti “drill and practice”, mengambil masa yang
sepatutnya digunakan untuk aktiviti bermain yang lebih membina.

Kerisauan yang sama juga diutarakan oleh Children and Computer Technology (2000), terbitan
jurnal, The Future of Children. Kedua-duanya mengeluarkan pernyataan bahawa penggunaan
komputer akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak kerana ia menggantikan masa yang
kanak-kanak boleh menggunakannya untuk melaksanakan akiviti-aktiviti yang lebih membina
dan bermakna seperti bermain dengan bongkah, air, pasir, meneroka dengan alat dan bahan
menulis dan melukis serta peralatan permainan dramatic (Lim Keat Heng, 2007)

Jean Healy (1998), pengarang buku, Failure to Connect, juga berpendapat bahawa pelajar
prasekolah tidak sesuai menggunakan peralatan komputer. “ I now think age 7 is a reasonable
age to think about it. Some experts say 11. I believe preschoolers and kindergarteners have no
business playing with these machines” (How computers affect our children’s minds? Technos, 8,
(Winter, 1999) 13-19 (Lim Keat Heng, 2007).

PENYELESAIAN ISU
• Pemilihan Program Dalam Internet

Masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat
banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulan mempunyai kemahiran
mengendali peralatan ICT seperti komputer srta cara mengakses internet yang betul dan selamat.
Guru juga haruslah memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT
dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti
benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara
bidan terjun.

Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur
kanak-kanak tersebut agar kesan negative dapat dielakkan. Masalah jenayah internet banyak
disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini.
Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak
merebak dikalangan kanak-kanak. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi,
Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada
kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang
menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang (Berita
Harian, March 1999).

• Perancangan Yang Teratur

Antara perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di dalam
kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia dan
memastikan tiada masalah semasa pelajar menjalankan aktiviti. Selain itu juga, guru harus
menentuan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan
atau individu serta waktu penggunaan sama ada penggunaan di dalam atau di luar waktu
persekolahan. Selain itu juga, guru harus membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti
komputer dan perisian yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru juga perlu membuat aktiviti
yangmenyeronokkan dan mampu mnarik perhatian dan minat kanak-kanak pada pnggunaan
internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan produk software untuk kanak-kanak
menumpukan dalam mencari cari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas (Doris
Bergen, 2001).

CADANGAN PENULIS
Sebagai seorang guru haruslah peka kepada kemajuan dan pemodenan global. Oleh itu mereka
seharusnya tidak membiarkan pelajar mereka ketinggalan dalam arus pemodenan dan komputer
merupakan satu komponen yang penting dalam memastikan pelajar tidak ketinggalan dengan
semua itu dan perlu diwujudkan di kelas prasekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti prasekolah lain
yang membina dan bermakna seperti seni, main air, main pasir, muzik dan gerakan, penerokaan
di luar, main peranan dan aktiviti bahasa dan literasi merupakan perkara yang peting dalam
membangunkan perkembangan JERIS kanak-kanak namun ICT juga harus dimasukkan agar
dapat diintegrasikan dengan komponen-komponen tersebut agar dapat saling melengkapi. ICT
perlu diperkenalkan di peringkat prasekolah lagi dan digunakan dengan luas agar diperingkat
yang tinggi, pelajar-pelajar tidak akan menghadapi masalah yang besar semasa mempelajarinya
kerana mereka sudah didedahkan diperingkat prasekolah lagi.

Peralatan seperti komputer seharusnya juga perlu disediakan dirumah namun tidak semua
keluarga mampu memiliki sebiji komputer dirumah kerana ianya bergantung kepada kemampuan
keluarga tersebut. Justeru itu, pengalaman awal dengan komputer perlu bimbingan orang dewasa
yakni guru prasekolah. Untuk permulaan, guru prasekolah perlu mengajar kanak-kanak
bahagian-bahagia komputer, kemahiran asas menggunakan tetikus sebelum menggunakan papan
kekunci.

Guru prasekolah juga bertanggungjawab dalam mengintegrasikan penggunaan komputer dalam


proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian yang bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih bahan ICT yang
digunakan dalam p&p. Guru boleh menggunakan “freeware” yang developmentally appropriate
untuk melengkapi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah dan
menjadikan pengalaman belajar kanak-kanak prasekolah lebih seronok dan bermakna lagi (Doris
Bergen, 2001).

KESIMPULAN
Sebagai guru prasekolah, adalah penting untuk mengetahui keperluan pelajar-pelajar mereka.
Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang
terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan
individu kanak-kanak tersebut. Guru kepada kanak-kanak pada peringkat awal juga perlu lebih
kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan
dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut
keperluan kanak-kanak tersebut. Penggunaan ICT merupakan salah satu cara untuk membantu
guru untuk mengembangkan komponen-komponen kanak-kanak seperti kreativiti dan juga
komponen lain ke tahap maksimum.

Penggunaan komputer atau bahan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan
masa kini bagi melahirkan generasi yang celik komputer. Seiring dengan itu, penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah disamping pendekatan “Belajar melalui
bermain”, “Bertema’ dan “Bersepadu”. Namun begitu, pendekatan ICT dan penggunaan
komputer masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan dan sebagai guru prasekolah,
kita perlu berusaha untuk mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan lagi pendekatan
ini supaya kanak-kanak prasekolah akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya.
Komputer juga mampu membantu kanak-kanak uantuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari
luar neara serta memperolehi maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi
kepentingannya dalam kehidupan kita. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab ini untuk
meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan
kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru.
BIBLIOGRAFI

Lim Keat Heng, (2007). Komputer Dalam Pendidikan Prasekolah. Diperolehi Januari 15, 2008
daripada http://www.geocities.com/seminarpra07/KertasPenuh/Komputer
Dalam_Pendidikan_ Prasekolah _Satu_Pandangan.pdf

Dennis Rowen (2005, Febuari ) The write motivation. Learning And Leading With Technology,
Vol 32, No 5. 22-23

Antara kebaikan dan keburukan Internet (1999) pada Januari 15, 2008 daripada
http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1999/bh99309.

Doris Bergen (2001, March). Learning In The Robotic World : Active Or Reactive. Childhood
Education. 249-250

Doris Bergen (2001, Febuari) Technology In The Classroom. Childhood Education. Vol 77, No
4. 251-252

Jeremy Sugden (1997, April). Help From Internet. Childhood Education. 69