Anda di halaman 1dari 1

Cara menggunakan Produk Herbalife

Nie plan cara nak guna produk ini, minggu pertama perlu 2 shakes dan 1 hidangan seimbang
sama ada lunch atau dinner, tapi paling baik lunch supaya mudah dihadamkan berbanding
dinner.Air memang dititikberatkan dalam program ini kerana kepentingan air amatlah tinggi
untuk metabolisme dan juga untuk membuang toksin daripada badan.Air perlu sekurang-
kurangnya 3 liter satu hari, tapi tak leh minum terus 3 litre sekali teguk.. nanti terperanjat buah
pinggang!... so kenalah slow slow amik secawan secawan sikit sikit dari pagi sampai ker
setengah jam sebelum tidur... cuma jangan banyak sangat time malam nanti kerap ke toilet tak
lena tidor pulak.Minggu pertama cuma pakai Formula 1, dan juga 3-5 kali tea mix.Tea yang
pertama adalah pada awal pagi, untuk boost metabolime.. so tak derlah pagi letih nak bangun..
kalau yang ada gastrik, amiklah sekeping biskut buat alas.. ingat yer sekeping jer jangan kebas
sekotak pulak heheh..Shakes tue 2 scoops Formula 1 ditambah dengan air soya ataupun jus yang
asli.. jangan pakai jus kotak sebab kandungan gulanya tinggi..

Minggu kedua dan seterusnya pulak kita tambah Formula 3, kali ini nak tumpukan pembinaan
muscle...so dalam shake tersebut boleh tambah 2-3 scoops untuk lelaki, 1-2 scoops untuk
wanita.Teruskan program ini sampai dah dapat ideal weight yang dikehendaki.Dan kalau tetiba
rasa lapar paling selamat amik jer scoop tambahan dan juga tambahan shakes.. lebih baik
banding mengunyah makanan snek yang sememangnya tinggi kalori, garam dan lemak.

Kemudian lepas dah sampai target, boleh nak maintankan dengan mengambil satu shakes sahaja
sehari.. teh pun boleh dikurangkan...dan beransur ansur kembali kepada pemakanan normal yang
lebih balance banding sebelum menggunakan herbaliIe.