Anda di halaman 1dari 3

Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan

yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai
pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang
dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan Iikiran
apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga .
(Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam
Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Pengenalan:
Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatiI dan daya
estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program
nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon
kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapat
menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang
meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan Iizikal. Swanwick K and Talor
D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial
dan merenggangkan emosi yang tegang.
Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat
Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat terangsang kepada
bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa
selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-
asas dalam pendidikan muzik.
Kenapa pendidikan muzik
Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatiI. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja
hanya berkebolehan melahirkan Iikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan
melahirkan
perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut,
kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraI serta muzik. Jika
diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk
menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan
pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab
guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak
prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih
terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak
mengikut rentak dan alunan muzik
1. Muzik dapat membantu kesan yang positiI kepada perkembangan kanak-
kanak.
- Perkembangan kemahiran kognitiI seperti peningkatan minda dan
boleh memberi sebab.
- Boleh memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan
deria motor kanak-kanak
- Kajian menyatakan kanak-kanak yang aktiI/ terlibata secara langsung
dalam muzik akan dapat:
o

Membaca dan mathematik dengan baik apabila mula memasuki


alam persekolahan.
o
Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor.
o
Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang
tinggi.
2. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan
- Dengan menikmati muzik bersama rakan kanak-kanak akan
mempunyai siIat kepunyaan terhadap kumpulannya.
- Kanak-kanak akan hilang siIat malu apabila bersama dalam kumpulan.
3. Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.
- Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa
seronok apabila belajar muzik
DeIinisi Muzik
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang
mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan
persetujuan tentang deIinisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik
adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari
persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut
estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan
sesuatu budaya tertentu.
Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan
bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh dideIinisikan sebagai muzik juga.

Anda mungkin juga menyukai