Anda di halaman 1dari 8

Cerita di dalam Wayang Kulit Kelantan

Dalam Wayang Kulit Kelantan,persembahan cerita adalah aspek penting dan diberikan penekanan.Di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan Berjamu, persembahan dibahagikan kepada dua, iaitu persembahan cerita biasa dan persembahan cerita yang dikhaskan iaitu episod Betara Kala dan episod Wak Perang Hutan dan episod Dalan Muda. Terdapat empat pembahagian cerita di dalam Wayang Kulit Kelantan. Pertama adalah cerita Pokok atau cerita utama iaitu cerita Maharaja Wana.Cerita tersebut berdasarkan Hikayat Seri Rama.Terdapat dua pulu sembilan episode dalam cerita Maharaja Wana yang bermula dari Penaklukan dati Kuacha hingga Seri Rama mengalahkan Rawana. Klafikasi kedua adalah cerita Ranting yang dibahagikan kepada empat jenis iaitu yang pertama adalah Cerita Ranting Utama iaitu episodnya terdapat di dalam Cerita Pokok.Episod dalam cerita tersebut akan terkeluar daripada cerita pokok dan kemudian disambungkan semula kepada Cerita Pokok.Watak-watak yang terlibat di dalam episod tersebut akhirnya menjadi sebahagian dari watak-watak di dalam cerita pokok.Contohnya Cerita Ranting Utama ialah Cerita Anak Amok dan Kematian Raja Bali,iaitu di dalam episod ke empat belas Cerita Maharaja Wana. Kedua episode yang terdapat di dalam cerita pokok tetapi tidak terdapat di dalam Hikayat Seri Rama.Episod tersebut adalah Kewujudan Pak Dogol dan Wak Long dalam episod sembilan Ceritan Seri Maharaja Wana.Kemunculan watak Pak Dogaol dan Wak

Long diperkenalkan oleh dalang Yaakob,yang diwatakkan sebagai Semar dan Turas dalam Wayang Jawa.(Wayang Melayu)

Ketiganya cerita ranting diadaptasikan daripada cerita-cerita Panji yang terdapat dalam Wayang Jawa.Plot dan struktur cerita adalah cerita Panji tetapi diubah suai dan disesuaikan dengan watak-watak yang terdapat dalam cerita Pokok. Contoh-contoh cerita ini adalah Ken Ketambunan,Kerak Nasi dan Kera Mas.Cerita Seri Rama Nitis adalah adaptasi daripada cerita Pendawa dan disesuaikan dengan watak Seri Rama. Keempatnya adalah Cerita Ranting Khas.Cerita ini dipersembahkan dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan Berjamu.Cerita-cerita tersebut masi berhubung kait dengan Seri Rama, Sita Dewi dan watak-watak lain dalam cerita pokok. Contoh cerita tersebut ialah Episod Wak Perang Hutan,Episod Betara Kala dan Cerita Kosi Serawi dan ia juga adalah rendangan kepada cerita pokok. Klafikasi ketiga ialah cerita Tanggam. Watak-watak dalam cerita Tanggam meminjam watak-watak di dalam Cerita Pokok. Cerita ini merupakan generasi kedua cerita pokok dan ranting.Cerita ini selalunya berkisar tentang anak beranak Seri Rama dan Kumpulan Pengasuh.Kebanyakkan cerita Tanggam tidak lagi meletakkan Seri Rama sebagai watak utama,sebaliknya meletakkan watak-watak yang lain seperti Hanuman, Laksamana, dan Pengasuh sebagai watak utama. Plot Cerita Tanggam lebih bebas tetapi masih bersendikan watak-watak Cerita Pokok. Sebagai contoh, Cerita lima Pahlawan ialah cerita yang banyak menggunakan watak di dalam Cerita Pokok tetapi Hanuman menjadi watak utama.Cerita-cerita lain seperti Radin Lak Juna dan Radin Lak Pelembang

mengisahkan tentang dua orang anak Seri Rama. Cerita Bunga Ardani Bunga Ardano mengisahkan watak pengasuh Said, menjadi watak utama. Dalam konteks persembahan Wayang Kulit Kelantan biasa, Cerita Tangggam adalah lebih popular kalau dibandingkan dengan cerita pokok. Cerita jenis ini banyak di persembahkan untuk tujuan komersial. Dalang mempunyai kebebasan untuk mencipta cerita-cerita baru dan kebanyakkan cerita baru muncul adalah kategori Cerita Tanggam.Semasa mempersembahkan Cerita Tanggam, dalang akan memilih cerita yang sesuai dengan selera penduduk setempat. Sebagai contoh, kebanyakkan cerita yang berkisar tentang ketidakadilan, perebutan tanah dan tempat tinggal diminati oleh penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman. Penonton yang tinggal di persisiran pantai pula meminati cerita-cerita Hanuman. Mereka tidak suka jika dalang memainkan cerita Hanuman dan Hanuman kalah dengan lawanya. Penduduk di kawasan Bandar pula sukakan cerita mengenai percintaan. Klasifikasi keempat adalah cerita Saduran iaitu cerita-cerita yang diambil daripada cerita lain dan tidak ada kena mengena dengan cerita Seri Rama.Contoh ceritacerita tersebut adalah Cerita Pendawa Lima,Cerita rakyat seperti Yatim Berendap, Yatim Mustafa, Batu Belah Batu Bertangkup dan juga cerita yang di ambil daripada hikayat seperti Hikayat Indera Bangsawan, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Saiful Lizan. Erita Saduran ini kurang popular di kalangan penonton. Para penonton lebih meminati cerita Tanggam. Patung yang ada kurang sesuai dengan cerita. Ada sesetengah dalang meminjam patung yang sudah berwatak dalam Wayang Kulit Kelantan dan cuba disesuaikan dengan Cerita Saduran.Walaupun dalang mencipta patung baru, penonton

masih sukar untuk menerimanya kerana mereka telah serasi dengan watak dan cerita mengenai diri Seri Rama dan Rakyatnya.

Bahasa

Bahasa yang digunakan di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan adalah dialek Kelantan Patani. Di Perak ketika wayang kulit pernah dimainkan di sana, mereka juga menggunakkan dialek yang sama kerana dalang yang bergiat adalah pendatang dari Pattani.Di Terangganu, walaupun watak-watak lawak menggunakan dialek Terangganu, tetapi watak-watak bangsawan menggunakan dialek KElantan Pattani.Bahasa wayang kulit adalah berbeza dengan bahasa harian. Hal ini disebabkan cerita yang digunakan adala cerita lama.Watak-watak yang wujud haruslah dibezakan mengikut kelompok dan mempunyai kualiti suara yang berbeza. Contohnya, watak-watak bangsawan daripada kelompok halus harus bercakap sebagai mana keendak watak. Kelompok Kasar mempunyai gaya suara yang berbeza dengan watak bangsawan. Watak-watak lawak (pengasuh) dibiarkan bercakap sebebas mungkin. Terdapat juga bahasa-bahasa yang digunakan menyalahi pendeharran kata. Kerap kali perkataan seperti masing-kermasing, apa yang dinamakan, di berteriak, akan meninggalan, di gelaran, barang bila. Hal ini terjadi mungkin kerana sengaja dilakukan atau dalang kurang kefahaman di dalam perbendaharaan kata. Apabila guru mereka mengucapkan perkataan tersebut dan kemudianya diperturunkan kepada muridnya lalu muridnya menganggap sebutan atau perkataan tersebut tidak boleh diubah.Oleh itu ramai di kalangan dalang sebelum tahun 1970an ramai yang buta huruf dan tidak mendapat

pendidikan formal di sekolah. Mereka tidak begitu terdedah kepada penulisan klasik dan sebutan klasik. Ianya adalah sebagai jalan mudah dan supaya bahasa yang di gunakan kelihatan klasik.Dalang-dalang meminjam perkataan atau sebutan harian dan kemudianya mencipta bahasa mengikut sebutan dan ciptaan mereka sendiri.Andainya dalang-dalang tersebut cuba menggunakan bahasa klasik,perkataan yang mereka ucapkan kelihatan janggal. Apabila bahasa harian yang di pinjam oleh dalang di ubah sebutan dan perkataan ini ditonjjolkan, ia akan menjadi sebutan yang bernilai. Kebanyakkan dalang yang ada sekarang tidak lagi buta huruf, akan tetapi mereka masih lagi terikat dengan gaya bahasa wayang dan gaya bahasa yang di perturunkan oleh guru sebelum ini. Dalang yang ditemui rata-rata mahu mengekalkan sebutan-sebutan yang ada dalam wayang kerana itu adalah identity bahasa wayang. Secara kontra dengan watak pelawak dan orang darat menggunakan bahasa harian semasa bercakap. Selalunya perkataan atau sebutan yang dilafazkan oleh guru akan diikuti oleh anak muridnya dan ini menimbulkan identity sendiri dari kalangan dalang.

Air Wayang

Air di sini bermaksud perkataan-perkataan khas yang terdapat dalam wayang. Air juga terdapat dalam Mak Yong (Air Mak Yong) dan Main Puteri (air Puteri). Perkataan khas ini berbeza sedikit dari sebelum ini. Terdapat tiga kategori di dalam air wayang. Pertama, perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain. Ianya disebut juga sebagai kata pinjam. Dalam Wayang Kulit Kelantan, terdapat banyak perkataan

pinja yang diambil daripada bahasa Jawa dan Siam. Sebahagian daripada perkataan ini di fahami oleh para penonton. Contoh-contoh perkataan tersebut ialah alas (jawa:hutan), sangking (jawa: sangat), maling, panca aniti (jawa:singgahsana), teniak (thai:thamniap), kunisa (thai, sena:pengasuh). Kedua, memeri yang bermaksud penceritaan melalui maksud perbuatan, perumpamaan, bidalan, peribahasa, gandaan perkataan (bilangan perkataan). Contoh memeri yang menggunakan bidalan adalah seperti bertukar rupa, bergelanggikan bangsa, buruk di luar teramat elok di dalam. Menggunakan peribasa seperti harimau laparkan mangsa, merah arna muka, seperti bunga raya kembang pagi. Menggunakan perumpamaan, tak tahu siang tak tahu malam, sikit berjalan banyak belari. Gandaan perkataan, empat puluh gebalung, dua belas negeri. Maksud perbuatan, sedanag tatkala, apakala yang bernama, oleh kerana dengan sebab, memecah cerita wayang.

Upacara Ritual

Upacara ritual dalam persembahan Wayang kulit kelantan terbahagi kepada dua komponen: pertama upacara kenduri dan buka panggung. Kedua upacara tutup panggung. Upacara buka panggung merupakan upacara kenduri yang dilakukan sebelum sesuatu persembahan wayang kulit itu dipersembahkan. Upacara ini hanya dilakukan sekali sahaja iaitu pada malam pertama

persembahan.Upacara tutup panggung pula merupakan upacara penutup yang menandakan tamatnya cerita dalam sesuatu persembahan.

Upacara kenduri dan buka panggung dimestikan semsa dalang mengadakan persembahan di kawasan baru, panggung baru ataupun panggung yang biasa digunakan sebelum ini.Ianya dibaca dengan mentera untuk menyeru penghuni empat penjuru alam iaitu sinar naik, sinar runduk, hilir bangsawan, hulu bani dan empat kawasan, bumi, padang, kampung dan sungai. Terdapat komponen-komponen yang sama dalam upacara wayang kulit dengan Main Puteri. Ada dalang-dalang yang juga menjadi bomoh puteri dan menggunakan bacaan kenduri yang sama semasa mengendalikan main puteri dan kenduri untuk wayang. Ada juga dari kalangan dalang terutamanya dalang yang masih muda akan dijemput oleh bomoh puteri atau dalang-dalang yang lain untuk menyelenggarakan upacara kenduri. Kenduri sebelum upacara berjamu selalunya dilakukan oleh bomoh puteri. Bacaan kenduri kadang-kadang digunakan juga oleh bmoh biasa dalam proses pengubatan. Bacaan mentera mengandungi susunan nama-nama makluk halus dan asal usul mereka dan dalang akan menyebut kuasa yang ada pada makluk halus tersebut. Dalang akan memberi tahu makluk halus itu bahawa persembahan ini persembahan biasa atau sebagainya dan berharap agar tidak diganggu olehnya. Selepas baca kenduri, upacara buka panggung dimulakan dan dalang akan memperjelaskan panggung sekarang sudah dibuka. Mantera-mantera yang dibaca di peringkat ini ialah mantera rahsia antara guru dan murid. Penonton serta panjak-panjak tidak mendengar bacaan tersebut. Walaupun bacaan buka panggung tidak

dipersembahkan pada tiap-tiap malam, akan tetapi ada beberapa bahagian dalam mentera

tersebut dibisikkan pada telingan Pak Dogol dan Wak Long semasa lagu tukar dalang dimainkan. Upacara tutup panggung adalah untuk menandakan tamatnya sesebuah persembahan.Dalang akan membaca mantera selamat balik dewa-dewa. Selepas mantera itu habis dibaca, lagu naik geduk dimainkan untuk menandakan bahawa upacara tutup panggung sudah tamat. Kalau persembahan tersebut belum tamat, dalang akan memberitahu bahawa cerita akan bersambung dan lagu bertabuh dimainkan. Ada juga dalang yang akan menyanyikan mentera tersebut dengan menggunakan lagu sendayung. Setelah cerita tamat, dalang akan memberitahu penonton cerita akan tamat, dan lagu bertabuh dimainkan sebanyak tiga pusingan dan diikuti oleh lagu Sendayung, dan dalang akan menyanyikan mantera tersebut sebagai tanda tutup panggung atau dipanggil iseh. Semasa lagu bertabuh dimainkan, dalang akan mencabut semua patung dari batang pisang dan kelir dibiarkan kosong. Ada sesetengah dalang akan menggunakan patung Wak long untuk menyanyikan lagu Sendayung. Perkara ini berdasarkan bahawa watak Wak Long adalah dalang yang memainkan wayang kulit dalam episod Betara Kala, iaitu salah satu komponen penting dalam persembahan wayang Kulit Kelantan Berjamu.

Anda mungkin juga menyukai