Anda di halaman 1dari 8

MENILAI PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR HALUS KANAK-KANAK

PRASEKOLAH
Oleh
BAYREI BIN ASRIN
ROHAYA BTE KAMIS
ROSEIDAYU BTE ELIAS
JERED YUTUI
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
9 OKTOBER 2008

1.0 PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-


kanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod
perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti
mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk
memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Terdapat
pelbagai kaedah merekod perkembangan murid namun apa yang penting adalah
menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan
ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

2.0 REKOD BERTERUSAN

2.1 Definisi

Menurut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Rekod berterusan


merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut
jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum
balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang

1
diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor
yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Setiap
pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang
tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh 3 hingga 5 minit.

2.2 Kelebihan

Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad
kepada suatu aspek atau kejadian sahaja. Ini membantu guru bagi
mengkaji dan mengesan masalah perkembangan yang ada pada setiap
murid. Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat terbuka dan guru
boleh mencatatkan apa sahaja yang berlaku sepanjang pemerhatian yang
dibuat. Rekod berterusan juga tidak memerlukan sesorang guru itu mahir
dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah laku dan
perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam
penilaian.

2.3 Kekurangan

Rekod berterusan ini memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan


setiap tingkah laku murid yang dikaji dan ini memerlukan masa yang
banyak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat.
Selain itu, guru juga akan mengalami kesukaran bagi mencatatkan setiap
kejadian yang berlaku dalam pemerhatian secara terperinci. Rekod
berterusan juga, lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu
kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan.
Selain itu, pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-
kanak yang diperhati bagi mengelakkan gangguan tumpuan ataupun
berlaku tingkah laku yang lain daripada tingkah laku sebenar kanak-kanak
yang diperhatikan.

2
3.0 KAJIAN

3.1 Fokus

Dalam pemerhatian menggunakan rekod berterusan ini, fokus pemerhatian


adalah pada aspek perkembangan psikomotor halus responden. Pengkaji
menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan psikomotor
halus kanak-kanak dan melalui aktiviti ini juga, pengkaji akan merekod
segala tingkahlaku responden dan mengenal pasti sama ada aspek
psikomotor halus dan koordinasi mata tangan responden sudah
mempunyai perkembangan yang sesuai dengan umurnya.

3.2 Objektif kajian

• Mengenal pasti tahap perkembangan psikomotor halus kanak-


kanak yang diperhati.
• Mengenal pasti aktiviti yang sesuai bagi meransang perkembangan
psikomotor halus kanak-kanak dan
• Dapat membantu meransang perkembangan psikomotor halus
responden.

3.3 Sampel kajian

Nama : Mohd Faizal bin Tajuddin


Umur : 6 tahun
Alamat : No 74 Kampung Balun, 35820 Slim River, Perak.
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Balun, 35800 Slim River,
Perak.

3.4 Limitasi kajian

3
Dalam menjalankan pemerhatian ini, terdapat beberapa masalah yang
pengkaji hadapi. Pertama, pengkaji menghadapi kesulitan untuk mencari
kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti yang kami sediakan. Masalah ini
disebabkan pengkaji perlu mencari kanak-kanak yang hampir dengan kami
bagi memudahkan pengkaji menjalankan pemerhatian di luar waktu
kuliah. Sebagai langkah penyelesaian, pengkaji memilih kanak-kanak di
Slim River kerana mudah untuk menjalankan pemerhatian ke atas kanak-
kanak tersebut pada hujung minggu dengan menginap di rumah salah
seorang ahli kumpulan di Slim River.

Disebabkan pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River, maka


pengkaji berhadapan dengan masalah jarak dan pengangkutan untuk
membolehkan kesemua ahli kumpulan kami menjalankan pemerhatian ke
atas kanak-kanak tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, pengkaji
membahagikan tugas dimana 2 orang menjalankan pemerhatian dan
selebihnya menjalankan kerja yang lain bagi melengkapkan pemerhatian
ini. Hasilnya akan pengkaji bincangkan bersama di dalam kumpulan pada
perjumpaan berikutnya. Selain itu, pemerhatian ini juga memerlukan masa
yang banyak. Jadi pengkaji menghadapi masalah untuk mencari masa
yang sesuai memandangkan jadual waktu kuliah yang tidak sama. Untuk
menyelesaikan hal ini, pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River
kerana boleh memperuntukkan cuti hujung minggu bagi menjalankan
pemerhatian ini.

Sebelum menjalankan pemerhatian, pengkaji juga berhadapan


dengan masalah pemilihan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak
tersebut. Oleh itu, pengkaji menyediakan beberapa pilihan aktiviti bagi
membolehkan kanak-kanak tersebut melakukan aktiviti tersebut dengan
lancar. Disebabkan rekod ini memerlukan pengkaji mencatatkan kejadian
dengan terperinci, oleh itu, pengkaji mengambil inisisatif dengan

4
menonton semula video rakaman bagi mengemaskini pemerhatian yang
telah dijalankan sebelumnya.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pemerhatian ini dijalankan oleh 2 orang pemerhati ke atas seorang kanak-kanak


(responden). Pemerhati menjalankan kajian selama lebih kurang 10 minit bagi
setiap sesi menggunakan rekod berterusan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan
lima aktiviti dimana segala pemerhatian dan ulasan dicatatkan dalam rekod
berterusan tersebut. Selain itu, pemerhatian ini melibatkan rakaman video semasa
pemerhatian dijalankan disamping beberapa gambar sebagai bukti pemerhatian.
Dalam pemerhatian ini, pengkaji menggunakan 5 aktiviti semasa pemerhatian
dibuat.

4.1 Aktiviti mewarna

Responden diminta untuk mewarnakan perkataan “selamat hari raya” yang


telah disediakan. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan
motor halus dan koordinasi mata – tangan ketika mewarnakan perkataan
tersebut.

4.2 Aktiviti menggunting

Responden diminta untuk menggunting beberapa keping gambar dan


perkataan dari pelbagai saiz. Responden perlu menggunting gambar yang
bersaiz besar dahulu kemudian diikuti dengan gambar yang lebih kecil.
Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan
koordinasi mata - tangan semasa menggunting.

4.3 Aktiviti menampal

5
Responden diminta untuk menampal gambar dan perkataan yang telah
digunting pada kertas tebal yang telah disediakan. Kemudian responden
diminta untuk menampal hiasan lain seperti bintang dan bulan bagi
mencantikkan lagi kad yang dihasilkan. Objektif aktiviti ini adalah untuk
melihat kebolehan responden menampal gambar serta hiasan tersebut.

4.4 Aktiviti melukis dan melorek

Responden diminta untuk melukis mengikut bentuk acuan yang disediakan


iaitu bentuk bulan dan bintang. Kemudian menggunakan pencil warna,
responden diminta mewarnakan lakaran tersebut. Objektif aktiviti ini
adalah untuk melihat penguasaan kawalan jari serta koordinasi mata dan
tangan semasa mengikut bentuk acuan tersebut.

4.5 Aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang

Responden diberikan benang untuk dimasukkan ke dalam lubang-lubang


kecil yang telah disediakan pada tepi kad yang disediakan. Objektif
aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan
koordinasi mata - tangan semasa memasukkan benang ke dalam lubang-
lubang tersebut.

5.0 DAPATAN KAJIAN

 Rujuk pada lampiran

6.0 ULASAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, serta rekod berterusan yang telah
dibuat, pengkaji mendapati responden masih belum menguasai kemahiran
psikomotor dengan baik namun sesuai dengan umurnya. Namun begitu, terdapat

6
aktiviti yang mampu responden siapkan dengan kemas. Bagi aktiviti mewarna,
rekod menunjukkan responden semakin cekap semas mewarna namun kelama-
lamaan, responden seolah-olah hilang tumpuan semasa mewarna kerana semakin
menunjukkan ketidakkemasan pada hasil kerjanya. Bagi aktiviti menggunting
pula, rekod menunjukkan hasil guntingan responden agak kemas. Ini
menunjukkan koordinasi mata tangan responden agak baik.

Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti menampal. Rekod menunjukkan


responden mengambil masa agak lama untuk menampal semua gambar dan hiasan
yang disediakan. Selain itu, responden juga masih agak kurang mahir dalam
menggunakan gam untuk menampal. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti melukis
dan melorek. Rekod menunjukkan responden mahir melukis mengikut acuan dan
juga kreatif dalam menggunakan pelbagai jenis warna semasa mewarna
lakarannya. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti memasukkan benang ke dalam
lubang pada kad yang disediakan. Aktiviti ini agak sukar bagi responden kerana
memerlukan koordinasi mata tangan yang baik. Responden memerlukan masa
yang lama semasa memasukkan benang ke dalam lubang namun berjaya
menyiapkan kad hari raya yang dihasilkan.

7.0 KESIMPULAN

Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan kanak-kanak dan rekod


berterusan merupakan salah satu kaedah yang baik walaupun terdapat beberapa
kekurangan pada kaedah rekod ini. Dalam pendidikan prasekolah, aspek merekod
amat penting dan berguna kepada guru dan juga ibu bapa bagi membantu
perkembangan kanak-kanak. Dalam pemerhatian ini, rekod berterusan ini
membantu mengesan tahap perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan
tindakan susulan perlu dibuat bagi meningatkan lagi tahap kemahiran kanak-
kanak tersebut. Kesimpulannya, rekod berterusan ini amat membantu dan dengan
adanya kefahaman guru terhadap tahap kemahiran murid, akan membantu guru

7
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sesuai
dengan tahap murid-muridnya.

BIBLIOGRAFI

Penilaian melalui pemerhatian. Diperolehi pada 26 september 2008 daripada


http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm

Sukatan peperiksaan penilaian tahap kecekapan . Diperolehi pada 25 september 2008


daripada http://apps.emoe.gov.my/bppk/sukatan/pdf/772%2003.pdf

Surayah Zaidon. Satu tinjauan literatur penggunaan portfolio kanak-kanak prasekolah.


Diperolehi pada 26 september 2008 daripada http://www.ipislam.edu.my/
uploaded/file/surayahzaidon.pdf

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 25 september 2008


daripada http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb3.pdf

Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diperolehi pada 27 September 2008 daripada


http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id7.html