Anda di halaman 1dari 21

1.

0

PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.

Perancangan dan pembentukan kurikulum di Malaysia adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara. Sesebuah kurikulum yang dirancang memainkan peranan dalam memperkembangkan potensi pelajar terutamanya daripada segi intelek, rohani, jasmani dan emosi secara menyeluruh dan seimbang ke arah melahirkan masyarakat yang berguna dan dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan negara. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran yang paling asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara. Kurikulum bermaksud suatu siri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan membolehkan pelajar mengenai ilmu pengetahuan, kemahiran dan aplikasi ilmu tersebut. Ia meliputi segala matlamat pembelajaran yang dirancangkan termasuklah pengalaman dan kaedah mengajar, bahan-bahan pengajaran serta teknik penilaian yang dirancangkan (Haris Md. Jadi, 1991). Menurut Mohd. Daud Hamzah (1995), kurikulum adalah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum mengandungi segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Berdasarkan definisi tersebut, pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik. Oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu didokumenkan dalam bentuk bertulis. Kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu. Kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal. Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam falsafah dan matlamat pendidikan negara.

1

Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70’ an memberi fokus kepada Matematik Tradisi. Kurikulum Matematik Tradisi disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Menurut Noor Azlan Ahmad Zanzali (1996), pendekatan pengajaran dan pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi algoritma atau prosedur matematik tetapi tidak menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Berikutan dengan reformasi pendidikan yang berlaku diseluruh dunia pada awal tahun 70’an, Matematik Moden (Matematik Pilihan C) telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah dimasukkan ke dalam sukatan Matematik Moden manakala pendekatan Euclid dalam geometri dikeluarkan daripada sukatan. Pendekatan pengajaran bermula dengan pemahaman konsep tanpa mengurangi kepentingan mengira berasaskan kepada penghayatan struktur matematik. Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara dan menggalakkan mereka menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan murid terlibat secara aktif. Murid-murid didedahkan dengan proses matematik untuk menghasilkan sesuatu keputusan matematik dan bukan terhad kepada penggunaan hasil matematik sahaja. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) telah dilaksanakan sebelum tahun 80’an dan dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan tersebut tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar dan isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung dan kurang menekankan aspek pemahaman, amalan dan penghayatan matematik. Reformasi pendidikan di peringkat sekolah rendah bermula pada tahun 1982 pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) di sekolah-sekolah terpilih dan pada tahun 1983, KBSR telah diperkenalkan di semua sekolah di Malaysia. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula diperkenalkan pada tahun 1988 lanjutan daripada KBSR. Pada
2

penggunaan matematik dalam situasi sebenar. Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. kemanusiaan. Namun begitu. kritis dan bersistem. sikap dan nilai. bukannya mudah untuk 3 . matematik dan teknologi. kreatif dan inovatif.tahun 1989. kerohanian. penerapan nilai murni juga dalam diri murid ditekankan. 2. Selain itu. kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah atau penemuanpenemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri. Antara kemahiran nilai tambah tersebut adalah kreativiti dan inovasi. Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara dan ianya memberi implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. Kurikulum digubal dan dilaksana mengikut kehendak dan desakan masyarakat. kegunaan dan cara mempelajarinya. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang. keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum saling berkaitan antara satu sama lain. serta sains. keterampilan diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis. berpengetahuan dan berketerampilan. kemahiran penyelesaian masalah serta cara pemikiran logik. KBSR dan KBSM matematik memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran. berlaku transformasi dalam kurikulum matematik sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu menambah kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid selain mengekalkan yang sedia ada. Standard Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang iaitu komunikasi. Kurikulum Baru Sekolah Rendah dikaji semula dan telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Bermula tahun 2011. perkembangan fizikal dan estetika. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara serta merupakan satu proses yang dinamik dan seimbang.

Kerajaan bertanggungjawab dalam menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini agar ilmu-ilmu baru dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. 4 . perkembangan kurikulum perlulah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Ini menunjukkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik. nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam pembangunan negara diterapkan di dalam diri murid. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Penilaian dan kajian berterusan diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan terlaksana. psikomotor dan afektif perlu dimasukkan semasa membentuk kurikulum tersebut. maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum statik. Perkembangan teknologi yang pesat membawa perubahan kepada kehidupan manusia. Oleh itu.memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum. Oleh itu. Perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa dalam melakukan perubahan dan pertambahan terhadap kurikulum mengikut keperluan masyarakat dan juga negara. Kandungan kurikulum perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknologi bagi memenuhi tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi. Penemuan baru dalam pelbagai bidang dalam sains dan teknologi menjadikan perkembangan ilmu yang semakin luas serta dapat meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan untuk menguatkan pengaruh mereka. sekolah juga merupakan agen sosial. Wiles Bondi (1989) turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum di dalam bukunya. Melalui pendidikan di sekolah. kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar.

logik. Selain itu. Manakala persepektif ketiga ialah matematik sebagai bahasa sains yang merangkumi simbol.0 PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK BERDASARKAN EMPAT PERSPEKTIF Terdapat empat perspektif matematik yang digunakan sebagai panduan dalam pembentukan kurikulum matematik. Dalam pembentukan kurikulum di Malaysia. Ziman menyarankan bahawa sains merupakan ilmu pengetahuan umum dan memasukkan matematik ke dalamnya. Pemikiran ini mengenepikan perkembangan intelek murid kerana guru banyak memainkan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran dan murid hanya menerima sahaja. takrifan. kita sentiasa bermain dengan nombor dan teori sains. Untuk mengatasi masalah ini.M.Pemikiran psikologi behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum matematik sejak awal 60’an. idea intuisi dan pemikiran matematik. J. Prespektif keempat pula adalah matematik sebagai penyelesaian masalah yang melibatkan aplikasi konsep dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan harian. banyak elemen atau cabang matematik 5 . Matematik berkongsi banyak perkara yang sama dengan bidang dalam sains fizikal terutamnya dalam penerokaan tentang akibat logikal dan andaian-andaian. komunikasi dan perwakilan dalam pembelajaran matematik. bentuk dan ruang. Seorang ahli teori fizik. Dalam kehidupan seharian. Perspektif pertama adalah matematik sebagai sains yang melibatkan kajian secara sistematik yang melibatkan nombor. Carl Friedrich Gauss merujuk matematik sebagai ratu kepada sains (ilmu pengetahuan). 3. 3. Matematik juga merupakan penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. notasi. Perspektif kedua adalah matematik sebagai penaakulan sains dan ianya melibatkan penaakulan dari segi induktif dan deduktif. hubungan.1 MATEMATIK SEBAGAI SAINS Matematik amat penting di dalam bidang sains dan ramai dikalangan kita yang tidak menyedari potensi matematik di dalam sains amat luas penggunaannya di dalam kehidupan seharian kita. kurikulum matematik yang menumpukan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran secara kreatif dan kritis telah diperkembangkan.

murid juga boleh meningkatkan kemahiran visual mereka dan menghargai nilai estetika bentuk dan ruang. persamaan atau ketaksamaan.telah dimasukkan ke dalam subjek sains samada fizik. Contohnya cabang aritmetik yang melibatkan operasi penambahan. Pengetahuan dan kemahiran dalam tema ini dan penerapannya dalam topik yang berkaitan terbukti berguna dalam kehidupan seharian. Contohnya dalam cabang geometri. Contohnya dalam subjek kimia.1. Tema-tema tersebut merupakan isi kandungan yang terdapat dalam kurikulum matematik KBSM.1. pengiraan menggunakan cabang aritmetik banyak digunakan dalam pemahaman konsep mol dan juga kepekatan sesuatu larutan. kimia dan biologi. Pemahaman tentang nombor membolehkan murid untuk membuat pengiraan dan anggaran. 3.1 Nombor Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. bentuk dan ruang.2 Bentuk dan Ruang Bentuk dan ruang merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik di sekolah menengah. ianya merupakan sebahagian dari matematik mengenai saiz. graf. Meningkatkan pemahaman dalam tema bentuk dan ruang boleh membantu murid menyelesaikan masalah geometri secara berkesan.3 Hubungan Suatu hubungan dapat dinyatakan dalam bentuk jadual. Pada masa yang sama. bentuk dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. penolakan. formula.1. Matematik dilihat sebagai sains yang melibatkan kajian secara sistematik yang melibatkan tiga tema yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu nombor. dan hubungan. peraturan. undang-undang. 3. Hubungan juga sebagai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pola. hubungan dan lain-lain yang bertujuan untuk 6 . pendaraban dan pembahagian nombor. menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan. prinsip-prinsip umum. 3.

membuat 7 . menganalisa. Kaedah ini memerlukan murid mengkaji contoh-contoh matematik. menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Penaakulan bukan saja mengubah paradigma murid dari sekadar belajar kepada berfikir. Matematik sebagai penaakulan sains ini merangkumi aspek penaakulan secara induktif dan deduktif. Ianya digunakan untuk mendapatkan rumusan.maklumat.2. Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti matematik yang melibatkan pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola tersebut. 3. idea intuisi dan pemikiran matematik. memberikan penerangan logikal. fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus. penaakulan logik. Latihan sedemikian membentuk murid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras dengan hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan tinggi. Contohnya kalkulus merupakan ilmu yang memberi penjelasan tentang algebra. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan murid dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian. Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid dibimbing dan dilatih untuk membuat konjektur. geometri dan aplikasi persamaan. kemudian membuat kesimpulan.1 Penaakulan Induktif Kaedah induktif merupakan pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat.2 MATEMATIK SEBAGAI PENAAKULAN SAINS Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. membuktikan konjektur. 3.mengenali dan memahami hubungan yang melibatkan nombor dan bentuk. tanpa memahami konsep matematik yang sebenarnya.

2 × 1 = 2 dan kemudiannya murid membuat generalisasi daripada contoh-contoh tersebut membentuk hukum a × b = b × a. untuk mendapatkan rumus luas segitiga. untuk mendapatkan hukum tukar tertib dalam operasi darab. Contohnya. 2 3. hukum atau teorem yang baru.2. hukum. Kadangkala ia juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui. 1 × 2 = 2.2. Dalam kehidupan seharian. Salah satu contoh yang sangat sesuai untuk membincangkan tentang matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan mantik. ( panjang ×lebar ) kemudian mereka dibimbing dengan membahagikan segiempat tepat tersebut kepada dua segitiga bersudut tegak dan seterusnya mendapatkan rumus luas segitiga dengan membahagikan rumus luas segiempat tepat kepada 2. teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. murid perlu mengetahui rumus luas segiempat tepat terlebih dahulu. Tujuan membina penaakulan yang berasaskan pada logik ini adalah untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan. pengetahuan dalam penaakulan logik (mantik) amat penting untuk 8 . 3. 2 × 4 = 8.2 Penaakulan Deduktif Kaedah deduktif merupakan pendekatan yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus. ( panjang × lebar ).perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusannya. ianya melibatkan ayat. pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-nombor. Contohnya. murid diberikan beberapa contoh pasangan operasi darab seperti 4 × 2 = 8. Kaedah ini merupakan kaedah yang lebih kompleks kerana muridmurid perlu mempunyai pengalaman yang luas dan pengetahuan matematik yang tinggi untuk mendapatkan rumus.3 Penaakulan Logik Penaakulan logik (mantik) merupakan satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik. prinsip. Penaakulan mantik adalah satu bidang dalam matematik tentang prosedur atau prinsip yang digunakan untuk membezakan antara pernyataan atau penghujahan yang benar dan pernyataan yang palsu.

Tujuan penggunaan teknik penyelesaian masalah ini adalah untuk memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran yang telah dipelajari bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. idea atau gagasan serta menerokai dan mencari makna . membuat ramalan. membuat inferens. membuat sekuens. mengusul periksa andaian dan mengesahkan sumber maklumat.4 Pemikiran Matematik Menurut Mcleod (1992). Pemikiran secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti. asli. mencipta analogi. mencipta sesuatu yang baru. pemikiran matematik merangkumi pengetahuan matematik yang mendalam. abstrak. Kefahaman konsep dan penyelesaian masalah 9 . Contohnya. menerangkan sebab.2. pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Bahasa matematik memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik kerana semua fakta. konsep.membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat keputusan atau kesimpulan yang tepat. luar biasa. 3. dapat melatih murid berfikir secara kritis dan kreatif. dan bernilai sama ada bersifat maujud. Pemikiran secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea. membuat kategori. meneliti bahagian kecil dan keseluruhan. operasi dan hukum matematik diwakili oleh bahasa matematik. pelbagai.3 MATEMATIK SEBAGAI BAHASA SAINS Bidang matematik mempunyai bahasanya yang tersendiri yang perlu diperkembangkan dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh para pendidik. Secara tidak langsung. mempunyai kebolehan membuat penaakulan secara umum dan mempunyai pengetahuan tentang strategi-strategi heuristik. menjana dan menghasilkan idea baru dan mencipta metafora. 3. Pendekatan penyelesaian masalah memberi penekanan terhadap perkembangan pemikiran matematik dan keupayaan menaakul yang dilakukan melalui aktiviti yang konkrit. Contohnya. Pemikiran matematik juga melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seperti yang terdapat dalam modul kemahiran berfikir yang dikeluarkan oleh PPK (2001). membanding dan membeza.

3. = . 52 perlulah disebut lima kuasa dua bukannya lima ganda dua. Perkataan matematik terdiri daripada simbol dan istilah matematik. matematik adalah suatu bahasa yang merupakan kaedah untuk menghuraikan. bahagi. − × . penguasaan simbol yang efektif dan hubungan antara struktur-struktur matematik yang berkaitan. > ≠ dan lain-lain lagi. positif. Contoh istilah . Jesteru itu. tatatanda. darab. Menurut Inder (1982).3. ÷ . negatif. Contohnya. tolak. 3. Matematik adalah satu bahasa yang unik dimana ia melibatkan komunikasi konsepkonsep melalui simbol. kemahiran berkomunikasi secara matematik sangat dititikberatkan semasa pembelajaran matematik berlaku. ganda dua dan sebagainya. merekod dalam ayat matematik dan mentafsir simbol sebagai suatu hubungan.3.1 Simbol Matematik Matematik mempunyai keindahannya yang tersendiri kerana matematik memerlukan pembuktian yang kukuh. Penekanan kepada komunikasi dalam matematik juga dapat mengembangkan keterampilan murid menterjemahkan sesuatu perkara ke dalam model 10 . Contoh simbol matematik adalah seperti +. Guru perlulah mengunakan istilah dan simbol matematik dengan tepat dan betul bagi mengelakkan kekeliruan tersebut. mereka perlu dibimbing supaya menggunakan bahasa dan laras bahasa matematik yang betul dan tepat.2 Komunikasi Matematik Dalam sukatan pelajaran matematik KBSM. <. Matematik sebagai bahasa sains ini dikaitkan dengan simbol. punca kuasa dua. komunikasi dan perwakilan dalam pembelajaran matematik. matematik adalah ‘tambah.matematik dipermudahkan dengan penggunaan bahasa matematik. Semasa murid menerangkan konsep dan hasil kerja. kurikulum matematik yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan mentafsir simbol-simbol matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah difahami oleh murid. Banyak istilah matematik yang digunakan dalam kurikulum matematik tidak dapat difahami oleh murid disebabkan oleh kekeliruan tentang istilah matematik.

jadual. menganalisis. kalkulator. graf. sama ada secara lisan. komputer dan lain-lain. perkongsian dan peningkatan pemahaman. 3. persamaan dan sebagainya. Komunikasi secara matematik. semua merupakan objek matematik yang digunakan untuk mewakili pelbagai gagasan dan hubungan 11 .matematik dan sebaliknya. Formula. dan memahami dan mengaplikasi notasi matematik dengan betul. penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta. perwakilan dalam bentuk jadual dan graf.3 Perwakilan Matematik Perwakilan boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkan perkaitan antara dunia sebenar dan dunia matematik. graf. Komunikasi dalam matematik melalui proses membaca berlaku apabila individu dapat mengumpul maklumat. Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan. idea matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik. manipulatif. Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif. graf. murid perlu diberi peluang untuk membahaskan idea matematik mereka secara analitis dan sistematik. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat. menyusun dan mengubungkait idea dan konsep.3. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat membantu murid meningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik. gambar rajah dan lain-lain). dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif. menjelaskan dan berkongsi idea matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran. Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara matematik dengan berkesan perlu menunjukkan bukti bahawa murid dapat menjana. Melalui komunikasi. gambar dan gambar rajah. Komunikasi dalam matematik melalui proses mendengar berlaku apabila individu bertindak balas terhadap apa yang didengar dan menggalakkan individu berfikir menggunakan pengetahuan matematik untuk membuat keputusan. Murid seharusnya dapat menggunakan media yang berbeza tersebut bagi menjelaskan idea matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Komunikasi secara matematik juga melibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta. Komunikasi dalam matematik melalui proses visualisasi berlaku apabila individu membuat pemerhatian. mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas bahan konkrit seperti papan geo.

gagasan matematik boleh dibentuk model. dan notasi lambang.dunia sebenar. dan barangkali tidak dapat didekati oleh sebahagian besar daripada populasi. matematik secara keseluruhannya adalah abstrak. imej atau objek konkrit yang boleh melambangkan atau mewakilkan sesuatu yang lain’. Perwakilan boleh didefinisikan sebagai ‘Sebarang tatarajah huruf. Dengan perwakilan. perwakilan menggunakan simbol-simbol. Guna pelbagai perwakilan untuk menunjukkan satu konsep yang sama membantu bukan sahaja mengembangkan pemahaman konsep yang lebih baik tetapi juga mengukuhkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah. tatatanda dan istilahistilah matematik merupakan ‘bahasa asing’ kepada pelajar kerana mereka perlu menghafal dan memahami simbol yang jarang digunakan dalam kehidupan mereka seharian.4 MATEMATIK SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH 12 . 3. Tanpa perwakilan. dan pemahaman dirangsang melalui satu pembinaan dan urutan teliti bagi pengalaman dan pemerhatian yang sesuai. Perwakilan adalah perlu bagi pemahaman konsep dan hubungan matematik murid. Perwakilan membenarkan murid mengkomunikasikan pendekatan. bahasa rasmi. Sesetengah tatatanda Matematik menimbulkan kesukaran intrinsik kepada pelajar seperti a −1 = 1 a sedangkan maksud a −1 adalah sonsangan. Sistem perwakilan secara semula jadi terbahagi kepada dalaman dan luaran. Perwakilan membenarkan murid untuk mengenal hubungan antara konsep yang berkaitan dan mengaplikasikan matematik kepada masalah yang realistik. timbul masalah salah tafsir konsep dalam penyelesaian masalah yang mereka laksanakan. Perwakilan adalah satu komponen yang penting dalam perkembangan pemahaman secara matematik dan pemikiran kuantitatif. hubungan penting boleh dihuraikan. perdebatan dan pemahaman matematik kepada diri mereka sendiri dan kepada orang lain. Menurut Radatz (1979). sebahagian besarnya adalah falsafah. dan perwakilan luaran terdiri daripada perkara seperti rajah. Sistem perwakilan dalaman adalah yang wujud di dalam fikiran seseorang individu manakala sistem perwakilan luaran adalah yang mudah dikongsi dengan dan dilihat oleh orang lain. Oleh itu. Perwakilan dalaman terdiri daripada gagasan yang membantu dalam menggambarkan proses manusia mempelajari dan menyelesaikan masalah dalam matematik.

dalam mana individu terlibat tidak mengetahui cara untuk bergerak maju dari keadaan yang diberikan kepada keadaan matlamat yang diharapkan. penyelesaian masalah merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi. penyelesaian masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan bahawa penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Model Polya dijadikan 13 . Ini kerana ianya mengandungi satu siri tugasan dan memerlukan proses pemikiran yang berhubungkait rapat dengan pembentukan satu set heuristik. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah.2 Model Penyelesaian Masalah ( Model Polya ) Dalam kurikulum matematik yang terdapat dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM didapati elemen penyelesaian masalah ini amat dititik beratkan iaitu dengan menekankan kepada heuristik penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kemahiran yang penting dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah dan juga menengah.1 Definisi Penyelesaian Masalah Menurut Gagne (1985).4. Menurut Krulik dan Rudnick (1989). Penekanan ini adalah supaya murid boleh membina kebolehan dan keyakinan mereka untuk menggunakan matematik dalam situasi yang baru. Istilah penyelesaian masalah matematik merujuk pemikiran yang berlaku untuk mengatasi halangan antara keadaan yang diberikan dengan matlamat yang diharapkan melalui satu urutan aktiviti kognitif dan afektif serta respons tingkah laku tertentu. Penyelesaian masalah matematik ini dapat menjana pemikiran murid yang sistematik dan logik. Dalam pengajaran mata pelajaran matematik. 3. Sistematik kerana ia menjana pemikiran metodogikal mengikut langkah-langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian.4.Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan penyelesaian yang tertentu. Penyelesaian masalah matematik ini merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik seperti yang terkandung di dalam KBSR dan KBSM.

Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini. mengguna algebra dan sebagainya. melaksanakan rancangan penyelesaian dan menyemak jawapan. membuat simulasi. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. maklumat dan fakta mesti diperolehi seperti item-item yang terlibat dalam masalah tersebut. Penyelesaian ini memerlukan perlaksanaan secara sistematik dan berperingkat dengan melibatkan kefahaman konsep matematik dan kemahiran yang tinggi. Dalam penyelesaian masalah matematik ini. melukis gambar rajah. menaakul secara mantik. Strategi-strategi ini dapat membantu murid dalam memilih teknik yang betul bagi mendapatkan jawapan seterusnya meningkatkan kemahiran dan pemahaman murid dalam menyelesaikan masalah matematik.sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah matematik seperti yang terdapat dalam buku teks matematik yang digunakan di sekolah. membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem. tolak. Semasa di peringkat merancang strategi penyelesaian. Model Polya ini terdiri daripada empat langkah utama untuk menyelesaikan masalah matematik iaitu memahami masalah. Contoh yang terdapat dalam buku teks matematik. Pada peringkat memahami masalah. Kemahiran penyelesaian masalah dapat memupuk 14 . Seterusnya langkah penyelesaian yang telah dipilih dan dirancang perlulah dilaksanakan untuk mendapatkan jawapan dan akhirnya jawapan tersebut disemak. penyelesaian masalah dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara. cuba jaya. darab dan bahagi). mengguna analogi. kaitan antara data dan pembolehubah perlu diperolehi untuk membuat penyelesaian. merancang penyelesaian. Menurut Polya (1957). perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti dan item yang hendak dicari. mengenal pasti pola. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh digunakan adalah mencuba kes lebih mudah. Model Polya ini dipermudahkan dengan meleraikan maklumat yang terdapat dalam soalan penyelesaian masalah. Kebanyakan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah matematik ini adalah daripada soalan yang berbentuk aras tinggi dan juga melibatkan masalah berayat. Cara penyelesaian masalah pula tidak boleh dihafal seperti sifir atau menyelesaikan soalan-soalan berbentuk mekanis (hanya melibatkan operasi tambah. perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Polya menekankan aspek heuristik ataupun strategi yang digunakan dalam merancang dan melaksanakan penyelesaian. bekerja ke belakang.

Selain itu. ruang. Pengemukaan masalah merupakan langkah awal bagi penyelesaian masalah dan ianya merupakan pengembangan dari pembelajaran penyelesaian masalah.4. masalah yang tidak mempunyai cukup maklumat atau masalah yang mempunyai lebih maklumat. hubungan matematik dengan logik dan teori set. Matematik adalah pengajian tentang kuantiti.3 Pengemukaan Masalah ( Problem Posing ) Pengemukaan masalah berkembang menjadi salah satu alternatif strategi pembelajaran matematik. perubahan. 3. Pengemukaan masalah merujuk kepada penjanaan masalah baru atau pembentukan semula sesuatu masalah yang diberikan dan pembentukan itu boleh berlaku sebelum. Masalah yang tidak lengkap boleh berbentuk pernyataan. Murid digalakkan membuat tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau 15 .0 KESIMPULAN Empat perspektif yang telah dibincangkan di atas merupakan aspek penting dalam pembinaan dan perkembangan kurikulum matematik. Pengemukaan masalah adalah penting dalam kurikulum matematik kerana di dalamnya mengandungi aktiviti matematik yang mana murid membina masalahnya sendiri. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. struktur. semasa atau selepas memperoleh penyelesaian bagi masalah tersebut. penggunaan matematik dalam teori sains dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah dalam pelbagai bidang. matematik melibatkan penaakulan yang merupakan asas dalam membuat dan memahami matematik. 7. Kebolehan pengemukaan masalah dapat dikembangkan dengan membekalkan murid sesuatu masalah yang tidak lengkap dan meminta mereka untuk melengkapkan masalah tersebut. Penjanaan pertanyaan baru bagi sesuatu masalah matematik yang diberikan adalah satu aktiviti penting bagi pengemukaan masalah.kemahiran berfikir dalam diri murid dan seterusnya dapat diaplikasikannya dalam kehidupan seharian. perkara berhubung dengan corak dan bentuk.

(2004). kalkulator. secara tidak langsung murid dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah. Penaakulan matematik perlu diterapkan dalam pendidikan matematik supaya murid dapat mengenal. Intergrated Curriculum For Secondary Schools Syllibus. (1982). http://ms. Selain itu juga. Curriculum Development Centre. Dalam penyelesaian masalah. Murid yang mahir membaca ayat matematik lebih mudah mempelajari kandungan matematik. membina dan menilai telahan dan hujah matematik.org/wiki/Matematik#Matematik_sebagai_Sains diperolehi pada 20 Februari 2011.wikipedia. Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah Di Malaysia Sejak Zaman Penjajah. Ministry Of Education Malaysia. kemahiran murid menggunakan bahasa matematik dengan betul dan tepat. Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. komputer. proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. UKM.penyelesaian. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan yang sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Perkembangan bahasa matematik berlaku serentak dengan proses penguasaan konsep dan kemahiran sesuatu topik.0 RUJUKAN Asiah Abu Samah. 8. 16 . Mathematics. Penggunaan pelbagai strategi umum dalam penyelesaian masalah termasuk langkah penyelesaian yang diperluaskan penggunaannya amat digalakkan. Murid pada semua peringkat perlu dilatih untuk menyiasat tekaan atau telahan mereka sama ada dengan menggunakan bahan konkrit. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Matematik. Oleh itu. guru matematik mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mengembangkan bahasa matematik di kalangan murid. perwakilan matematik dan sebagainya.

Bhd. DBP. Bhd. Isu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Terbitan Akademi Sains Malaysia. Sabri Ahmad. Handbook of research on mathematics teaching and learning. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. (1992) Research on affect in mathematics education: a reconceptualisation.Krulik. (1989). (1957).. (1996). Mahani Razali dan Ramlah Jantan. Utusan Publications & Distributors Sdn. PTS Publications & Distributors Sdn. Mohd. Kuala Lumpur. Polya. Rohizani Yaakub dan Mohd. Pengiraan dan Matematik. 19-40. How to Solve It. In D.B. Kumpulan Budiman Sdn. Nor Azlan Ahmad Zanzali. D. Utusan Malaysia. Shahabuddin Hashim. A Handbook for Senior High School Teachers. Tengku Zawawi Tengku Ismail dan Aziz Omar. (2006). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. 17 . J. Daud Hamzah. (pp. Mok Soon Sang. Kuala Lumpur.575–596). Pahang. 14. MA : Allyn and Bacon. Bhd.A. Shahabuddin Hashim. (1997). (2010). G. Psikologi Pendidikan.A. Grouws. Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bhd. New York. Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik. (2007). Majalah Estidotmy. PTS Professional Publishing Sdn.New York: MacMillan. London : Open University. & Rudnick. Boston. Edisi 104. Ed. Problem Solving. (1995). Selangor. S. McLeod. (2003). Kuala Lumpur. Perkembangan Kurikulum Sekolah. Zohir Ahmad.

Merill Publishing Company. J.Wiles. 18 . Curriculum Development: A Guide to Practice. (1989). & Bondi. Ohio. J.

2.2 3.0 Pengenalan Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum Matematik 3.4 3.4 3.18 19 MUKA SURAT 1–3 3–5 Matematik Sebagai Penaakulan Sains Matematik Sebagai Bahasa Sains Matematik Sebagai Penyelesaian Masalah .3.3.2 3.2.3 3.2 3.1.2 3.3 3.1 3.0 Pembentukan Kurikulum Matematik Berdasarkan Empat Perspektif 3.3 5.1 Matematik Sebagai Sains 3.1.3 3.0 Kesimpulan Rujukan Nombor Bentuk dan Ruang Hubungan Penaakulan Induktif Penaakulan Deduktif Penaakulan Logik Pemikiran Matematik Simbol Matematik Komunikasi Matematik Perwakilan Matematik Definisi Penyelesaian Masalah Model Penyelesaian Masalah ( Model Polya) Pengemukaan Masalah (Problem Solving) 5 5–6 6 6 7 7 8 8 8–9 9 10 10 11 – 12 12 – 13 13 13 14 – 15 15 16 17 .4.1 3.3.2.2.0 2.0 6.4.1.ISI KANDUNGAN KANDUNGAN 1.4.2 3.3 3.1 3.1 3.

MD NOR BIN BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.FAKULTI PENDIDIKAN REKABENTUK DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN MATEMATIK ( PPS 2883 ) TUGASAN 1 BINCANGKAN KESAN BAGI SETIAP PERSPEKTIF TERHADAP PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK ELLEYANTI BT MISLAN 790207-01-5234 MP091409 PROF. MADYA DR. SKUDAI SESI 2010/2011/2 20 .

21 .