Anda di halaman 1dari 38

KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 1.1 1.2 1.3 1.4 2.0 2.1 2.2 2.3 3.0 3.1 3.2 3.

3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 4.0 4.1 4.2 4.3 5.0 Kajian 5.1 5.2 5.3 6.0 6.1 6.2 Ancaman kepada pengamal pecah amanah Bahaya pecah amanah dan kesannya Penyelesaian penyakit pecah amanah Kesimpulan dan rumusan Kisah dan teladan Mukadimah Sejarah rengkas Ciri-ciri dan bentuk Implimentasi / pemakaian etika dalam organisasi Etika Profesional Amanah Konsep amanah dalam hubungan profesional dan klien Model Fiduciari Obligasi untuk bersikap amanah Kejujuran Berterus terang Kompetensi Ketekunan Kesetiaan Menyimpan rahsia Senario semasa Dasar-dasar Pelan Integriti Nasional (PIN)

MUKA SURAT

2-3 4 4-7 7 8 8-9 9 - 12 13 - 14 14 15 15 16 16 17 18 19 20 20 21 21 - 23 24 - 27 27 28 29 29 30 - 31 32 - 35 35 -36

Definasi, teori & konsep

Konsep amanah

Fakta-fakta kes

Kesimpulan

PRINSIP AMANAH MERUPAKAN ASAS PENTING YANG DAPAT MENJADI TERAS HUBUNGAN ANTARA PROFESSIONAL DAN KLIEN.

1.0 1.1

PENDAHULUAN Mukadimah Pembentukan keperibadian dan akhlak manusia sepanjang zaman banyak dipengaruhi oleh persekitaran gaya hidup sesuatu masyarakat yang bertamadun, samada di sektorsektor pekerjaan atau di tempat-tempat awam. Banyak pengertian etika (ethic) dipengaruhi oleh pemikiran Barat yang membawa pengertian moral semata-mata. Walhal menurut sarjana Islam dari zaman kegemilangan Islam di Andulusia hingga kini, penggunaan istilah akhlak bagi mereka lebih tepat kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang manusia zahir mahupun batinnya. Panduan bagi pembentukan akhlak, banyak bersumberkan dari sudut keagamaan seperti Al-Quran, Hadith, Itjmak, Qias, dan kitab-kitab (bagi agama selain Islam). Dalam konteks golongan professional dan klien, dengan bersikap amanah ia telah memiliki ciri-ciri berakhlak yang dititikberatkan oleh Islam di dalam sebarang urusan (hubungan). Terdapat 2 pendekatan profesional yaitu pendekatan berdasarkan definisi yang diberikan dalam buku-buku ilmiah dan sebarang buku rujukan serta pendekatan berdasarkan ciri yang ada. Maka definisi profesional berdasarkan buku misalnya sebagai berikut: profesional merupakan kelompok pekerja yang khusus melaksanakan kegiatan yang memerlukan ketrampilan dan kemahiran yang tinggi bagi memenuhi keperluan masyarakat, didalamnya pemakaian dengan cara yang benar akan ketrampilan dan kemahiran tinggi, hanya dapat dicapai dengan dimilikinya penguasaan pengetahuan dengan ruang lingkup yang luas, mencakup sifat manusia, kecenderungan sejarah dan lingkungan hidupnya; serta adanya disiplin etika yang dikembangkan dan diterapkan oleh anggota yang menyandang profesional tersebut. Definisi di atas secara tersirat mensyaratkan pengetahuan formal menunjukkan adanya hubungan antara profesional dengan dunia pendidikan tinggi. Lembaga

pendidikan tinggi ini merupakan lembaga yang mengembangkan dan meneruskan pengetahuan profesional. Karena pandangan lain menganggap bahawa hingga sekarang tidak ada definisi yang memuaskan tentang profesional yang diperoleh dari buku-buku yang berbentuk akademik maka digunakan pendekatan lain dengan menggunakan ciri profesional. Salah satu aspek yang sangat diberi perhatian oleh Islam bagi memastikan supaya perjalanan sistem hidup manusia dapat berlangsung dalam suasana yang sihat dan harmoni ialah kesempurnaan akhlak. Ini kerana akhlak yang baik dan mulia sahaja dapat menjamin kesejahteraan dan kejayaan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Secara umumnya akhlak boleh dipecahkan kepada dua pembahagian. Pertama, akhlak Islam, dan yang kedua ialah akhlak falsafah atau lebih dikenali sebagai etika. Akhlak Islam ialah akhlak yang bersumberkan wahyu (Quran dan sunah), bersifat kudus, mutlak, rabbani dan tetap sepanjang zaman. Sementara akhlak falsafah pula berdasarkan kepada kemampuan pemikiran manusia, yang pastinya tidak kudus, berubah-ubah mengikut zaman dan kepentingan dan tidak mutlak. Oleh itu, apa yang penting ialah, kod etika bagi mana-mana profesion hendaklah berasaskan kepada konsep bekerja menurut Islam iaitu yang selaras dengan tuntutan syarak dan akhlak Islam, sama ada terhadap individu, masyarakat, majikan dan juga teman sekerja. Islam melihat akhlak bukan hanya sekadar pada tingkah laku luaran sahaja tetapi ia juga harus berakar umbi di hati nurani. Kesedaran dalam melakukan amalan-amalan yang baik tidak berlaku sekali-sekala sahaja tetapi hendaklah menjadi darah daging dan amalan setiap masa. Dalam Islam, akhlak diperkukuhkan dengan peneguhan keimanan kepada Allah s.w.t. serta iltizam yang tinggi terhadap undangundang agama, di samping menanamkan nilai tauhid yang mendalam dan akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, apabila membincangkan mengenai akhlak dan etika yang menjadi asas kepada kejayaan sesuatu profesionalisme, maka seringkali dua bahagian akhlak ini ditemui sama ada secara seiring ataupun bertentangan. Dengan itu, apabila membicarakan antara kerjaya profesional dan amanah yang dilihat dari perspektif Islam. Islam telah menggariskan beberapa ciri-ciri kod etika yang perlu digunapakai oleh setiap penganutnya di dalam mengharungi rutin harian, samada mereka merupakan pekerja awam, swasta, perniaga, pemimpin dan surirumah.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran." (Surah Al-Asr Ayat 1-3) 1.2 Sejarah rengkas Istilah ETIKA berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti" Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". 1.3 Ciri-ciri dan bentuk etika 1.3.1
o o

Ikhlas Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan tugas kepada ketuanya. Tidak memilih-milih kerja, dan melakukan apa saja tugas yang telah Melaksanakan sesuatu tugas dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa

diberikan.
o

mengira waktu sama ada di pajabat atau selepas waktu pejabat. 1.3.2
o o o o o o o

Siddiq Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab. Bercakap benar dan menepati janji. Cermat dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan profesionalisme. Memberi arahan yang jelas dan tepat. Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas. Sanggup menerima teguran dan nasihat. Amanah Bersedia menerima tugas dan tanggungjawab. Komited dan tekun melaksanakan tugas. 4

1.3.3
o o

o o o

Berusaha meningkatkan kualiti kerja. Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran. Bertanggungjawab terhadap kerja yang dibuat. Telus Mengamalkan syura dalam tindakan dan keputusan. Bersikap terbuka dalam memberi pendapat. Yakin dalam menegakkan kebenaran. Memaklumkan keputusan kepada yang berhak. Bijaksana Melengkapkan diri dengan Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

1.3.4
o o o o

1.3.5
o

cukup bagi membolehkan setiap tugas dapat disempurnakan dengan baik.


o o o o o

Memiliki minda yang aktif dan badan yang sihat. Peka kepada perubahan, idea, pengetahuan dan kemahiran baru. Sanggup menerima dan memberi kritikan membina. Bertindak dengan cekap betul. Tertib dalam membuat keputusan berasaskan keutamaan dan Menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran secara hikmah dan Kreatif, inovatif dan proaktif. Bersabar menghadapi masalah. Tenang menangani tekanan. Adil Mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai kehendak undang-

kepentingan organisasi dan negara.


o

nasihat yang baik.


o o o

1.3.6
o

undang dan peraturan serta keutamaan dan fakta yang tepat sebelum membuat sesuatu atau tindakan.
o

Membuat penilaian secara objektif dan professional.

Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula

apabila mendapat maklumat dan fakta yang lengkap dan tepat.


o

Kritikal dan analatikal dalam membuat pertimbangan menggunakan Menghargai hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta adil terhadap

kaedah yang betul.


o

bertindak dengan penuh bertimbang rasa.


o

kemajuan kerjaya.
o

ketua, orang bawahan dan rakan sekerja. 1.3.7


o o o o

Bertanggungjawab Bersunguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Melaksanakan kerja dengan sempurna. Rasa bersalah sekiranya tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan. Menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Syukur Menghargai setiap nikmat yang diterima. Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama. Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada Sabar dan tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, Bersederhana dalam meraikan kejayaan Mengucapkan 'terimakasih' atas bantuan atau sumbangan orang lain. Menunjukkan kesyukuran dengan berkhidmat dengan lebih Menghargai kemudahan yang disediakan. Sabar

1.3.8
o o o

yang layak.
o

kegagalan dan ujian.


o o o

bersungguh-sungguh.
o

1.3.9

o o o

Sabar dalam melayani kerenah pelanggan. Sabar dalam menghadapi kerenah birokrasi. Berhati-hati dalam menunaikan tugas.

1.3.10 Tawakal
o o o

Berusaha dengan bersungguh-sungguh sebaik mungkin. Berserah setelah berusaha. Membulatkan penggantungan kepada Allah.

1.3.11 Mahabbah
o o o

Melayan semua pelanggan dan kakitangan dengan penuh kemesraan. Mewujudkan suasana kekeluargaan sesama kakitangan. Kesamarataan dalam melayani pelanggan Organisasi / Institusi mula

wujud sebelum Tanah Melayu merdeka.

1.4

Implimentasi atau pemakaian etika dalam organisasi. Walaupun usaha ke arah memantapkan aspek nilai dan etika dilaksanakan oleh pelbagai jabatan kerajaan, namun ada kelemahan-kelemahan tertentu yang patut difikirkan semula oleh semua ketua jabatan sebagaimana yang disenaraikan di bawah: 1.4.1 Aktiviti agama hanya bersifat ritual tanpa difikirkan bagaimana ia boleh dijadikan teras dalam semua hubungan antara professional dan pelanggan (klien). Dengan itu penerapan nilai-nilai Islamik yang baik perlu ditekankan disemua peringkat (status) jawatan tanpa mengira agama dan kaum. 1.4.2 Kurangnya contoh melalui teladan yang ditunjukkan oleh pelbagai peringkat professional dan dipihak klien yang telah berjaya di dalam bidang masingmasing. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bersama-sama menjadikan

Rasulullah sebagai mentor utama di dalam mentadbir dan mengurus organisasi atau perniagaan. 1.4.3 Kurangnya usaha yang proaktif dalam aspek pemantapan nilai-nilai amanah dan etika dari kedua-dua belah pihak, berdasarkan kepada contoh masyarakat terkini. Penerapan unsure-unsur keagamaan perlu diterapkan.

2.0 2.1

DEFINISI Etika Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya. Etika biasanya telah didefinasikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Mendefinasikan etika individu sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu. Etika seringkali sering berhubungan dan tidak mempunyai nilai mutlak. 8

2.2

Profesional Profesional pula merujuk kepada orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan tetap dan sumber pendapatan utamanya. Etika profesional digunakan untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang direka/dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada. Manusia mendalami aturan dan nilai milik budaya profesional sama seperti mereka membuatnya untuk golongan mereka. Golongan ini berpegang teguh pada aturan profesional dan nilai semasa membuat keputusan di atas bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika yang ditentukan. Etika profesional adalah nilai-nilai atau tingkahlaku murni yang harus dihayati oleh individu mengikut profesion masing-masing. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Tujuan etika diadakan adalah untuk mengekalkan integriti moral seseorang profesional itu.

2.3

Amanah Amanah berasal daripada perkataan Arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksana akannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya : i. ii. iii. AmanahTerhadap Allah Dan Rasul Amanah Terhadap Diri Sendiri Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

2.3.1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaran-Nya seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).(Al-Anfal : 27) firmanNya :

Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.

Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu

10

dipelihara, dihargai serta dipatuhi. Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan. 2.3.2. Amanah Terhadap Diri Sendiri Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam. Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan. Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah kepada manusia yang perlu dijaga dan

11

dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai Allah. 2.3.3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para penternak untuk mendapatkan daging. Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain. Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Masyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.

12

3.0 3.1

Konsep Amanah Konsep Amanah Dalam Hubungan Profesional Dan Klien 3.1.1 Obligasi Terhadap Klien (Objektif) Obligasi terhadap klien menjadi persoalan pokok dalam membincangkan isu tanggungjawab professional, profesional iaitu ketika memberikan dan perkhidmatannya. profesional bergaji. Klien Perbincangan dalam bab ini akan ditumpukan kepada kedua-dua jenis profesional perunding Walaubagaimanapun isu ini nampak lebih ketara dikalangan profesional perunding kerana bentuk hubungannya dengan klien agak berbeza. membayar atas perkhidmatan yang diberikan dan bebas memilih kadang boleh menimbulkan banyak masaalah. 3.1.2 Hubungan Profesional Klien Banyak model hubungan professional-klien telah dikemukakan selama ini. Walaubagaimanapun, kebanyakannya telah terlalu umum dan tidak memberikan panduan tentang bentuk hubungan yang harus diamalkan (terjalin) dalam satu-satu situasi tertentu. Soal hubungan professional-klien sepatutunya dilihat dalam konteks yang biasa berlaku dan bukanya dalam kes-kes yang khusus. Misalnya orang biasa akan berhubung dengan peguam dalam urusan perjanjian jual beli rumah, membuat draf kontrak perniagaan, tuntutan pampasan dimahkamah dan klien pergi berjumpa doktor 13 untuk sesiapa

profesional yang disukai. Oleh itu soal hubungan profesional klien kadang-

mendapatkan rawatan penyakit yang dihadapinya. Jurutera pula selalu dihubungi oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat atau kerajaan untuk mereka bentuk sesuatu projek. Akauntan dan arkitek juga berhubung dengan klien individu untuk tujuan penyediaan penyata cukai pendapatan mereka bentuk kediaman. Isu pokok dalam hubungan professional-klien ialah peruntukan siapa yang sepatutnya membuat keputusan dan siapa yang sepatutunya membuat keputusan. Model etika hubungan adalah model tentang Pada agihan tanggungjawab dan autoriti dalam membuat keputusan. umumnya

terdapat lima model yang boleh diaplikasikan dalam membincangkan soal hubungan professional klien, iaitu model agensi, kontrak, persahabatan, paternalisma dan fiduciary. Satu daripada model yang dikaitkan hubungan profesional-klien ialah model fiduciary. 3.2 Model Fiduciari Model Fiduciari memberikan autoriti dan tanggungjawab yang lebih kapada klien untuk membuat sebarang keputusan jika dibandingkan dengan Model Paternalisme. Persetujuan dan penilaian klien diperlukan bagi membolehkannya mengambil bahagian sama dalam membuat keputusan. Dalam proses ini profesional membekalkan maklumat dan terpulanglah kepada klien sama ada untuk menerimanya atau tidak. Untuk melicinkan proses ini klien mesti menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap maklumat yang dibekalkan yang seterusnya dianalisis, dicari kemungkinan alternatifnya dan dijangka kesannya. Jelasnya klien bergantung kepada pengetahuan dan kebolehan professional untuk digunakan kepentingannya. Oleh sebab klien tidak dapat mengawasi semua kerja professional dan maklumat yang dibekalkan, maka professional tersebut mempunyai obligasi untuk bersikap amanah dalam semua tindakannya. Ini tidak bermakna bahawa tanggungjawab professional semata-mata memberikan cadangan samada diterima atau tidak tetapi yang lebih penting ialah sentiasa berbincang dengan kliennya. Diakui bahawa kebanyakan profesional tidak mempunyai kepakaran dalam membuat pilihan yang membabitkan nilai untuk klienya. Sebaliknya kepakaran teknikalnya 14

memang tidak perlu diragukan dan biasanya profesional diizinkan untuk membuat keputusan sendiri dalam hal ini. Misalnya pesakit menyerahkan kepada doktor untuk menentukan jenis ubat yang perlu diambilnya, klien membenarkan jurutera untuk menentukan spesifikasi umum tentang satu-satu bahan binaan, sementara seorang peguam boleh memutuskan sendiri samaada untuk menerima fakta, menolak testimony atau bersetuju kes ditangguhkan bagi pehak kliennya. Semua contoh ini hanya melibatkan soal teknikal dan kesan kepada nilai klien adalah sangat kecil. Oleh sebab itu hal-hal seperti ini diberi kebebasan sepenuhnya kepada professional untuk membuat keputusan. Tegasnya persetujuan dan pengelibatan klien tidak diperlukan kalau ianya soal teknikal dan kesan nilai keatas klien tidak signifikan. Dalam Model Fiduciari profesional mempunyai tanggungjawab lebih untuk merumus, merancang, menunjukan kebaikan dan keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan. Terpulanglah kepada klien untuk menerimanya dan seterusnya membuat keputusan. Model ini sesuai diaplikasi bagi semua peringkat klien tetapi yang jelas ialah semakin kurang kemampuan dan kebolehan seseorang klien itu semakin besarlah tanggungjawab professional terhadap kliennya. 3.3 Obligasi Untuk Bersikap Amanah Model etika hubungan professional-klien fiduciary menekankan obligasi menerima amanah daripada klien. Persoalannya ialah Amanah untuk apa?. Jawapannya ialah amanah untuk memenuhi fungsi tentang apa yang dikehendaki oleh kebanyakan orang lain. Sebenarnya inilah sebab utama mengapa seseorang profesional itu diperlukan. Seseorang klien mahukan profesional menggunakan kepakarannya untuk menganalisis masalah, merangka pelan tindakan alternatife, mengemukakan cadangan ataupun melakukan aktiviti (pembedahan dan pengauditan) untuk kliennya. Obligasi terhadap aktiviti-aktiviti tersebut hendaklah dilakukan dengan penuh rasa amanah untuk memenuhi kepentingan klien. Ini termasuklah kebebasan membuat keputusan tentang kehidupannya. Bahagian ini membincangkan obligasi yang diamanahkan oleh klien kepada profesional. Enam obligasi yang dibincangkan bolehlah dikatakan sebagai standard sikap amanah yang perlu ada pada diri seseorang professional. Seorang professional yang amanah sepatutnya jujur, berterus terang, kompeten, tekun, 15

setia dan menyimpan rahsia. Inilah sifat-sifat murni seseorang professional berkaitan dengan sikap amanah. Memandangkan obligasi ini dianggap normal tingkah laku maka secara langsung obligasi ini juga mengambarkan tanggungjawab.

3.4

Kejujuran Profesional mesti bersikap jujur terhadap kliennya. Bersikap tidak jujur bermaksud tidak amanah terhadap kepercayaan yang diberikan oleh klien. Adakalanya profesional bersikap jujur terhadap kliennya tetapi sebaliknya tidak jujur terhadap orang lain (pihak ketiga). Sikap dan keadaan seperti ini seharusnya dielakkan oleh profesional. Demi nama baik profesion, seorang profesional hendaklah bersikap jujur kepada semua pihak. I'anggungjawab utama kejujuran ialah tidak mengambil sesuatu tanpa izin atau kebenaran daripada kilen. Sebgai contoh seeing berlaku, akauntan dan peguam menggunakan wang kliennya tanpa izin untuk kegunaan peribadi (sendiri). Kes yang lama juga berlaku di kalangan doktor tetapi dalam keadaan ,yang berlainan seperti membuat uji kaji dan pembedahan yang sebenarnya tidak diperlttkan oleh kliennya. Tujuannya semata-mata untuk mendapatkan bayaran perkhidmatan. Oleh itu, untuk niengelakkan sikap tidak jujur ini seseorang profesional harus bertanya kepada dirinya sendiri, "Patut-kah sava benarkan perkara ini berlaku kalau saga sebagai klien?"

3.5

Berterus Terang Sikap berterus terang agak berbeza daripada sikap jujur walaupun berterus terang merupakan unsur penting untuk bersikap jujur. Ada kalanya seseorang itu berterus terang tetapi tidak jujur. Dalam kes tertentu profesional tidak berterus terang bukan untuk kepentingan dirinya tapi semata-mata untuk kebaikan (kepentingan) kliennya. Sikap berterus terang sebenarnya tidak hanya melibatkan sikap jujur malah juga melibatkan pendedahan sepenuh. Seseorang itu boleh mengelakkan diri daripada berkata tidak benar dengan mendiamkan did tetapi perbuatan ini bennaksud profesional itu gagal untuk bertents terang.

16

Setiap klien memberikan kepercayaan penuh kepada profesional yang dibayar untuk memberikan perkhidmatannya terutama tentang maklumat yang disampaikan kepadanya. Namun begitu ada kalanya profesional tidak berterus terang dan memanipulasi maklumat yang diberikan kepada kliennya. Manipulasi ini bertujuan untuk rneinastikan penilaian yang akan dibuat oleh kliennya selari dengan kehendaknya. Dalam keadaan begitu profesional bertindak (membuat keputusan) berdasarkan penilaiannya sendid tanpa mengambil kira persetujuan daripada klien dan memberi maklumat sepenuhnva kepada klien. Situasi ini dapat dijelaskan dalam contoh di bawah. Dalarn satu kes rundingan tuntutan, satu pihak yang lain menawarkan sebanyak RM10,000 sebagai penyelesaian-nya. Peguam yang mengendalikan kes ini merasakan tawaran itu adalah munasabah tetapi kliennya meng-harapkan bayaran sebanyak RM15,000. Peguam tersebut memberitahu kliennya bahawa tawaran yang diberikan ialah sebanyak RM7,000 tetapi berjanji akan tuba untuk mendapatkan sebanyak RM8,500. Beberapa hari kemudian peguam itu memberitahu bahawa dia telah berjaya menaikkan tawaran itu menjadi RM10,000 dan mencadangkan supaya menerimanya. Tujuan peguam berbuat dernikian (tidak berterus terang) ialah dapat menyelesaikan kes itu dengan cara yang mudah dan mendapat-kan bayaran yang baik walaupun tanpa kerja yang berat. Walau apa pun alasan ternyata dalam kes di atas peguam itu telah tidak berterus terang (berbohong) terhadap kliennya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu berbohong (tidak berterus terang) dibenarkan. Umpamanya doktor yang terdorong oleh obligasi untuk tidak memudaratkan kliennya kadang-kadang berpendapat bahawa pendedahan maklumat kepada klien dianggap tidak perlu. Contoh yang selalu menjadi topik perbincangan ialah keengganan (kegagalan) doktor memberitahu klien-nya yang menghidap penyakit barah. Alasannya ialah pendedahan maklumat itu akan memudaratkan emosi dan pemikiran kliennya. Walau bagaimanapun, alasan ini tidak begitu kuat kerana apa pun yang akan terjadi akan ditanggung oleh klien berkenaan. Oleh itu, kilen berhak mengetahui keadaan sebenamya. Dalam hal ini, mungkin yang boleh dibincangkan ialah bagaimana pendedahan itu sepatutnya dilakukan dengan mengambil kira masa dan situasi yang sesuai. Kajian terbaru menujukkan trend tersebut 17

telah berubah begitu ketara sekali. Sebelum tahun 1960,90% doktor lebih gemar tidak akan memberitahu hal sebenar kepada pesakitnya tetapi sekarang keadaan sebaliknya berlaku, iaitu 97!, doktor bersedia untuk memberitahu pesakitnya.

3.6

Kompetensi Masalah tidak kompeten di kalangan profesional semasa menjalankan tanggungawab sudah pasti akan menimbulkan rnasalah etika. Seorang profesional yang tidak kompeten boleh dianggap sebagai tidak me-menuhi amanah yang telah diberikan oleh kliennya. Walau bagai-manapun, agak sukar bagi klien membuat penilaian terhadap kecekapan profesional kerana masalah teknikal dan kurangnya penge-tahuan tentang profesion berkenaan. Oleh itu, penilaian terhadap kompeten profesional yang meyakinkan akan hanya dibuat oleh profesional lain yang terlibat dalam bidang profesion yang sama. Kod etika profesional dalam sernua bidang profesion mensyarat-kan kompetensi sebagai kriteria utama untuk seseorang itu menjadi profesional. Walaupun kebanyakan profesion tidak menjalankan peperiksaan kompeten profesional tetapi mereka digalakkan untuk sentiasa mempertingkatkan kompetensi dari semasa ke semasa. Malah pemberian lesen atau tauliah untuk menjadi pengamal profesional juga didasarkan kepada faktor kompeten ini. Masalah tidak kompeten dalam memberikan perkhidmatan biasanya timbul berikut profesional tidak mengkhusus dalam satu-satu bidang kepakaran tertentu. Undangundang pula tidak melarang mereka daripada terus memberikan perkhidmatan. Pengamal peru-batan umum, misalnya dibolehkan melakukan pembedahan walau-pun itu bukan bidang kepakarannya. Malah terdapat juga profesional yang melakukan kerjakerja di luar bidang pengkhususannya semata-mata atas sebab kewangan. Misalnya, seorang jurutera awam terlibat sama dal am kerja mereka bentuk sistern elektrik sesebuah bangunan. Mereka mengatakan walaupun kurang cekap dalam melakukan kerja tersebut tetapi boleh belajar dan menimba pengalaman untuk mem-pertingkatkan kompetensinya. Persoalannya ialah, patutkah klien membayar kos latihan tersebut 18

sedangkan klien boleh mendapatkan perkhidmatan yang sama daripada profesional lain dengan bayaran yang lebih rendah.

3.7

Ketekunan (Ketelitian) Sikap tekun ada kaitannya dengan kecekapan. Walau bagaimanapun, seseorang itu mungkin sangat cekap tetapi tidak tekun (teliti) atau tekun tetapi tidak cekap. Dengan secara ringkasnya, sikap tidak tekun ialah cuai dalam banyak hal yang pastinya akan menghasilkan kerja yang tidak rnemuaskan. Misalnya satu draf perjanjian yang dibuat dengan tidak lengkap, diagnosis yang silap atau projek yang tidak direka bentuk dengan betul adalah akibat daripada kecuaian dan ketidaktelitian kerja seseorang profesional. Dalam hal ini masalah yang timbul ialah agak sukar bagi klien menentukan hasil yang tidak memuaskan itu sama ada akibat daripada kecuaian, ketidakcekapan atau kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan dengan tekun dan teliti memuakan satu amanah. Walau bagaimanapun, faktor masa biasanya menjadi penghalang utama yang menyebabkan aspek tekun dan dan teliti ini diabaikan. Misalnya banyak klien gagal dalam tuntutannya di mahkamah disebabkan peguamnya gagal menfailkan tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan, bertindak dengan cepat dan menghadirkan diri di mahkamah. Begitu juga halnya seseorang pesakit yang memerlukan diagnosis dan rawatan segera, klien yang mahu kerja reka bentuk disiapkan dengan segera dan sikap ke-banyakan orang yang suka menunggu sehingga saat-saat akhir untuk menyuruh akauntan menyediakan penyata kewangan bagi tujuan pembayaran cukai pendapatan. Dalam keadaan seperti ini sudah pasti kerja-kerja tidak dibuat dengan teliti yang seterusnya rnenghasil-kan sesuatu yang tidak memuaskan. Masalah menjalankan tugas dengan tidak teliti sering berlaku di kalangan profesional jika dibandingkan dengan orang lain. Misalnya, peguam selalu dikatakan sebagai cuai dan doktor tidak memberikan masa secukupnya kepada pesakit yang dirawatnya. Yang jelas perkara ini memang berlaku tetapi kita tidak pasti berapa pesakit yang menjadi 19

mangsa akibat kesilapan diagnosis yang dibuat oleh doktor. Sementara jurutera pula selalu beranggapan bahawa masalah yang dihadapi adalah lebih kurang sama. Oleh itu, pemeriksaan yang menyeluruh tidak dilakukan tetapi mereka hanya menumpukan kepada masalah yang biasa dikesan. Alasan yang selalu diberikan oleh profesional ialah kekurangan masa. Penulis berpendapat bahawa penyelesai masalah ini memerlukan profesional mengatasi masalah yang tidak terikat dengan masa dengan mengurangkan jumlah klien dan memberikan masa yang lebih kepada kliennya. Profesional sepatutnya menentukan masa yang sesuai dan mencukupi bagi kliennya. 3.8 Kesetiaan Seseorang klien sentiasa berharap agar profesional yang dibayar per-khidmatannya bertindak bagi pihak dirinya untuk kepentingan-kepentingan tertentu. Misalnya seorang akauntan dibayar untuk melakukan audit kewangan awam dan peguam untuk membuat penilaian bebas. Dalam hubungan ini, kesetiaan seseorang profesional terhadap kliennya begitu penting sekali. Profesional yang tidak setia secara langsungnya telah mengkhianati kepentingan dan amanah yang diberikan oleh kliennya. Walau bagaimanapun, kesetiaan tidak seharusnya secara melulu sehingga mengabaikan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh seseorang profesional. Klien yang membenarkan profesional melakukan tindakan yang melanggar undang-undang demi mencapai matlamat dan kepentingannya dianggap perbuatan yang keterlaluan. Masalahnya ialah agak sukar untuk menentukan satu garis sempadan antara kesetiaan terhadap klien dengan tanggungjawab lain. Kadang-kadang tanggungjawab lain perlu diberikan perhatian yang lebih daripada kesetiaan terhadap klien atau sebaliknya. Kesetiaan seorang profesional terhadap klien semasa melaksanakan tanggungjawabnya selalunya tergugat akibat konflik kepentingan antara profesional dengan klien. Kita sedia maklurn bahawa unsur penting dalam kesetiaan terhadap klien adalah tentang kebebasan membuat keputusan. Perkara ini sangat ditekankan dalam hampir semua kod etika profesional. Profesional hendaklah menggunakan kemahiran dan pengetahuannya membuat keputusan yang dapat digunakan oleh kliennya bagi melindungi atau mencapai matlamatnya. Keputusan yang dibuat secara berat sebelah meng-gambarkan bahawa klien tidak mendapat nasihat dan bantuan yang sepatutnya. Pastinya tindakan yang akan dibuat berdasarkan keputusan seperti ini membahayakan. Kebebasan untuk 20

membuat keputusan dan kesetiaan juga rnungkin tergugat oleh "identifrkasi-berlebihan" terhadap klien, kepen-tingan diri profesional dan konflik antara klien. Konflik kepentingan antara klien perlu diberikan perhatian kerana masalah ini sering berlaku. Umumnya konflik ini boleh dibahagikan kepada dua jenis kes - dua atau lebih klien yang terlibat dalam kes dan aktiviti yang sama dan yang terlibat dalam kes dan aktiviti yang berlainan. Secara umumnya, seorang peguam tidak sepatutnya mewakili klien yang berkemungkinan menimbulkan konflik kepentingan. Dua orang yang dituduh melakukan kesalahan jenayah yang sama mungkin pada mulanva difikirkan tidak akan menimbulkan konflik tetapi ber-kemungkinan semasa pembelaan kes dijalankan hujah pembelaan oleh peb*uam yang sama akan bertentangan. Apabila keadaan ini berlaku coal kesetiaan peguarn terhadap klien akan teijejas dan boleh dipersoalkan. Doktor kurang menghadapi konflik kepentingan antara klien jika dibandingkan dengan peguam. Ini kerana pada umumnya kesihatan seseorang itu tidak akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan orang lain. Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu masalah ini boleh berlaku. Misalnya dalam kes pemindahan buah pinggang, doktor yang sama merawat bakal penderma dan penerima buah pinggang tersebut. Kepentingan bagi penerima ialah memastikan buah pinggang yang akan diterimanya itu sesuai dan pembedahan dijalankan dengan sempurna. Pada masa yang sama penderma akan menghadapi risiko yang tinggi akibat pembedahan tersebut. Oleh itu, ada baiknya kalau doktor berkenaan berbin-cang dan memberitahu keadaan sebenar kepada penderma ber-kenaan. Profesional lain seperti jurutera dan arkitek kurang menghadapi masalah konflik kepentingan kerana projek kliennya tidak mungkin bertentangan dengan kepentingan orang lain. Akhir sekali ada kalanya soal kesetiaan dan kebebasan untuk membuat keputusan boleh men-datangkan kesan buruk terhadap kepentingan pihak ketiga, khususnya kalangan peguam dan akauntan. 3.9 Menyimpan Rahsia Secara umumnya tanggungjawab menyimpan rahsia melibatkan fakta dan maklumat yang diperoleh daripada klien. Nilai utama dalarn tanggungjawab ini ialah soal rahsia (privacy), iaitu pengawalan maklumat seorang yang ada pada orang lain. Menyimpan rahsia menjadi asas dalam hubungan profesional-klien.

21

Untuk membolehkan seorang profesional mengambil tindakan yang sesuai dalam membuat saranan yang terbaik, semua maklumat yang penting dan relevan perlu diperoleh daripada klien. Dalam usaha mendapat seberapa banyak maklumat yang mungkin daripada klien, profesional perlu meyakinkan kliennya bahawa segala maklumat yang diberikan akan tetap dirahsiakan. Masalahnya ialah sesetengah klien agak keberatan untuk memberikan maklumat yang diperlukan itu. Ini berkemungkinan disebabkan oleh dua faktor - (a) tidak mahu semua rahsia mengenai dirinya diketahui dan (b) tidak menyedari kepentingan maklumat yang diperlukan itu. Sehubungan itu, contoh kes yang diutarakan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran. Seorang telah disabitkan kesalahan kerana pecah rumah di mahkamah Old Bailey, London. Sebelum dijatuhi hukuman, hakim bertanya kepada pesalah kalau ada apa-apa yang hendak diluahkan. Orang itu mengatakan bahawa perbicaraan itu tidak adil kerana beliau telah disabitkan dengan kesalahan yang tidak dilakukannya. Seterusnya mendakwa bahawa dirinya tidak bersalah dan boleh mengemukakan bukti. Hakim bertanya bagaimana dia boleh membuktikan yang dia tidak bersalah. Orang itu menjawab bahawa semasa kejadian pecah rumah itu berlaku dia berada di dalam penjara kerana menjalani hukuman kesalahan jenayah yang lain. Hakim terkejut dan lantas bertanya mengapa hal ini tidak diberitahu dalam perbicaraan sebelum ini. Orang itu menjawab bahawa kalau diberitahu akan memberikan persepsi kurang baik terhadapnya oleh juri. Ini akan mengurangkan peluang kemungkinan untuk tidak disabitkan kesalahannya. Menyimpan rahsia tentang sebarang maklumat yang diperoleh daripada klien dianggap sebagai satu keistimewaan bagi profesional. Malah perbuatan ini dilindungi dari segi undang-undang, iaitu profesional tidak boleh dipaksa untuk mendedahkan semua rahsia kliennya kepada mahkamah. Tiga faktor utama dikenal pasti sebagai sebab profesional membuka rahsia maklumat kliennya, iaitu untuk kepentingan klien, profesional dan orang lain. Maklumat rahsia boleh didedahkan kalau mendapat persetujuan daripada klien dan ini tidak dianggap sebagai melanggar prinsip menyimpan rahsia. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu pendedahan maklumat boleh dibuat tanpa kebenaran klien terlebih dahulu sekiranya untuk kebaikan klien sendiri. Misalnya, dalam membuat rundingan bagi pihak klien, mungkin ada kebaikannya kalau seorang peguam itu mendedahkan maklumat itu kepada pihak lain. Kes seperti ini sering berlaku dalam profesion perubatan. Ahli psikologi atau pakar sakit jiwa perlu 22

mendapatkan maklumat bagi membantu doktor merawat pesakit berkenaan. Pendedahan maklumat rahsia untuk kepentingan profesional dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila didapati perlu untuk menentukan bayaran perkhidmatan secara adil dan mempertahan diri daripada tuduhan melakukan tindakan yang salah. Dalam situasi pertama, klien tidak dibenarkan untuk menggunakan maklumat rahsia untuk menipu profesional. Dalam situasi kedua pula, klien tidak mahu maklumat itu didedahkan kerana ini akan menunjukkan keterlibatannya dalam perbuatan yang salah. Masalah menjadi lebih sukar apabila klien tidak melakukan perbuatan yang salah tetapi enggan membenarkan profesional mendapatkan maklumat tersebut. Misalnya, seorang jurutera mungkin dituduh mencuri maklumat tentang proses pengeluaran daripada bekas kliennya. Untuk mem-buktikan bahawa tindakan itu tidak benar dia memerlukan pendedahan maklumat daripada klien barunya tentang satu proses pengeluaran yang berbeza sama sekali. Akhirnya pendedahan maklumat dibenarkan demi kepentingan orang lain (pihak lain). Maklumat mesti diberikan kalau dikehendaki oleh undang-undang. Persoalannya ialah bila dan dalam situasi yang bagaimana pendedahan maklumat itu boleh dilakukan tanpa menjejaskan prinsip etika yang ada.

23

4.0

Fakta-Fakta Kes Prinsip amanah merupakan asas penting yang dapat menjadi teras hubungan antara professional dan klien. i. Senario Semasa ii. Dasar-dasar Kebelakangan ini sering terpapar di dada-dada akhbar berbagai-bagai peristiwa pelanggaran etika yang berlaku dikalangan profeisonal yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat awam kepada sesuatu institusi samaada institusi awam atau swasta. Kes-kes pelanggaran etika rasuah dan pecah amanah ini jika dibiarkan berterusan tanpa dikawal akan terus membiak dan menjadi kanser kepada sistemsistem lain dan seterusnya membawa kehancuran kepada sistem pentadbiran negara. Antara kes-kes berprofile tinggi termasuklah tuduhan rasuah dikalangan hakim, ahli parlimen menggangu tugas pegawai kastam dan banyak lagi kes-kes kecil yang tidak mendapat liputan akhbar-akhbar. Antara kes terbaru yang mendapat liputan meluas akhbar adalah seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 30 Mei 2006 bertajuk Ketua Hakim Negara Akui Terima Surat Layang Dakwa Hakim Rasuah telah mengambarkan wujudnya dakwaan-dakwaan walaupun dalam bentuk surat layang yang mengatakan bahawa para-para hakim juga terlibat dalam rasuah. Cadangan Ketua Hakim Negara dalam seminar "Memerangi Rasuah dalam Sistem Kehakiman Jenayah" supaya lebih rami hakim dilantik bagi menghakimi sesuatu perbicaraan secara tidak langsung telah memperaku bahawa memang wujud gejala rasuah dalam sistem kehakiman sekarang.

24

Rasuah dalam kehakiman adalah masalah yang berat dan serius kerana institiusi kehakiman merupakan benteng terakhir yang boleh diharap dalam menegakkan keadilan, selain sebagai salah satu dari tiga institusi tertinggi dalam sistem pentadbiran negara Malaysia, yang terdiri dari Badan Eksekutif dan Parlimen yang berada dibawah DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Hakim sebagai seorang Profesional bergaji yang dipertanggungjawabkan memegang amanah mencari kebenaran melalui sistem kehakiman manakala semua rakyat merupakan klien atau bakal klien yang bergantung kepada hakim melalui sistem kehakiman bagi menentukan kebenaran. Keutuhan sesuatu sistem kehakiman amatlah bergantung kepada kepercayaan mutlak klien kepada sistem tersebut. Bagi menjamin keutuhan sistem kehakiman yang ada, prinsip amanah para hakim merupakan teras utama yang akan menjadikan kepercayaan klien kepada sistem sentiasa teguh seterusnya membawa kepada perhubungan yang baik antara profesional dan klien. Memetik rencana pengarang utusan Malaysia 6 Mei 2006 menyebut Tidak seperti jawatan lain, hakim mempunyai kedudukan amat istimewa dalam masyarakat hinggakan mereka tidak boleh menimbulkan keraguan tentang sifat keadilan mereka. Hakim tidak wajar melakukan sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kewibawaan mereka.. Berlainan dari segmen-segmen Kerajaan-Eksekutif dan Parlimen, sesuatu insiden negatif yang melibatkan institusi kehakiman, Lukanya' memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh. Kadangkala tak sembuh langsung. Kegagalan para hakim memegang amanah yang dipertanggungjawabkan keatasnya akan membuatkan kepercayaan klien kepada hakim akan hilang, seterusnya akan membuatkan perhubungan antara hakim dan kliennya akan runtuh. Kita harus sedar klien kepada system kehakiman atau hakim secara khusus bukannya kelompok tertentu sahaja dalam masyarakat tetapi ia melibatkan keseluruh institiusi, syaraikat, pertubuhan dan setiap individu dalam sesuatu negara. Kes kedua ialah berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh ahli parlimen Jasin iaitu dengan meminta Jabatan Kastam dan Eksais untuk "tutup sebelah mata" dalam penguatkuasaan undang-undang. Pada awalnya Datuk Said menyatakan beliau hanya 25

menjalankan tugas dan amanah membantu sebuah syarikat dalam kawasan pilihan rayanya yang menghadapi masalah balak bergergaji yang dirampas. Namun, pada 10 Mei, 2006 beliau mengakui bahawa salah satu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk balak tersebut adalah Binyu Sof Enterprise, di mana beliau mempunyai kepentingan. Ini bercanggah dengan kenyataan beliau pada 5 Mei 2006 dalam New Straits Times, Datuk Mohd Said menyatakan beliau tidak ada seberang kepentingan dalam agen syarikat yang membawa masuk balak bergergaji berkenaan. Jika bersandarkan sikap tanggungjawab dan Amanah yang diberi oleh pengundinya dalam pilihanraya, tindakkan Datuk Mohd Said bin Yusof membantu syarikat yang berada di dalam kawasan pilihanrayanya sekiranya dawaannya itu benar memanglah kena pada tempatnya. Namun begitu dakwaannya itu mencurigakan ramai orang kerana siastan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ke atas syarikat Binyu Sof Enterprise, membuktikan Datuk Mohd Said berbohong bila berkata, dia tidak ada kepentingan dalam syarikat terbabit kerana beliau adalah pemilik tunggal Binyu Sof Enterprise. Alamat cawangan syarikatnya adalah sama dengan alamat rumahnya di 676-A, Batu 2 , Padang Temu, 75050 Melaka. Perbuatanya itu ternyata bercanggah dengan kod etika ahli parlimen perkara 5 tatalaku atas sifat rasmi iaitu Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar daripada segala kelakuan yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kedudukannya sebagai seorang Parlimen atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak bahawa mereka telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kedudukannya sebagai Parlimen seorang Ahli Parlimen. Dan perkara 1 tata laku secara am iaitu Ahli hendaklah sentiasa adil, amanah dan bijaksana.

Dari aspek perundangan tindakan Ahli Parlimen Jasin ini menganggu tugas dan memberi tekanan kepada pegawai kastam merupakan satu kesalahan, jelas telah menyalahi dan melanggar lunas dan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Dipihak Kastam dan Eksais DiRaja pula mengambil tindakan terhadap syarikat yang telah melanggar peraturan yang telah di tetapkan merupakan tindakan yang betul, iaitu dimana pegawai kastam ini telah menjalankan tanggungjawabnya walaupun 26

berhadapan dengan tekanan yang kuat dari pihak-pihak yang berpengaruh. Pegawai kastam ini telah menjalankan amanah yang terletak dibahunya dimana melalui tindakan tegasnya ini telah memberi isyarat kepada klien-klien yang lain yang cuba melakukan penyelewengan, bahawa jika mereka berani melakukan kesalahan, maka mereka seharusnya bersedia menerima tindakanya sekiranya penyelewengan yang dilakukan dapat dikesan. Kesimpulan dari kes ini pihak yang berpengaruh tidak boleh menggangu apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pegawai awam selagi tindakkannya itu tidak megikut peraturan yang ditetepkan. Peraturan yang ditetapkan merupakan amanah yang telah dipertanggunjawabkan oleh Rakyat yang perlu dijalankan oleh seorang pegawai awam. Pemungkiran terhadap amanah ini akan menyebabkab hubungan antara klien dan priofesional ini akan rosak dan hancur. Berikut adalah beberapa contoh kes pecah amanah yanga telah mendapat liputan akhbar; 1. Seorang peguam hari ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu pihak polis berhubung satu kes pecah amanah melibatkan wang milik pelanggan sebanyak RM213,795.- Utusan Malaysia 15 Julai 2005 2. Hasil kajian Pusat Kajian Perumahan, Universiti putra Malaysia mendapati pemaju cuba 'lepas tangan' dalam menyediakan rumah mengikut standard.

4.2

Dasar-dasar Semasa Sifat amanah, ketelusan merupakan antara kreteria penting dalam apa jua institusi samada institusi awam, swasta, peniagaan besar atau kecil, badan-badan profesional dan bukan profesional, NGO dan pelbagai pihaksamaada pertubuhan dan juga individu.Bagi meningktkan lagi sifat-sifat positif ini, Kerajaan dibawah pimpinan YAB Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Plan Integrini Nasional
dengan tujuan

"membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan

etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."

27

4.3

Pelan Integriti Nasional (PIN) Antara objektif khusus PIN adalah seperti berikut : Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan. Perbuatan seperti rasuah, pecah Amanah yang dilakukan oleh golongan profesional bukan sahaja akan menjejaskan kepercayaan klien kepada integriti sesuatu profesion itu bahkan ia sebaliknya memberi kesan yang lebih buruk kepada profesional yang melakukan kesalahan itu sendiri. Sekali nama telah terpalit dengan perbuatan ini adalah sukar untuk dibersihkan semula.Oleh itu prinsip amanah adalah amat penting dalam menjaga perhubungan antara profesional dan klien.

28

5.0 5.1

KAJIAN Ancaman Kepada Pengamal Pecah Amanah Ancaman-ancaman terhadap pengamal Pecah Amanah adalah seperti mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Taala, mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Taala, pemberi dan penerima Pecah Amanah diancam dengan api neraka, Pecah Amanah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah, Pecah Amanah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, doa tidak diterima,

5.2

Bahaya Pecah Amanah Dan Kesannya Amalan Pecah Amanah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu mencegahnya. Ini kerana Pecah Amanah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk Pecah Amanah itu boleh di bahagikan kepada 3 ketogori iaitu kesan-kesan pecah amanah terhadap individu , kesan-kesan Pecah Amanah Terhadap Masyarakat, Kesan-Kesan Pecah Amanah Terhadap Negara. Antara kesan-kesan pecah amanah terhadap individu adalah seperti kehilangan pekerjaan, kejatuhan moral atau maruah, menerima hukuman, menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga dan keluarga terabai. Antara kesan-kesan pecah amanah terhadap masyarakat pula adalah seperti mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu, menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah dan membebankan golongan orang susah, memburukkan lagi

29

taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. Kesan-Kesan pecah amanah terhadap Negara pula adalah seperti menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan, tumpuan pembangunan yang tidak seimbang, kenaikan kos barang dan perkhidmatan, mengurangkan pendapatan Negara, dan menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. 5.3 Penyelesaian Penyakit Pecah Amanah Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya adalah menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala mahupun yang sebaliknya, memberi pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat, membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, menanamkan sikap minat beliabelia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya, Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan kitabkitab agama, membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ..... (11) (Surah ar-Rad: 11)

30

Selain itu memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup kepada semua golongan, membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam, merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat, menjalankan hukuman tazir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut, menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131. Amalan pecah amanah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya. (Hadis riwayat Ahmad)

31

6.0 6.1

KESIMPULAN Kesimpulan dan Rumusan Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan tu dihargai, maka orang yuang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, terselamat dan harmonis. Amanah menentukan masa hadapan yang cemerlang samaada bagi individu mahupun masyarakat yang mengamalkannya. Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri dari ikatan untuk menunaikan amanah yang telah diberikan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah dalam hubungan professional dan klien yang merupakan satu urusan yang saling berhubungan diantara satu sama lain yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa prinsip amanah adalah merupakan asas penting yang dapat menjadi teras hubungan professional dan klien. Apabila menyentuh persoalan mengenai asas sesuatu perkara, maka ianya mestilah bersifat sebagai dasar atau tonggak yang menjadi tapak yang mantap dan kukuh. Ianya mestilah cukup kuat serta stabil bagi menampung segala bentuk permasalahan yang mungkin timbul ke atasnya dan seterusnya dapat merungkai serta menangani setiap isu tersebut sebagai jalan penyelesaian. Kenyataan ini juga tidak terkecuali bagi

32

hubungan diantara professional dan klien dimana prinsip amanah bukan sahaja menjadi teras kepada hubungan ini, malahan peranannya adalah amat diperlukan bagi memenuhi fungsi tentang apa yang dikehendaki oleh klien terhadap professional. Seseorang klien mahukan golongan professional mempersembahkan tugasan yang terbaik untuknya dengan meletakkan ciri-ciri kepakaran dan kemahiran seiring dengan fungsi amanah yang dapat menjadi teras kepada hubungan diantara keduanya. Obligasi terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh professional hendaklah dilakukan dengan penuh rasa amanah untuk memenuhi kepentingan klien. Dalam ertikata lain, inilah sebenarnya objektif mengapa sifat amanah itu amat penting sebagai asas yang dapat menjadi teras dalam hubungan professional dan klien. Terdapat 6 obligasi sebagai standard sikap amanah yang perlu ada pada diri seseorang professional iaitu seorang professional yang amanah sepatutnya jujur, berterus terang, kompetan, tekun, setia dan menyimpan rahsia. Sungguhpun standard ini meletakkan ciri-ciri seperti diatas sebagai garis panduan, tetapi sebenarnya persoalan amanah ini senantiasa berhadapan dengan cabaran-cabarannya yang tersendiri. Cabaran ini juga berbeza-beza bentuknya dari masa kesemasa. Ciri-ciri kejujuran dan ketelusan misalnya telah dicemari oleh unsur-unsur negatif seperti gejala rasuah dan penyelewengan. Rasuah kini telah merebak dengan parah dan membarah. Hari demi hari kita disajikan dengan berita-berita penyelewengan yang seolah-olah semakin menjadi satu budaya. Ianya bukan lagi dilihat sebagai suatu yang jijik tetapi kini dipandang menyelerakan oleh golongan tertentu dan pastinya tidak terkecuali bagi golongan professsional. Disinilah sebenarnya peranan prinsip amanah yang sepatutnya dimiliki oleh golongan professional dalam membendung penyakit yang semakin serius ini. Konflik kepentingan seperti sikap tamak pula dilihat sebagai punca kenapa golongan professional sanggup mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh klien. Disamping itu, kegagalan professional untuk menjalankan tugasnya dengan cekap selari dengan kepakarannya sudah tentu akan menimbulkan masalah etika. Ini bermakna sebarang kegagalan termasuk kelewatan dalam menyempurnakan suatu tugasan boleh dianggap sebagai tidak memenuhi amanah yang telah diberikan oleh kliennya. Semua ini adalah contoh-contoh cabaran yang perlu ditangani oleh kedua pihak khususnya golongan professional. Berbanding dengan pihak klien, tanggungjawab golongan professional dilihat lebih besar dan lebih berat memandangkan kejayaan suatu tugasan yang diberikan oleh klien adalah berdasarkan 33

kepada kecekapan golongan professional melalui kepakaran dan kemahiran mereka disamping menjalankan tugas dengan penuh beretika termasuk meletakkan sifat amanah sebagai keutamaan.

Cabaran-cabaran ini mestilah dikenalpasti dari masa kesemasa dan diatasi dengan membuat perancangan strategi yang khusus. Golongan professional mestilah peka dengan perkembangan cabaran semasa dengan meletakkan prinsip amanah sebagai tonggak utama dalam hubunganya dengan klien. Sebarang permasalahan dan isu yang timbul hendaklah diselesaikan dengan telus dan bijaksana tanpa mengorbankan prinsip-prinsip etika terutamanya sifat amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan. Perbincangan yang berterus terang tanpa ada unsur-unsur pengkhianatan untuk merahsiakan maklumat daripada pihak klien mestilah dijalankan oleh professional dalam usaha untuk menangani sebarang permasalahan. Fokus utama kedua-dua pihak dalam merangka strategi menghadapi cabaran mestilah berpaksikan prinsip amanah sebagai penyelesaian utama. Dalam hubungan ini, pihak professional dan klien mestilah saling memahami dan sealiran dalam tindakan dan pemikiran bagi menghadapi apajua cabaran yang melibatkan persoalan amanah dalam mengelakkan diri daripada terlibat kedalam kancah pergolakan yang membawa kemusnahan. Prinsip amanah bukan sahaja suatu perkara besar yang mesti dilaksanakan serta diberikan perhatian utama, malahan yang lebih penting ialah untuk menentukan supaya amanah tersebut dapat dipelihara sebaik mungkin. Kelalaian dalam menjalankan tugas misalnya bukan sahaja tergolong dalam mengingkari perjanjian diantara professional dan klien tetapi juga boleh dianggap mengkhianati amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Perbuatan ini berlawanan dengan perintah Allah dan rasulNya supaya semua pihak mesti bersifat dengan sifat amanah kerana amanah itu menjadi sifat dan ciri keimanan yang amat penting sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yang bermaksud; Tiada iman pada orang yang tidak beramanah. Allah s.w.t telah berfirman didalam beberapa surah dalam Al-Quran yang menyentuh persoalan sifat amanah misalnya dalam ayat 283 Al-Baqarah dimana Allah 34

menyatakan bahawa amanah mesti ditunaikan. Dalam ayat 27 Surah Al-Anfal pula Allah s.w.t memberi peringatan bahawa amanah jangan sekali-kali dikhianati. Begitu juga dalam menyerahkan amanah kepada golongan yang berhak pada ayat 58 surah Al-Anfal. Kesemua ayat-ayat Allah s.w.t ini menunjukkan kepada kita bahawa kepentingan amanah dalam kehidupan manusia bukan sahaja dituntut malah mendatangkan mudharat dan keburukan yang besar sekiranya tidak dilaksanakan sebaiknya. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud; Apabila dipertanggungjawabkan sesuatu kepada yang bukan ahlinya, tunggu sajalah masa kehancurannya. Justeru itu, untuk membina hubungan yang cemerlang diantara professional dan klien, prinsip amanah hendaklah dilaksanakan dengan menyeluruh dan bukan hanya dijalankan dalam bentuk bentuk tertentu sahaja. Hanya dengan menjalankan prinsip amanah sahajalah, suatu tugasan tertentu pasti dapat mencapai matlamatnya. Tanpa amanah, adalah dikhuatiri segala bentuk penyelewengan akan dapat berputik dan seterusnya menjadi wabak yang sukar dibendung yang akhirnya bukan sahaja merosakkan hubungan diantara kedua pihak malahan akhirnya akan meruntuhkan fungsi sebenar peranan semua pihak yang terlibat khususnya golongan professional dan klien. Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaikbaiknya samada amanah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.

Kisah Dan Teladan

KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika beliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung

35

dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang diguna-kan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya," Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang ?" Khalifah Umar menjawab, " Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga "

Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya; " Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.

36

Bibliografi 1. Membangun masyarakat Islam cemerlang Singapura olehMohd Murad bin Md Aris, Pengarah Ehwal Agama, Majlis Ugama Islam Singapura, 2005. 2. Akhlak, Moral dan Etika oleh Pn. Masnizah binti Mohd, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005. 3. 4. Etika Kepimpinan menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Muhammad Abul Quaseem (1975), The Ethics of Al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam, Kuala Lumpur. 5. Syed Othman Alhabshi (1989), Pengurusan dan Pentadbiran Islam: Satu Gagasan, IKIM, Kuala Lumpur, 27-28 April 1995. 6. Dato Seri Dr Arshad bin Hashim (2005) Intergriti Dalam Perkhidmatan Awam: Satu Pengalaman dan Pengamatan, IKIM. 7. 8. 9. 10. Md Asham bin Ahmad (2006) Islam dan Perubahan Zaman, IKIM. Jabatan Mufti Kerajaan Melaka (2006) Kod Etika, Jabatan Mufti Melaka. Teras Kod Etika (2006), Jabatan Audit Negara. Pemantapan Akhlak dan Etika Sektor Koporat: Perspektif Islam (2006) islamhadhari.net

37

11.

Mohd Ismail bin Mustari (2005) Pembentukan Nilai dan Kecemerlangan Bagai Melahirkan Generasi Muda Yang Mapan Dalam Menghadapi Era Pasca Modenisme, PPIPS, UTM, Skudai.

12. 13.

Mohd. Janib bin Johari (2001) Etika Profesional, UTM, Skudai. Abu Bakar bin Yang (2002) Pertembungan Etika Dengan Akhlak, IKIM, Kuala Lumpur.

14.

Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN), 2001, Kuala Lumpur.

38