Anda di halaman 1dari 20

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama


Ding Choo Ming ABSTRAK Tamadun Melayu boleh juga dikatakan dibina atas rantaian falsafah dan kepercayaan orang Melayu turun temurun. Sebahagian besar falsafah dan kepercayaan itu boleh didapati daripada karya historiografi yang ditulis penulis dan sebahagian yang lain daripada tradisi lisan. Pengarang dan tukang cerita yang berkenaan adalah orang yang masak tentang falsafah dan kepercayaan orang Melayu tentang diri dan orang lain, selain alam persekitran, sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. Sebahagian pengarang dan tukang cerita itu adalah petugas di sekurang-kurang 70 buah istana Melayu yang tersebar di seluruh Alam Melayu, maka sudah terlibat secara langsung dalam pergolakan yang dilalui bangun dan jatuhnya kerajaan Melayu. Antaranya Raja Ali Haji yang menulis Tuhfat Al-Nafis adalah Yang Di Pertuan Muda kerajaan Melayu di Pulau Penyengat dan Tun Seri Lanang adalah Bendahara ketika diminta menyusun Sejarah Melayu. Tanggungjawab penulis pada umumnya adalah mendidik, menghibur dan memaklumkan. Oleh sebab itu, dalam karya mereka terdapat bermacam-macam ilmu dan maklumat, termasuk falsafah dan kepercayaan. Kata Kunci: Sejarah Melayu, Tuhfat al-Nafis, kesultanan Melayu, kepengarangan Melayu, Kitab Bintang 12.

Pendahuluan
Dalam Sejarah Melayu, golongan pemerintah diwakili Sang Sapurba, manakala golongan rakyat diwakili Demang Lebar Daun. Antara mereka terentang kontrak sosial yang bermula dengan persetujuan dengan maksud seperti yang dibayangkan dalam petikan dialog antara mereka:
Maka sembah Demang Lebar Daun adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang diPertuan, hendaklah diperbaiki oleh anak cucu Duli Tuanku. Dan jika ia

99

Bab 5.pmd

99

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

berdosa, sebesar-besar dosanyapun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak. Maka titah Sang Sapurba: Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba pinta satu janji pada bapa hamba. Maka sembah Demang Lebar Daun: Janji yang mana satu itu Tuanku? Maka titah Sang Sapurba: Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun. Maka sembah Demang Lebar Daun: Baiklah, Tuanku. Tetapi, jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah. Maka titah Sang Sapurba: Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu. (Sejarah Melayu 1995: 19-20)

Nilai dialog itu tidak kurang pentingnya daripada nilai dialog Aristotle di Yunani purba dari banyak segi. Antaranya adalah sosial kontrak antara raja dan rakyat yang boleh juga dipandang sebagai dialog tentang demokrasi dan pendemokrasian dalam masyarakat feudal Melayu masa silam. Dialog itu penting kerana ia juga mempunyai banyak implikasi kepada sistem pengurusan negara, masa dahulu dan sekarang. Ia tidak mungkin ada tanpa satunya kepercayaan satu pihak dengan yang lain. Perkara lain yang ditunjukkan dalam dialog itu adalah sudah terdapat jaminan kebebasan bersuara (freedom of speech) dalam masyarakat itu. Moral cerita di sebalik dialog itu adalah pihak pemerintah dan pihak yang diperintah didapati saling mengawal agar tidak melampaui batasan yang dipersetujui. Kawalan semacam itu diperlukan memandangkan kedua-dua pihak mempunyai kelemahan selain kekuatan yang mungkin tidak dipunyai pihak yang lain. Kesemua itu bertunjangkan semangat saling bergantungan yang boleh diharapkan untuk menjadi semacam kepala dan engin yang diperlukan untuk membawa masyarakat feudal itu ke landasan demokrasi yang telah dipelopori Aristotle di Yunani purba lagi. Sehubungan itu, walaupun masyarakat feudal itu dikuasai raja yang berkuasa mutlak, tetapi dalam masyarakat feudal itu sudah tertanam bibit-bibit falsafah demokrasi dan perkongsian kuasa yang masih diperjuangkan banyak negara selepas mencapai kemerdekaan sehingga masa kini. Perjuangan itu juga untuk menghapuskan kezaliman pemerintahan berkuku besi, menentangkan perbuatan rasuah,

100

Bab 5.pmd

100

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

penyelewengan kuasa, pilihan kasih, dan perbuatan lain yang boleh mereputkan kerajaan dari dalam. Kejatuhan kerajaan Melayu di Melaka bukan sahaja kerana serangan Portugis pada 1511 yang memberi tamparan maut kepada kerajaan Melayu itu yang sudah reput dari dalam kerana rebut kuasa, fitnah-memfitnah, perbuatan curang dan lain-lain yang memecahkan perpaduan di negeri yang besar itu. Daripada pelbagai episod yang diceritakan dalam Sejarah Melayu, misalnya, perjanjian longgar itu menimbulkan banyak konflik dan juga penyelesaian kepada beberapa masalah. Antara yang meninggalkan kesan yang buruk adalah perbuatan Sultan Mahmud membunuh Bendahara Tun Mutahir untuk mendapatkan Tun Fatimah. Ini adalah contoh kahwin paksa yang banyak diceritakan dalam novel Melayu tahun 1940-an dan seterusnya, selain novel Indonesia Balai Pustaka, termasuk Siti Nurbaya. Dalam Sejarah Melayu, pembunuhan itu boleh dielakkan jika Tun Mutahir patuh kepada peraturan seperti yang dinyatakan:
Jika Bendahara mendengar kata beta itu, janganlah anakanda ini [Tun Fatimah] diberi bersuami dahulu, baik juga ditunjukkan kepada Yang Dipertuan. Kerana sekarang negeri Melaka tiada raja perempuan, kerana Permaisuri Pahang [Tun Teja] telah mangkat. Yang istiadat Raja Melayu, apabila tidak beraja perempuan, anak Bendaharalah akan jadi raja perempuan. (Sejarah Melayu 1995: 189)

Sultan Mahmud bukan sahaja membunuh Tun Mutahir, Tun Tahir dan Tun Ali (suami Tun Fatimah), tetapi juga memaksa Tun Fatimah menjadi isterinya. Ketiadaan Tun Mutahir telah menyebabkan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah sehingga mudah dikalahkan Portugis pada 1511, kemudian jatuh ke tangan Belanda pada 1614. Kekalahan berturut-turut macam sudah jatuh ditampa tangga itu membuat pengarang Melayu yang menyedari nasib bangsa dan dirinya itu ingin menebus rasa malu itu dengan mengarang Hikayat Hang Tuah yang penuh dengan falsafah, mesej, amanah, nilai dan cara berfikir orang Melayu. Antara mesej itu adalah kerajaan yang cemerlang hendaklah yang mempunyai raja yang menjadi payung melindungi rakyat yang setia. Kesetiaan Hang Tuah kepada rajanya bukan sahaja sanggup membunuh kawan karibnya, tetapi juga berulang kali ditanam hidup-hidup untuk mengetahui keadaan dalam kubur, untuk membasuh arang di muka raja, dan juga terjun ke Selat Singapura yang banyak buaya untuk menyelamatkan mahkota raja. Perpaduan raja dan kerajaannya dengan pegawainya dengan rakyat telah dilakukan melalui bermacam birokrasi. Kontrak sosial antara raja
101

Bab 5.pmd

101

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

dengan rakyat dan kerjasama antara raja dengan bendahara juga sebahagian dari model pentadbiran negara mesti berdiri atas 4 tiang. 1. 2. 3. 4. menteri budiman, bijak, perkasa, penyabar, penginsaf panglima yang berani, bangsawan, dermawan yang melindungi rakyat dan raja bendahara yang amanah yang pandai jaga harta kerajaan pegawai yang komited dan menjadi penghubung antara raja dan rakyat.

Kecemerlangan Melaka semasa Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah banyak dibantu Bendahara Tun Perak. Kerjasama antara raja dan bendahara menjadi paksi kecemerlangan dan kesejahteraan negeri juga ditunjukkan Bukhari al-Jauhari dalam Taj UsSalatin. Dalam Hikayat Hang Tuah, model itu diperlihatkan Raja Sang Maniaka dibantu bendaharanya, Paduka Raja. Yang penting adalah raja adalah payung melindungi rakyatnya. Pentadbiran negara dengan adil dan saksama yang amat diperlukan dalam membina negara yang utuh dan makmur banyak ditunjukkan dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-Raja Pasai, misalnya. Dalam teks-teks itu telah diberi pengajaran bahawa kezaliman raja, sikap tamak, perbuatan rasuah, penyelewengan kuasa adalah faktor yang menghancurkan negara. Sebaliknya, keadilan, kesepakatan, persefahaman dan kesetiaan adalah kunci penting dalam menjaga keselamatan negara. Konsep itu universal, kerana ia juga boleh didapati dalam Samkok, Suihuzuan dan karya klasik China yang lain. Dalam peperangan yang tidak henti-henti, baik di China atau Alam Melayu, sudah diuji kebijaksanaan dan strategi perang di kedua-dua pihak. Dalam Hikayat Hang Tuah, telah ditunjukkan perwatakan raja, pegawai kerajaan dan rakyat yang macam mana dikehendaki. Sekali pandang, Hang Tuah adalah pahlawan dan model orang yang diperlukan, manakala Hang Jebat adalah pengacau, petualang dan musang berbulu ayam yang harus disingkirkan. Menurut Bukhari al-Jauhari (1975: 183) pegawai hendaklah mengasihi raja melebihi nyawanya sendiri. Inilah imej dan moral ceritanya. Di sini ingin ditunjukkan sifat keterhadapan yang ditunjukkan pengarang yang bijaksana itu. Antara sifat-sifat itu adalah: Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa karya historiografi Melayu terdapat bermacam-macam mitos. Dalam Hikayat Hang Tuah, Sang Maniaka adalah tunggak pemerintah dan penaung golongan yang diperintah adalah berdarah Melayu/ Baginda berasal daripada Sang Perta

102

Bab 5.pmd

102

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

Dewa, keturunan para dewa dari kayangan. Perkahwinannya dengan Kemala Ratna Pelinggam yang tidak jelas asal usulnya itu melahirkan Sang Sapurba, bapa Sang Maniaka. Jurai keturunan Sang Maniaka itu berbeza dengan Nila Utama (Sang Sapurba) dalam Sejarah Melayu yang dikaitkan dengan keturunan Keling apabila Raja Iskandar Zulkarnain dari Rom berkahwin dengan pusteri Raja Kinda Hindi. Daripada keturunan inilah lahir Raja Suran. Selain itu, Paduka Seri Pikrama Wira yang memerintah Singapura berkahwin pula dengan puteri Nila Pencadi dari Benua Keling. Sebahagian mitos itu boleh dikesan dalam pelbagai teks yang lahir daripada epik Mahabahrata dan Ramayana. Kita maklum sebelum abad 13, Alam Melayu Suvarnadvipa, adalah di bawah pengaruh Hindu dengan Pattani, Laos, Burma, Thailand dan Indonesia mempunyai kerajaan Hindu. Darah campuran Keling itu diperhebatkan lagi di Melaka dengan Sultan Muhammad Shah berkahwin dengan Tun Wati (anak Mani Parindam) yang melahirkan Raja Kassim, Sultan Muzaffar Shah. Mitos itu tidak boleh dipandang per se, tetapi dikaitkan dengan kepercayaan terhadap kedaulatan raja Melayu dalam masyarakat feudal masa silam. Keturunan raja di Melaka, Perak dan Aceh dikaitkan dengan Iskandar Dzulkarnain dari Rom. Sehubungan itu, jurai keturunan raja-raja Melayu itu mempunyai banyak kelebihan seperti Raja Suran dan Sang Sapurba dalam Sejarah Melayu. Kelebihan itu perlu dilihat dalam kisah pembukaan negeri yang juga dikaitkan dengan peristiwa yang luar biasa. Misalnya, penemuan semut besar Merah Silu, dan tempat itu dinamakan Samudera dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. Seterusnya, pembukaan Pasai Melaka pula dikaitkan dengan peristiwa anjing pemburuan raja dikalahkan pelanduk. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Pattani mendapat nama sempena keris sakti, Lela Masani. Selanjutnya, kedatangan Islam dikaitkan raja menerima ugama Islam terus dari Nabi Muhammad dalam mimpi. Berikutannya, Raja Samudera, Merah Silu tukar nama kepada Sultan Malikul Salleh. Kisah pembukaan negeri di alam Melayu adalah juga isu yang besar, rumit dan sensitif. Sehubungan itu, raja Melayu amat cermat memilih nama tempat untuk dijadikan tapak kerajaannya. Tempat yang dianggap tidak sesuai akan ditinggalkan. Itulah sebabnya Melaka, Singapura, Samudera dipilih, manakala Biawak Busuk dan Kota Buruk di Muar ditinggalkan. Kepekaan seumpama itu juga dituruti Mau Tze Tung. Sehingga mati, beliau enggan melawat Loyan, salah sebuah ibu kota kerajaan China, kerana mempercayai nama Loyang boleh membawa sial. Dari segi sebutan bunyi, Loyang secara hurufiah bererti matahari

103

Bab 5.pmd

103

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

terbenam (lo = terbenam atau jatuh; yan = matahari). Sementara itu, ingin dinyatakan bahawa konsep dan falsafah negeri di tangan raja-raja Melayu masa dahulu harus dijadikan rujukan ketika memperkatakan konsep negeri (nation state). Dalam konsep negeri itu termaktub konsep raja dalam erti kata semua negeri mesti ada rajanya. Besar kecilnya saiznya bukanlah ukuran sama ada tempat itu disebut negeri atau tidak. Misalnya, negeri Rambah yang kecil di hilir Sungai Rokan itu disebut sebuah negeri kerana di situ ada seorang raja. Selain itu, lokasi negeri juga berpindah dengan pemindahan rajanya. Begitulah juga kisah pembukaan negeri dan kerajaan maharaja China yang kerap juga berpindah kerana peperangan. Antara tempat yang pernah dipilih sebagai pusat pentadbiran kerajaan maharaja China adalah Chengdu, Cufu, Nanjing, Loyang, Xian, Cangan dan Beijing. Demikian juga dengan Parameswara yang melarikan diri dari Jawa ke Melaka. Seterusnya, tempat-tempat lain di negeri Johor sekarang, termasuk Muar, juga pernah dijadikan tapak istana dan pusat pemerintahan kerajaan Melaka setelah kota Melaka asal itu ditawan Portugis pada 1511. Dari banyak segi bagi orang Melayu raja lebih penting daripada negeri. Ini kerana walaupun sebuah negeri sudah musnah dari fizikalnya, tetapi selagi rajanya masih ada, kerajaannya dianggap tetap kekal. Setelah membaca beberapa buah karya historiografi Melayu, ingin dikongsikan sedikit pemahaman saya tentang beberapa cara raja-raja Melayu mengekalkan kemandirian kerajaan masing-masing. Pertama, raja yang melarikan diri ke tempat lain berikutan negeri asalnya setelah ditawan musuh itu akan membawa bersama-samanya pembesar, panglima dan rakyatnya. Dalam pelarian itu tempat yang baik, sesuai dan menarik perhatiannya akan dipilih untuk dijadikan tapak mendirikan istana dan pusat pemerintahannya yang baru. Antara yang berlaku adalah yang terjadi kepada Raja Purba dari Johor. Setelah negerinya dikalahkan musuh, baginda melarikan diri ke Sumatera sehingga ke hulu Sungai Rokan dan membuka negerinya yang baru dengan nama Kepenuhan. Selain itu, sebuah negeri yang baru boleh juga dibuka oleh seorang putera raja kerana ingin memerintah negerinya sendiri, setelah bergaduh dengan saudara atau ahli keluarga yang lain. Selain Parameswara yang disebut tadi, kes ini dapat juga dilihat dalam pembukaan negeri Rambah di Sumatera. Setelah anak Raja Tambusai berselisih faham dengan abang sulungnya, baginda membuat keputusan untuk membuka negeri baru, Rambah, dengan kebenaran ayahandanya pada akhirnya. Berlatarbelakangkan apa yang disebut itu, ternyata ada syarat-syarat untuk membuka negeri baru. Syarat yang pertama yang layak menjadi
104

Bab 5.pmd

104

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

raja mesti berketurunan raja atau mempunyai darah raja. Ini bermakna rakyat biasa tidak layak menjadi raja. Sehubungan itu, sekiranya ada sekumpulan rakyat ingin membuka negeri yang baru, mereka dikehendaki mencari seorang raja atau putera raja untuk dijadikan raja negeri itu. Dan sekiranya raja mangkat tanpa meninggalkan waris, rakyat yang berkenaan dikehendaki mencari putera raja dari negeri lain untuk dijadikan raja. Ini juga terjadi kepada negeri Kepenuhan di Sumatera. Setelah Raja Purba mangkat, para pembesar negeri Kepenuhan meminta bantuan dari kerabat Raja Tambusai untuk dijadikan raja di negeri Kepenuhan setelah mendapati tidak ada anaknya boleh dijadikan raja untuk memerintah. Sehubungan itu, syarat kedua adalah dalam negeri itu mesti ada pembesar, termasuk Bendahara, Shahbandar, Temenggung, Laksamana dan lain-lain yang membantu raja mengurus pentadbiran negerinya. Pembesar istana itu tidak semestinya berketurunan raja, tetapi mesti yang dilantik raja. Mereka adalah orang tengah antara rakyat dan raja dalam erti kata rakyat boleh mengadu masalah mereka kepada raja melalui pembesar di satu pihak dan raja boleh juga menyampaikan perintah melalui pembesar itu di satu pihak yang lain. Pembesar yang baik mesti taat dan setia kepada raja, selain memberi nasihat kepada raja. Dalam teks historiografi, terdapat episod raja yang zalim dibunuh setelah enggan berubah setelah diberi nasihat. Ini termasuk juga pembesar di Kepenuhan dalam sejarah Tambusai telah merancang membunuh Raja Purba kerana raja tersebut bersikap zalim terhadap rakyatnya, lagipun setelah dinasihatkan beberapa kali. Syarat ketiga adalah raja yang berdaulat mesti yang ditabalkan menurut adat istiadatnya. Raja tidak dapat ditabal tanpa alat kebesaran yang sekaligus menjadi simbol tentang kedaulatan dan legitimasinya. Antara alat kebesaran itu adalah cop mohor dan alatalat muzik. Serpihan gambaran yang disebut itu boleh dirujuk dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Pahang, Hikayat Palembang. Perkara lain yang tidak banyak diberi perhatian dalam karya sejarah dan sastera Melayu lama adalah wanita. Dalam karya-karya itu wanita digambarkan yang bersifat lemah lembut, pasif dan berserah kepada nasib, maka lemah. Itulah juga imej Tun Teja dalam Hikayat Hang Tuah (Kassim Ahmad 1975: 211) Beta ini perempuan, dibawa menurut, ditinggalkan tinggal. Wanita dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dijadikan hadiah dari satu pihak ke satu pihak yang lain kerana membalas jasa, membayar hutang, menjalin hubungan kekeluargaan dan hubungan baik antara sebuah negara dengan yang lain. Dalam Hikayat
105

Bab 5.pmd

105

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

Hang Tuah, Dang Bibah dan Dang Bunga dijadikan hadiah dari tangan Sultan Mansur Syah kepada Makhdum Mua, Pasai, kerana dapat menjelaskan persoalan agama. Dalam Sejarah Melayu (1982: 95), Hang Li Po diserahkan maharaja China untuk dijadikan isteri Sultan Mansur Syah. Dalam Salasilah Melayu dan Bugis (1984: 88) Sultan Sulaiman di Johor menghadiahkan anaknya, Tengku Mandak, kepada Daing Cellak kerana membalas jasa Daing Cellak dan orang Bugis mempertahankan Johor. Namun, maruah dan status wanita telah ditegakkan oleh Puteri Gunung Ledang dengan meletakkan syarat peminangannya (Sejarah Melayu 1982: 161): Sultan Mansur Syah diminta membina jambatan emas menghubungkan kota Melaka dengan Gunung Ledang, mencari hati nyamuk tujuh dulang, mendapatkan hati kuman tujuh dulang, mendapatkan air mata setempayan, mengadakan air pinang muda setempayan, dan memberi darah raja semangkuk Dalam Sulalatus Salatin (1979: 192-3) diceritakan Tun Senja campur tangan dalam pentabiran negara setelah meminta Sultan Mahmud (anaknya) melantik Tun Mutahir (saudaranya) sebagai Bendahara Melaka untuk menggantikan Tun Putih. Kejayaan itu menunjukkan kuasa wanita. Dalam Syair Siti Zubaidah Perang China (1983), Siti Zubaidah yang lawa, gagah, beriman dan baik hati itu telah memperjuangkan keadilan, selain membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin dan negeri Kembayat dari pemerintahan China yang kejam. Dalam Himpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan (Ding 2002) wanita digesa agar dapat memainkan peranan utama dalam hubungan seks. Dalam sastera Melayu, ilmu astrologi dan horoskop juga selalu dibangkitkan, kerana ada hubungan erat dengan kepercayaan orang Melayu daripada segi ilmu nujum, ramal, takbir, raksi dan sebagainya. Perkara seumpama itu juga sering diketemui dalam kepercayaan orang Cina, Arab, India, malahan Inca. Dalam masyarakat Melayu, ilmu ini dapat dibahagi kepada perkara yang berikut: 1. Kutika atau ketika: iaitu ilmu mencari ketika yang baik untuk menjalankan upacara, memulakan pelayaran laut, membuat peralatan, bercucuk tanam, perlakuan dan lain-lain. Nujum, ramalan dan rejang: iaitu cara untuk mengetahui apa yang telah dan akan dilakukan berdasarkan bilangan hari dan bulan dalam tempoh seminggu, sebulan dan setahun. Raksi atau kias: iaitu meramalkan keserasian pasangan yang akan mendirikan rumah tangga; selain keserasian hari dan waktu untuk membuat suatu.

2.

3.

106

Bab 5.pmd

106

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

4. 5. 6.

Ilmu firasat: untuk mengetahui perangai orang berdasarkan bentuk tubuh, tanda pada badan dan wajah, malah bau peluh. Takbir: iaitu membuat ramalan dengan mentafsir mimpi menurut waktu, hari dan sebagainya. Padah atau mimpi: iaitu meramal baik atau jahat sesuatu binatang berdasarkan tanda di tubuh dan gerak gerinya, selain padah dan alamat terhadap binatang yang memasuki rumah.

Kepercayaan orang Melayu itu sama dengan kepercayaan orang Cina kepada fengshui yang masih kuat mempengaruhi sikap, kelakuan, tabiat dan amalan sebahagian besar orang Cina di seluruh dunia. Sehubungan itu, banyak sekali buku tentang fengshui telah ditulis. Antara yang laris adalah Irresistible feng shui magic: magic and rituals for move, success and happiness, oleh Lilian Too. Banyak edisi buku itu dalam tempoh lima tahun sahaja. Larisnya buku itu ada kena mengena dengan kepercayaan orang Cina tentang untung nasib mereka dipercayai juga ditentukan fengsui, semacam kuasa yang rumit, yang tidak boleh dinampak, tetapi boleh dirasakan. Ramalan itu dibuat berdasarkan peralihan haribulan yang ditentukan putaran bintang, maka menentukan haribulan yang baik dan tidak baik untuk melakukan sesuatu, selain ramalan tentang apa yang akan berlaku sepanjang tahun. Antara peristiwa besar dalam hidup orang Melayu masa dahulu adalah pelayaran. Pedagang dan pelaut yang belayar jauh untuk tempoh yang panjang dikehendaki menunggu hari bulan yang baik. Maklumlah menaiki kapal, perahu, lancang, kolek, jong dan sebagainya untuk mengharungi lautan besar banyak risikonya. Oleh sebab itu, mereka yang hendak belayar perlu mencari saat yang baik dan sesuai. Sesuai dengan sistem kepercayaan masyarakat tradisional, saat yang baik itu tidak hanya dilihat secara saintifik, tetapi juga secara mistik. Selain itu, rujukan tentang ramalan untuk menentukan saat yang baik atau tidak baik untuk pergi meminang, berburu, menjatuhkan talak dan merujuk, hendak mengeluarkan darah, membuat azimat bagi kanak-kanak menangis, mencari rezeki, hendak menghadap raja, menggali perigi, bermusafir juga dicatatkan dalam kitab Bintang 12. Antara sebab kitab ini banyak dirujuk di Alam Melayu kerana di dalamnya juga disebut hal yang berikut: 1. 2. 3. 4. sama ada seseorang itu sesuai atau tidak untuk berniaga, bila masanya perniagaannya itu akan untung dan bila pula akan rugi, bila masanya rezeki seseorang itu akan menjadi murah atau susah, bila masanya orang itu didatangi ramai sahabat handai,
107

Bab 5.pmd

107

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

5. 6. 7.

bila masanya ia akan mendapat jodoh yang sesuai, bila masanya dia akan naik haji, bila dia akan sakit.

Kalau bintang dan watak seseorang akan dapat diramal nasib dan perwatakannya dalam Kitab Bintang 12, ramalan nasib orang Cina boleh juga dirujuk dalam almanak orang Cina yang diterbitkan menjelang perayaan tahun baru Cina setiap tahun. Menurut almanak Cina, nasib setiap orang tidaklah sama setiap tahun. Perbezaan itu tertakluk kepada 100l macam pembolehubah, termasuk saat kelahirannya, dalam tahun binatang apa dia dilahirkan, dengan siapa pula dia berkahwin dan sebagainya. Walaupun sebahagian nasib dan rezeki orang individu boleh dirujuk dalam buku almanak itu, tetapi yang lain-lain adalah bergantung pada usaha masing-masing. Kalau ada orang dari keluarga yang miskin itu sudah menjadi kaya raya kerana usahanya, tetapi ada juga banyak orang miskin tidak dapat mengubah nasibnya sehingga mati. Selain itu, sudah tentu banyak juga orang yang kaya telah muflis dan hidup merana. Berbalik kepada isi kitab Bintang 12, dikatakan watak dan nasib manusia boleh diramalkan berdasarkan putaran dua belas bintang: Akrob, Asad, Dali, Hamal, Hut, Jadyun, Jauza, Kaus, Mizan, Sanabila, Sirton dan Tsur. Selanjutnya, mereka yang lahir pada bintang Hamal, jika lelaki hitam manis, tinggi dan besar kepalanya akan bersifat pemarah tetapi cepat baik; selalu berpindah dari satu tempat ke tempat lain; berkata-kata dengan benar dan benci kepada pembohongan; kadang-kadang ia miskin, kadang-kadang ia kaya. Seterusnya, lelaki yang lahir pada bintang Tsur, maka dahinya biasanya luas, agak putih kulitnya dan besar kepalanya. Tetapi, jika mukanya agak hitam, bahunya bidang, pinggangnya ramping, dan kecil dua tapak kakinya, maka ia suka berjimak, suka bersolek dan melapangkan hati dan ia tidak beruntung dalam bersahabat. Sementara itu, lelaki yang lahir pada bintang Jauza, putih kuning atau putih merah dan cantik wajahnya, mulutnya pula luas, sederhana tingginya, elok dua matanya dan dua keningnya, pandai berusaha dan cerdik. Jika di mukanya terdapat tanda atau di kepalanya ada tahi lalat, ia akan banyak sahabat di kalangan orang besar-besar walaupun tidak tetap dalam sesuatu hal. Apa yang disebut ini hanya sedikit daripada ilmu yang sudah meresapi kebudayaan orang Melayu turun-temurun, selain boleh disusurgalurkan dalam cerita penglipur lara dan cerita rakyat yang sering diceritakan ahli nujum meramal nasib dan masa depan putera raja yang baru lahir, sekaligus meramal nasib yang akan menimpa negara. Dalam konteks itu, kedudukan ahli nujum tidaklah kurang berbanding dengan menteri kanan memang

108

Bab 5.pmd

108

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

sudah yang dekat kepada raja daripada segi raja akan meminta ahli nujum untuk membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku kepada negaranya pada masa akan datang.

Perubahan Isi Teks Historiografi Melayu


Cerita legenda dan mitos yang dikaitkan dengan pembukaan negeri, jurai keturunan raja dan lain-lain dalam teks historiografi seperti Hikayat Raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa itu sudah tidak dijumpai dalam Hikayat Pahang, yang ditulis pada 1910. Penulisannya telah menepati ciri penulisan sejarah moden yang mengutamakan ketepatan dan kebenaran peristiwanya. Perbezaannya dengan buku sejarah moden yang lain adalah teks ini menggunakan gaya penceritaan sastera. Hal ini elok dipandang sebagai kelebihannya kerana dengan gaya penceritaan sastera itulah peristiwa dan wataknya dapat diceritakan dengan menarik. Selain itu Hikayat Palembang juga tidak memitoskan negeri dan rajanya di dunia kayangan dengan segala macam keajaiban seperti dalam konsep kenegaraan Hindu masa dahulu. Dalam teks historiografi lalu, penyelitan mitos adalah untuk menunjukkan kedaulatan raja yang juga menjadi fokus teks yang berkenaan. Hal itu dapat dibaca dalam Sejarah Melayu dengan diselitkan banyak kisah untuk menunjukkan kedaulatan raja-raja dari Bukit Si Guntang. Selain itu, Sang Sapurba juga ditunjukkan dapat membunuh ular Sakti Muna dengan pedang Corak Mambang. Selain itu, asal usul raja-raja Melaka diceritakan berketurunan dari Iskandar Zulkarnean. Sehubungan itu, Hikayat Siak pula menciptakan mitos untuk memberi pengabsahan terhadap tuntutan Raja Kecil dengan menyebutnya sebagai berketurunan daripada Sultan Mahmud Mangkat dijulang dengan kisah Sultan Lema Abang kegatalan kerana daulat Raja Kecil. Penceritaan itu adalah menurut tradisi kepengarangan tradisional Melayu. Itulah cara orang Melayu dahulu menyampaikan maklumat yang dianggap penting untuk pendidikan, hiburan dan makluman, tetapi ditolak orientalis kerana membuat mereka meragui nilai sejarah dalam teks yang berkenaan. Hal lain yang menarik dalam teks historiografi yang tidak disebut dalam buku sejarah perkembangan sastera Melayu yang standard adalah campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik Melayu yang bermula dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka. Selanjutnya Tuhfat alNafis telah mengisahkan penguasaan Belanda ke atas Riau Lingga. Seterusnya detik-detik campur tangan Inggeris di Pahang dalam Hikayat Pahang adalah pihak Inggeris menggunakan pembunuhan You Hal,
109

Bab 5.pmd

109

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

seorang Cina, yang didakwa sebagai rakyat British untuk menjustifikasikan campur tangan Inggeris di Pahang dengan menghantar Frank Swettenham dan Hugh Clifford ke Pahang. Atas nasihat maharaja Johor, Sultan Ahmad di Pahang telah menerima penasihat British. Selepas itu, J. P. Roger telah dihantar sebagai Residen British di Pahang. Dalam proses itu, pihak British bukan sahaja telah memperkenalkan undangundang British, tetapi juga membawa tentera Sikh ke Pahang untuk menjaga keselamatan. Perkembangan baru itu membuat pembesarpembesar Melayu di Pahang tidak berpuas hati setelah mendapati kuasa turun-temurun mereka untuk mengutip cukai sudah terlucut. Sebelum itu, semua orang perlu membayar cukai kepada penghulu dan orang kaya yang lain kerana memperdagangkan hasil hutan, kayu gaharu, damar, kayu balak dan hasil perlombongan, antara yang lain-lain. Ekoran campur tangan dari pihak Inggeris, pembesar dan orang kaya Melayu hanya dibayar gaji sekitar $50 sebulan. Selain itu, kuasa sultan dan pembesar Melayu di Pahang sudah hilang berikutan negeri itu digabungkan dengan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan ditadbir pegawai Inggeris.

Sikap Positif Pengarang yang Kreatif


Tidak kira apa yang sudah berlaku, teks historiografi yang kaya dengan cerita mitos dan legenda itu tidak mungkin ada tanpa pengarang yang kreatif. Mereka dikagumi kerana boleh mengeluarkan idea baru yang tidak terfikirkan orang lain. Idea-idea baru itulah enjin pembangunan minda orang ramai sekaligus peningkatan ketamadunan manusia, maka membuat dunia ini menjadi lebih menarik dan indah dari sebelumnya, lebih-lebih lagi berbanding dengan masyarakat yang lain. Daya kreativiti pengarang itu bersandarkan banyak sifat mereka yang tidak dipunyai orang lain. Antaranya adalah mereka itu sensitif, bijaksana, dapat memandang jauh ke depan dan ke dalam, selain sentiasa mencari jawapan kepada soalan, lebih-lebih lagi pandai menggunakan bahasa, terutamanya bahasa kiasan. Sehubungan penulisan teks historiografi tadi, mereka tahu setelah mengkaji apa yang ada di sebalik kedaulatan raja Melayu, misalnya, dengan menanya diri soalan tentang kedaulatan raja. Setelah memerah otak, mereka terilham untuk mencipta mitos pembukaan negeri, jurai keturunan raja dan lain-lain yang boleh menaikkan imej raja Melayu di satu pihak dan juga yang boleh diterima rakyat di satu pihak yang lain. Dalam cerita itu terdapat unsur pendidikan, maklumat dan hiburan yang
110

Bab 5.pmd

110

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

disampaikan dengan sikap yang positif, yang membina dan tidak sedikitpun mempunyai unsur yang mencerminkan keraguan dan kenafian terhadap raja. Namun, mereka marah dan tidak tahan dengan sikap raja yang bersultankan nafsu sehingga terpaksa menyindir kelakuan raja yang cuma mementingkan diri seperti cerita Puteri Gunung Ledang dan yang kurang periksa seperti cerita Singapura Dilanggar Todak dalam Sejarah Melayu, dan Pertarungan Antara Hang Tuah dengan Hang Jebat/ Kasturi dalam Hikayat Hang Tuah. Falsafah dan sindiran terhadap raja-raja itu tidak kurang tajamnya daripada yang terdapat dalam Cerita Jenaka, seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Si Luncai, cerita Mat Jenin dan cerita Lebai Malang yang juga dikarang menepati konsep fungsi pengarang (Foucault, 1979), iaitu mendidik, menghiburkan dan memaklumkan. Cerita Puteri Gunung Ledang dan Pertarungan Antara Hang Tuah dengan Hang Jebat/ Kasturi itu mempunyai nilai moral yang tinggi, maka harus dipandang sebagai constructive discontent. Di sini ternyata pengarang yang berkenaan tidak melolong-lolong dan meraung-raung kerana merasa tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, tetapi mendapati masalah itu perlu diselesaikan. Memandangkan penyelesaian itu banyak, maka pengarang yang bijak itu mahu khalayak yang mengikuti cerita itu membuat keputusan masing-masing sesuai dengan keadaan, masa, kemampuan dan keperluan masing-masing, yang boleh berubah dari masa ke masa. Pendek kata, khalayak diminta untuk berfikir dan membaiki hidup mereka sendiri. Walaupun tidak dinyatakan, tetapi pengarang ternyata mahu khalayak meneruskan perbincangan, perbahasan dan dialog dengan fikiran yang terbuka dan sikap yang membina. Dengan berbuat demikian, dengan otak bercambah, dan otak diasah, lama-kelamaan khalayak akan bersikap kritikal, pandai membezakan antara yang buruk dengan yang baik, lebih-lebih lagi tidak akan menjadi pak turut, seperti lembu dicucuk hidung, sepanjang masa. Tradisi itu hanya boleh berkembang dengan adanya kesedaran diri dari dalam kita sendiri, dan bukannya boleh dengan mematuhi arahan dari atas. Kaedah menyelesaikan masalah seperti itu adalah jauh lebih baik untuk mendidik orang ramai menjadi pemikir, maka bukan sahaja dapat mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi, tetapi juga untuk merebut peluang dari masa ke masa. Dengan itu, masyarakat itu akan menjadi dinamik dan maju dengan adanya ruang dan peluang baru di sebalik setiap masalah. Kesemua itu juga berpunca daripada sumbangan dan kreativiti pengarang bahawa tidak ada masalah yang tidak boleh
111

Bab 5.pmd

111

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

diatasi. Tetapi, orang yang tidak mempunyai ilmu, maklumat, lebih-lebih lagi keyakinan diri akan takut berdepan dengan masalah yang dihadapi. Mereka ini akan melarikan diri daripada masalah dengan mencari 1001 dalih, dan bukan menyelesaikannya dengan 100l daya. Tetapi, pengarang dan orang bijak pandai yang bersikap positif itu boleh memandang jauh ke depan dengan kreativiti mereka dan yakin itu boleh nampak yang baik dalam yang tidak baik, yang positif dalam yang negatif dan yang untung dalam yang rugi. Kelebihan mereka itu juga adalah inisiatif mereka sentiasa berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah masingmasing, justeru mereka yakin setiap masalah ada penyelesaiannya, kerana yang menjadi masalah kepada si Ali adalah peluang kepada si Ahmad. Misalnya, kesesakan jalan raya dan banjir kilat di Kuala Lumpur. Masalah penghuni bandaraya itu adalah peluang kepada orang di bidang kejuruteraan awam mengaut keuntungan. Moral cerita di sini adalah menyelesaikan masalah itu sumber keseronokan, pendidikan, kepuasan, maka penting kepada pembinaan ego individu dan pembangunan negara. Berbalik kepada buku historiografi Melayu, cerita mitos tentang pembukaan negeri, jurai keturunan raja, episod Puteri Gunung Ledang dan pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat/ Kasturi adalah bunga khalayan dan kreativiti pengarang Melayu. Yang paling menarik dan juga yang paling tidak dapat diterima akal manusia adalah permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mansur Syah menyediakan sebatang jambatan emas, sebatang jambatan perak, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, setempayan air pinang muda, semangkuk darah raja, dan semangkuk darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu (Sejarah Melayu: 1995: 161) Cerita itu didapati yang paling merangsangkan, dan lebih menarik daripada peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu atau perisitiwa Tuan Sidi Arab yang pandai memanah dalam Sejarah Melayu. Cerita legenda yang hebat dan klasik itu hanya boleh didapati setelah pengarang lama memerah otak untuk cuba menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan: mengawal nafsu raja. Maklumlah raja Melayu dalam masyarakat feudal itu tidak boleh ditegur secara terbuka. Cara yang terbaik untuk menegur dan juga memberi menasihat kepada raja yang berkuasa mutlak dewasa itu adalah mencipta cerita legenda dan mitos. Sekiranya unsur hiburan dalam cerita mitos itu penting untuk menghilangkan hati yang lara pada khalayaknya, maka unsur nasihat yang dibaluti cerita lucu itu tidak akan menyinggung perasaan raja yang ditegur. Dengan itu, pengarang boleh menyelamatkan diri daripada dihukum bunuh.

112

Bab 5.pmd

112

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

Penutup
Seperti bangsa lain, bangsa Melayu juga memang mempunyai falsafah dan kepercayaan pada dirinya dalam menghadapi pancaroba hidup dari masa ke masa. Sebahagian falsafah itu tercermin dalam pelbagai cerita dalam karya sastera, selain yang terkumpul dalam peribahasa, pantun dan khazanah budaya yang lain. Bangun dan jatuhnya kerajaan Melayu dari masa ke masa telah juga meninggalkan ajaran yang sepatutnya dijadikan cermin untuk melihat kekuatan dan kelemahan bangsa Melayu. Sehubungan itu, kejatuhan kerajaan Melayu di Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 berpunca juga daripada kelemahan dirinya: perpecahan di kalangan orang Melayu. Yang dimaksudkan itu adalah telah wujud dua kelompok dalam pentadbiran Melaka: Tun Perak di satu pihak dan Seri Nara Tun Ali di satu pihak lain. Semasa Tun Perak menjadi Bendahara, dua orang anak Seri Nara Diraja Tun Ali menjadi pembesar di Melaka, iaitu Tun Mutahir sebagai Temenggung dan Tun Tahir sebagai Penghulu Bendahari. Ketenteraman dan kemasyhuran Melaka berubah setelah Tun Perak meninggal, lebih-lebih setelah tempatnya itu diganti Tun Mutahir dengan gelaran Seri Maharaja. Bendahara baru itu tamak, angkuh, kaki rasuah, mementingkan diri, selain tidak taat setia kepada raja. Akibatnya Melaka menjadi semakin lemah sehingga akhirnya kalah kepada Portugis pada tahun 1511 dan juga Belanda pada tahun 1614. Dalam keadaan lemah itu, lahirlah Hikayat Hang Tuah untuk menonjolkan dua perwatakan orang Melayu untuk ditatapi masyarakat Melayu: Hang Tuah dan Hang Jebat. Pengarang Melayu yang bijak itu mahu orang Melayu sendiri membuat keputusan dan pemilihan. Yang mana satu itu wira bangsa? Tentunya imej wira dalam pemikiran orang Melayu telah berubah sesuai dengan kehendak masa dan masyarakat. Dalam masyarakat feudal, watak Hang Jebat dikutuk sebagai penderhaka. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat adalah kawan yang paling karib dan disayangi Hang Tuah. Mereka berdua adalah sama hebat. Imej Hang Tuah diterima sebagai wira kerana dia mempunyai sifat yang mulia: berilmu, pintar, perkasa, berani, cekap, tidak mementingkan diri, lebih-lebih lagi taat setia kepada raja. Kemakmuran Melaka semasa Sultan Mansur dan Aluaddin Syah kerana sumbangan besar daripada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Ada kemungkinannya sifat-sifat murni yang dipunyai Tun Perak telah dijadikan model pengarangan watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. Sebaliknya, sifat buruk pada Tun Mutahir dan lain-lain dimasukkan ke dalam watak Hang Jebat/ Kesturi.
113

Bab 5.pmd

113

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

Hikayat itu dalam masyarakat tradisional dengan kehidupan rakyat kuat dipengaruhi kepercayaan tentang kuasa Tuhan dan kuasa alam yang menentukan nasib manusia, selain kuasa raja. Sehubungan itu, apa yang akan berlaku kepada seseorang dalam masyarakat yang tidak banyak peluang memajukan diri, selain hubungan darah dan keluargaan itu, dapat diramalkan. Ramalan ini dapat diketahui berdasarkan fenomena seperti bintang, sifat fizikal individu dan juga tarikh lahir yang di dalamnya mengandungi rahsia tentang masa depan setiap individu. Walaupun Kitab Bintang 12 adalah teks terjemahan, tetapi dalam masyarakat masa feudal itu sudah tertanam kepercayaan tentang kemampuan orang tertentu yang boleh mengetahui nasib orang lain pada masa depan. Mereka itu ahli nujum yang dipercayai dapat berkomunikasi dengan kuasa ghaib, maka tahu rahsia dan nasib orang lain. Oleh itu, mudah sahaja teks Bintang 12 diterima orang Melayu sebagai kitab rujukan tentang penujuman. Buktinya, terjemahan kitab ini tersebar luar di Alam Melayu. Selain berfungsi sebagai historiografi Melayu, dalam Sejarah Melayu telah digabungkan falsafah dengan kebenaran sejarah dengan mitos peribumi orang Melayu. Dari segi historiografi, ada banyak kisah dan intrig politik Melayu dalam Sejarah Melayu. Akibat angkara Raja Mendellar dan Kitul yang menfitnah, Bendahara Sri Maharaja yang kaya dan berkuasa itu dihukum bunuh pada zaman Sultan Mahmud Shah. Kematiannya memulakan proses kejatuhan kerajaan Melaka. Selain kisah-kisah yang membawa kejatuhan kerajaan Melayu di Melaka, kita tertarik hati juga kepada kisah kehebatan raja-raja Melayu dan kepahlawanan mereka, lebih-lebih lagi justifikasi mereka sehingga boleh mempunyai kedaulatan yang luar biasa. Selain itu, kesetiaan Hang Tuah kepada raja sehinggakan dia sampai hati membunuh kawan karibnya (tidak kira sama ada Hang Jebat atau Hang Kasturi) adalah mercu tanda kesetiaan yang luar biasa. Kesetiaan itu termeterai juga pada kisah lain iaitu ketika Sang Sapurba ingin mengahwini anak Demang Lebar Daun, Wan Sendari. Sebagai rakyat biasa, Demang Lebar Daun meminta anak cucunya jangan dihina dan dinista dengan kata-kata yang jahat, sementara itu Sang Sapurba meminta anak cucunya jangan menderhaka kepada raja. Itulah kontrak sosial antara pemerintah dengan rakyat dalam masyarakat feudal Melayu masa dahulu. Itulah juga adalah antara episod yang menarik dan besar maknanya yang perlu dijadikan cermin kepada rakyat Malaysia di abad ke-21 ini. Ada banyak lagi pengajaran boleh diambil daripada Sejarah Melayu. Antaranya adalah kita tahu Tun Kudu, anak Bendahara Sri Wak Raja, yang diperisterikan Sultan Muaffar Shah harus mengahwini
114

Bab 5.pmd

114

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

Seri Nana Diraja Tun Ali (yang berkehendakkannya). Itulah juga cara yang membolehkan beliau melepaskan jawatan Bendahara kepada Tun Perak, adik Tun Kudu. Melaka sudah lama hancur sekiranya Tun Kudu tidak membuat pengorbanan itu. Melaka sudah terbahagi kepada dua: satu pihak menyokong Tun Ali dan satu pihak lagi menyokong Tun Perak dengan Sultan suka Tun Perak. Sementara itu, kita juga tidak harus lupa ajaran di sebalik perwatakan Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang dan Si Luncai. Mereka itu walaupun digambarkan sebagai orang bodoh, tetapi kebodohan mereka adalah lambang sifat dan kelakuan orang lain. Semasa kita bergelak ketawa kita sendiri telah disindiri, termasuk sindiran yang tajam dan berbisa itu. Bayangkan kebebalan Pak Pandir memandikan anaknya dalam air yang mendidih, berjalan di atas ranting rapuh yang dilalui semut, dan menyembunyikan garam dalam air. Tetapi, yang hebatnya ialah Pak Pandir memperdaya keluarga gergasi dengan berjaya menjadi nujum istana kerana akalnya sehinggakan dijadikan filem oleh P. Ramlee dengan tajuk Nujum Pak Belalang pada tahun 1959. Lebai Malang yang dijemput ke-3 majlis kenduri, tetapi hampa kerana tidak sempat makan. Ayam Pak Kaduk yang menang dalam laga ayam, tetapi ia bersorak kerana tidak tahu ayam itu bukan kepunyaannya lagi. Dengan kata lain, setiap masa adalah masa yang sesuai untuk orang Melayu mengkaji falsafah dalam sastera Melayu lama, tidak kira sama ada yang bertulis dan cerita lisan. Banyak sekali kisah dan pengajaran boleh kita pelajari daripada cerita lama, termasuk cerita rakyat kerana ia juga sumber penting untuk kita mendapat pendidikan, maklumat dan hiburan.

Rujukan
Bukhari al-Jauhari (1992). Tajus-Salatin. Diselenggarakan Khalid M. Hussain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ding Choo Ming (1996). Memperkenalkan Manuskrip Kutipan Mutiara, Karya Abu Muhammad Adnan Haji Abdullah. Jurnal Filologi Melayu. 5: 35-56. (2002). Khatijah Terung dengan karyanya Perhimpunan Gunawan bagi Laki-Laki dan Perempuan (bahagian 1). Jurnal Filologi Melayu 10: 19-54. Foucault, Michel (1979). What Is An Author: 141-160. Dlm. Harari Josue V. ed. Textual Strategies; Perspective in Post-Structuralist Criticism. Ithaca: Cornell University Press.
115

Bab 5.pmd

115

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

Hikayat Hang Tuah (1975). Diselenggarakan Kassim Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salasilah Melayu dan Bugis (1984). Diselenggarakan Mohd Yusoff Hashim Md Nor. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Sejarah Melayu (1995). Edisi W. G. Shellabear. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Sulalatus-Salatin (1979). Diselenggarakan A. Samad Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syair Siti Zubaidah Perang China (1983). Diselenggarakan Abdul Mutalib Abdul Ghani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. DING CHOO MENG, (Prof., Dr.), Felo Penyelidik Utama, Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: dingukm@yahoo.com

116

Bab 5.pmd

116

10/6/2009, 3:40 PM

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama

Lampiran
Peta yang menunjukkan Penyebaran 72 buah istana Melayu di Alam Melayu.

Kerajaan Melayu di Acheh 1. Kerajaan Aceh 2. Kerajaan Samudera Pasai 3. Kesultanan Perlak 4. Kerajaan Bendahara 5. Kerajaan Karang 6. Kerajaan Sutan Muda 7. Kerajaan Muda Kerajaan Melayu di Sumatra Utara 8. Kerajaan Langkat 9. Kerajaan Serdang 10. Kesultanan Deli 11. Kerajaan Haru 12. Kerajaan Asahan 13. Kerajaan Pasai

Kerajaan Melayu di Riau dan Kepulauan Riau 14. Kerajaan Tambusai 15. Kerajaan Kunto 16. Kerajaan Rokan 17. Kerajaan Kepenuhan 18. Kerajaan Empat Koto Rokan 19. Kerajaan Rambah 20. Kerajaan Koto Kampar 21. Kerajaan Pekan Tua 22. Kerajaan Segati 23. Kerajaan Siak 24. Kerajaan Gassib 25. Kerajaan Pelalawan 26. Kerajaan Kampar Kiri 27. Kerajaan Gunung Sahilan

117

Bab 5.pmd

117

10/6/2009, 3:40 PM

Jurnal ASWARA

28. 29. 30. 31. 32. 33.

Kerajaan Kandis-Kuantan Kerajaan Cerenti Kerajaan Indragiri Kerajaan Keritang Kesultanan Riau-Lingga Kerajaan Bintan

Kerajaan Melayu di Kalimantan Barat 51. Kerajaan Sambas 52. Kerajaan Kadriah 53. Kerajaan Mempawah Kerajaan Melayu di Kalimantan Selatan 54. Kerajaan Banjar Kerajaan Melayu di Kalimantan Timur 55. Kerajaan Pasir 56. Kerajaan Kutai Kertanegara 57. Kerajaan Berau 58. Kerajaan Sambaliung 59. Kerajaan Gunung Tabur 60. Kerajaan Bulungan Kerajaan Melayu di Brunei Darussalam 61. Kerajaan Brunei Kerajaan Melayu di Sulawesi Selatan 62. Kerajaan Gowa 63. Kerajaan Bone 64. Kerajaan Luwu Kerajaan Melayu di Sulawesi Tenggara 65. Kerajaan Buton Kerajaan Melayu di Maluku 66. Kerajaan Tanah Hitu 67. Kesultanan Ternate 68. Kesultana Tidore Kerajaan Melayu di Nusa Tenggara Barat 69. Kerajaan Lombok 70. Kerajaan Bima

Kerajaan Melayu di Singapura 34. Kerajaan Temasik Kerajaan Melayu di Malaysia Barat 35. Kerajaan Melaka 36. Kerajaan Johor 37. Kerajaan Perak 38. Kerajaan Pahang 39. Kerajaan Kelantan 40. Kerajaan Kedah Kerajaan Melayu di Thailand 41. Kerajaan Pattani Kerajaan Melayu di Sumatra Barat 42. Kerajaan Pagaruyung Kerajaan Melayu di Jambi 43. Kerajaan Kandali 44. Kerajaan Koying 45. Kerajaan Melayu-Jambi Kerajaan Melayu di Sumatra Selatan 46. Kerajaan Sriwijaya 47. Kerajaan Palembang Kerajaan Melayu di Lampung 48. Kerajaan Skala Brak 49. Kerajaan Tulang Bawang Kerajaan Melayu di Bangka Belitung 50. Negeri Bangka-Belitung

118

Bab 5.pmd

118

10/6/2009, 3:40 PM