Anda di halaman 1dari 8

Tema : Menyiasat Alam Bahan.

Tajuk : Rupabentuk Jirim.

Objektif umum : Memahami kitar air.

Objektif khusus : Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat:

a.

Menyatakan proses perubahan rupabentuk jirim yang terlibat dalam pembentukan awan dan hujan.

b.

Menerangkan secara lisan bagaimana hujan terjadi.

c.

Melukis proses peredaran air dalam kitar air semulajadi.

Pengetahuan Sedia ada:

Pelajar telah mengetahui tentang tiga rupabentuk air dan proses yang terlibat semasa air berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Kemahiran Proses Sains:

Berkomunikasi Meramal

Kemahiran Manipulatif Sains: Menggunakan dan mengendalikan radas dan bahan-bahan sains. Melukis spesimen, radas dan bahan-bahan.

Bahan Bantu Mengajar :


Botol platik saiz besar Paku dan tukul besi Cawan untuk menyukat 1 1/2 cawan air 1 cawan pasir dan batu kerikil kecil (batu akuarium) 4 biji batu sederhana besar (untuk menampung botol di empat sudut) pembaris pensil marker

Pendahuluan :

Pelajar diberi penerangan tentang Kitar Air menggunakan Rajah Kitar Air power point.

Prosedur:

Pulau Dalam Botol Eksperimen Kitar Air.

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Gunakan paku dan tukul besi untuk menebuk lubang pada tutup botol (guru sebagai fasilitator) 3. Isikan botol dengan 2 cawan pasir dan batu kerikil halus. 4. Isikan botol dengan air. Apabila semua batu itu digerakkan kehujung botol, ia kelihatan seperti sebuah pulau. 5. Tutup botol menggunakan penutup yang telah dilubangkan. 6. Letakkan botol dibawah cahaya matahari dan gunakan 4 ketul batu yang sederhana besar untuk menampung botol tersebut. 7. Tandakan dengan garisan putus-putus aras air dalam botol itu. 8. Murid membuat hipotesis. Apa yang akan berlaku kepada air didalam botol itu.? (Pelajar melukis dalam lembaran kerja yang diberi) 9. Setiap hari pelajar akan melihat botol mereka (masih di bawah cahaya matahari), mengukur aras air dan mencatat perubahan yang berlaku.

10. Berbincang dalam kumpulan. 11. Setiap kumpulan melukis poster untuk menerangkan dapatan mereka. 12. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka.

Keputusan Eksperimen (Hasil yang sepatutnya pelajar perolehi):

Selagi matahari menyinar secara langsung pada botol, pelajar akan memerhatikan bahawa air tersejat( jumlah air yang diukur menggunakan pembaris berkurang). Proses penyejatan berlaku .Pemeluwapan/kondensasi berlaku ( boleh diperhatikan pada wap air yang terbentuk di sisi botol. Pasir atau batu-batu kecil adalah serupa dengan apa yang gunung lakukan sebagai tempat simpanan dan aliran air di bawah permukaan tanah Kemudian, air ini akan mengalir kedalam ke dalam sungai dan lautan.

LEMBARAN KERJA NAMA :____________________________________ TAHUN :______________TARIKH:_________________ EKSPERIMEN KITAR AIR PERKATAAN YANG PERLU DIKETAHUI : Cari makna perkataan dalam buku teks atau kamus anda. PENYEJATAN : ________________________________________________________________________________ KONDENSASI:_________________________________________________________________________________ KITAR AIR SEMULAJADI:_______________________________________________________________________ HARI 1 : KETINGGIAN AIR DALAM BOTOL _______cm. HIPOTESIS : Apa yang akan berlaku kepada air dalam botol. Mengapa anda berfikir sedemikian? LUKIS APA YANG KAMU PERHATIKAN DI DALAM BOTOL

_______________________________________

LEMBARAN KERJA NAMA :_________________________________________ TAHUN :______________TARIKH:____________ PEMERHATIAN EKSPERIMEN KITAR AIR LUKIS APA YANG KAMU PERHATIKAN DI DALAM BOTOL HARI : _______________ TINGGI AIR DALAM BOTOL : ________cm Apa yang telah berlaku kepada air dalam botol. Mengapa anda berfikir sedemikian?

___________________________________

___________________________________

___________________________________

CONTOH PEMBENTANGAN KEPUTUSAN EKSPERIMEN OLEH PELAJAR.

KITAR AIR SEMULAJADI

KONDENSASI HUJAN

PENYEJATAN

ALIRAN AIR

Anda mungkin juga menyukai