Anda di halaman 1dari 3

SEBELUM MIKRO PEACA1ARAA

Saya dengan muka yang tebal,meminta rakan merakamkan pengajaran yang


akan dilakukan.Dalam hati, saya berdoa agar ia dapat dilaksanakan dengan
lancar. Setelah berbincang; kami sepakat menggunakan teleIon bimbit
'Blueberry- Exphoria Pro milik saya sendiri untuk merakamkan video
pengajaran.Rakaman itu diadakan pada hari Isnin (14 Nov 2011) di Makmal
Bahasa SK Semenggok. Kelas kami tidak dapat digunakan kerana sudah dekat
hujung tahun ini langsir dan alatan Bahan Bantu Mengajar telah dikemaskan.
Lagi pun, kelas itu tidak diperlengkapkan dengan peralatan ICT.
Alhamdulillah, seramai 30 orang murid anak didik saya datang pada hari
ini.Betapa seronoknya mereka kerana berpeluang diambil rakaman.Tajuk Mata
Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 pilihan saya ialah Keluarga Saudara Mara
Huda.

REFLEKSI MIKRO PEACA1ARAA
1.1 Kekuatan
Hasil daripada Mikro Pengajaran Set Induksi / Langkah Mencungkil Idea, apa
yang saya dapat perhatikan bahawa penggunaan ketegasan dan kelantangan
suara adalah memuaskan dan diIahami olem murid. Dengan kelantangan suara
itu, saya dapat menyampaikan mata pelajaran dengan mudah.Murid
memberikan tumpuan dan Iokus terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Minat
terpancar di wajah mereka.Kejelasan arahan yang juga merupakan kekuatan
yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Penerangan tentang Tema :
Keluarga, Tajuk : Saudara - Mara Huda dan penegasannya menambah
keIahaman murid secara langsung.Kemudian diikuti dengan BBM Kad
gambar, Kad perkataan, pemahaman murid bertambah jelas.Arahan yang saya
berikan jelas,murid dipandu dengan arahan dan panduan yang diberikan.
Diiikuti tindakan susulan mengeja perkataan, menambahkan perbendaharaan
kata murid secara berganda. Komunikasi dua hala antara guru dan murid dapat
dirasai.
1.2 Kelemahan
Apa yang saya dapat kesani ialah; terdapat kelemahan dan kekurangan dalam
pelaksanaan Mikro Pengajaran ini. Ketepatan masa sedikit tersasar.Sepatutnya
Set Induksi yang dijalankan mengambil masa 10 minit tetapi selesai selepas 6
minit 54 saat. Kemungkinan perasaan resah saya mengganggu penyampaian
sehingga menjadi lebih cepat.
Berdasarkan perbandingan rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
langkah pengajaran tidak seperti yang dijangkakan. Penekanan kawalan disiplin
mempengaruhi supaya pengajaran & pembelajaran tidak meleret dan murid
tidak merasa bosan.


1.3 Langkah Mengatasi
Setiap sesuatu ada kelemahan dan kekurangannya,perlu penambahbaikan pada
Set Induksi Mikro Pengajaran ini, saya dapati Layar skrin LCD mengganggu
sementara Iokus p&p murid.Seharusnya saya boleh berikhtiar dengan tidak
menggunakannya dahulu; tetapi kerana pada ketika itu alat kawalan LCD tidak
dapat dijumpai. Maka ia terpasang begitu sahaja kerana dikhuatiri kesukaran
untuk menggunakannya pada langkah yang seterusnya.Penggunaan papan latar
atau papan pernyataan bagi melekatkan BBM kad gambar dan perkataan
hendaklah diketengahkan.Bahagian soaljawab bersama murid; di mana terdapat
murid yang menyatakan nama 'Mak Jah (Siapakah Mak Jah?) Saya terlupa
untuk menjawab sebagai penegasan, adakah dia seorang ahli keluarga atau
terdiri daripada saudara mara.
Penekanan tentang ketepatan penggunaan masa semasa menyampaikan langkah
pengajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya perlu menepati masa
yang ditetapakan dalam keadaan bertenang. Saya juga seharusnya berjalan ke
setiap sudut tempat duduk murid bagi memantau dan mengawal setiap aktiviti
yang murid lakukan . Sekiranya ini dilakukan, perjalanan tingkah laku murid
atau ketidak Iahaman murid dapat dikawal.Walaubagaimana pun interaksi dan
komunikasi guru-murid.tidak begitu terjejas.
REFLEKSI RAKAA
Pada sesi ini, rakan saya berpendapat bahawa; penggunaan Layar skrin
hendaklah dikemudiankan. Fokus murid terganggu sedikit, almaklumlah
mungkin akan tertanya-tanya apakah kegunaan layar skrin tersebut.
Memandangkan timbul isu alat kawalan jauh tidak dijumpai,beliau tutut
memahami kesulitan yang timbul. Beliau juga berpendapat pada ketika itu
papan tulis hendaklah menjadi BBM Iokus utama. Penggunaan 'Smart board
juga boleh diketengahkan. Secara umumnya, beliau tidak kecewa kerana isi
pelajaran tetap dapat dijalankan dengan baik dan boleh diikuti secara selesa oleh
murid.
Saya berterima kasih di atas pendapat dan komen beliau yang ikhlas. Kerjasama
yang diberikan oleh beliau sangat saya hargai. Saya akan berusaha pada masa
yang akan datang dan menambah kepekaan saya terhadap sebarang situasi yang
mungkin timbul semasa sesi pengajaran yang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai