Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI MAKRO PEACA1ARAA

(2.1) Kekuatan
Penggunaan langkah 1 (Penstrukturan Idea semula) sebagai pilihan Makro
Pengajaran. Ketegasan dan kelantangan suara masih ditekankan. Penekanan
tentang mata pelajaran yang lalu diterapkan.(Penggunaan suku kata terbuka dan
tertutup) yang berkaitan dengan tajuk. Penggunaan Slaid Mspowerpoint bagi
menambahkan pengukuhan pemahaman murid. Saya memberi maklum balas
pada jawapan yang murid berikan. Bagi mewujudkan keseronokan belajar,
keaktiIan murid bertambah ketara. Keadaan sebenar pengajaran & pembelajaran
dapat dirasai dan murid kelihatan tidak kekok langsung. BBM seperti gambar
keluarga yang diperolehi daripada internet, menambahkan tarikan minat murid-
murid.
Saya telah bersikap inisiatiI mengubah perancangan dengan mengatasi masalah
masa yang tinggal dengan mengambil aktiviti tambahan dari langkah 2
(Aplikasi Idea) Membina ayat dan mengadakan aktiviti tambahan
mendemonstrasikan perkataan secara simulasi oleh murid. Walaubagaimanapun
perjalanan isi pelajaran tidak terjejas dengan kesilapan teknikal ini dan ia
berjaya disampaikan dengan baik.
Saya menggunakan daya usaha dengan bertoleransi untuk mengawal keadaan
disiplin murid; tidak membiarkan murid membuat aktiviti bermain dengan
rakan yang mungkin mengganggu pemahaman dan kelancaran isi pelajaran
yang ingin disampaikan (Saya bergerak ke semua tempat duduk murid). Saya
berjaya menarik semula minat belajar murid dengan memanggil murid yang
tidak mahu mencuba. Saya turut memberi peluang semua murid untuk mencuba
menyatakan ayat masing-masing.Tidak lupa juga, saya membuat penegasan
mengulang semula ayat yang dibuat oleh murid supaya lebih jelas didengar dan
diIahami oleh seluruh kelas.
Kesabaran saya memainkan peranan dalam menangani kerenah permintaan
murid yang pelbagai.Secara keseluruhannya suasana isi pelajaran yang aktiI
dapat diwujudkan. Guru berasa terhibur dengan keletah murid yang
bekerjasama dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran. Pada akhir langkah ini,
saya memberi ganjaran atau motivasi bertepuk tangan oleh guru,murid di atas
usaha yang ditunjukkan oleh murid semasa sesi demonstrasi simulasi.
Penekanan latih tubi perkataan menambah pemahaman murid.
(2.2) Kelemahan
Pengaturan masa menjadi tidak seperti yang dirancangkan.Masa yang
ditetapkan ialah 20 minit,tetapi saya hanya menggunakan sebanyak 18 minit 27
saat sahaja daripada masa yang diperuntukkan. Saya seharusnya menggunakan
gabungan aplikasi penggunaan kad perkataan di layar Slaid Mspowerpoint.
Saya terlupa menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan dia antara
keluarga dan saudara mara kepada murid seperti yang dirancang.
Dalam langkah ini saya sepatutnya dapat menggunakan banyak perkataan lain
yang murid tahu berkenaan dengan suku kata terbuka dan tertutup atau memberi
contoh kepada murid lalu menulis di papan kenyataan atau menyuruh murid
menulisnya sendiri.
Saya terpaksa menambah idea dengan membuat aktiviti demonstrasi simulasi
murid bagi konsep perkataan saudara mara bagi mencukupkan masa. Perbezaan
masa perancangan dan pelaksanaannya tidaklah begitu ketara hanya didapati
selisih 1 minit 33 saat sahaja.
(2.3) Langkah Mengatasi
Pengelakkan ketidak tepatan masa dan aktiviti,seharusnya saya membuat ujikaji
pra-pengajaran dan mendapat khidmat pandangan komentar daripada rakan
sebelum menjayakan aktiviti Makro pengajaran ini.Penggunaan Slaid
Mspowerpoint boleh dipelbagaikan aplikasinya bagi menambahkan minat
murid. Penambahan penggunaan kad perkataan pada Langkah 1 tidaklah
berkesalahan tetapi hendaklah dinyatakan di dalam RPH.
Guru juga seharusnya menyediakan kad perkataan atau contoh lain bagi
menambahkan pemahaman murid tentang suku kata terbuka dan tertutup. Murid
juga boleh diberi peluang menulis ayat mudah di papan tulis.
Secara keseluruhannya, tiada kelemahan begitu ketara yang timbul pada
pendapat saya sendiri. Walaupun terdapat kesilapan melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, namun murid ternyata dapat mengikuti
pembelajaran dengan jayanya. Paling penting ialah objektiI tercapai dan murid
berjaya melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan.
REFLEKSI RAKAA
Saya telah sempat meminta maklum balas serta pandangan daripada rakan saya
berkenaan pengajaran yang telah dilaksanakan. Beliau berpendapat; saya harus
menyediakan Bahan bantu mengajar yang lebih menarik. Secara peribadi beliau
menambah lagi,menurutnya bahan yang saya sediakan sedikit sebanyak mampu
mencungkil idea awal pelajar serta meransang daya inkuiri pelajar.Beliau turut
menyentuh tentang penggunaan aplikasi Slaid Mspowerpoint, pelbagai teknik
aplikasi boleh diketengahkan bagi menambah aktiviti serta minat murid.
Sememangnya; dia turut memberi idea supaya contoh-contoh perkataan suku
kata terbuka dan tertutup diperbanyakkan lagi bagi menambah pemahaman
murid tentang konsepnya serta memperlengkapkan masa pada aktiviti yang
dirancang.
Saya menerima komen beliau dengan hati yang terbuka dan positiI .
Kesyukuran timbul apabila beliau turut berasa gembira melihat penglibatan
murid serta guru yang aktiI sepanjang mikro serta makro pengajaran dijalankan.
Saya akan berusaha sebaik mungkin melakukan tindakan wajar yang seterusnya
bagi menambahbaik kesilapan dan kekurangan yang telah saya lakukan pada
sesi mikro dan makro pengajaran serta Rancangan Pengajaran Harian. Sesi
rakaman ini sekali gus menyedarkan saya; untuk menjayakan sesuatu perlukan
pengetahuan,pemahaman,kemahiran, kesabaran dan daya usaha yang gigih.
Kepuasan hanya dapat dicapai sekiranya sesuatu objektiI pelajaran tercapai dan
murid dapat menghayati pembelajaran mereka.Bagi guru pula, memberi
kesedaran bahawa pentingnya menguji daya pendidik yang sewajarnya dan
sentiasa berusaha bagi meningkatkan proIesionalisme perguruan.



Adakah saya seorang guru yang balk?

Anda mungkin juga menyukai