Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1

Kerajaan kesultanan melayu Melaka telah ditubuhkan sekitar tahun 1400 oleh
parameswara.
1
Kejayaan besar Melaka dan tempatnya yang terhormat dalam sejarah Melayu
bukanlah disebabkan oleh kemakmuran dan kemasyhurannya sebagai sebuah pusat perdagangan.
Malah, bersandarkan kepada kegemilangan pada masa lalunya, Melaka telah mengasaskan satu
corak pemerinthan dan cara hidup yang diikuti oleh kerajaan-kerajaan melayu yang datang
kemudian menjadi asas kepada kebudayaan serta bentuk pemerintahan tradisional melayu.
Maksud disebalik pandangan Shellabear iaitu raja itu umpama api dan semua menteri itu
umpama kayu. Jika tida kayu, api tidak akan menyala. Maksudnya, kedua-duanya iaitu raja dan
semua menteri itu saling memerlukan antara satu sama lain dalam sesebuah kerajaan. Menurut
pendapat seorang sarjana tentang hubungan yang saling memerlukan dapat dilihat dalam
penulisan hikayat hang tuah. Di peringkat operisional, teks ini memancarkan hubungan raja
Melaka dengan Hang Tuah yang menjadi lambang hubungan antara pihak yang bewibawa,
pemegang dan pengamanah kuasa dengan pihak yang memerima, menyokong dan mengakui
wibawa dan amanah itu. Oleh itu, para pembesar menjadi tonggak yang memelihara institusi
kerajaan. Kerjasama antara raja dan pembesar yang merupakan jentera pemerintahan untuk
menyokong sistem kerajaan dan dapat dilihat sebagai aspek budaya politik yang amat asas.
Dalam IalsaIah politik tradisional Melaka, kerjasama yang rapi dan hubungan Iungsional politik
sosial antara raja dan pembesar adalah penting untuk menjayakan sistem kerajaan dalam
sesebuah kerajaan.

1
Wan Abdul 8ahman laLlff 1996 Se[arah erkembangan 1amadun uunla kuala Lumpur uewan 8ahasa dan
usLaka Plm 490
agi memperoleh sebuah kerajaan yang berjaya, sentosa ini semua bergantung kepada
sikap saling sokong-menyokong di antara kedua-dua belah pihak iaitu antara raja dan pembesar.
Keseluruhan konsep kerjasama yang erat antara raja yang berkerajaan dengan rakyat yang
diperintah adalah seperti sokong-menyokong antara sebatang pokok dengan akarnya dan saling
memerlukan antara raja yang memerintah dengan para pembesar yang diibaratkan sebagai
kerjasama antara api dengan kayu untuk menjayakan pemerintahan. Perkara ini yang membentuk
IalsaIah dan teori asas dalam sistem berpolitik, berkerajaan dan pemerintahan empayar Melaka
sepenuhnya. Menteri yang bijak begitu diperlukan bagi seorang raja menjalankan peranan
saktinya kerana mereka inilah yang menjalankan pentadbiran kerajaan. Dengan demikian, raja-
raja dan menteri-menteri mempunyai Iungsi yang khusus dalam mentadbir sesebuah kerajaan.
Sebetulnya, raja dan pembesar mempunyai perkaitan dalamm kesultanan melayu Melaka.
Pembesar itu sebagai nadi kepada raja itu.
Kerajaan Melaka diketuai oleh raja yang mempunyai kuasa tertinggi dan hampir berkuasa
penuh dalam pentadbiran negeri. dalam hierarki masyarakat, raja menduduki tempat teratas dan
diikuti oleh pembesar, seterusnya rakyat bebas dan akhir sekali hamba. Raja dibantu oleh majlis
tertinngi yang dianggotai oleh pembesar berempat iaitu bendahara, temenggung, laksamana dan
penghulu bendahari. Raja dan pembesar ini mempunyai perkaitan dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial.
RAJA
Raja atau sultan menduduki tempat teratas dalam hierarki kedudukan msyarakat Melaka.
Raja mengakui dirinya sebagai keturunan dari raja Palembang ukit Siguntang serta
berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain yang member peluang kepda dirinya untuk membezakan
taraI kedudukan dengan rakyat jelata. Malah kedudukan ini diperkukuhkan lagi dengan istilah
konsep ' daulat dan ' tulah .
2
walau bagaimanapun raja mempunyai kuasa mutlak tetapi raja
tidak boleh sewenang-wenangnya memerintah negeri mereka. Raja mempunyai peranan sendiri
dalam menjalankan tugas dalam sesebuah kerajaan. Raja merupakan seorang pemerintah negeri,
ketua pentadbiran, ketua agama islam dan ketua tentera. Raja berkuasa penuh dalam pentadbiran
Negara. Perlantikan pembesar juga dilakukan oleh raja. Raja ini mempunyai sistem perlantikan
yang tersendiri dan mempunyai keistimewaan untuk membezakan taraI mereka dengan rakyat.
PEMESAR
Pembesar ini dalam hierarki masyarakat berada di tempat kedua selepas raja. Pembesar
ini merupakan tangan kanan kepada raja. Pembesar-pembesar ini boleh dianggap sebagai
tonggak penyokong kuasa Melaka. Pembesar dalam kesultanan melayu Melaka ialah bendahara,
penghulu bendahari, temenggung dan laksamana. Kebiasaannya golongan pembesar merupakan
keturunan atau kerabat diraja ataupun golongan bangsawan. Walau bagaimanapun, mereka masih
tertakluk di bawah undang-undang rakya biasa. Pembesar juga mempunyai keistimewaanya yang
tersendiri. Di bawah pembesar berempat ini terdapat pula beebrapa orang bangsawan yang
bergelar sama ada kerana kedudukan mereka sebagai pembesar daerah atau hubungan mereka
dengan keluarga diraja.
ENDAHARA
Jikalau dilihat dari zaman sekarang, bendahara memainkan peranan yang penting iaitu
sebagai peranan sebagai perdana menteri. Tetapi ini berbeza di mana pada zaman kesultanan
melayu Melaka bendahara bertindak dan berperanan sebagai penasihat sultan. endahara

2
Muhammad ?usoff Pashlm hu kesulLanan Melayu Melaka kuala Lumpur uewan 8ahasa dan usLaka 1989
hlm 272
merupakan pemilik wibawa Iizikal yang terbesar di kalangan pembesar-pembesar Melaka dalam
hierarki pentadbiran, tetapi mungkin taraInya sama dengan ketua eksekutiI pada masa ini.
endahara dilantik dari kalangan bangsawan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
sultan. endahara merupakan penasihat utama dan pembesar terprnting sultan. Hal ini demikian
kerana, segala tindak tanduk dan keputusan yang akan dikeluarkan oleh sultan adlah hasil
permuaIakatan antara raja dan bendahara atau pembesar yang lain. Jadi, ini memunjukkan
bahawa pembesar mempunyai kaitan dengan raja dalam menguruskan hal-hal berkaitan
pentadbiran ini. endahara juga sebagai duta atau diplomat sultan iaitu menyambut ketibaan
pelawat yang datang dari luar negeri.
3
bendahara mempunyai taraI sosial yang tinggi ketika
ketiadaan sultan dalam negeri, bendahara yang memangku raja dan di bantu oleh Seri Nara
Diraja.
4
walaupun tedapat tokoh politik bertaraI kerabat, namun kewibawaanya dan ketokohan
bendahara serta pembesar kanan kerajaan lebih dihormati dan dipercayaioleh raja. bendahara
menjadi pemangku raja ketika raja sakit atau keluar untuk urusan tertentu. bendahara juga orang
yang berurusan dengan saudagar-saudagar asing serta menjadi penimbang antara dalam
pertikaian antara orang melayu dengan orang asing dan juga antara sesame orang melayu.
Selain itu, bendahara juga sebagai ketua eksekutiI seluruh mekanisme kerajaan. Raja
Melaka mempunyai kuasa secara teori dan spiritual untuk memerintah. endahara pula
mempunyai kuasa pemerintahan dan pentadbiran secara Iizikal. endahara juga sebagai ketua
angkatan tentera dan ketua hakim. Dalam bidang ketenteraan, bendahara yang mengepalai
tentera. Sebagai contoh, dalam sejarah melayu bendahra tun perak mematahkan serangan laut
siam, pimpinan awi dicu di batu pahat. Sebagai ketua hakim, bendahara yang menjalankan

3
8arbara WaLson Andaya dan Leonard ? Andaya 1983 hlm 32
4
Muhamad ?usoff Pashlm hu 1989 hlm 284
pendakwaan dalam kes-kes pembicaraan awam dan jenayah di peringkat negeri.
5
dalam
pentadbiran awam pula, wibawa dan bidang kuasa bendahara ditentukan oleh Iasal 1 undang-
undang Melaka. bendahara juga mempunyai keistimewaannya.
PENGHULU ENDAHARI
Penghulu bendahari diertikan sebagai ketua bendahari. Pada permulaan penubuhan
Melaka pemegang jawatan tradisi ini ialah kerabat kerabat diraja yang bernama Raja Kecil
Muda. Gelaran secara turun-temurun iaitu Seri Nara Diraja. Gelaran ini terus digunakan sehngga
ke tahun 1511. Jawatan ini kemudiannya telah disandang oleh orang yang bukan melayu tulen
dan bukan dikalangan kerabat diraja ketika pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Penghulu
bendahari ini merupakan orang kuat isatana iaitu ketua urus setia istana dan penyokong adat
istiadat melayu. Penghulu bendahari yang menjadi ketua adat istiadat dan aacara rasmi diraja di
istana. Antara tugas penghuu bendahari termasuklah mengerah orang untuk membentang tikar,
menghias balairung, menggantung tabir, mengendalikan hidangan untuk tetamu dan
mendapatkan tenaga rakyat untuk urusan pekerjaan diraja ini.
Penghulu bendahari huga mempunyai kaitan dengan raja. penghulu bendahari ialh ketua
seluruh syahbandar dan berkuasa memungut hasil negeri seperti cukai. Tanggungjawab terhadap
hamba dan kakitangan istan juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab penghulu
bendahari. Tugas utama peghulu bendahari ialah memegang harta benda dan hasil mahsul
kerajaan. Pembesar-pembesar yang terletak di bawah bidang kuasanya ialah bendahari-bendahari
Melaka, pemegang hasil negeri, syahbandar syahbandar dan hamba-hamba raja.
6
sebagai
menteri kewangan `, penghulu bendahari menjadi wakil menerima uIti dari kawasan takluk

3
kesulLanan melayu Melaka hlm 170
6
kesulLanan Melayu Melaka hlm 283
jajahan Melaka.penghulu bendahari juga mengutip bayaran lain yang ditentukan olah kerajaan.
Sekali gus mengendalikan perbelanjaan negeri. penghulu bendahari juga boleh dititahkan untuk
mengetuai angkatan perang Melaka menyerang negeri asing seperti Kampar.
TEMENGGUNG
Mengikut sistem pembesar empat lipatan berada di tempat ketiga selepas penghulu
bendahari. Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar Melaka itu
sendiri. Umpamanya tun mutahir yang menjadi temenggung Melaka adalah anak seri nara diraja
tun ali dan anak saudara kepada tun perak. Setelah tun mutahir dinaikkan pangkat menjadi
bendahara, tun Hassan yang mengambil jawatan tememnggung Melaka. Keamanan negeri
mungkin tidak terjamin dengan hanya kehadiran bendahara dan penghulu bendahari, justeru itu
diciptalah jawatan temenggung sebagai ketua keamanan negeri.
7
dalam hubunagn inilah
temenggung berkuasa atas polis dan bertindak sebagai ketua majistert. Sebagai ketua majistert,
bidang kuasa undang-undang temenggungsaling mlengkapi dengan tugas menyelidik,memeriksa,
mendakwa kes undang-undang dan menangkap orang yang bersalah. Pesalah yang ditangkap
akan didera, didenda dan dipenjara. Temenggung juga mempunyai kaitan dengan rajau
menentukan dan . temenggung turut menjaga keselamatan raja. ketika raja berangkat dengan
gajah, temenggung akan duduk di kepala gajah dengan memegang pedang kerajaan. Tugas
temenggung juga meliputi di isatana dengan mengatur dan menentukan orang yang bekerja
ketika majlis adat istiadat diadakan di istana. Temenggung juga turut bertugas untuk menyusun
istiadat menghidang makanan tetamu di istana itu. Tugas awam temengung juga ialah menyertai
bendahara ketika menjalankan pendakwaan dan pembicaeaan dan memungut cukai
perdaganagan di andar Melaka.

7
lbld hlm 286
LAKSAMANA
Di samping itu, laksamana juga turut member sumbangan kepada raja dan kerajaan.
Dalam kesultanan melayu Melaka, kedudukann laksamana ialah selepas temenggung. TaraI
pembesar adalah sama juga dengan taraI seseorang bendahara itu.
8
Laksamana mengetuai
pentadbiran tentera di samping menjadi panglima pengawal raja. orang yang pertama
menyandang jwatan laksamana ini ialah hang tuah. Hang tuah akan memikul pedang kerajaan
dalam istiadat menghadap di balairung. Laksamana sinonim dengan tugas utamanya iaitu sebagai
ketua ketenteraan dan menjalankan tugas lain seperti pengawal protokol dan kedutaan.
Laksamana sebagai ketua diplomatapi bukan sahaja di darat tetapi juga di laut. Sebagai contoh,
keadaan ini jelas apabila seorang raja itu menghantar laksamana sebagai wakil dalam satu-satu
hubungan diplomatic dengan wilayah lain. Jadi,raja mempunyai perkaitan dengan laksamana.
Dengan adanya hubungan diplomatik ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah anatara
kedua-duanya tetapi juga membawa keuntungan kepada sesebuah kerjaan itu sama ada dalam
aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Seterusnya ini akan merapatkan lagi hubungan antara
raja dan pembesar itu untuk saling berhubung antara satu sama lain.
Laksamana juga selain sebagai seorang ketua angkatan tentera, laksamana juga bertindak
sebagai ketua angkatan laut Melaka
9
dan mengawal keselamatan raja ketika raja berada di dalam
kerajaan mahupun luar daripada kerajaan. Dalam hokum kanun Melaka laksamana dianggaps
ebagai raja di alut. Sebagai ketua angkatan laut, laksamana perlu memayar dan meronda perairan
Melaka supaya bebas dari serangan pihak musuh. Tugas laksamana adalah berat kerana aktiviti
di peraiaran selat Melaka merupakan nadi kepada perkembanagan kepada kerajaan melayu

8
Se[arah Malaysla Andayahlm 33
9
lbld hlmn 286287
Melaka. pokoknya laksamana penting untuk keselamatan masyarakat di Melaka.Laksamana juga
berhak mengawal keselamatan bendahara ketika perbicaraan dilakukan. Laksamana juga sebagai
seorang pemerhati perjalanan protocol kerajaan.
10
Laksamana juga bertanggunggjawab menjaga
keselamatan kerana dengan adanya kuasa dan peranan sebagai ketua angkatan ketua tentera dan
ketua laut, laksamana dapat menjaga keselamatan kerajaan daripada serangan musuh dari luar.
Ini sekaligus dapat melindungi raja dan rakayat dalam sesebuah kerajaan itu.


10
kesulLanan melayu Melaka hlm 173178

Anda mungkin juga menyukai