Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN MATEMATIK

Matematik merupakan satu subjek yang sering kali dikaitkan dengan nombor dan
pengiraan. Al-Khwarizmi merupakan salah seorang lmuan slam dalam bidang
matematik yang sangat terkenal di seantero dunia. Namun begitu, masalah utama yang
membelenggu minda kebanyakan pelajar di Malaysia ialah dengan menganggap
bahawa matematik merupakan salah satu subjek yang susah. Perkara-perkara seperti
ini sering kali disogokkan ke dalam minda anak-anak sejak mereka kecil sehingga
menjadikan mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk mendapat keputusan
cemerlang dalam subjek ini. Tanpa disedari, kebanyakan perkara atau benda yang
berada di sekeliling kehidupan manusia adalah sangat berkait rapat dengan bidang
matematik. Oleh itu, adalah sukar untuk dipertikaikan bahawa matematik merupakan
bidang yang sangat penting dalam kehidupan kita.
Antara kepentingan matematik yang dapat diperolehi oleh seseorang individu
ialah dapat meningkatkan kemahiran berfikir melalui penyelesaian-penyelesaian
masalah yang dilakukan. Hal ini demikian kerana, matematik merupakan aplikasi dalam
kehidupan. Banyak perkara boleh diselesaikan melalui matematik. Sebagai contoh,
dalam satu perjalanan jauh, pemandu kenderaan perlu mengetahui anggaran jarak
yang akan dilaluinya untuk merancang perjalanannya. Selain itu, matematik juga boleh
dijadikan sebagai salah satu hiburan kepada seseorang individu melalui permainan-
permainan seperti 'Saidina' dan 'Roda mpian'. Bagi para atlet pula, matematik sangat
penting untuk menunjukkan pengiraan mata atau markah untuk menobatkan sang juara
seperti sukan badminton dan bola sepak. Justeru, setiap individu memerlukan
kemahiran dalam matematik untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan.
Seterusnya, aplikasi matematik juga penting untuk memudahkan urusan
manusia dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Antara kepentingannya ialah
untuk melakukan urusan jual beli barang melalui pembayaran wang. Hal ini demikian
kerana, pengetahuan matematik diperlukan untuk membayar harga barang dan juga
wang baki bagi barangan yang dibeli. Selain itu, terdapat juga barang yang
menggunakan S. unit seperti kilogram dan gram untuk menimbang atau menyukat
barangan seperti gula dan rempah ratus. Dengan bantuan alat penimbang, urusan
penyukatan dapat dijalankan dengan lebih tepat, cepat dan senang. Matematik juga
digunakan sebagai satu bahasa dalam sistem bermasyarakat. Kebanyakan orang dapat
memahami apakah yang dimaksudkan dengan nombor 'one', 'two' ataupun 'three'
bukan sahaja jika diungkapkan di Malaysia, bahkan seluruh dunia memahaminya.
Walaupun setiap bangsa mempunyai bahasa ibunda yang berbeza namun, dengan
Matematik, bahasa itu menjadi universal dan satu.
Selain itu, bidang matematik memberi sumbangan yang cukup besar kepada
pembangunan negara. Sebagai contoh pada setiap hujung tahun, rakyat Malaysia
dapat menyaksikan pembentangan belanjawan negara pada tahun berikutnya oleh
Perdana Menteri Malaysia. Tanpa pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini,
kemungkinan negara akan mengalami masalah kewangan yang besar seperti inflasi
dan hutang yang banyak dengan Bank Dunia. Di samping itu, melalui matematik juga,
negara dapat menjana ekonomi ke tahap yang membanggakan melalui kitaran wang
dalam negara. Keadaan ini dapat dicapai melalui urusan perbelanjaan yang dijalankan
oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Seterusnya, ramalan cuaca yang dilakukan oleh
Pusat Ramalan Kaji Cuaca Malaysia turut menggunakan matematik iaitu melalui
kaedah statistik. Contohnya untuk mengira jumlah taburan hujan di Malaysia sepanjang
tahun. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan bencana banjir yang lebih buruk
berlaku kepada negara, sekaligus membawa kerugian yang sangat besar disebabkan
oleh kerosakan banyak harta benda. Akhir sekali, jika diperhatikan bangunan-bangunan
yang terdapat di sekeliling kita ini dengan teliti contohnya seperti Menara Berkembar
Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Masjid Negara, adakah kita menyedari
bahawa kesemuanya menggunakan konsep geometri dalam rekaannya? Justeru, hal ini
menunjukkan bahawa kepentingan bidang matematik dalam pembangunan negara
amatlah penting dalam menuju matlamat Wawasan 2020.
Kesimpulannya, bidang Matematik memainkan peranan yang sangat penting
kepada setiap individu, masyarakat mahupun negara. Seseorang individu akan
dianggap sangat beruntung sekiranya beliau dapat menguasai ilmu matematik pada
zaman yang semakin menuju era kemajuan ini. Hal ini demikian kerana, pelbagai
masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan aplikasi matematik. Oleh itu, bagi
menanam keseronokan untuk mempelajari subjek matematik dalam kalangan pelajar
sekarang, pendekatan baru bagi menjadikannya lebih menarik dan berkesan perlulah
diperkenalkan supaya subjek ini tidak lagi dianggap sebagai satu 'subjek nombor'
semata-mata, bahkan dapat mengaplikasinya dalam kehidupan harian masing-masing.

Nama : NOR ATRAH MOHD RAPNG.
Kumpulan : 1 pismp ( Matematik 1 )

Anda mungkin juga menyukai