Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamat
a.

b.
c. d.

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Prinsip Etika Kerja


a.

b.
c.

d.
e. a. b. c. d. e. f. g.

Niat yang betul. Perlakuan yang baik. Penggerak ke arah kebaikan. Memperkotakan apa-apa yang dikatakan. Berdisiplin dan beradab.

Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja


Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ikhlas Penyayang
1

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Piagam Pelanggan
Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara; menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya; mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang berterusan; menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana; menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;

menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan amalan perkhidmatan penyayang; memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan; dan meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)


Teras 1 : Membina Negara Bangsa Teras 2 : Membangunkan Modal Insan Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Teras Perkhidmatan Awam


Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara Berpegang teguh pada ajaran agama

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam


Kami pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan yang berikut: Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam : : : : : : Berusaha dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Tonggak Dua Belas


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengaruh teladan Kewajipan menjalankan tugas Keutamaan kesabaran Peningkatan bakat Ketekunan membawa kejayaan Kebijaksanaan berhemat Menghargai masa 8. Kemuliaan kesederhanaan 9. Keseronokan bekerja 10. Ketinggian peribadi 11. Nikmat mencipta 12. Kekuatan sifat baik hati

Anda mungkin juga menyukai