Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

1.0 PENGENALAN Pada 2hb Mei 2011(Isnin), saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 yang bertajuk Jom Rasa. Kelas yang saya ajar ialah 1 Bestari yang terdiri daripada 40 orang murid iaitu 22 lelaki dan 18 perempuan. Masa yang diperuntukkan ialah selama 60 minit iaitu dari 1.45 petang hingga 2.45 petang. 2.0 KEKUATAN Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran iaitu murid dapat Mengenal pasti rasa manis ,masin, pahit dan masam dengan menjalankan penyiasatan serta menaakul secara lisan tentang kepentingan rasa.

Saya telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Saya telah menggunakan aktiviti yang menarik iaitu menjalankan eksperimen bagi tujuan membolehkan murid meneroka rasa sesuatu benda dengan cara yang menarik secara berkumpulan. Di samping memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan, aktiviti menjalankan eksperimen juga membolehkan murid membuka minda supaya mencari dan menerima sesuatu ilmu pengetahuan. Selepas menjalankan eksperimen, saya juga telah menggunakan kad imbasan gambar dan perkataan yang berwarna-warni untuk menarik perhatian murid serta mengukuhkan isi pelajaran yang disampaikan. Murid-murid kelihatan ceria dan berminat serta melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti memadankan kad imbasan gambar dengan kad imbasan perkataan.

3.0 KELEMAHAN Semasa sesi pengajaran makro ini, terdapat juga kelemahan iaitu bahasa badan saya kurang jelas. Secara tidak langsung, murid-murid kurang mengambil inisiatif belajar secara inovatif dan hanya mendengar sambil belajar sahaja. Saya juga gagal memotivasikan murid dengan sepenuhnya supaya mengembangkan bakat dan keyakinan murid-murid.

4.0 LANGKAH MENGATASI Setiap Berdasarkan upaya dan kelemahan kelemahan dan dan kekurangan kekurangan kaedah atau yang dalam strategi dikesan memerlukan makro, untuk

penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. pengajaran pengajaran penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah saya hendaklah mencuba sedaya memperbanyakkan merangsangkan minat pembelajaran murid-murid supaya lebih memenuhi kehendak anak murid saya. Di samping itu, komunikasi bukan lisan iaitu senyuman, ekspresi muka, pergerakan tangan juga perlu dititikberatkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran agar membantu memberi makna yang lebih jelas. Saya juga perlu bijak memilih waktu dan tempat untuk menyampaikan mesej atau berkomunikasi supaya objektif mesej dapat dicapai. Secara tidak langsung, murid lebih mudah menerima mesej yang disampaikan. Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati terhadap pengajaran makro ini walaupun tertimbul beberapa kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan membaiki kelemahan saya untuk menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai