Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

1.0 PENGENALAN Pada 14hb Jun 2011(Selasa), saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 yang bertajuk Pakaian Tradisional Di

Malaysia. Kelas yang saya ajar ialah 4 Jujur yang terdiri daripada 38 orang murid iaitu 20lelaki dan 18 perempuan. Masa yang diperuntukkan ialah selama 60 minit iaitu dari 2.45 petang hingga 3.45 petang. 2.0 KEKUATAN Semasa saya menjalankan pengajaran mikro, kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang saya sampaikan. Selain itu, kelantangan dan suara juga menunjukkan akan lebih ketegasan tertumpu dalam kepada menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan fokus murid. Murid penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada saya. Di samping itu, kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Selain daripada itu, saya telah menjadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Saya telah menggunakan aktiviti yang menarik iaitu menyanyi menggunakan lirik tentang konsep yang diajar pada hari tersebut bagi tujuan menilai kefahaman murid dengan cara yang menarik. Lirik sebuah lagu mengikut irama popular lagu berjudul Satu Malaysia digunakan semasa pengajaran mikro saya. Lagu yang diadaptasi adalah mudah dinyanyikan murid mengikut lirik yang sesuai dengan tajuk yang diajar iaitu Pakaian Tradisional Di Malaysia. Selepas menyanyi, saya juga telah menggunakan bahan maujud yang menarik iaitu model-model pakaian tradisional di Malaysia untuk menarik perhatian murid serta mengukuhkan isi pelajaran yang disampaikan. Murid-murid kelihatan ceria dan berminat serta melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti menyanyi dan memadankan model. Irama : Satu Malaysia PAKAIAN BUDAYA KITA Inilah budaya kita Kebanggaan Malaysia Kita semua rakyat Malaysia Pelbagai bangsa di dalamnya Baju kurung baju Melayu Dipakai kaum Melayu Tidak lupa bangsa cina Ceongsam tunik pilihan hati Kita satu bangsa kita satu negara Kita satu matlamat ooo Kita satu bangsa satu negara Kita satu Malaysia Bila raya Deepavali Sari dhoti di hati Sungguh cantik dan berseri Dipakai di pagi hari Sinuangga Kadazan punya Iban pula juga ada

Marik empang mereka ada Pakaian tradisi kita Kita satu bangsa kita satu negara Kita satu matlamat ooo Kita satu bangsa satu negara Kita satu Malaysia (X2)

3.0 KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran mikro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan rakaman yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Saya didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, saya akan dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, saya dapat membantu murid dengan lebih dekat.

4.0 LANGKAH MENGATASI Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang dirancang. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Di samping itu, saya perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini sangat membantu saya dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai