Anda di halaman 1dari 3

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MATEMATIK

PengenaIan
Pelaksanaan Sekolah Bestari , yang merupakan salah satu aplikasi
perdana koridor raya multimedia, membuka laluan kepada penggunaan teknologi
dalam pendidikan secara meluas atau global. Penggunaan teknologi merupakan
salah satu komponen pengurusan Sekolah Bestari yang bertujuan mengoptimumkan
pengajaran dan pembelajaran, sebagai alat pemprosesan maklumat dan produktiviti
serta meningkatkan produktiviti profesional. Untuk merealisasikan wawasan 2020,
teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Budaya persekolah
sudah tiba masanya harus berubah daripada suatu yang berdasarkan memori
kepada yang bermaklumat, berpemikiran kreatif, berfikrah dan penyayang dengan
penggunaan teknologi terkini (KPM, 1997). Dalam pendidikan matematik,
penggunaan teknologi menyediakan pelajar untuk bersaing dengan masyarakat
dunia serta menghadapi cabaran abad ke 21. Penggunaan teknologi adalah untuk
memudahkan tugas guru tetapi bukan mengambil alih tugas guru. Guru memainkan
peranan sebagai fasilitator, iaitu membimbing pelajar bagaimana hendak
menggunakan teknologi secara optimum, menggunakan teknologi untuk menyiasat,
meneroka dan membina konsep matematik.

Komputer DaIam Pendidikan Matematik
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang disampaikan.
Menurut Cockcroft (1982 ) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti
pengajaran malah mengubah kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Menurut
kajian yang dilakukan ( Al Ghamdi, 1987; Mc Coy, 1991; Chazan,1988; Henderson
and Landersman, 1992; Funkhouser, 1993 ) mendapati bahawa perisian komputer
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan efektif. Pelajar
yang menggunakan komputer dalam matematik memiliki sikap yang lebih positif
terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berupaya menyelesaikan masalah yang
lebih kompleks. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet.Penggunaan perisian
seperti microsoft-excell, microsoft-word, microsoft powerpoint dapat menarik minat
pelajar terhadap matematik. Komputer juga merupakan media pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta mempelbagaikan teknik dan
kaedah penyampaian guru matematik agar pelajar tidak lagi menganggap mata
pelajaran matematik sebagai suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan.
Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat perkara-
perkara yang berkaitan dengan matematik. Sebagai seorang guru , kita perlu sedar
bahawa komputer tidak dapat mendekati betapa banyaknya komunikasi antara guru
dan murid dan pelbagai strategi pengajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah
masih perlu diamalkan. Hubungan manusia masih diperlukan, penerapan nilai-nilai
murni di kalangan para pelajar harus diberi tumpuan.

KaIkuIator Grafik DaIam Pendidikan Matematik
Kewujudan kalkulator grafik bukan sahaja mengubah cara guru mengajar
matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid.
Kalkulator grafik berupaya mengira nombor perpuluhan, pecahan dan nombor-
nombor yang kompleks.Kalkulator grafik mempunyai kemudahan manipulasi
simbolik untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah -masalah yang berkaitan
dengan algebra seperti pengembangan, pemfaktoran, kebarangkalian , integrasi dan
matriks. Kalkulator grafik mempunyai kemudahan untuk mempamerkan asas data
dan asas formula bagi mempercepatkan proses dalam menyelesaiakan masalah
berkaitan dengan graf fungsi dan carta. Kelebihan-kelebihan ini menjadikan
kalkulator grafik sangat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Dengan wujudnya kalkulator grafik, proses dalam pendidikan matematik memberi
peluang untuk mempertingkatkan penerokaan dan penyiasatan.

Perisian Geometer's Sketchpad (GSP)
Perisian Geometer's Sketchpad digunakan untuk mengajar topik
geometri dapat membantu pelajar menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman
konsep geometri, iaitu membuat visualisasi, membuat penerokaan dan penyiasatan ,
membuat analisis dan membuat deduksi secara informal. GSP digunakan sebagai
alat tunjukacara di mana pelajar boleh melihat sendiri cara dan bagaimana sesuatu
bentuk geometri dibina dan seterusnya menentukan sifat-sifat geometri.GSP juga
menyediakan pelbagai contoh penyiasatan untuk pelajar,membincang proses dan
hasil tugasan. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh pelajar menyiasat nibah
perimeter kepada diameter poligon sekata , meneroka soalan-soalan berkaitan
dengan tangen sebuah bulatan dan masalah-masalah terbuka. Pelajar boleh
melakukan pembinaan geometri dan mereka sendiri menentukan formula untuk
menghuraikan perhubungan-perhubungan yang mereka temui. Pelajar bekerja
dalam kumpulan secara koperatif untuk menyiasat sifat-sifat geometri,
memerhatikan corak-corak dan menggunakan penaakulan untuk membuat kojektur-
konjektur. Pembinaan yang dilakukan dengan menggunakan GSP adalah tepat dan
mudah diperbetulkan sekira terdapat kesilapan atau membuat pembaharuan. Selain
daripada pembinaan, GSP juga berupaya melakukan penjelmaan seperti translasi,
pantulan, putaran dan pembesaran.Pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana
penjelmaan berlaku, menerangkan sifat-sifat translasi, pantulan, putaran dan
pembesaran secara meneroka dan menyiasat. ni boleh menarik minat pelajar
terhadap keindahan matematik dan cuba mengaitkannya dengan dunia sebenar.

Penggunaan Spreadsheet
Spreadsheet digunakan untuk melakukan pengiraan yang kompleks,
penjadualan, memplot dan meneroka fungsi, meneroka kebarangkalian dan statistik,
menyelesaikan masalah melalui modeling, meneroka penjelmaan geometri. Dengan
adanya perisian spreadsheet, pelajar boleh mencari penyelesaian bagi suatu graf
dengan mudah. Kebolehan spreadsheet dalam melakukan pengiraan dengan cepat
membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dengan mencuba banyak kali
kemudian menentukan penyelesaian yang terbaik..anya juga dapat membantu
pelajar memahami secara mendalam tentang kebarangkalian, memplotkan rajah dan
menyiasat perubahan yang berlaku apabila koordinat-koordinat titik pada rajah
berubah. Huraian tentang penggunaan spreadsheet di atas menunjukkan bahawa
ianya sangat berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
matematik.

Penggunaan Internet
nternet adalah suatu sumber pengajaran dan pembelajaran matematik.
terdapat pelbagai bahan menarik yang meliputi pelbagai tajuk seperti aritmetik,
geometri, statistik, kalkulus, algebra dan sebagainya. Antara bahan yang boleh
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik ialah
teori pembelajaran dan aplikasi, penyelesaian masalah, forum matematik, soal
jawab matematik, rancangan pengajaran, sejarah matematik dan perisian
matematik. Penggunaan internet dapat membantu mewujudkan suasana
pembelajaran bestari yang menekankan pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri
dan terarah kendiri.

KesimpuIan
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik, guru
perlu bijak memilih teknologi yang sesuai. pemilihan bergantung kepada topik yang
diajar, latat belakang dan kesediaan pelajar serta infrastuktur sekolah. Guru perlu
mengintergrasikan teknologi secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi perlu melibatkan pelajar belajar secara bermakna.
Pengintergrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan berlaku secar
berkesan dalam kelas yang berpusatkan pelajar di mana guru berperanan sebagai
fasilitator. teknologi tidak boleh dianggap sebagai jawapan kepada semua masalah
yang dihadapi dlam dunia pendidikan hari ini malah ia merupakan pengupaya (tools)
sahaja. Guru perlu utamakan pedagogi bukan teknologi.